Monday, 31 July 2006

cite Datuk K kahwin pulak

Sekarang ni cite Datuk K nak kawin dengan Siti tengah hot sekali. Gi kerja orang kutuk Datuk K, balik rumah keluar berita kat TV, jumpe orang kate tak nak tengok muke Siti dah. Pegi mana pun orang sembang pasal ni. Semua orang nak citer pasal dia, anak dia, kekayaan dia, betting nak kahwin siti, mandrem, perangai dia dalam rumah dan segala2nya. Tu la, bila orang fames2 macam ni mesti nak bising kan. Hai... macam-macam.

Sebelum aku dengar cite Datuk K ngan Siti nih, aku pernah terbaca satu artikel Forbes yang member aku tunjuk. So bile tau pasal ni teringat pasal artikel tuh. (Aku tak kata Siti orang yang macam mana, just tertarik dengan peristiwa yang berlaku dan perkara yang diperkatakan dalam artikel nih) :

Still, the economic analysis of marriage explains one age-old phenomenon: gold digging.

"In particular, does our analysis justify the popular belief that more beautiful, charming and talented women tend to marry wealthier and more successful men?" wrote Becker. His answer: "A positive sorting of nonmarket traits with nonhuman wealth always, and with earnings power, usually, maximizes commodity output over all marriages."

In other words, yes, supermodels do prefer aging billionaires. And Gary Becker proved it mathematically decades before The Donald married Melania.

Anyway itu bukan lah tujuan sebenar aku nak tulis kali ni. Itu sekadar intro. Sebenarnya nak cakap pasal kahwin.

Tahun ni tibe2 ramai pulak yang nak kahwin. Tahun lepas aku tak perasan sangat. Paling kurang 5 orang yang aku tau nak kahwin. Dari junior aku, member setadika, senior, sampai lah graduates. Barulah aku faham apa yang dikatakan summer holiday nih musim kahwin. He he. Semoga kalian berbahagia.

Friday, 28 July 2006

Dream... But not day dreaming

Sambung balik cerita pulang ke Msia. 3 minggu pertama tuh agak bosan la. Kehidupan setiap hari agak sama sahaja. Makan, solat, tengok tv, hantar adik ke sekolah dan selak2 kertas Visual Surveillance. Ditambah dengan jetlag yang berpanjangan, hari2 yang dilalui diisi dengan tido ajer. Hu hu sungguh tak produktif.

Thanks to Izrie who supplies a series of Japanese drama, Gokusen II. Nampaknya cite Gokusen 2 ni tak der beza sangat denga yang 1 tuh. Macam biasa, Yankumi cucu kepada sorang kapla Yakuza bekerja sebagai seorang cikgu ditugaskan untuk mengajar di kelas D tahun akhir di sebuah High School. Secara stereotype-nyer kalau ikut streaming system, kelas last2 ni kelas bermasalah laa... Budak2 ni suka gaduh dan cari pasal sehingga tak der sorang cikgu pun yang suka kat mereka. Namun kehadiran Yankumi dalam kelas telah mengubah segalanya. Dengan menggunakan kemahirannya dalam seni mempertahankan diri, ayat-ayat yang berfalsafah dan kesungguhannya dalam mengotakan janjinya kepada pelajar2 ini, dia telah bejaya menyentuh hati pelajar2 ini sehingga dapat mengubah sedikit sebanyak sikap dan cara pemikiran mereka.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dan terhibur menonton cerita ini walaupun dari segi logiknya tak logik pun. Dari segi pengajaran, macam cerita Jepun yang lain ia sarat dengan mesej-mesej yang baik. Antaranya ialah ialah kepentingan impian atau kata orang kampung dream. Dalam kelas pertamanya dengan student2 tu, Yankumi meminta semua palajar memperkenalkan diri mereka dan menceritakan impian masin-masing. Hampir semua tidak mempunyai impian. Yankumi berasa sedih tapi dengan penuh semangat dia menggalakkan palajar2nya untuk mememikirkan apakah impian mereka kerana baginya hidup orang yang tiada impian takkan ke mana. Sehingga hampir tamat siri Gokusen II ni pelajar2nya masih lagi belum dapat mencari impian mereka... Untuk mengetahui lebih lanjut sila layan sendiri yer...

Mula-mula bila layan cerita ni, aku tertanya-tanya apalah si Yankumi ni sibuk2 sangat nak tekankan padal dream ni? Sehingga aku pergi Program Orientasi Semula YTN, barulah aku faham akan kepentingnya. Biasanya orang yang dilihat berjaya dalam dunia ini mesti ada impian dia sendiri. Aku ingat lagi masa kecik2 dulu aku baca majalah Mickey, dia cite pasal walt disney mengimpikan untuk membina sebuah taman tema dan akhirnya dia berjaya membina Disneyland. Kini Disneyland dah ader cawangan kat France dan Jepun. Dengar kate Johor pun nak buat satu... :)

Dalam Morning Talk di yard TNBD di PJ pula Jurutera Kanan Kendalian dan Seggaraan pun menceritakan perkara yang sama. Bila kita mengimpikan sesuatu, ia akan terpahat dalam minda separa sedar kita dan tindakan kita will be driven by the subconcious mind. AKhirnya insyaAllah kita akan mencapainya. Bagi yang Muslim kita ada Doa, doa hari2 kepada Allah untuk mencapai impian tersebut, insyaAllah dapat. Tak cepat, lambat atau diberikan di akhirat kelak.

SO, the moral is setiap insan perlu ada impian. Kalau boleh biarlah yang besar2 dan hebat2. Kalau yang simple2 sahaja semua orang boleh buat. Dan jangan lupa bahawa kehidupan bukan setakat di dunia sahaja tapi kehidupan yang abadi menanti setelah mati nanti. Pasang dream untuk akhirat juga....

Wallahua'lam.

Tuesday, 18 July 2006

updates

macam biasa, bila ada to be continued mesti malas nak sambung. anyway, kalau ada masa dan rajin nanti aku sambunglah.

ok, sedikit updates pasal aktiviti yang aku buat dalam beberapa minggu yang lepas. lebih kurang 3 minggu yang lepas, aku gi kursus orientasi semula YTN. 3 hari kat ILSAS dan 3 hari lagi kat Nur Lembah Pangsun. Secara keseluruhannya best laa program orientasi kali ni kecuali ceramah BTN :) ... Makan puas hati la. Sedap2 dan banyak kali dia serve. Sampai buleh kata tak larat nak makan la. Seronok jumpe member2 YTN yang dah lama tak jumpe dan juga jr2 yang baru nak fly. Program kat Lembah Pangsun merupakan part yang paling best sebab ada program leadership yang best dan outdoor yang menyeronokkan.

Sekarang ni pulak aku sedang buat Latihan Industri kat TNB Distribution Petaling Jaya. Ok gak laa. Banyak benda yang dipelajari. Letih juga kerja ni, walaupun tak buat banyak benda sangat.

Ahad ni ada mesyurat alumni KUSESS. InsyaAllah akan ke sekolah. Sekiranya anda budak KUSESS, jom gi sane!!!

Saturday, 8 July 2006

From flat 6 to Heathrow

Lebih kurang pukul 2.50 ptg, aku dan Syed Farid bertolak dari flat 6 ke Paddington Station untuk menaiki Heathrow Express selepas bersalam-salaman dengan sahabat2 di situ. Kami memilih untuk menaiki heathrow express kerana beg kami sangat berat. Tak larat bawak naik turun tangga kalau guna Tube. Setibanya di Paddington station, kami dapati tinggal lebih kurang 5 minit sahaja sebelum keretapi seterusnya bertolak. Bagi menjimatkan masa aku memilih membeli tiket dari ‘tickets machine’ sahaja. Syed Farid pula membeli tiket dari kaunter sebab dia nak guna Young Persons Railcard, dapat discount 30%.

Satu minit lagi sebelum train bertolak, Syed farid masih lagi beratur menunggu untuk membeli tiket. Aku cemas, takut-takut terlepas train. Kalau terlepas, kena tunggu 15 minit lagi. Rugi masa. Dalam 20 saat sebelum pintu train ditutup, Syed Farid berjaya menguruskan pembelian tiketnya. Kami segera berlari-lari anak ke arah train dengan penuh harapan dapat menaiki train...

Namun, bukan kami sahaja yang lambat, ada seorang lagi dibelakang kami mengejar train seperti kami. Sebaik sahaja kami melalui gerabak first class, konduktor menyuruh kami masuk ke gerabak first class. Kamipun masuk. Seterusnya kami bergerak ke arah standard class. Setibanya di pintu standard class, konduktor sorang lagi pula kata just sit in the first class, you can’t make to the other coach. Dengan gembira rasa hati, kami pun duduk di situ. Setelah selesai konduktor memeriksa tiket kami, aku pun menyuruh Syed Farid mengambil gambar sebagai kenang-kenangan…

Alhamdulillah usaha kami berbaloi, malah dapat jugak merasa fisrt class. Pada pandangan aku, tak banyak bezanya naik first class dengan standard class. Cuma kerusinya lebih besar dan tidak ramai orang.

Seperti yang dijadualkan, setelah beberapa minit perjalanan, kamipun sampai di terminal 3. To be continued...