Sunday, 4 December 2005

what to do

Sometimes when I want to do something, I have so many choices.

Sometimes every option looks has the same weight. Sometimes one option is more appealing than the other. Sometimes the less important look lot more appealing than the important one.

I dont know which one I should choose. Normally I would do the one I like most first or sometimes I just dont do anything.

Hm... Susahnyer. Camner nak buat ha? Any help?

Friday, 2 December 2005

stand up and speak up!

Kadang2 bila ada perkara yang aku perlu cakap, tegur atau tanya, aku hanya diam. Biar sahaja ia berlalu tanpa melakukan perkara yang sepatutnya.

Khamis lepas, aku terasa nak minum kopi. Maka aku pun pergi ke Coffee Republic untuk membeli kopi. Aku lihat pada papan tanda, ada tertulis "Cuppucino & Latte £1.85". Memandangkan itulah yang agak murah berbanding yang lain, maka aku pun mintak "One Small Cuppucino and Latte"."One Cuppucino and Latte?". "Yeah", jawab aku . Lalu cahsier pun berkata "3.70 pound please". Dengan kehairanan aku terus membayar 3.7 kepada cashier itu, walaupun sepatutnya aku bayar 1.85 kerana aku piki "Cuppucino & Latte" in special mix kat kedai tu so sebab tu mahal sikit. Setelah itu, cashier itu mengambil 2 cawan kopi lalu melabel dengan huruf C dan satu cawan lagi huruf L. Maka pada saat itu tahulah aku bahawa aku tersalah buat oder. Oleh itu, akupun terpaksa habiskan 2 cawan kopi itu. Akibatnya aku belanja lebih dari apa yang aku budget dan petang tu aku terasa tak ngantuk tapi badanku terasa sangat letih.

Hari ni pulak aku gi latihan kat kelab Rifle. Sepatutnya aku kena pakai jaket untuk menembak, tapi jaket tu ada kat orang lain. Setelah dia selesai menembak, aku tunggu lama gila baru dia bukak jaket tu. Masa tu barulah aku mintak jaket kat dia. Bila dah siap pakai, aku pegi kat lapangan sasar, aku dapati tak leh tembak dah sebab aku dah lambat. Aku terasa sangat hampa, 2 jam menunggu giliran menembak tapi tak dapat. Jurulatih aku pun sound, lain kali kalau nak pakai sound ajer awal2. "There is no reason you shouldn't shoot today.." Satu lagi kesilapan.
Pernahkah anda mengalami perkara yang sama?


The moral from this entry is never shut your mouth when you have to speak. Especially when it is regarding your right and your responsibility, otherwise you gonna regret in this world or hereafter.

Thursday, 1 December 2005

exam

There will be another mid-sessional exam next 13-15th December. Hopefully I can do very well. Amin.

Friday, 25 November 2005

archery

Next Saturday I will participate in an archery competition at Brunel. I shoot as a member of ULU Archery Club. If im notmistaken, we are playing against Brunel University. I pray to Allah that I can achieve success in the competition. Whoever would like to watch the competition, please come and support my team.

Saturday, 19 November 2005

update: lecture on friday

First of all I would like to thank to all visitors and my friends for your support and concern about my problem in previous entry, friday prayer vs. lecture. Alhamdulillah your suggestions are very useful. Sometimes I did not attend the lecture and sometimes I attend it. Eventhough I attended the lecture, I never miss a Jum'ah Prayer. Since the clock changes (DST over) I do not have that problem anymore, because I can go to a mosque at Euston to pray at 12.30.

Wassalam.

Friday, 18 November 2005

rojak

Assalammualaikum.
Dua bulan lebih telah berlalu sejak kembali dari Malaysia. Macam2 yang berlaku dalam kehidupan ini. Bermula dengan lepak2 kat umah Ngocop dan rakan2 di Newcastle, kembali ke London masuk rumah baru, start 2nd year , puasa sampailah raya. Kalau nak kira banyak juga nak tulis. Tapi memandangakan sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja2 lain, makan tak sempat dan takder semangat nak menulis di sini. Bagaimana dengan keadaan korang? Mesti sibuk jugak kan, esp budak2 2nd yr.

Tahun ni aku kembali aktif dalam kegiatan koko. Thn ni aku masuk kelab memanah (sukan kegemaranku) dan kelab rifle (upgrade dari memanah). Seronok betul dapat join kelab sukan kegemaran ni. Cuma sekarang ni tak der bow set. Kalau ade rezeki nak beli lah satu set.

Sempena raya ni, kami budak2 flat 6, edgware road nak buat open house Sabtu ni. Sesaper yang rajin macam Sid sila lah datang ke open house kitorang. InsyaAllah makanan disediakan sedap2 belaka. Ha ha. Kalau tak sedap mintak maap la yer.

Wassalam

Thursday, 3 November 2005

zakat

Rukun islam lima perkara
Rukun iman enam perkara
Mari bersama menghayatinya
Marilah kita beramal bersama

Rukun islam lima perkara
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
Kedua sembahyang ketiga berpuasa
Keempat zakat kelima naik haji

Rukun islam wajib diamalkan
Agar menjadi muslim sejati
Patuh dan taat pada Yang Esa
Barulah hidup diberkatinya

Baru2 ni ada orang bagitau kat aku pasal zakat pendapatan. Pasal zakat pendapatan, ada khilaf mengatakan patut bayar atau tidak. Walaubagaimanapun, yang kuat adalah bayar. So persoalannya adakah kita student yang disponsor untuk belajar kena bayar zakat jugak? Banyak pendapat mengatakan kena bayar zakat kerana memenuhi syarat2 sah antaranya cukup haul dan nisab serta adalah hak milik penuh. Kalau nak kira dari tahun lepas aku tak bayar lagi... Hmm apakah tindakan seterusnya??

Kalau nak kepastian berkenaan zakat ini, silalah tanya kepada mana2 guru2 agama atau pihak yang arif dalam bab ni.

Wallahua'lam.

Saturday, 22 October 2005

Ramadhan Al Mubarak

Assalammualaikum,
Lama dah tak menulis kat sini. Too busy, so many things to do. Furthermore, our house does not have internet connection yet. Ni pun pakai orang nyer wireless. He he.

Alhamdulillah sekali lagi berpeluang berpuasadi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Rahmat Allah mencurah2. Pahal berlipat ganda. Apatah lagi pada lailatul qadr. Ambillah peluang yang terbuka luas ini. Manalah tau, inilah Ramadhan terakhir dalam hidup kita.

InsyaAllah Raya nanti ramai nak turun London. So sesape yang terase nak lepak umah aku, sound lah awal2, takut tak muat. Umah kitorang bukan la besar sangat.

Tu je la. Wassalam.

Friday, 23 September 2005

Friday Prayer Vs. Lecture


Just now I checked my time table for 2nd year. I am a bit shocked to know that I have lectures at 1 - 4 pm on Friday. This is quite troublesome for me because normally Friday prayer is conducted between 1 - 2 pm. Friday prayer is obligatory and lectures is very important. I always hope that this kind of conflict would not happen, but it happens. Hmm... What should I do? Pali, my new friend who is studying in Newcastle Upon Tyne Univeristy also face the same problem and I'm sure many of you out there have encountered such problem. So please share your view for our benefit.

Wednesday, 21 September 2005

Punctuality

Semasa lepak2 kat bilik Syed Farid, tiba2 teringat pasal punctuality. Ramai di antara kita yang tidak mengamalkan sikap menepati masa. Sikap ini sangatlah tidak bagus dan aku kadang2 rasa tidak puas hati dengan orang yang bersikap begini.

Wednesday, 14 September 2005

Kembali ke medan perjuangan.

Alhamdulillah, selamat sampai ke London. Tak ada masalah sangat dekat imigresen. Boleh kata smooth saja.

Cuti kali ni berlalu dengan begitu pantas sekali. Terasa kejap sangat. Macam-macam yang aku buat. Rasanya kalau nak cerita semua mmg tak larat. Walau bagaimanapun, kalau rajin mungkin aku akan selitkan sikit2 pengalaman yang menarik dalam blog ini untuk dikongsi.

Sekarang ni kat bilik Ngocop. Minggu depan baru balik masuk rumah. Sebab tu sekarang ni merempat kat umah Ngocop.

Friday, 26 August 2005

balik kampung

akhirnya dapat jugak online. tapi kat kampung la.. kat umah tak leh connect internet lagi sebab line telepon tak pasang lagi.

akhirnya dapat juga balik kampung, lama dah plan nak balik ni, tapi sebab selalu sibuk. alhamdulillah, akhirnya hajat kesampaian.

Sunday, 19 June 2005

Hubungan kepercayaan dan keyakinan dengan kejayaan

Iman adalah percaya dan yakin dengan dengan sungguh dengan hati (i'tiqad), membenarkan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan. Orang yang beriman bahawa orang yang berusaha, bekerja, berjuang di jalan Allah akan dikurniakan kejayaan dan dia berusaha maka sudah pasti Allah berikan kejayaan kepadanya. Pada hari ini, konsep yang sama dibawa oleh pakar2 motivasi dalam usaha mencapai kejayaan iaitu percaya akan kemampuan diri untuk mencapai satu matlamat dan berusaha kearah tersebut. Apabila kita yakin, maka kita jadi bersemangat nak berusaha, dan usaha yang bersungguh2 pasti kan membuahkan hasil yang baik.

Sebagai analogi, aku nak bawak cerita belajar naik basikal.
Pernah tak bawak basikal? Ingat tak masa mula-mula belajar bawa basikal? Dalam usaha belajar menunggang basikal, berapa kali jatuh? Adakah korang berhenti berusaha mengayuh setelah jatuh? Sudah pasti tidak, malah tak serik2 dan tak jemu2 nak bawak juga. Dalam hati ada keyakinan dan kepercayaan yang tinggi bahawa di akhirnya pasti dapat bawak basikal dengan macho sekali. Orang yang percaya dan yakin bahawa dia akan berjaya kemudian berusaha, pasti berjaya.

Semasa kecik2 dulu pula, sewaktu menjelang Piala Thomas di Malaysia kita sering mendengar lagu 'jika kau fikirkan kau boleh'. Lagu ni jugalah yang di nyanyikan aku masa form 1 kat sekolah menengah dulu. Kenapa kena nyanyi lagu ni? Sebab nak bagitau bahawa kalau nak berjaya mmg kena ada keyakinan, kalau tak mmg tak dapat.

Kita tengok Rasululullah dan para sahabat. Merekan adalah orang2 yang berjaya. Mereka ada iman yang tinggi, kukuh dan mantap. Beriman dengan janji2 Allah dan percaya akan dikurniakan kejayaan. Natijahnya, mereka mmg dapat kejayaan bukan sahaja di dunia, malah akhirat sana.
Sebagai contoh, dunia moden, Nabi Muhammad dan Saidina Umar termasuk dalam senarai the most influencial person in the world.

Subhanallah, betapa indah dan syumulnya Islam ini. Rupa2nya rahsia kejayaan sudah lama diturunkan kepada kita, patutlah semasa tamadun Islam tengah tertegak di muka bumi Allah, kita tengok ramai tokoh2 yang berjaya dilahirkan seperti Imam Ahmad, Imam Hanbal, Imam Shafie, Salahuddin al-Ayubi, al-Kindi, al-Farabi, Ibn Rusyd dan al-Khawarizmi . Salah satu sebab adalah mereka punya iman yang mantap.

Diriku dan kawan2 sekalian, tingkatkanlah iman kita, yakinlah kejayaan pasti menyebelahi kita. Sesungghnya Allah telah menjanjikan kejayaan kepada orang2 yang beriman dan Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. InsyaAllah, dengan usaha yang bersungguh2 kita pasti berjaya. Tidak kira belajar kat mana sekalipun, Malaysia, UCL, Soton, Kings, Queens, Ireland, Newcastle, Leicester, Cambridge mahupun IC yang orang IC kata susah nak mampus tu.. kita pasti boleh dapat first degree, capai jua apa kejayaan yang diimpikan. Moga2 dengan lahirnya lebih ramai insan yang tinggi imannya, maka khilafah islam dapat bangkit semula.

Thursday, 16 June 2005

tidur

It has been three days I arrived in Malaysia. Initially I don't feel the effect of jetlag because I was too tired. So I could sleep easily and woke up at 6.30 a.m at the first night. But yesterday, after 3.30 I couldn't sleep anymore and today I woke up at 2.20 a.m. It is normal says my family members. Sometimes it takes about one week. Writing about this reminds me about the first time I arived in London. I slept quite early on those days. He he, the same thing happens again. For me, it is a mixture of nice and odd feeling. I just slept for about 3 hours and then couldnt sleep anymore. Normally in London I sleep longer than that, ha ha.

Maybe I should look at this situation as an opportunity for me to Qiamulail, it has been very long time for me didn't Qiam. I remember my ustazah said, one of the hikmah Qiam is we can gain strength, spiritual strength by doing Qiam. Other than that, im sure most of us know about it such as there is a time in a night that Allah will surely will 'makbulkan' our dua' and is a part of sunnah Rasulullah (pbuh).

Alright folks, for those who are not going back to Malaysia yet, be prepared! You might experience jet lag as well. Use the time wisely and try to do things that make we become closer to Allah.

Saturday, 11 June 2005

Berita Baik

Alhamdulillah, dah jumpa rumah untuk next academic year. Petang semalam aku dan kawan2 yang bakal menjadi housemate pi tengok rumah tu dan keadaan rumah itu sangat menarik hati kami. Pagi ini, Mat Lut akan menguruskan booking flat tersebut. Lega rasanya.

Semalam juga, aku sudah memindahkan barang sepenuhnya dari bilik aku ke Wilson house, bilik Zamir dan Munzir. Sedar tak sedar, banyak sungguh barang aku. Sekalung penghargaan diberikan kepada Munzir dan Izrie yang sudi membantu aku mengangkut barang2 yang sungguh banyak itu. Tidak lupa juga kpd Zamir dan Munzir yang kasi aku letak barang kat bilik dia. Dengan itu, aku check out dari James Lighthill House semalam. Maka aku tidak lagi duduk kat hall aku walaupun sepatutnya boleh tinggal kat sana hingga 10 am hari ni (Sabtu).

Hari ni pulak adalah masa untuk bersiap2 sebelum pulang ke Malaysia esok hari dan memindahkan barang ke tempat yang sebenar, bilik Munzir & Zamir kat MARA Hostel.

Wednesday, 8 June 2005

Balik kampung...

Pada pukul 7.05 pm, hari Ahad, 12 Jun 2005, aku akan berangkat pulang ke tanahair tercinta dengan menaiki Malaysia Airlines. Ini bermakna tinggal hanya 5 hari lagi sebelum pulang ke Malaysia. Kerja2 memindahkan barang sudah pun dijalankan, tapi still tak habis lagi.

Sempena keberangkatan pulang ni, doakanlah keselamatan aku sepanjang perjalanan yang akan datang dan aku memohon kemaafan kalau ada salah dan silap.

Sunday, 5 June 2005

unfinished business

8 days left to go back to Malaysia, my home country. But still so many unfinished busines. Rumah tahun d

Saturday, 4 June 2005

I'm in Bristol

Assalammualaikum. I'm in Bristol right now. Visiting my friends. They also finished their exam. I'm gonna stay here for three days. Bristol is a nice place to visit. For those who never come to Bristol, make sure you are fit enough to climb the hills around here. Almost pancit jalan2 kat sini.

I'm in Bristol

Assalammualaikum. I'm in Bristol right now. Visiting my friends. They also finished their exam. I'm gonna stay here for three days. Bristol is a nice place to visit. For those who never come to Bristol, make sure you are fit enough to climb the hills around here. Almost pancit jalan2 kat sini.

Wednesday, 1 June 2005

Pulang ke Malaysia

Tinggal 12 hari saja lagi nak balik Malaysia. Tak sabar rasanya. Tapi rumah tak jumpa lagi. Susah betul nak cari rumah untuk next year.

Saturday, 28 May 2005

Blogging from Cambridge

Akhirnya setelah seminggu lebih cuti, dapat gak membebaskan diri kesibukan kota London. Sekarang ni kat bilik Black. Best gak datang sini. Dapat masuk dalam kolej diorang gak. Biasanya tourist kalau nak masuk kena bayo. So nyamar jadik student la... He he. Malam ni makan dan lepak kat bilik Pak Cik.

Sunday, 22 May 2005

Bila sudah free

Masa tengah exam bukan main semangat buat kerja. Masa diisi dengan perkara2 yang bermanafaat. Baca nota dan buat past year exam questions. Di samping tu diselangi juga dengan melawat blog rakan2.

Sekarang ni bila dah habis aku tak buat apa2. Tido ikut suka hati. Nak baca buku cerita pun tak baca. Masak pun malas, makan pizza Tesco saja. Sekeping 30p. Bila lah nak menghargai masa lapang ni. Bak kata Zul, sepatutnya masa lapang ni kena guna untuk tambahkan ilmu agama. hmm...

Thursday, 19 May 2005

Al-Quran & As-Sunnah are the best guide

Assalammualaikum. Alhamdulillah at last I have finished my exam this afternoon and luckily today's paper is a bit easy.

Ok back to real topic. In our life we always judge something whether is is good or bad. Whether it brings benefit to us or not. Some people might say that Robin Hood is a hero and others might think he is a thief. It depends on what values u have in your heart and mind.

So what is the best source to guide us to set the right value in our life? The answer is Al-Quran which is given by The God and As-Sunnah (Rasululluh tradition). Theese sources cover all aspect of life, such as belief system, moral, laws, politics, social, economics, science and language.

Oleh itu, marilah kita meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam menilai sesuatu. Laksanakanlah apa yang diperintahkan Allah dan jauhilah perkara yang dilarang-Nya. Dan biarlah pendirian kita terhadap apa jua perkara yang berlaku dalam hidup ini berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Jika kita mahu meninggalkan atau melakukan sesuatu, pertimbangkanlah adakah ia akan mengundang murka Allah atau rahmat-Nya.

Maka dalam usaha mengetahui apakah isi kandungan Al-Quran, marilah kita membacanya setiap hari dan memahami maknanya dengan membaca terjemahan/tafsir. Sesudah mengetahui dan memahaminya, marilah pula kita laksanakannya dengan bersungguh2.

Wallahualam.
tulisan kali ini adalah sedikit peringatan buat diriku yang sering alpa dan moga2 membawa manafaat kepada rakan2 yang membacanya.

Tuesday, 17 May 2005

my friend came to visit the UK.

Last weekend, my x-scholl-mate, Abdul Hadi a.k.a Hadigan came to visit UK with his friends. from Germany. Yesterday before he got back to Germany, where he is studying we managed to meet each other in London. I took him and his friends to my room and then bring then walk around London to visit some famous tourist attraction.

Alhamdulillah we had great moment together eventhough most of us feeling tired. Nice to meet you guys. Keep in touch yeah.

InsyaAllah next time we will meet again either in Germany, UK, or Malaysia.


Wednesday, 11 May 2005

still in exam mode

Alhamdulillah I have done 4 papers. 3 more to go. Each paper took 3 hours. And now I feel very tired. Doing exam and and preparation. Now I should study, but I dont have mood. Hmm... cam ne ni?

Friday, 6 May 2005

significant date

05.05.05 merupakan hari yang sangat menarik. Dari segi susunan nombor, mmg sangat lawa. Apatah lagi pada pukul 05:05 pagi, sepertimana yang ditulis pada nick Saravanan semalam.

Bagi aku, ada dua perkara penting yang berlaku pada hari ini. Pertama sekali aku ada exam Circuit Analysis & Synthesis. Alhamdulillah setelah berusaha keras, dapatlah aku menjawab kebanyakan soalan exam hari ni. Keputusannya.. tawakkal sahajalah kepada Allah. Moga-moga dapat keputusan yang baik.

Secondly, hari ni merupakan hari mengundi kat UK. Kalau ikut Malaysia, 21 thn baru boleh mengundi, tapi kat sini 18 thn dah boleh. Apapun best gak la sebab dapat peluang mengundi pada umur tepat2 21. Bukan senang tu...

Hm... first time nak mengundi ni agak blank la. Tak tau nak undi sapa. Tak amik kisah sangat pasal politik. Namun setelah membuat sedikit research, aku pun pilih Green la.

Keadaan kat tempat mengundi tu tak la sesak macam kat Malaysia. Boleh kata lengang la. Setelah gi mengundi, baru ku tahu senang je nak buat. Daftar, amik borang, pangkah dan buang. Sama macam kat kolej dulu.


Minggu depan ada 4 paper lagi. Semoga dapat buat lebih baik dari 2 paper yang lepas.
Wassalam.

Monday, 2 May 2005

Backbite

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum.

Here is a few links about backbite.

Thursday, 28 April 2005

rojak

nak exam ni la banyak benda nak tulis

Khusyu' Solat.
Terbaca satu entry fasal khusyu' solat kat page kawan lama, Ahmad Zuhdi. Sila la baca, menarik. Entry tu kat bawah2.

Parliamentry Election.
Just got the official poll card. Voting date will be 5th May. Should I Vote? Who? Ape yang diorang perjuangkan? Hm.. taktau pape. Pls give a comment.

Tuesday, 26 April 2005

tidak konsisten

Kejap semangat, kejap tak. Begitulah keadaan aku. Mula² punyalah semangat study, lepas tu jadi malas. Malam ni buat keja sikit je. Pastu masa dihabiskan melayan blog dan fotopages. Hu hu. Apa nak jadi ni...

Ada apa ngan fotopages?
Hmm.. tak de lah pape sangat. Cuma banyak gamba2 yang best2. Kagum melihat kreativiti orang mengambil gambar. Lain orang lain perspektif. Banyak jugak orang Malaysia yg share gamba kat sana. Maka aku pun try satu. Hehe. Lagi kagum melihat satu fotopages milik seorang hamba Allah kat Melbourne. Dalam biliknya penuh ngan nota2 dan buku2 agama dia pun banyak. Aku? Study pun tak sangat. Terkena ... Sapa suruh buang masa

abn.
kena tido ni, kalau tak tak study plak siang esok.

Sunday, 24 April 2005

study2

study, study, study... Tengok nick member2 kat msn messenger semuanya ada kaitan ngan study. Semua orang tengah sibuk study. Maklumlah dah dekat nak exam. Kenalah berusaha.

Cakap pasal study ni teringat pasal ceramah sempena Maulidul Rasul kat kolej tercinta, KYUEM baru-baru ini. Disampaikan oleh Ust Hasrizal . Kalau nak dengar sila klik sini. Link diberikan oleh Tuan Fairuz.

Dalam ceramah tu, Ust ada menyentuh tentang ibadah. Tujuan Allah menjadikan kita adalah untuk beribadah kepadanya. Allah berfirman dalam surah Adh-Dhariyat ayat 56 ,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

'Tidaklah aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mereka menyembah aku".
Al-Qur'an, 051.056 (Adh-Dhariyat [The Winnowing winds]) Text Copied from DivineIslam's Qur'an Viewer software v2.9

Dari ini ayat dapatlah disimpulkan bahawa kita sepatutnya kita beribadah 24-7. So berapa lamakah masa yang kita gunakan untuk beribadah kepada-Nya?

Sebenarnya ibadah ni bukan terhad kepada perkara² dalam rukun Islam sahaja. Perkara² yang biasa seperti makan, tido, masuk tandas dan kerja² lain juga dikira sebagai ibadah sekiranya diniatkan semata² kerana Allah dan mengikut hukum syarak. Begitu juga dengan study. Study pun sepatutnya diniatkan kerana Allah bukan semata2 kerana hendak mengejar kesenangan dunia. Mari kita check balik, adakah setiap kali kita membuka buku, kita ikhlaskan hati kerana-Nya?

Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh2 kerana Allah. Berdoalah dan bertawakkallah. Moga2 mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Monday, 18 April 2005

minggu terakhir cuti

Tinggal seminggu saja lagi cuti Easter kali ini. Ini bermakna Exam semakin hampir. Marilah kita bersama2 berdoa agar Allah memberikan kejayaaan kepada semua sahabat2 yang akan menduduki peperiksaan.

Thursday, 14 April 2005

pening

wargh... banyaknya benda nak buat. Astaghfirullah, merungut je keje. Patutnya banyak2 zikir dan sabar. Semua ini adalah ujian dari Allah.

Sebenarnya memang banyak benda yang nak buat dan kena buat. Prepare untuk exam, update blog-catatan turki, buat video, tulis2, cari rumah dan beberapa benda lagi. Memang susah nak siapkan semua sekali. Ada macam2 halangan, terutamanya sikap malas. Anyway, buat masa terdekat ni, aku try usaha tumpu pada study dulu. Doakan semoga aku dapat study dengan baik dan seterusnya berjaya dalam exam yang akan datang.

Tambah pening lagi, tak tau macam mana nak selesaikan masalah yang berlaku di sekeliling aku. Aku tengok pergaulan antara laki dan perempuan dikalangan sebilangan kawan2 aku ni tak mengikut landasan syarak. Dengan kata lain, sangat bebas. Laki perempuan buleh duduk sama2, gelak2 dan suka2. Kalau ramai2 pun, still tak kena. Kalau pegang, bersentuhan dan duduk rapat lagilah tak kena. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk mensihati rakan2 yang dikasihi. Kawan2 tolong bagi cadangan sikit ...

p/s: Andai ada yang tersinggung dengan coretan kali ini, aku meminta maaf di atas kelemahan aku menyampaikan apa yang ada difikiranku. Sesunnguhnya aku adalah insan yang lemah.

Sunday, 10 April 2005

catatan pengembaraan: Turki

Setelah 3 hari pulang dari Turki baru aku terasa nak update blog ini. Letih berjalan2 selama seminggu disamping baru recover daripada insiden yang tak diingini.

Basically, jalan2 kat Turki mmg best. Ada banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati. Di sinilah berlakunya pertembungan antara Timur dan Barat (walaupun ianya berlaku di negara2 lain, namun aku rasa kesannya sangat ketara kat sini). Dapat dilihat melalui bahasa, senibina dan budaya orang Turki. Kami berpeluang menyingkap kesan2 tamadun Islam, Contantinople, Rom dan banyak lagi.


Memandangkan 98% penduduk Turki adalah muslim, mencari makanan Halal bukan satu masalah. Walaubagaimanapun, kami dapati ada yang tak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, boleh kata Islam pada nama saja. Masjid hanya diimarahkan oleh orang2 tua. Sangat sukar untuk melihat golongan remaja, apatah lagi kanak-kanak. Minumam keras pula dihidangkan di merata2 tempat. Malah tourist guide kami minum dengan selambanya (ada kisah disebalik macam mana diorang minum, akan diceritakan dalam bahagian yang lain).

Orang2 disana juga sangat peramah dan helpful. Diorang suka minum teh, cai. Biasanya diorang akan hidangkan teh kepada tetamu. Makanan ruji adalah roti. Roti paling best yang pernah kami makan adalah yang disediakan oleh Sultan Hostel. Ianya keras di luar tetapi lembut di dalam. Nasi pula mahal. So kalau nak save, jangan makan nasi.Lagi satu, diorang sangat suka tanya tourist "Where are you from?". Dari segi geografi, aku dapati Turki agak berbukit bukau. Di ketiga-tiga tempat yang kami pergi, kami boleh lihat banyak bukit dan gunung disekeliling kami.

catatan penuh di:
http://mrabn.multiply.com/journal/

Wednesday, 30 March 2005

Turki... A spiritual journey.

Di kala awal pagi ni, mataku masih lagi tak dapat ditutup. Ini gara2 tido lama sangat siang hari tadi. Sekarang ni tengah online dari bilik Faizal, my junior kat KUSESS. Esok nak gi Turki dengan dia dan Mat Lut serta beberapa budak IC yang lain. Insyallah akan travel main attraction kat Istanbul dan beberapa tempat lain kat Turki.

Wednesday, 23 March 2005

Sudah cuti, maka bermulalah...

Yeah dah cuti. To be fair, actually esok baru cuti. Tapi lecture dah tak de.

Bila stat cuti ni mulalah boring. Tak tau nak buat ape. Study? Tunggu lah kejap. Lepas jalan2 ah. Di kala kebosanan tadi, aku pun surfing... Cari kerja, layan friendster dan usha fotopages. Akhirnya punyalah "tak dak gheja", layan Google. Search: KYUEM. Lepas tu teringat nak test nama kawan2. Tanpa disangka2, ramai gak kawan2 aku yang ada kat Google ni. Hebat2. Contoh:
  • Faizul Azmil > 1 2
  • Abigail Choong > 1
  • Hairul Idzham > 1
  • Imran Idris > 1
  • Ng Gaik Min > 1
  • Imran Yusuff > 1
  • Aulfah > 1

p/s: nama2 tu just random names. apa yang aku ingat dan mana2 yang ada dalam contact list messenger aku. "tak dak gheja" means buat benda tak berfaedah.

Friday, 18 March 2005

Good thing to read

come on, lets spend a few minutes read and think about this:

aktiviti minggu ini

Blog aku ni penuh dengan catatan aktiviti yang aku buat sahaja. Tak macam blog orang lain, ada tulis pasal feeling, opinion dan komen isu semasa la. Agak malas. Lagi pun tak rajin juga berkongsi feeling. Anyway, ni adalah list aktibiti aku minggu nih:

Sabtu- Tengok M Night kat IC
Ahad - Main bola kat Regents Park& lepak kat umah Yas
Rabu - Main bola lagi, tapi kali ni kat Hyde park dan lagi lama. Lepak Wilson House, balik hall aku gi lepak kat Common Room plak. Then join Basyar, Lomon dan Iedil main pool.
Khamis- Group 9 buat poster presentation. ALhamdulillah presentation berjalan dengan jayanya. Semua lecture yang ada kat situ impressed dengan hasil kerja kami. He he. Menghadiri majlis yang berkaitan Islam Hadari kat Malaysia Hall. Ada makan free juga.

Sekian.

Saturday, 12 March 2005

akhirnya..

Alhamdulillah. Setelah bekerja almost 6 jam setiap kat lab hari dari hari Jumaat minggu lepas akhirnya Group 9 berjaya menyiapkan optical listening device. The sound produced is quite clear and loud. Yeah, lovely. Here is some clip about our project taken yesterday.








For your information, our group was assigned to design and built an optical listening device. The objective is to listen sound produced by a pipe in 10m away without using microphone. How it works? We fire laser to a mirror attached to the pipe. The reflected laser is modulated by the vibration of the pipe. We use sensor to detect the intensity of the reflected laser. After that this signal converted into audio signal and connect it to speaker.

Thursday, 10 March 2005

Macam2

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. May you are all well and in the best of health and Iman.

First of all, I would like to congratulate all my friends in UCL who have been elected to hold a position in UCL Malaysian Society. Amir- Pres, Wilson- Secretary, Shasa- M Night Director & Lomon -Sports. May Allah help you doing your job and give guidance to you. Hopefully dengan perlatikan korang, UCL M'sian Socs dapat berjalan dengan BAIK dan ke arah yang BAIK.

Project. Hu hu, first year dah ada projek. Group project-"Optical Listening Device". Sekarang ni dah masuk minggu ke-3. Alhamdulillah today we managed to finish building the circuit. Insya-Allah tomorrow we will fine tune it, reduce noise. Overall, I really enjoy doing this project and I learn many things through this group project. Next week we gonna present our work.

A bit about happenings last week. Last friday, after doing lab work for our project, I went to IC to join usrah. The topic was da'wah. Basically we discuss about the meaning of da'wah, dalil and methods.
After that, I followed Mat Lut & my usrah mate to Masala,North End Rd to have dinner. Kedai tu kitorang buat macam maple. 5 meja sambung sekali. Siap ada lagu bollywood kat tv kat kedai tu. Makan banyak gila. Tandoori + 1/4 pounder burger. Habis 4.50 pounds. Sedar2 habis makan kol 12. Lambat gile, mentang2 la Friday Night.


from left: Faizal, Hilmi, Ammir, Firdaus, Hanafi, Halim

bayo2!






depan underground station


Dalam kesejukan menanti bas depan tube station kat Fulham Broadway, tiba2 kami dengar omputih jerit, Mat! Ingat dia panggil kitorang. Rupa2nya kawan dia... Tunggu punya tunggu nas tak sampai2 lagi. Lepas tu ade pulak orang jerit lagi. Kali ni orang tu mmg jerit kat kitorang. Tah ape tah dia jerit. Aku dengar "Hey... backpackers!...Tsunami...". Tu je. Pastu orang tu bersama kawan2 and his girl naik keta diorang, mewah gak keta dia. Tak cukup dengan jerit2, dia datang lagi gelakkan Hilmi, " You are Chineese...". Nasib baik orang belakang horn, then dia blah. Kalau tak, ape lagi la dia nak buat kacau. Kitorang terpinga2 akan tindakan diorang.
Beberapa minit kemudian, ade pulak 2 orang perempuan gaduh2. One fat lady vs not so skinny girl. Mula2 tu macam gaduh kecil2an aa. Kitorang tak kisah sangat aa. Sat gi tengok2 baju the fat lady dah terbukak, tapi bukan naked aa..! Still ada baju yang menutup dadanya. Kitorang dah cuak. Cepat la datang bas. Tapi bas tak datang2. Punya la mengamuk pompuan tu sampai 4 orang from us (malaysian students) including me yang takde kena mengena ngan dia tertolak ke tepi jalan. Nasib baik tak jatuh ke tengah jalan & tak de keta masa tu. Kalau tak ntahler.. Akhirnya the not so skinny girl lari. Just a few seconds later, police came. Fuh, selamat. About 5 mins later we got our bus. Cukuplah takat tu. Tak larat dah nak tengok perangai pelik2 ni.
MORAL: Never ever get close to alcohol, merosakkan diri anda. Itulah antara hikmah di sebalik pengharaman arak. Demi menjaga kemuliaan seorang manusia. Pilih la tempat yang sesuai nak jalan malam2 esp Friday & Saturday night.

Wednesday, 2 March 2005

Teman

Assalammualaikum. Bertemu lagi di blog aku yang tak seberapa ini. Terima kasih kerana melawat.
Semalam aku gi lepak bilik coursemate aku yang dekat ngan UCL, Seif. Letih menyiapkan lab report. Ini semua gara-gara buat keja last minute, aku terpaksa me'miss'kan 2 lecture demi menyiapkan lab report yang dikira sbg coursework.

Semasa makan malam kat kitchen member aku, ada sorang omputih tanya (secara general/semua orang kat kitchen tu) "Apakah yang berlaku lepas mati?". Aku just diam, tak cakap. Tak berani nak cakap. Namun sebenarnya kena cakap kerana ada tanggungjawab dakwah. Menyampaikan mesej Islam kepada semua orang.

Lepas tu lepak kat bilik member aku plak. Pastu aku bincang ngan dia pasal soalan tadi, kalau nak cakap, kena consider diorang mungkin tak paham, so kena pakai analogi. Ada juga betulnya. Anyway, kalau bagitau dalil2 naqli lebih bagus.

Bila nak balik ke hall aku, Seif saja2 mintak aku tinggalkan kom. Kasi dia pakai. Aku kata tak boleh sebab aku perlukannya dan kom ni macam teman aku. Maklumlah, banyak masa aku kat bilik dispend depan kom, surfing, dengar radio ikim.fm, dsb. Kalau takde bosan la. Tapi kemudian aku terfikir, bukankah patutnya Al-Quran yang menjadi teman? Apa ada dengan kom ni? Malah kadang2 frust je ngan kom -crash, buang masa, etc . Teringat taklim kat KMYS dulu. kalau kita rajin membaca Al-Quran, di alam barzakh kelak Al-Quran akan mendampingi kita. Malah Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu, shifa, pengajaran dan banyak lagi.

Cakap pasal teman ni, teringat kata2 Rasulullah mengenai kawan@sahabat. Kalau nak kenal seseorang, lihatlah sapa sahabatnya. Ini menunjukkan kuatnya pengaruh rakan terhadap peribadi kita. Kita kenala kena pilih kawan agar tak terjerumus dalam lembah maksiat. Namun tak bermakna tak leh bergaul langsung. Menurut bro Masroor, kawan yang baik adalah kawan yang mampu mengingatkan kita pasal hari akhirat. Selain tu, kawan yang dapat menegur kita kalau buat salah.

Ayuh marilah kita memningkatkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Semoga Allah membantu kita jadi hambanya yang taat & soleh.

Monday, 28 February 2005

-2 degree Celcius

Dikala kesibukan membuat lab report yang kena hanta esok, aku sempat lagi usha blog aku nak check suhu kat London. Its minus 2 Celsius tu... Gila la. siang tadi 2 celcius, tu pun aku tak tahan. nasib baik bilikku ada heater xtra. Argos mari.

Tuesday, 22 February 2005

Snow

Snow turun!

Warwick

Wednesday last week I realised that i dont have any class on next Friday. I think it is a good opportunity for me to get out from London. Dah bosan asik duduk London. Furthermore I have recovered from illness. So I think... Then chat with others. Wilson said he wants to go to Warwick because ada M'sia night kat sana malam Sabtu. Hmm menarik gak tu.

The next day (Thursday) I told my friend, Rachid about my plan to go to Warwick and I invited him to come along. Alhamdulillah he agreed. Jalan sorang2 bukan best sangat. Other than that, Im afraid I might fall sick again. So if something happen, InsyaAllah he can help me.

On Friday morning, I woke up quite early. Earlier than my routine at least. At 7.45, Rachid and I went to Victoria Coach Station. Alhamdulillah we managed to buy a ticket and depart at 8.30. After 2 hour and 30 mins journey, we arrived in Coventry. Aku budget sampai kat University of Warwick time solat Jumaat dan perjalanan ke sana dari Coventry just 30 mins. Since we got 1 hour free, I ask Rachid to go to Coventry Transport Museum. I saw the Museum on my way to Pool Meadow Station, Coventry. Best gak gi muzium tu, siap naik fastest car in the world lagi. Simulation je sebenarnya. They put the real car near the simulation car. The real car is very huge. I would say like a mini plane. However I didn't manage to take the a photo of it because it was already 12.00 pm and we were rushing to get a bus to Warwick.

in front of the museum
Before we got to the bus station, we met Bilal, a Muslim from Aussie. He was revert last two years. Alhamdulillah more people embrace the true Deen (way of life). He also told us about the his experience embracing Islam. It was very interesting and he said that the decision to embrace Islam is the best decision ever in his life.

Alhamdulillah we managed to pray Jumaah prayer in Warwick. After that I met Bojol, Azmir and other Warwick students. Bojol took us to his room. His room is very luas. About 1 and 1/2 size of my room. His kitchen is big as well. Malamnya, we went to the academic building ikut Bojol practice dikir barat. Lepas tu, kitorang layan movie kat bilik Bojol, Kung Fu Hustle.

Next Saturday, we spend half a day there sleeping. Maklumlah, tidur lambat layan movie malam tadi. Then at 11, Rachid and I went out and walk around Lakeside. It was very cold even the sun shine brightly.
Lakeside

We went back to Coventry at 12.45. Half an hour later we arrived at Pool Meadow. I supposed to get a bus to London at 1.30. But there was a slight delay due to traffic perhaps. At 4 pm we arrived in London.

The trip to Warwick was very intersting. Stress pun hilang. Warwick is a peaceful and nice place and not congested as London. But as Azmir said, tak banyak tempat untuk jalan2. Thanks to Azmir and Bojol for providing good hospitality for us.

view photos http://mrabn.multiply.com/photos.

Thursday, 17 February 2005

layak mengundi!

Assalammualaikum. Dalam beberapa hari aku tak tulis blog ni, macam2 yang berlaku.

Firstly aku selsema. Mula2 tak teruk sangat la. Jumaat lepas kena demam pulak (selsema pun selsema jugak). Kebetulan pulak kena buat lab 6 jam hari tu. Tambahan pulak hari tu mmg sejuk. Mmg tak larat la. Malam tu aku lepak kat bilik kawan aku yang dekat dengan UCL dulu sebab tak larat sangat. Alhamdulillah setelah berehat seketika, aku rasa ok sikit. Dapat pulang ke hall aku dengan selamat pada malam itu.

Pagi Sabtu tu aku rasa mmg lah tak larat. Badan pula terasa panas. Dapat tido kejap saja. Walaupun terasa lemah, namun ku gagahkan diri ini ke Boots di Kings Cross Station untuk membeli ubat Day Nurse. Setelah mengambil ubat, tersa ok lah sikit.

Macam biasa, petang itu gi IC jumpa Matlut dan Aiman. Kemudian kami bersama2 gi makan kat Mawar. Disebabkan hidungku yang tersumbat dan demam, makanan tu tak terasa sangat. Tapi camna pon mmg best gi sanasebab dapat jumpa member2 KMYS. Iedil dan rakan2 yang lain pula sempat mengucapkan happy bday kpd aku. Kebetulan pulak bday aku sama ngan tarikh makan kat Mawar. Hu hu semakin tua, dan semakin hampir dengan waktu mati. Begitulah yang dikatakan dalam Kuthbah Jumaat kat UCL jumaat lepas.

Lepas habis, aku, Mat Lut, Aiman, Wilson, Deno dan Md Noor gi lepak bilik Zhon Wei. Sejam kemudian aku pun pulang ke bilikku. 1 pagi pulak Rudeng datang bersama kawannya Paie menumpang tido. Diorang baru balik snowboarding kat Austria 4 hari.

Ahad pagi pulak aku rasa macam nak gi Sheffield nak tengok NEXT. So aku kejut Rudeng dan kemudian kami pun keluar dari bilik aku. Dia dan Paie gi Victoria manakala aku gi Kings Cross check train. Tengok2 tiket train mahal sangat, 60 gbp. Tak jadi gi sana. So aku balik.

Petang tu aku rasa demam teruk balik. Banyak tido sahaja. Dalam masa sama terasa kesunyian juga. Tiba2 teringat, mungkin macam ni lah yang dirasai oleh datuk/nenek/ibu/bapa kita bila sakit. Nak ada teman. Sebab tu bila datuk kita sakit, parent kita akan balik kampung tengok diorang.

Malam ahad-Disebabkan macam2 perkara yang berlaku dan keadaan yang kurang sihat, aku terlupa pasal kenduri kahwin Pak Su aku semalam (Sabtu). Bila chat dengan sepupu aku baru teringat. Sekarang semua adik beradik emak aku sudah berumah tangga.

Rabu-Alhamdulillah akhirnya hari ni aku kembali pulih. Terasa sihat balik . Moga2 aku dapat study dengan baik.

Friday, 11 February 2005

sibuk

Sekarang ni agak sibuk. Macam orang lain, asik kena siapkan assignment. Lepas hantar satu, dapat satu lagi. Study pon banyak yang kena cover. tu je lah

Tuesday, 1 February 2005

new design.

Dah lama nak tukar design blog ni. Tapi tak de masa. Idea pon takde. Macam mana nak buat?

Monday, 24 January 2005

kembali aktif

Setelah sekian lama tak main bola kat padang, Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku main petang tadi. Sambil tu dapat main tak raw sekali. Fuh, puas hati.


Weekend ni jalan sakan aku, petang semalam pi bilik course mate. Buat c prog sket. Pastu malam gi Willis Jackson Hall, join International Night diorang. Ada makan2. Meriah gila, macam Malaysian night pulak. Sebab ramai Malaysian yang masak. Dapat makan nasi lemak dan pulut kuning. Malam tu tido kat hall budak2 KTJ, Faizal dan Firdaus.


Pagi tadi gi usrah jap. Pastu makan lunch kat bilik Aiman. Lepas Asar gi main sampai Maghrib.

Singgah solat di bilik Zamir. Iedil pon datang jugak. Dia datang membawa makanan. Apa lagi stay sana tumpang makan malam kat sana la. Masyuk gila. Makan nasi briyani lauk kari ayam (nasi kandar style) ngan nasi lemak.


11.00 sampai James Lighthill House. Kembali kpd rutin harian.

Wednesday, 19 January 2005

short edition

  • tsunami dah beberapa minggu berlalu, tapi jangan kita sesekali kita lupakan pengajaran di sebalik kejadian. Bantulah manusia yang dalam kesusahan..
  • Address... aduh. mula2 sms.ac, sekarang ni update address plak. apsal lah ramai sangat nak update address ni. bagus gak sebenarnya, tapi letih la nak tulis satu2. nanti lah kalau aku dah tak de keje sangat baru aku reply korang punye.
  • exam: akibat usaha yang sangat minima, dapat result pon yang minima. Kena usaha lebih!!!
  • lab report: dah siap, tapi last min punya keja. kena hanta semalam. Tabiat yang mesti di ubah.
  • sekarang? c prog assignment dan benda2 biasa ..homeworks & revision.
  • Zulhijjah, tinggal sehari saja lagi untuk untuk 9 hari yang disunat puasa dlm bulan Zulhijjah. Jom berpuasa, banyak pahala. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Thursday, 13 January 2005

At last...

After going through a lot of obstacles, at last i got a mobile. Alhamdulillah. This is my new mobile number 07*********. Please note that i won't use old number anymore because it is "pay as you go", quite expensive. Now i can call home easily.

Tuesday, 11 January 2005

Kelas sudah bermula!

At last, after many days lepak at Mat Lut's room I came back to my room yesterday. Maaf menyusahkan kamu, Aiman & Mat Lut. Kalau stay kat bilik aku bosan la...


After 3 short weeks holiday, today we UCL is open back. Minggu depan kena hanto lab report. C prog plak 28 Jan ni. Kembali kpd kehidupan yg rutin.

Wednesday, 5 January 2005

XPDC

Finally, I managed to jot some bits of my expedition exploring London city with YDP and Mas. Click here to read about our expedition.


Coming soon... InsyaaAllah, if possible i will produce a video clip about the historic expedition within 2 months. Nantikan kemunculannya.


New Year, new fares

From 2nd January, travelling cost in London will be more expensive. TFL had increased the bus and tube fares. For a single trip bus tikcket, we have to pay £1.20 raher than just 1 pound last year. Hmm...


Mobile

Why it is so hard to get a mobile(contract line rental)? Last month, I went to a Carphone Warehouse branch at Oxford street, I applied 3, declined. Then last week, I went to another branch at the end of Oxford Street, the mobile (02 X3) out of stock. Later I went to phones4u, o2 credit check result delayed to next wednesday (5 Jan). Today, try again, 3 declined. What a frustrating day. Now i can understand how people feel when rejected (he he tetibe je..).


Study

Plan nak study tak jalan lagi. Just a few days left. Next monday dah kena submit lab report. Hopefully i can start it tonight. Amin.

XPDC

Finally, I managed to jot some bits of my expedition exploring London city with YDP and Mas. Click here to read about our expedition.


Coming soon... InsyaaAllah, if possible i will produce a video clip about the historic expedition within 2 months. Nantikan kemunculannya.


New Year, new fares

From 2nd January, travelling cost in London will be more expensive. TFL had increased the bus and tube fares. For a single trip bus tikcket, we have to pay £1.20 raher than just 1 pound last year. Hmm...


Mobile

Why it is so hard to get a mobile(contract line rental)? Last month, I went to a Carphone Warehouse branch at Oxford street, I applied 3, declined. Then last week, I went to another branch at the end of Oxford Street, the mobile (02 X3) out of stock. Later I went to phones4u, o2 credit check result delayed to next wednesday (5 Jan). Today, try again, 3 declined. What a frustrating day. Now i can understand how people feel when rejected (he he tetibe je..).


Study

Plan nak study tak jalan lagi. Just a few days left. Next monday dah kena submit lab report. Hopefully i can start it tonight. Amin.