Thursday, 28 April 2005

rojak

nak exam ni la banyak benda nak tulis

Khusyu' Solat.
Terbaca satu entry fasal khusyu' solat kat page kawan lama, Ahmad Zuhdi. Sila la baca, menarik. Entry tu kat bawah2.

Parliamentry Election.
Just got the official poll card. Voting date will be 5th May. Should I Vote? Who? Ape yang diorang perjuangkan? Hm.. taktau pape. Pls give a comment.

Tuesday, 26 April 2005

tidak konsisten

Kejap semangat, kejap tak. Begitulah keadaan aku. Mula² punyalah semangat study, lepas tu jadi malas. Malam ni buat keja sikit je. Pastu masa dihabiskan melayan blog dan fotopages. Hu hu. Apa nak jadi ni...

Ada apa ngan fotopages?
Hmm.. tak de lah pape sangat. Cuma banyak gamba2 yang best2. Kagum melihat kreativiti orang mengambil gambar. Lain orang lain perspektif. Banyak jugak orang Malaysia yg share gamba kat sana. Maka aku pun try satu. Hehe. Lagi kagum melihat satu fotopages milik seorang hamba Allah kat Melbourne. Dalam biliknya penuh ngan nota2 dan buku2 agama dia pun banyak. Aku? Study pun tak sangat. Terkena ... Sapa suruh buang masa

abn.
kena tido ni, kalau tak tak study plak siang esok.

Sunday, 24 April 2005

study2

study, study, study... Tengok nick member2 kat msn messenger semuanya ada kaitan ngan study. Semua orang tengah sibuk study. Maklumlah dah dekat nak exam. Kenalah berusaha.

Cakap pasal study ni teringat pasal ceramah sempena Maulidul Rasul kat kolej tercinta, KYUEM baru-baru ini. Disampaikan oleh Ust Hasrizal . Kalau nak dengar sila klik sini. Link diberikan oleh Tuan Fairuz.

Dalam ceramah tu, Ust ada menyentuh tentang ibadah. Tujuan Allah menjadikan kita adalah untuk beribadah kepadanya. Allah berfirman dalam surah Adh-Dhariyat ayat 56 ,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

'Tidaklah aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mereka menyembah aku".
Al-Qur'an, 051.056 (Adh-Dhariyat [The Winnowing winds]) Text Copied from DivineIslam's Qur'an Viewer software v2.9

Dari ini ayat dapatlah disimpulkan bahawa kita sepatutnya kita beribadah 24-7. So berapa lamakah masa yang kita gunakan untuk beribadah kepada-Nya?

Sebenarnya ibadah ni bukan terhad kepada perkara² dalam rukun Islam sahaja. Perkara² yang biasa seperti makan, tido, masuk tandas dan kerja² lain juga dikira sebagai ibadah sekiranya diniatkan semata² kerana Allah dan mengikut hukum syarak. Begitu juga dengan study. Study pun sepatutnya diniatkan kerana Allah bukan semata2 kerana hendak mengejar kesenangan dunia. Mari kita check balik, adakah setiap kali kita membuka buku, kita ikhlaskan hati kerana-Nya?

Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh2 kerana Allah. Berdoalah dan bertawakkallah. Moga2 mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Monday, 18 April 2005

minggu terakhir cuti

Tinggal seminggu saja lagi cuti Easter kali ini. Ini bermakna Exam semakin hampir. Marilah kita bersama2 berdoa agar Allah memberikan kejayaaan kepada semua sahabat2 yang akan menduduki peperiksaan.

Thursday, 14 April 2005

pening

wargh... banyaknya benda nak buat. Astaghfirullah, merungut je keje. Patutnya banyak2 zikir dan sabar. Semua ini adalah ujian dari Allah.

Sebenarnya memang banyak benda yang nak buat dan kena buat. Prepare untuk exam, update blog-catatan turki, buat video, tulis2, cari rumah dan beberapa benda lagi. Memang susah nak siapkan semua sekali. Ada macam2 halangan, terutamanya sikap malas. Anyway, buat masa terdekat ni, aku try usaha tumpu pada study dulu. Doakan semoga aku dapat study dengan baik dan seterusnya berjaya dalam exam yang akan datang.

Tambah pening lagi, tak tau macam mana nak selesaikan masalah yang berlaku di sekeliling aku. Aku tengok pergaulan antara laki dan perempuan dikalangan sebilangan kawan2 aku ni tak mengikut landasan syarak. Dengan kata lain, sangat bebas. Laki perempuan buleh duduk sama2, gelak2 dan suka2. Kalau ramai2 pun, still tak kena. Kalau pegang, bersentuhan dan duduk rapat lagilah tak kena. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk mensihati rakan2 yang dikasihi. Kawan2 tolong bagi cadangan sikit ...

p/s: Andai ada yang tersinggung dengan coretan kali ini, aku meminta maaf di atas kelemahan aku menyampaikan apa yang ada difikiranku. Sesunnguhnya aku adalah insan yang lemah.

Sunday, 10 April 2005

catatan pengembaraan: Turki

Setelah 3 hari pulang dari Turki baru aku terasa nak update blog ini. Letih berjalan2 selama seminggu disamping baru recover daripada insiden yang tak diingini.

Basically, jalan2 kat Turki mmg best. Ada banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati. Di sinilah berlakunya pertembungan antara Timur dan Barat (walaupun ianya berlaku di negara2 lain, namun aku rasa kesannya sangat ketara kat sini). Dapat dilihat melalui bahasa, senibina dan budaya orang Turki. Kami berpeluang menyingkap kesan2 tamadun Islam, Contantinople, Rom dan banyak lagi.


Memandangkan 98% penduduk Turki adalah muslim, mencari makanan Halal bukan satu masalah. Walaubagaimanapun, kami dapati ada yang tak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, boleh kata Islam pada nama saja. Masjid hanya diimarahkan oleh orang2 tua. Sangat sukar untuk melihat golongan remaja, apatah lagi kanak-kanak. Minumam keras pula dihidangkan di merata2 tempat. Malah tourist guide kami minum dengan selambanya (ada kisah disebalik macam mana diorang minum, akan diceritakan dalam bahagian yang lain).

Orang2 disana juga sangat peramah dan helpful. Diorang suka minum teh, cai. Biasanya diorang akan hidangkan teh kepada tetamu. Makanan ruji adalah roti. Roti paling best yang pernah kami makan adalah yang disediakan oleh Sultan Hostel. Ianya keras di luar tetapi lembut di dalam. Nasi pula mahal. So kalau nak save, jangan makan nasi.Lagi satu, diorang sangat suka tanya tourist "Where are you from?". Dari segi geografi, aku dapati Turki agak berbukit bukau. Di ketiga-tiga tempat yang kami pergi, kami boleh lihat banyak bukit dan gunung disekeliling kami.

catatan penuh di:
http://mrabn.multiply.com/journal/