Saturday, 30 June 2007

Pindah rumah

Kerja-kerja pindah rumah telah selesai. Walaupun dapat pinjam kereta untuk mengangkut barang-barang dari rumah di Edgware Road ke rumah tumpangan di Bayswater, aku tetap rasa letih yang amat sangat. Oleh kerana banyak sangat barang yang perlu diangkut, kami terpaksa membuat 2 'trip'. Terima kasih kpd AA kerana sudi membawa kereta pada malam jumaat lepas.

Aku rasa agak berat hati untuk meninggalkan kawasan Edgware Road kali ini. Mungkin kerana aku sudah biasa dengan kawasan itu dan banyak benda menarik yang terpaksa ditinggalkan. Apapun hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi benda menarik yang bakal menanti di masa depan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, 27 June 2007

BUSA Outdoor 2007 (15-17June)

Ahad, 17 Jun
Kira-kira pukul 4.30 petang, aku tiba di rumahku. Setelah selesai mandi dan mendirikan solat, akupun berehat.

Dalam keletihan ketika aku berehat di atas katilku, room mate aku pun pulang.
"Amacam? Menang?" tanya Mat Lut tentang pertandingan memanah yang aku sertai semalam.
"Menang tak ada la... Letih ada laa... He he" jawabku.

BUSA Outdoor Archery Competition
Alhamdulillah kali ini aku sempat merasa memanah dalam BUSA Outdoor di Lilleshall National Sports Centre. Aku teringin nak join BUSA outdoors sejak tahun lepas lagi. Tapi aku tak dapat join tahun lepas sebab balik awal. Tahun ini, pertandingan ini diuruskan oleh kelab memanah Cambridge.

Disebabkan aku register lambat, tak ada accomodation untuk aku. Maka terpaksalah aku tidur dalam Khemah. Terima kasih kepada SMamat yang sudi meminjamkan khemahnya yang canggih itu. Khemah tu memang berguna giler. Tapi bagus jugak sebenarnya sebab duduk khemah lagi murah dan dekat dengan tempat memanah.

Jumaat
Aku pergi ke tempat memanah tersebut dengan menaiki train. Gi sorang-sorang ajer sebab orang lain nak pi pukul 1.30, waktu solat Jumaat. Aku bertolak dari Euston ke Birmingham kira-kira pukul 3.10 petang. Seperti yang dijangkakan, aku tiba di Birmingham New Street Station lebih kurang 4.40 petang.

Setibanya di situ, aku dapati hujan turun dengan lebatnya sehingga ada train yang terpaksa dibatalkan kerana banjir, keretapi tak dapat lalu. Aku pun risau juga takut-takut keretapi aku pun tak ader. Maka aku pun naik atas tanya orang kat tempat jual tiket. Dia kata tunggu kat platform 4b. Lega, nasib baik ada. Kira-kira pukul lima, aku pun meneruskan perjalanan dari Birmingham ke Telford Central.

Di Telford, hujan masih turun dengan lebatnya. Aku berehat sebentar di train station sambil menelefon team mate yang lain, tanya macam mana nak gi sana. Saja nak konfem, walau pun tahu kena ambil teksi.

Tambang teksi dari train station ke sports centre itu agak mahal, £15. Sama dengan harga tiket train London-Birm. Mungkin sebab jauh sangat kot, 30 minit baru sampai.

Sebenarnya tiada apa aktiviti khusus pada hari Jumaat. Pertandingan sebenar adalah pada hari Sabtu. Aku terpaksa datang awal sebab pertandingan mula pukul 9 pagi. Memang tak sempat kalau bertolak hari Sabtu.

Setelah memasang khemah di bawah pokok yang rendang di sebelah team wales, aku pun jalan2 tengok kawasan. Malangnya lupa ambik gambar. Hujan lagipun. Lebih kurang pukul 7, aku jumpa team mate aku, Ryan. Dia ajak aku gi Asda cari makanan dengan team IC. Aku pun ikut dia sebab nak 'cucuk duit'.

Tiba-tiba diorang tukar plan, diorang nak dinner kat mapley dulu (Pub laa.. mana lagi kedai yang ada kat ceruk macam tu) Nasib baik pub tu jenis untuk family dan tempat makan luas. Kami duduk jauh dari kaunter, tu je pun tempat yang muat 12 orang. Aku makan vegetable lasagna jer. Masa tu la aku dapat kenal2 sikit dengan diorang ni. Tapi aku tak reti nak join diorang sembang sebab topik pelik-pelik jer. Lagipun diorang cakap 3 kali lebih laju dari aku, terasa inferior sikit.

Lepas makan, instead gi Asda, kami gi Tesco besar kat Stafford. Rupa-rupanya layout Tesco ni mama-mana sama saja, baik UK mahupun Malaysia. Aku beli kerusi tripod dan pisang sebagai bekalan tengah buat esok hari.

Kami kembali di sports centre lebih kurang pukul 11. Setelah solat, aku pun tido... Tak larat dah nak stay up. Seronok jugak tido dalam khemah ni, dah lama sebenarnya tak berkhemah. Paling akhir, masa tingkatan 4. Disebabkan hujan, suhu persekitaran sangat rendah. Kadang-kadang mengigigl jugak la masa tido tu.

Sabtu
Shooting bermula agak lewat, kira-kira pukul 9.15. Format kali ini adalah berdasarkan FITA round. Zaman sekolah dulu aku selalu shoot ikut format ni. Setiap orang dikehendaki memanah 3 dozen bagi setiap jarak-90m,70m,50m dan 30m. Yang paling mencabar adalah, kali ini kami dikehendaki mengahabiskan semuanya dalam sehari saja. Bayangkanlah betapa letihnya aku sebaik sahaja selesai. Sebenarnya aku dah tak larat tarik bow sejak dozen yang ke dua lagi.

Peserta BUSA outdoor rata-rata adalah orang putih, tidak keterlaluan dikatakan hanya lebih kurang 10 peratus bukan orang putih, yang mana most of them adalah foreingner, including me. Aku memanah di target no 53. Target mate aku adalah dari Notts, Wales (tak ingat which uni) dan Oxford. Tapi mamat dari Oxford tak datang.

Sepanjang shooting, cuaca langsung tidak menyebelahi kami. Hujan dan panas silih berganti. Kejap-kejap hujan, angin kuat dan hujan panas. Orang asik komplen dan macam biasa, menyalahkan cuaca bila tak perform. Salah seorang daripada peserta yang memanah di target aku, target 53 terpaksa menarik diri sebab menghadapi kesukaran setiap kali menarik anak panah ketika hujan.

Shooting tamat lebih kurang pukul 6. Amazingly, walaupun aku sudah sangat-sangat tak larat, aku berjaya shoot dengan baik pada round terakhir. Sebenarnya sebab aku seronok dah nak habis. Akhirnya aku hanya berjaya memungut 300 out of 1400. Teruk gila. Apapun aku seronok dapat merasa memanah di.

Kira-kira pukul 8, upacara penyampaian hadiah diadakan. Kemudian aku join BBQ team London. Aku tak makan, sebab diorang tak beli daging halal. So just lepak-lepak tengok gelagat diorang.

Ahad
Hari ini tidak hujan dan langit sangat cerah. Walaubagaimanapun, angin tetap sejuk. Aku gembira sebab tak payah melipat khemah dalam hujan.

Lizzie menghantar aku ke train station pada pukul 12. Dan akhirnya aku sampai di rumah pukul 4.30.

Penutup
Begitulah serba sedikit pengalaman aku. Tiada apa sangat yang menarik. Biasa-biasa saja. Benda baru yang dipelajari pun tak banyak sangat. Kenal-kenal dengan orang IC, yang selama ini aku ingat diorang memang tak layan orang, tapi sebenarnya diorang layan kalau kita layan diorang.

Thursday, 21 June 2007

Days Out: Bristol (8-10 June 07)

Kadang-kadang, orang berkata:
ABN, nanti bila tulis blog jangan lupe tulis pasal bla bla...
Kita tengok apa tajuk blog ABN lepas ni...

Bagi aku, aku tidak melakukan sesuatu kerana nak ditulis di dalam blog. Tetapi aku menulis komen atau bercerita tentang sesuatu peristiwa kerana ada perkara yang menarik atau penting untuk dikongsi bersama. Mungkin sebab itu aku lambat menulis tentang lawatanku ke Bristol. Ketika aku bertolak ke Bristol, tidak terlintas lansung di kepalaku untuk menulis. Bila berada di Bristol, Amir yang mengingatkan aku fasal blog. Maaflah kalau ada yang tertunggu-tunggu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tahun ini merupakan kali ketiga aku melawat Bristol. Melawat Bristol sudah menjadi macam aktiviti tahunan bagi aku. Setiap tahun, lepas exam, aku akan cari alasan nak ke sana. Bila aku cerita kat Amir dan Izu aku datang Bristol thn lepas sebab nak ambil Oyster card, diorang gelak ajer.

So, apa yang menarik sangat dengan Bristol ni? Entahlah. Mungkin sebab Bristol adalah antara bandar yang paling dekat dengan London. Perjalanan London-Bristol hanya mengambil masa 2 jam setengah. Disamping itu, kebetulan setiap kali lepas aku habis exam, orang lain masih lagi belum selesai Exam atau tak free melainkan orang Bristol. Bristol juga sebuah bandar yang indah dan menenangkan. Apapun, yang paling best adalah sahabat2 yang study kat sana.

Tujuan utama aku pergi ke Bristol kali ini adalah untuk melawat sahabatku Amar yang bakal pulang bekerja dengan sponsornya tidak lama lagi dan mengikuti program Deen Intensive selain daripada melepaskan diri daripada kesesakan kotaraya London.

Kali ini aku ditemani oleh sahabat lama atau boleh kata jiran lama di Grik dulu, Izu. Sewaktu kecil, aku tinggal di rumah TNB dan dia tinggal di rumah JKR. Kini, Izu baru sahaja grad di Middlesex University. Sebenarnya aku tidak ingat lansung pasal Izu ni. Aku agak lemah dalam mengingat orang, terutamanya yang aku kenal masa kecik2 dulu. Bagi aku, apa yang menghubungkan kami adalah ibubapa kami saling mengenali dan sepupunya pernah duduk sebelah rumah aku. Aku masih ingat aku pernah bermain-main di rumah JKR ketika aku masih kecil. Cuma aku tidak pasti samada rakan sepermainan aku ketika itu adalah dia atau orang lain. So rather than relying on the link based on the past, aku membina talian persahabatan yang baru, kenal dia sebagai kawan di sini. Aku mengambil peluang ini untuk mengenali dengan lebih dekat kawan lama aku ini. Setelah tiga hari bersamanya, aku simpulkan bahawa Izu memang best dan power. Peramah, mudah mesra dan mempunyai network of friends yang sangat besar.

Alhamdulillah secara keseluruhannya, aku sangat gembira dan berpuas hati dengan days out kali ni. Macam-macam pengalaman dan ilmu yang aku peroleh kali ini. Secara ringkasnya, aku dapat bertemu dengan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa, dapat kawan baru, dengar ceramah Ustaz Fauzi tentang Keistimewaan Umat Nabi Muhammad, mengenali ustaz Fauzi dengan lebih dekat, makan nasi banyak2, jalan2 dan berkongsi macam-macam cerita dengan Izu, Amir dan Ustaz Fauzi. Sebenarnya banyak lagi yang aku ingin ceritakan tapi tak larat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Inilah dia rupa main host kirorang, Amir. Hensem dan bergaya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ustaz Fauzi ketika meyampaikan ceramahnya

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Para hadirin kusyuk mendengar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Selepas mendengar ceramah, sempat melihat dua kumpulan berdemonstrasi di hadapan kedai ini. Satu kumpulan suruh boikot, satu lagi suruh beli. Ada juga beberapa individu lain seperti pak cik di sebelah aku itu, yang aku tak clear apa perjuangan diorang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pada sebelah petangnya kami membawa Ustaz Fauzi makan angin, melawat landmarks Bristol.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku pun nak jugak. Spot yang sama dengan gambar pertama yang diambil ketika 1st year.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Sebelum pulang ke London, kami bergambar di Stesen Bas Bristol. Dari kiri, Izu, ABN, Faiz dan Amar.

Jazakallahu kairan kathira diucapkan kepada semua rakan-rakan di Bristol yang bersusah payah menyediakan makanan untuk kami, melayan dan menyediakan pelbagai kemudahan sepanjang tiga hari dua malam kami berada di Bristol terutamanya Amar dan Amir. Hospitality korang memang best. Semoga penalaman ini tidak luput dari ingatanku.

Friday, 15 June 2007

Bercuti di negara orang

Pemandangan dari bilikku. Buku-buku tu milik Mat Lut.

Orang selalu bertanya kepada aku. "Bila balik Malaysia?" Aku jawab, "Tak balik tahun ni..." Kemudian akan disambung pula, "Kenapa tak balik, buat apa?" Bila sampai soalan begini, biasanya aku jawab ikut keadaan dan orang yang bertanya. Biasanya aku kata nak cari pengalaman, merasa hidup pada musim panas di tempat orang. Namun, sebenarnya niat nak cari pengalaman tu hanyalah tujuan sampingan, matlamat utama aku adalah mencari ilmu. Keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan salah seorang sahabat aku yang telah pun pulang dan baru sahaja ber'akad nikah' minggu lepas.

Sewaktu aku sibuk menghadapi exam, macam-macam idea yang timbul. Terasa nak buat macam-macam. Nak dengar talk Hamza Yusuf, join program Subha 2007, pergi DID, nak copy notes dari kawan, nak belajar bahasa arab, baca buku, cari rumah, memanah, tolong Fauzan buat game dan sebagainya.

Tapi bila sudah selesai exam pada 18 Mei, lain pula jadinya. Tak ada satupun yang aku berjaya buat dengan sempurna atau capai. Kebetulan DID bermula sebaik sahaja selepas exam tamat. Tapi aku tak pergi sebab konon-kononya takut ader meeting group project, tak mahu terlepas. Subha 2007 tak pergi sebab tak register awal-awal dan tak ada kawan.

Apapun, minggu pertama lepas exam agak produktif. Aku berpeluang makan bersama WSWJ dan Fawwaz setelah mendengar talk tentang ideologi dan multiculturalism. Di samping itu, aku juga menerima kunjungan sahabat KMYS dari Liverpool, Ikmal, yang juga baru habis exam. Dia turun London nak lawat kawan-kawan yang nak balik 'for good'. Pada hari Rabu pula, aku berbabeque di rumah Ammir bagi meraikan sahabatku yang baru tamat pengajiannya, Firdaus. Pada hari Jumaat pula aku berjaya menyiapkan transkrip interview yang telah lama tertangguh.

Minggu kedua pasca-exam adalah minggu yang paling tenat for my mental and spiritual state. Tak ada benda yang bermanafaat yang aku lakukan. Nak keluar rumah pun malas time tu. Asik bermarathon Movie, dari pagi sampai malam. Habis semua cerita aku layan termasuklah Pirates of Carribean. Masa tu terasa bersalah jugak tengok sorang-sorang sebab roommate aku, Mat Lut tengah sibuk menyiapkan projeknya. Tapi apa nak buat lagi. Tambah pula keinginan melayan movie tak dapat dikawal sebab banyak cerita best-best. Kadang-kadang aku bertanya kepada diri sendiri, "Hidup apakah macam ni?"Akhirnya pada hari Khamis, aku memutuskan untuk berhenti melayan movie macam orang gila tu. Hari Jumaat kesokannya, aku ada group meeting bersama our external supervisor untuk Projek MEng di UCL. Petangnya pula aku pinjam notes dari kawan aku. Pada hujung minggu pula aku pergi dengar talk Hamza Yusuf di Euston.

Minggu ketiga. Alhamdulillah aku mendapat sedikit ketengan di jiwa. Buku yang aku beli semasa di gerai buku semasa talk Hamza Yusuf telah membantu aku untuk mengisi masa lapangku dengan perkara yang bermanafaat. Olahannya sangat menarik dan kandungan buku tersebut sangat berguna. Hujung minggu, aku pergi ke Bristol untuk melawat Amar yang akan pulang 'for good'. Inshallah, aku akan ceritakan dengan lebih lanjut di masa akan datang.

Kini. Minggu keempat. Prioriti aku berubah sedikit. Memandangkan bakal housemate dah free sedikit, aku menumpukan kepada usaha mencari rumah. Tapi hingga kini kami masih lagi belum menemui rumah yang sesuai. Agak sukar untuk mencari rumah yang besar tetapi murah di kawasan yang strategik seperti Bayswater. Minggu ini jugalah, aku baru berjaya mendapat kekuatan semula untuk menghadiri majlis ilmu bersama Ustaz Erfino di MSD setelah sekian lama tak pergi. Lepas menulis ini pula, ishallah aku akan pergi ke Lilleshall National Sorts Centre untuk menyertai BUSA Archery Competition. Kali ni aku tak bersedia sangat. Fitness pun berada di tahap yang sangat rendah. So, pergi kali ini just untuk cari pengalaman sahaja. Nak perform tu tak tahulah. (Kalau perform pun belum tentu dapat medal, tapi puas hati, tu ajer).

Rupa-rupanya, banyak betul halangan dan cabaran yang perlu aku hadapi dalam perjalanan untuk mencari ilmu ini. Kekangan utama adalah 'duit'. Kat sini semua pakai duit. Kedua, masa. Kalau nak join program-program biasanya kena daftar awal, tak boleh main taram ajer. Tempat selalu penuh. Tapi itu hanyalah alasan. Bak pepatah Melayu, 'Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih'. Sebenarnya niat dan azamku yang lemah. Kalau ada azam sudah pasti akan diusahakan sehabis baik dan perancangan dibuat dengan teliti bagi memastikan perkara yang ingin dilakukan dapat dibuat juga akhirnya.

Kini, lebih sebulan telah berlalu. Aku masih lagi belum berjaya mencapai matlamatku. Apakah aku berjaya memanfaatkan musim cuti di negara orang kali ini? Aku tidak mahu memberi jawapan yang tidak tentu arah lagi seperti "Entahlah Labu... Aku pun tak tahu nak buat apa. Tengokla nanti..." Moga-moga Allah membuka jalan kepada aku.

Monday, 11 June 2007

'Banjir' strikes again

The capital of Malaysia, Kuala Lumpur once again was flooded yesterday after was flooded few days before due to heavy rain. I would like to express my sympathy to KL people who were affected by the flood. May Allah gives you strength and be patient in dealing with such terrible condition. I hope the government and related bodies will take necessary action to prevent this incident occurs in the future. I believe many NGOs including Yayasan Amal will come down to KL the help them.

After all, everything is under the Allah's power. Whatever He will, will definitely happen. As a believer, we should contemplate upon this. Maybe this is His punishment and reminder for the people involved in maksiat (wrongdoings), which is widespread in KL despite as a test.

Thursday, 7 June 2007

Unbiased and consistency

Sometimes we see in TV or internet we see commentaries saying that X produced unbiased documentary, make unbiased review etc. I wonder how can a 'self-interest' creature like human can be unbiased? Every people in this world hold and believe in different values. What are the criteria that determines that a documentary made by some secular people about Islam is unbiased? I hope one day I can grasp the idea of 'unbias'ness.

~~~

Being consistent is very challenging. Your stand must remain the same in any situation and towards anybody. In other words, double standard. Sometimes it is difficult to be consistent especially when it your ego, dignity, income etc. being threatened. It requires courage. Many people have shown this including Syakh Hamza Yusuf. He condemned the Muslims who involved in terrrorisme activity and at the same time he condemned the American Foreign Policy, get American troops out of Iraq. Both of them which brings destruction to the world peace.

Changing the Tide - Hamza Yusuf

Who Speaks For Islam - with Ray Suarez & Hamza Yusuf

'YouTube'ing

Before this I had no idea why is it, people like SMamat says that there are many interesting videos in YouTube. Some of them who were hooked on YouTube says it is very, very addictive. I wonder why and how did they find those videos.

But, since the exam weeks, I had developed a habit of watching videos on YouTube. I found that there are many wonderful, fascinating, interesting, eye opening and moving videos out there. During the exam weeks I used to watch comedy programs such as Small Wonder and Little Mosque on the Prairie.

Now I understand that the key to find interesting and enjoyable videos is to have a topic of interest and the skill of choosing the correct keyword. Some interesting keyword I you like recommend to you is 'Islam', 'Islam Convert', 'Miracle Allah' and 'Hamza Yusuf'. I warn you its very addictive!

Today, I would like to share with you few videos worth to watch. Firstly, a video about a British photography student who were killed by the Israeli soldier titled 'Tom Hurndall - Documentary follows his murder by Israel'. Sadly, as I want to embed the video here, I found the video was removed. I just had watch it few hours ago. I was very impressed with this guy who was very passionate in helping the victims of war in Palestine. Even though he is not a muslim, he still stand up to defend the Palestinian against the ruthlessness of Israeli army. Why? I could not understand this before I came to the UK because in Malaysia, I see this as Muslim issue, our brothers in Palestine are killed and their houses were bulldozed. Through my experience living here, attending talks and watching videos and this video in particular, I began to understand. It is because he and other Westerners like him believe in justice and they know the true situation happening there. They are the people of principle and the principle applies regardless of race and religion. Therefore they feel the obligation to make some changes in Palestine and in defending the human right in general. I wonder how many Malaysians out there, either in Malaysia or overseas really concern about this issue. Maybe AF is much more important than this issue... Well i don't blame them completely, maybe because there is lack of exposure so people don't really care... It is our job then... to raise the awareness.

The second movie is about a debate on does criticising Israel means antisemitic?

And finally, more on Jews lobby in USA...
There are few interesting points I would like to raise here. Firstly is the effectiveness Jews Lobby work in making sure all politicians, academics and other people does not critic Israel and support Israel. How organised they are, how fast they act. Why can't muslims organise in the same manner? I mean in the sense of unity and coordination. Secondly, there are similarity of tactics used back home. I you are in the businessman's circle, you will find out that if a businessman not showing his or her support to the governing party, he or she will find difficulty in making business especially securing tender from the government agency. Besides that, I also learned that Kelantan, the state ruled by the opposition party was blocked or restricted from receiving money from the the central government. By this, by no means I'm trying to equate those party are same as these Jews lobby people.

Well I think that enough for our video collection for today. Happy Watching.

Monday, 4 June 2007

Just For Fun

Face recognition merupakan satu bidang yang sangat menarik dan agak rapat dengan topik projek 3rd year aku. Masa tengah buat projek beberapa bulan lepas, aku pernah mencuba beberapa website yang buat face recognition secara online. Antaranya yang paling popular dikalangan pengguna facebook adalah dekat Heritage. Sebelum ni, keputusan yang diperoleh tak memuaskan. Aku tak kisah la muka sapa pun, sebab aku bukan suka sangat orang kata muka sama dengan orang lain. Oleh sebab baru-baru ni aku result yang agak ok, boleh la aku masukkan kat sini. Just for fun. Nothing significant. Tahniah kpd Hisyam, pandai ko observe.

~ ~ ~

Lagu best??
Kak Idlan telah men'tag' aku suruh tulih fasal lagu-lagu nostalgik ketika aku berusia 18 thn. Hmm apa yer. Memandangkan aku tak layan sangat lagu-lagu ni. Aku tak tahu sangat apa nak letak. Setakat lagu yang selalu berkumandang di radio dan chalet budak2 KMYS aku tau la kot.

List yang dia bagi panjang sangat, so aku amik top 10 sajalah. Dalam banyak2 tu aku tau lagu Avril Lavinge shj. Kat kolej dulu agak popular jugak la lagu Complicated ni. Kalau pi chalet Bojol mesti dia layan lagu tu.

~~~

Lagi best
Alhamdulillah semalam sempat menghadiri satu talk by Syakh Hamza Yusuf Hanson dekat Friends House, Euston. Kali ini dia berbicara tentang 'politik dari perspektif Islam'. Alhamdulillah ucapannya sangat menarik dan sebahagian daripanya sama dengan apa yang aku belajar sebelum ini. Yang menarik adalah beliau dapat mengaitkan idea-idea dari barat dengan ilmu Islam tradisional. Mudah faham. Aku juga sempat membeli buku Purification Of The Heart dengan harga 10 GBP sahaja.