Monday, 30 July 2007

Kerja, kerja

Setelah menyingkap kembali perjalanan hidupku selepas entry bercuti di negara orang, aku dapati rupa-rupanya sudah banyak juga perkara ku lalui sepanjang cuti summer ini. Memanah, pindah rumah, belajar Bahasa Arab, jadi host kepada rakan-rakan yang turun ke London, kerja dan macam-macam lagi.

Selepas pindah rumah, aku mula belajar Bahasa Arab. Dalam masa yang sama, aku cuba mencari peluang pekerjaan bagi mengisi masa lapang dan kocekku. Dalam minggu kedua pengajian Bahasa Arab, aku dipanggil untuk temuduga kerja di IS department Uni ku. Beberapa hari kemudian pula, aku diminta untuk mengisi kekosongan kerja sebagai receptionist di sebuah bangunan London ini. Hatiku terasa agak berat untuk menerima permintaan tersebut kerana aku merasakan kerja di IS department lebih menarik dan mencabar. Namun demikian, setelah menimbang pro dan kotra antara dua pekerjaan tersebut, akhirnya aku memutuskan untuk bekerja sebagai receptionist.

Tanggal 13 Julai, aku memulakan latihan sebagai seorang receptionist. Tugas aku pada hari itu agak berat kerana ramai orang yang chek-in pada hari tersebut. Minggu berikutnya merupakan minggu yang paling berat bagiku kerana aku belajar dan bekerja setiap hari. Pada sebelah pagi, aku menghadiri kelas selama 4 jam. Kemudian selepas solat Zohor, lunch dan berehat sebentar, kira-kira pukul 3.30 petang, aku terus ke tempat kerja. Habis kerja pukul 12 tengah malam, maka tak dapat hafal vocab dan siapkan homework. Walaupun kerja tak seteruk builder, aku tetap rasa letih yang amat sangat. Mungking sebab tak cukup rehat. Suatu hari, oleh kerana letih yang amat sangat dan tak siap homework, aku rasa malas sangat nak pergi ke kelas Bahasa Arab. Namun setelah dinasihati oleh Shafiq Aymand, aku pergi juga.

Apa yang menarik pasal bekerja sebagai receptionist ini adalah kawan-kawan di London ini memberi sokongan yang penuh kepadaku dan mereka juga excited apabila mengetahui aku bekerja di tempat tersebut. Ada yang datang jenguk tengok aku bekerja, ada yang telefon menyamar sebagai customer kacau aku dan kadang-kadang kami bersama-sama makan malam di kantin dekat bangunan tersebut. Thanks guys. Selain itu, ada juga yang terkejut apabila nampak aku bekerja di meja recptionist di situ, kebanyakannya kawan-kawan yang belajar di luar London.

Kerja sebagai receptionist, lapan jam sehari sungguh memenatkan, maklumlah sebelum ini biasanya aku selalu lepak kat rumah ajer. Bila letih kerja ni, teringat cerita Ust Hasrizal yang sentiasa sibuk. Sekarang dapat faham akan cabaran yang beliau hadapi dengan lebih baik. Rasa kagum dengan ketabahan beliau menghadapi cabaran sebegitu. Bila aku komplen kat Shafiq Aymand pasal tak larat kerja, dia kata medic students dan doctors lagi letih kalau nak banding kerja aku tu. Beban kerja diorang berat dan waktu bekerja agak lama juga. Mendengar cerita beliau membuatkan aku insaf dan sedar bahawa ada orang yang menghadapi cabaran yang lebih hebat dari aku. Redha sahajalah...

Walaupun receptionist merupakan watak kecil sahaja di tempat aku bekerja itu, namun amanah dan tanggungjawab yang dipikul agak besar. Tanggungjwab menjaga keselamatan pelawat, bangunan, wang dan harta dalam bangunan tersebut terletak di atas bahu receptionist. Aku boleh menerima atau menolak permohonan orang untuk sewa bilik. Kalau mahu aku boleh saja bagi orang masuk bilik tanpa bayaran, tapi itu pecah amanah namanya. Kadang-kadang aku terpaksa menghampakan pelawat ataupun orang yang menelefon kerana tidak dapat membantu mereka apabila bilik penuh ataupun atas sebab-sebab yang lain.

Walaupun kuasa yang ada padaku ketika itu sangat kecil, namun cabaran tetap ada. Ada sesekali , pelawat (bukan pelajar undergrad) suruh aku tipu, bagi harga student walapun dia tidak layak mendapat diskaun tersebut. "Tulis ajer student, bukan ada orang tahu!" katanya. Ada juga yang kata tak tolong member. Semasa bekerja di sini, kadang-kadang dapat benda free dari pelawat-pelawat dan juga beberapa keistimewaan seperti teh tarik free sebab kenal tauke kantin. Seronok juga rasanya.

Berdasarkan situasi yang aku hadapi ini, aku boleh faham macam mana orang boleh terjerumus dalam gejala rasuah walaupun pada mulanya orang itu adalah orang yang 'baik'. Mula-mula masa jadi pegawai rendah, tipu sikit-sikit sebab orang tak tahu, lepas tu lama-lama dah jadi habit tak rasa apa. Ditambah pula orang selalu kasi hadiah, belanja dsb. Mula jadi bias, kronisme. Bila naik pangkat jadi pengarah sebuah jabatan atau kementerian, deal dengan projek yang besar-besar, setiap satu bernilai puluhan juta ringgit. Masa tu pula minta 10%, 20%, 30% daripada kontraktor. Syaitan yang licik menghasut buat jahat, tak hasut kita terus buat yang teruk terus, dia hasut buat jahat sikit-sikit, step by step. (Ini hanyalah hipotesis aku berdasarkan extrapolasi pengalamanku yang sedikit)

Setelah sekian lama pasrah tak dapat intern dan kadang-kadang jeles tengok orang lain dapat intern, akhirnya aku dapat juga tawaran intern dua minggu lepas. Alhamdulillah, aku amat gembira. Maka pada hari Isnin yang lepas, aku berhenti kerja dan Kiko telah mengambil alih tugasku sebagai receptionist di Malaysia Hall London. Alhamdulillah, aku tidak menghadapi masalah meletakkan jawatan. Malah, pegawai-pegawai di sana mengucapkan selamat berjaya untuk intern kelak. Apapun pengalaman bekerja di sana merupakan sesuatu yang amat beharga dan menarik. Aku dapat kenal dengan bermacam-macam orang dari pelbagai latar belakang dan belajar melayan kerenah pelanggan macam-macam ragam.

Sekarang aku sudah nampak hikmah bekerja di Malaysia Hall berbanding kerja di Uni. Kalau kerjadi Uni mungkin susah nak berhenti. Aku terasa semua perkara yang aku lalui sebelum ini seolah-olah sudah diatur. Banyak perkara yang aku buat sebelum ini nampaknya seolah-olah tak ada perancangan langsung, sekadar mengikut peredaran masa. Tapi kini alhamdulillah, semuanya sudah jelas. Aku juga gembira kerana semua perkara yang dihajatkan dapat dicapai. Mungkin ini berkat doa ibu bapa dan juga sahabat-sahabatku. Doakan kejayaanku di tempat kerja baru pula.

Monday, 23 July 2007

The end of Level 1

Friday, 20 July - Today marks an important point in my 'summer holiday life'. I had finishes my study in Arabic for level 1 in Ibn Jabal Institute. All praise to Allah, I managed to endure the challenges (e.g laziness) during the courses. Thanks to the support given by my parents and friends.

Photo courtesy of Ibn Jabal Facebook Group



I really enjoyed following the course. Through the course, I gained a lot of knowledge especially about Arabic grammar. Understanding Arabic allows me to have a better access to Islamic knowledge. This gave me better appreciation to the Quran and Arabic terms used in religious talks. I would consider this as a life changing event because it has lifted me from not understanding to little understanding.

I also managed to get new friends. They are really good people. Being with them in the class, makes me feel motivated. I will be missing these brothers. I hope I can see them in other occasion in the future.

By the end of the lecture @ class, we had our Jumah prayer in the classroom due to request from the sisters and we are kind of late to go to the mosque. Brother Mamoon, our teacher gave the khutbah. I found that his khutbah is very interesting and inspiring. Eventhough it is short, there were many points of nasiha was given. I could not put everything here.

He began the khutbah by reciting surah Al-Alaq and few ayah from the Quran. Iqra-means Read! It an order verb derived from qa-ra-a. Why is it that the first ayah revealed is the order to read?

The importance of reading Quran in our life. As muslim, we believe that Quran is revealed to His Messenger. It is the word of God. It is the highest source of reference in our life. As a muslim, we should read the Quran everyday. Rasulullah pbuh states that the person who read Quran less than 10 ayah in a day is in a state of heedlessness.

Read with the name of god. It is important for us to renew our intention in doing every action. The right intention is the prerequisite that worship to be accepted by Allah. A prayer, might not accepted by Allah if we do not have khusyu' or the intention is to show off, riya'. Riya is a form of shirk.

Have true understanding. Understand the world according to Quranic perspective, not your own. The problem with muslims now days is not everyone of us understand the Quran, including me. Correct understanding can only be obtained, by learning the language itself. This is because if you read translation, it had lost half of its true meaning. Eventhough reading without understanding will give spiritual benefit, reading and contemplate, reflect upon oneself will give better benefit to us. As we all know, quran is revealed to all mankind. It has been said that, the moment you understand the Quran, you will feel as if it is the moment it is revealed to you. This is because previously, you know the Quran is there but you don't really understand what is it's content.

Level of understanding. For a scholar, he or she can understand the Quran in terms of linguistic, social, history etc. In order to achieve the scholarly level of understanding, one have to spend tremendous amount of time in his life. For those who are not able to do so or do not have access to scholars, it is enough to read and reflect upon yourself based on your understanding. That will benefit yourself. Everyone of us have a mushaf, therefore read and reflect!

# end of khutbah

After we finishes the Jumah prayer, the brothers planned to have lunch together but Bro Mamoon could not make it. As we about to depart, Bro Mamoon adviced to me was to work on my vocab. Inshallah. Jazakallahukahiran to my Arabic teacher and good luck to you in Egypt.

Thursday, 19 July 2007

Hayya bil arabiyyah

Since moving to new house in Bayswater, I was extremely busy. I took an intensive Arabic course in Ibn Jabal Institute. The course was really good and the teacher is funny. It makes learning arabic really fun. The good thing about this course is, the notes was arranged in a really systematic way. Therefore I can easily understand what was taught in the class. I found that arabic is an interesting language. It works like mathematics, i.e formulaic. If you put a preposition before a noun, the word ending sign will change. Same thing happen for other kind of words.

Personally, I find the course is really challenging. Despite have to spend 4 hours a day attending classes, we are expected to spend another 4 hours to memorise the vocab, do homework and some reading. At this stage I thin k I can read and understand the arabic structure. Alhamdulillah, I am very glad. However I need to work out more on the vocab and the exercises to strengthen my understanding.

I would like to share an inspiring piece of advice from my Arabic teacher yesterday. He said, he know most of the students in the class took the course because they want to understand the Quran. Therefore he asked us to purify our intention learning arabic. He also reminds us about the hadith which means something like 'when His servant walks towards Him, Allah will run towards him (closer)'. So treat every effort (doing homework, memorising vocab and attending class) in understanding the arabic to understand the Quran as an act of worship. In fact it is a worship if the intention is correct. This is a babystep toward Allah. He also reminded us to spend an hour on arabic everyday. By having the knowledge about the grammar and vocab, inshallah, one day everyone will be able to read and understand the Quran without having to look at the translation.

I hope I can maintain my good work and be able to understand the Quran wthout referring the translation. Inshallah I will pursue level 2 part-time during next academic year.

Wednesday, 11 July 2007

Menghadapi Dugaan Di Musim Panas Sediakan Payung Taqwa: Translated by Umm Adam

Terima kasih kepada saudara Shafiq yang memberitahu aku tentang artikel ini. Tulisannya sangat kena dengan artikel-artikel aku lepas. Semoga bermanafaat untuk semua

Menghadapi Dugaan Di Musim Panas Sediakan Payung Taqwa:

Ust. Suhaib Webb

Translated by Umm Adam

Asalamu alaykum,

Harapanku agar sekalian pembaca semuanya sihat, dan doaku, agar jiwamu terasa hampir dengan Allah sentiasa. Disini aku ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca. akan saat permulaan aku memeluk agama Islam, lebih kurang 10 tahun yang lepas. Dugaannya besar sekali bagiku, terutama sekali berkaitan dengan isu “awek-awek” atau gadis-gadis jelita. Di kampus universiti memang tidak terkira godaannya. Apa tidaknya, cara hidupku sebelum memeluk Islam berbeza sekali dengan cara hidup Islam yang seharusnya. Aku berpeluang mengecapi kejayaan sebagai seorang DJ. (Sukar untuk aku menggambarkan betapa gembiranya hatiku ketika aku mula-mula membuat re-mix lagu dengan “four track mixer”. Pasti pembaca mentertawakanku! Ketinggalan zamanlah, brother! Tetapi hakikatnya, bakatku dalam bidang muzik memang terserlah ketika itu. Pada masa yang sama aku hampir menjadi ahli persatuan Greek - Alpha Phi Alpha di universitiku dan hampir menjalani tempoh penilaiannya yakni, “ragging” yang dipanggil “Burning Sands.” Pujian hanya bagi Allah yang memberiku hidayah sehingga aku menjadi seorang Muslim dan mula menjauhkan diri dari perkara-perkara mungkar sebegini. Semua dugaan-dugaan ini merupakan cubaan yang hebat bagiku, namun tidaklah sehebat cubaan yang berkaitan dengan kaum Hawa.


Aku faham benar perasaan remaja dan pemuda-pemudi ketika berhadapan dengan bermacam dugaan-dugaan orang muda. Di Barat musimnya bertukar-tukar sepanjang tahun, dari musim sejuk ke musim bunga, dari musim bunga ke musim panas. Apabila musim panas tiba, godaan yang datang di sekitarmu semakin meningkat kerana manusia disekitarmu gemar menyingkap pakaian mereka. Dari pakaian yang menutupi tubuh di musim sejuk, tiba-tiba bertukar stail kepada pakaian yang mendedahkan tubuh di musim panas. “Jangan ditenung! Jangan ditengok! Jangan dilihat!

Sukar sekali untuk mengelakkan penglihatan ini dari menjamah juadah yang di depan mata sekiranya hati dan rohani tidak akur dengan Kebesaran Allah dan jiwa tidak bersyukur dengan Rahmat dan Limpahan Kurnia-Nya.

Disini ingin ku kongsi serba sedikit ilmu yang ku kutip dari Sheikh Ibrahami al-Khalifa yang datang menziarahi Mesir dari Arab Saudi selama beberapa minggu. Malam kelmarin aku berpeluang menghadiri program bacaan Shamail Muhamadiyah darinya. Memandangkan semua peperiksaanku telahpun selesai, aku berniat untuk mendapatkan manfaat darinya seketika dia berada di bumi Mesir ini. Seketika aku menulis artikel ini, pusat bandar Kahirah terbayang di mataku. Jalannya penuh sesak dengan kereta, bas, keldai, lembu dan pencemaran alam. Udara disini begitu panas dan kotor. Bayangkanlah! Apabila titisan air sembahyang diwajahku bercampur dengan debu panas Mesir, ia menghasilkan habuk yang tidak banyak bezanya dari habuk yang terkeluar dari beg vakum (vacuum bag). Cuaca panas terik sebegini membuatkanku terkenangkan yang jauh…termasuklah semua “homies-ku” di Amerika: My Boyz di Chicago, “brothers” di L.A. dan “the Bay”. Rindu rasa hatiku pada mereka. Perasaan kasih kepada saudara Islam kita adalah perasaan yang timbul dengan sendirinya dan patut kita hargai sepenuhnya. Bagaimana agaknya tingkah-laku seseorang itu apabila kehilangan dompet ataupun buku ceknya? Sebeginilah sepatutnya kita bertingkah-laku terhadap saudara seagama kita yang tiada disisi.

Menyambung kisah seterusnya. Sheikh Ibrahimi seterusnya mengupas kitab Risalat Mustarshidin karangan al-Muhasibi dengan tahqiq oleh Sheikh Abdul Fatah Abu Ghuda, salah seolah ahli hadith terhebat se-abad yang lepas. Sheikh tersebut mengingatkan para hadirinnya bahawa ibadat harus dilaksanakan dengan hati yang jelas membayangkan akan hampirnya Hari Akhirat itu. Kita harus sentiasa membayangkan seolah-olah kehidupan kita sekarang ini telah berada di penghujungnya, dan pada bila-bila masa sahaja Allah akan menemukan ajal kita. Ujar Sheikh tersebut,” Bersedialah kalian! Jangan terpedaya dengan keenakan dunia ini! Kita harus menjadi insan yang salih. Kita harus menghormati semua orang and mendirikan sembahyang setiap waktu dengan tulus ikhlas, seolah-olah kita sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ini.” Dengan penuh bijaksana, Sheikh Ibrahimi mengaitkan setiap dosa yang sering kita lakukan dengan sifat tanggungjawab yang sepatutnya ada dalam diri kita. Kita harus merasa tanggungjawab untuk mengelak dari melakukan dosa kerana kita tahu bahawa setiap insan itu pasti menemui maut. Selepas menghembuskan nafas yang terakhir, kita akan disoal tentang semua amalan kita di dunia ini. Sebak dadaku mendengar nasihat dan hikmah yang terkandung dalam Kitab Imam al-Muhasibi sebagaimana yang dikupas oleh Sheikh Ibrahami itu.

Ini sekadar nasihatku untuk saudara dan saudariku sekalian:

Sheikh Ibrahimi turut menyelitkan suatu kisah menarik berkaitan dengan isu tanggungjawab terhadap dosa-dosa yang kita lakukan saban hari. Bagiku kebolehannya menyelitkan kisah kehidupan seharian dalam perbincangan agama, adalah suatu petanda akan seorang imam, guru atau sheikh yang berkaliber. Stail ceramah beliau bisa melatih lebih ramai pendakwah akan datang, melembutkan hati pendengarnya and mematikan bara api yang menyala disebabkan oleh dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Sheikh tersebut mengisahkan berkenaan seorang anak muda dibawah pemerintahan Khalifah ‘Umar. Pemuda ini hidup bergelumang dosa kerana asyik menurut nafsu dirinya sendiri. Pemuda ini akhirnya terperangkap disebabkan oleh tenungan terhadap seorang gadis. Dikala dia hampir melakukan dosa dengan gadis tersebut, tiba-tiba kedengaran olehnya bacaan suci Al-Qur’an, lalu dia bangkit berdiri sambil menggeletar ketakutan mengenangkan seksaan Allah lalu tidak semena-mena dia menghebuskan nafas akhirnya di situ juga. ‘Umar yang mengebumikan mayat pemuda ini selepas mendengar akan cara matinya, terus membacakan sepotong ayat dari Surah al-Rahman yang berbunyi: “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadapi Tuhannya ada dua syurga.” Tiba-tiba saja muncul jawapan dari dalam kubur pemuda itu yang mengatakan, “Kami dapati bahawa janji Tuhan itu benar.”

Saudara saudariku sekalian,

Hakikatnya godaan di musim panas itu memang hebat buatmu. Menurut penelitian statistik di Barat, apabila cuaca meningkat, kejadian jenayah turut meningkat. Di dalam menghadapi ujian sebegini, penting sekali bagi kita mengingatkan Ke-Agungan Allah dan segala limpah kurnia-Nya. Berfikirlah sejenak! Cuba dipadamkan mesin PS3 itu! Letakkan I-Pod itu ketepi dan berfikirlah walaupun seminit. Cuba dibatasi penggunaan Internet yang terlalu kerap and sedarkan diri kita sendiri bahawa Tuhan akan menyoal kita semua akan penggunaan masa kita dizaman muda. Apakah perancangan masa hadapan kamu? Bagaimana pula perancangan masa santai kamu di musim panas ini?

Cubalah ditutup semua alat-alat hiburan buat sementara dan alihkan tumpuanmu ke lubuk hatimu pula. Sediakan suatu matlamat atau perancangan untuk berbakti kepada masyarakat sekeliling. Kita harus sentiasa mengingatkan diri kita, bahawa Tuhan itu sentiasa memerhatikan kita, termasuklah di waktu kita menghadapi dugaan. Sekiranya dugaan itu begitu sukar untuk kita atasi, Tuhanlah yang Maha Mengetahui akan kesulitan yang kita hadapi. Inilah peluangnya untuk kita berdo’a kepada Nya dan memohon perlindungan Allah dari godaan Iblis. Aku yakin kalian semua mampu menjalankan berbagai aktiviti berfaedah untuk masyarakat sekeliling kita.

Disini inginku sarankan beberapa aktiviti:

1. Melawat tempat-tempat menarik dan berfaedah dengan sahabat yang baik perilakunya.

Menurut hadis Rasulullah SAW:

“Keimanan seseorang itu amat berkaitan dengan iman rakannya” Begitu juga

kisahnya dalam hadis Nabi yang mencerita kisah tiga orang pemuda yang

terperangkap didalam gua. Mereka tidak mungkin dapat keluar dari gua tersebut

jika tidak disebabkan oleh keikhlasan ketiga-tiga anak muda itu yang

akhirnya menggerakkan batu besar yang menutup gua tersebut sedikit demi sedikit.

2. Sediakan perancangan kamu di musim cuti ini, dalam bentuk:

Kemasyarakatan: hulurkan sumbangan sukarela dengan persatuan Muslim

atau bukan-Muslim dikawasan tempat tinggalmu.

Kerohanian: teguhkan sembahyang lima waktu setiap hari dan lebih bertuah lagi

jika dirimu mampu mengerjakan sembahyang tahajjud dan puasa sunat.

Pendidikan: hadiri kelas pengetahuan Islam untuk meneguhkan imanmu

Kekeluargaan: luangkan masa dengan suami atau isteri (segerakan bernikah

jika mampu), anak-anak dan kaum keluarga.

3. Sertai aktiviti-aktiviti seperti berikut:

1. Qiyamullail

2. Pertandingan sukan seperti basketball sepanjang malam. Ini boleh diikuti

oleh Qiyamullail, solat Subuh dan disudahi dengan roti canai mamak.

3. “Sleepovers” di rumah rakan.

4. “Camping” atau berkelah di tepi pantai.

5. Beri’tikaf seminggu sekali

Ku do’akan semoga Tuhan sentiasa menghulur bantuan dan rahmat-Nya buat kita, agar kita menggunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Sekiranya pembaca sekalian ada mempunyai banyak idea lain lagi, silalah kirimkan idea tersebut padaku.

www.suhaibwebb.com

Sunday, 1 July 2007

Perubahan

Sudah lama nak tulis pasal perubahan, tapi selalu rasa macam tak sesuai. Memandangkan aku tengah free ni, tulis sahaja la...

Pernah suatu ketika aku terfikir bahawa apa ertinya bila mencecah umur 23 tahun. Dari segi matematik, ia merupakan no perdana (prime number) dan nombor ganjil. Di dalam hati ini juga sebenarnya wujud rasa ganjil. Tahun lepas, ketika berusia 22 tahun, aku tertanya-tanya, apakah bezanya antara orang yang berumur 22 dan 23 tahun. Apakah hanya terletak pada tempoh hidup di dunia ini atau ada sesuatu yang berbeza. Aku pernah bertanya kepada Zacharias apakah perasannya menjadi orang yang berumur 23 dan katanya, biasa sahaja, tiada beza apa pun.

Nampaknya aku pun rasa sama seperti dia sekarang. Tiada apa sangat. Tak rasa excited, mahupun down. Kadangkala aku merasakan aku adalah sama seperti diri aku ketika usia belasan tahun dahulu.

Sewaktu form 1, aku memandang tinggi senior-senior form 4. Diorang nampak matang, hebat dalam memimpin budak-budak sekolah dan organise macam-macam benda yang best. Bila masuk Kolej pula, respect dengan senior-senior. Begitu juga bila first year di UK, rasa hormat seniors. Tapi bila aku berada di posisi mereka, tiada apa pun. Aku rasa perangaiku dan cara fikirku sama sahaja.

Namun apa yang aku tahu, dengan bertambahnya usia, pengalamanku semakin bertambah. Bertambahnya pengalaman, semakin banyak pengajaran yang ku pelajari. Dengan bertambahnya pengajaran yang aku pelajari, sebenarnya ia telah mengubah diriku serba sedikit tanpa kusedari.

Aku masih ingat lagi ketika di bangku sekolah rendah, aku merasakan masa seolah-olah berlalu dengan begitu perlahan sekali. Tanggungjawab yang dipukul tidak seberapa. Tiada apa yang perlu aku risaukan. Kehidupan ketika itu hanya berkisar kepada benda-benda yang seronok sahaja. Main bola, kejar-kejar, dan macam-macam lagi permainan dengan kawan-kawan waktu petang. Tengok TV dan baca komik Ultraman, Flasman, Tomato man doraemon dsb.

Tapi kini, berbeza sekali. Masa bagaikan tidak cukup. Setiap kali bertemu hari Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat, aku terasa baru sahaja menunaikan solat jumaat sebentar tadi. Telalu banyak perkara yang aku risaukan, perlu siapkan dan tanggungjawab yang dipikul. Dalam masa yang sama aku sering mahukan perubahan, cepat bosan dengan cara hidup rutin. Selalu berharap akan perkara-perkara yang aku concern akan berubah menjadi lebih baik.

Aku terfikir, apakah aku akan menjadi orang yang sukakan perubahan selamanya? Mungkinkah suatu hari nanti aku adalah orang yang bencikan perubahan pula?

Maaflah kalau blog aku ini terlalu self-centered. Mungkin korang tak concern pun apa yang aku tulis ni. Tapi sebab blog ni blog aku, aku tulis ajerla apa yang aku suka, hehe.