Sunday, 17 September 2006

Ahlan Ramadan

Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum berangkat pulang ke London. Perasaanku sekarang ini bercampur-campur. Report yang perlu dihantar minggu depan belum disiapkan, cuak. Rumah belum ada, pasrah dan sedikit risau. Ramadhan bakal menjelang, seronok. Walaupun tidak sempat berpuasa di Malaysia, aku tidak berapa kisah. Kerana itu tidak dapat dielakkan, terima sahajalah.

Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan. Masa inilah kita dapat tengok semua masjid dan surau penuh sesak, tak kira waktu solat.Talk dan program qiam diadakan di merata-rata. Rezeki melimpah-ruah. Berbuka di masjid, moreh di Malaysia Hall, dan bersahur di rumah berlaukkan moreh malaysia hall yang lebih. Siang tak payah belanja apa, jimat duit makan. ALhamdulillah. Pahala berganda2 dikurnakan kepada hamba-Nya. Moga-moga sekolah ramadhan kali ini akan lebih bermakna.

Aku juga ingin mengucapkan Barakallahufikum kepada rakan-rakanku yang baru mendirikan rumah tangga. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

Sunday, 10 September 2006

Hari yang produktif

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang produktif. Pertama sekali dapat menghadiri Mesyuarat Agung Alumni KUSESS yang pertama. Seronok sekali dapat berjumpa cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang dah lama tak jumpe. Sempat juga melawat kelas lama. Seronok tengok motto kelas aku masih lagi tertampal di dinding 5 delima. motto kelas lain tak der dah. Petangnya dapat pula bermain futsal bersama-sama rakan-rakan. Sebelum balik, sempat lepas gian memanah kat padang sekolah, adelah 18 batang.

Sebelum bertemu SMamat, sempat balik ke Puchong untuk ke rumah bapa saudara. Dia buat majlis sambutan birthday anak dia. Jenguk la kejap. Meraikan sepupu dan jumpe family members.
Setelah sesat2 sikit, akhirnya sampai juga ke Cheras. Alahamdulillah, niat nak bertemu SMamat di Malaysia tercapai juga. Sebelum pulang, kami dan Mika pekena satay dan roti canai di kedai mamak.

Seronok rasanya dapat masa dapat digunakan dengan baik sekali hari ni.

Friday, 8 September 2006

UK hospitals to offer Muslim gowns

Menarik. Di sebalik beberapa isu ttg aurat dikalangan pengamal perubatan yang pernah aku dengar, ada pula usaha untuk memenuhi keperluan umat islam di UK. Malaysia bila pula? Kata negara Islam, memperjuangkan Islam Hadhari.

source: http://islamonline.com/cgi-bin/news_service/world_full_story.asp?service_id=2449
http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/lancashire/5315306.stm

Two hospitals in northwestern England will provide head-to-toe gowns for Muslim women patients, officials said on Tuesday, according to The Washington Post.

The burqa-style gown will be available from November 1 for all patients served by the Lancashire Teaching Hospitals NHS Foundation Trust, which runs two hospitals; the Royal Preston and the Chorley and South Ribble.

The two hospitals are believed to be the first in Britain to offer the full-cover gown.

Muslim women in the West, whose religion and culture require them to be covered, have long complained of having to wear the revealing gowns during outpatient procedures.

"I noticed a gap in the market and thought that it would be great if there was a gown that helped to preserve a patient's modesty," said Karen Jacob, linen services manager for the trust, who designed the head-to-toe gown.

Jacob said the gown could be adjusted to show women’s face, or expose only a strip near the eyes.

Islam orders women to cover their body to protect them from the eyes of men outside their family and preserve their dignity and honor.

In the Qur’an, Allah (SWT) instructs his followers on how to behave towards each other by saying in Surat An-Nur that all Muslim men and women should “lower the gaze”.

Wednesday, 6 September 2006

Hiburan kian 'mengancam'

Ya hiburan di Malaysia kini makin mengancam. Yang tersirat dan tersurat, dua-dua betul. Kualitas persembahan, setting, camera angle dan video semakin hebat. Ini terbukti dengan sokongan dan sambutan para peminat hiburan tanahair. Kalau tak mengancam masakan dapat sambutan yang hebat. Sebut sahaja apa jenis konsert. Konsert Sure heboh, Jom heboh, hadhari, merdeka... apa sahaja mesti penuh. Menangancam tak mengancam hiburan masa kini tengok akhbar nasional lah. Hinggakan berita pasal artis/hiburan boleh masuk muka hadapan....

Namun di sebalik kemajuan dalam bidang hiburan ni, ia mengancam kesejahteraan budaya, agama dan sosial masyarakat kita. Lihat sahaja iklan2 masa kini, mesti ada unsur-unsur materialistik dan menari2. Kalau tak der orang yang terkinja-kinja melompat keseronokan tak sah. Baru-baru ni masa nak gi beli baju, sorang penjual baju menceritakan bahawa trend baju terkini adalah baju Polo yang ada cap sebesar tapak tangan sebab orang tengok Mawi dan Daruk K pakai baju tu. Tengok tu... sampai baju pun diikutnya. Sebab tulah banyak syarikat suka guna artis untuk promote barang diorang. Lagi satu, aku ada tengok satu drama Puteri, intro dia "muda ni sekali saja, kena enjoy puas-puas". Bukankan itu motto barat??

Apa nak jadi dengan Malaysia ni. Mungkin inilah manifestasi kekeringan jiwa yang disebutkan oleh Abu Saif. Program agama berkurang sama sekali. Sekali seminggu sahaja.Mungkin tv9 ada lebih sikit kot... Nasib baik ada discovery channel. Boleh tambah ilmu sikit. Harapnya masa depan ada la orang yang akan buat satu tv alternatif buat masyrakat kita ni. Kat UK, US dah ada, banyak pulak tu, Malaysia bila pula?