Friday, 31 August 2007

Duit duit

Duit duit…Di mana kau duit?!!

Bila nak mula tulis pasal duit, teringat lagu tu. Bila duit sikit, terasa hidup sempit. Macam-macam benda yang ingin dibeli terpaksa dilupakan. Kadang-kadang timbul rasa jeles terhadap orang yang banyak duit.

Tapi bila kerja, ada peluang menambah kekayaan. Berangan-angan nak beli dan buat macam-macam dengan duit tu. Ingat semua milikku, tapi sebahagian kena bayar NI. Rasa sedikit frust, kuranglah jumlah dari apa yang patut aku dapat, hu hu.

A little digression, Well dlm Islam pun ader konsep zakat. Tak semua harta yang kita peroleh, dibolot 100%. 2.5 % daripada jumlah wang, harta dsb perlu diberikan kepada orang yang berhak sekiranya cukup tempoh dan jumlahnya. Rezeki itu milik Allah, Dia bagi pinjam ajer.

Macam mana kalau jadi orang kaya tapi hati penuh dengan rasa tamak dan kedekut? Nak tolong orang pun tak nak. Entah-entah bayar zakat pun tak nak. Nauzubillah. Patutlah Shafiq Aymand kata susah jadi orang senang. Boleh faham cerita dia, pasal orang yang bila dah senang sikit, diminta tolong orang berkata, "Biarlah, aku pun susah jugak". Baru-baru ini skrip yang sama juga diungkapkan oleh orang lain, "Alah, hidup di London memang tough, tak payah lah susah-susah cari rumah untuk diorang"

Ok back to main discussion. Sheikh Anwar al-Awlaki pernah berkata, kesenangan berharta bukan bergantung kepada kuantiti. Tapi keberkatan. Ada orang mempunyai harata dan wang yang sedikit tapi senang hati, tak ada masalah dalam hidup. Untuk memperoleh harta yang diberkati, perkara-perkara haram dan syubahat hendaklah dijauhi. Hati pula perlu ikhlas. Marilah sama-sama doakan agar jadi orang yang diberkati hartanya.

The counterpart

Driven by the conversation between me and Akmal, hari ini aku ingin menulis pandangan aku tentang perubahan dalam diriku dan di kalangan rakan-rakan sebaya dari kecil hingga sekarang dari kaca mataku tentang pandangan terhadap the female counterpart dan apa topik perbualan apabila menyentuh tentang the opposite gender. (Disini aku hanya akan mention from males point of view. Kalau perempuan punya view aku tak tahu la nak komen.)

Zaman kanak-kanak:

The female counterpart dianggap sebagai kawan. Tiada sebarang feeling. Siap boleh main kahwin-kahwin lagi. Masa tu, tak tahu apa benda kahwin tu. Ingat kahwin itu adalah akad nikah, bersanding, kipas-kipas dan nyanyi lagi selamat pengantin baru ajer. Well for me tu jelah pun yang aku tahu sewaktu itu. 

Zaman sekolah:

Feeling towards the opposite gender starts to develop and people starts to talk about aweks. Ushar-ushar awek cun, cabar member tackle aweks dsb. Some chooses to find a couple. Bila nak kenakan orang pun, taktik yang digunakan adalah tuduh si polan minat si polan .

University:

Sejak dua tahun kebelakangan ini, aku sering berhadapan dengan topik kahwin bila sembang dengan kawan-kawan. Sembang pasal bila nak kahwin, nak kahwin dengan sapa, gosip pasal orang lain dsb. Aku kata kat akmal, kenapa orang sekarang asik sembang pasal kahwin saja. "Well, its about time man" jawabnya.

Sebahagian daripada kawa-kawan aku telahpun mendirikan rumahtangga. Cuti Summer ini sahaja, dari sepuluh orang kawanku sudah berkahwin. Selamat diucapkan kepada mereka. Semoga mereka dicucuri rahmat Allah dan berbahagia.

Next:
Lepas ini apa pula yang akan menjadi topic perbualan kita? Apapun mari kita dengar sedikit nasihat dari Hamza Yusuf:



Sunday, 26 August 2007

Notting Hill Carnival 2007

Aku baru sahaja pulang dari Notting Hill Carnival. Street party terbesar di Eropah. Memandangkan aku tinggal berhampiran dengan kawasan Carnival dianjurkan, aku dan Akmal mengambil peluang untuk melihat Carnival secara live. Carnival diadakan selama dua hari. Tema Carnival hari ini adalah untuk kanak-kanak. Manakala esok pula adalah untuk orang dewasa. Memandangkan hari ini hari untuk kanak-kanak, tak adalah orang menari pakai pakaian yang teruk-teruk sangat (Macam dalam gambar kat internet. Cari sendiri la yer) Walaubagaimanapun, keteguhan iman tetap teruji. Kalau ikut nasihat bro SMamat, memang tak digalakkan pun pergi ke tempat2 seperti ini.

Orang yang pergi ke sana, ramai gile!! Berduyun-duyun orang turun ke Notting Hill. Jalan penuh dengan orang, macam lautan manusia. Macam-macam bangsa dan pelbagai lapisan umur boleh di jumpai. Akmal kata, kalau ada bola boling besar best ni.

Apa diorang buat kat sana? Mainly ada dua benda. Pertama layan music show dan kedua menikmati jualan makanan Carribean. Terdapat banyak sistem suara yang kuat di pasang di tepi jalan di sekitar Notting Hill. Di setiap spot tu, akan ada DJ pasang lagu dan orang lain pula menari2. Bising gila. Ditambah dengan bunyi wisel dan horn, lagi bising. Ada juga yang tengok-tengok ajer. Mostly orang yang gi sana macam nak chill out ajer. Tapi aku tak minat sangat. Tak banyak gambar yang diambil pun.

Secara umumnya Carnival ni macam pasar malam mega kat Malaysia laa. Cuma ada tambahan orang nyanyi dan menari sahaja. Walaupun terdapat banyak gerai dibukan tetapi makanan yang dijual agak tipikal. Antaranya adalah Jerk Chicken, BBQ, Jerk Pasty, tebu dan air kelapa.

Antara perkara lain yang menarik adalah banyak kedai dan rumah di situ di tutup. Tingkap kaca semuanya di tutup dengan papan bagi mengelakkan vandalisme. Kesian juga kepada warga tua yang tinggal disekitar kawasan tersebut. Diorang terpaksa keluar kerana tak tahan dengan suasana yang sesak dan bising sewaktu Carnival dianjurkan. Kehadiran polis yang sangat ramai sedikit sebanyak membantu memastikan keamanan terjaga. Berdasarkan pemerhatianku, polis ditempatkan di setiap 20 meter sepanjang jalan dan simpangan jalan.

Walaupun banyak gerai di sana, kami tak tak beli pun sebab ayam kat sana sebab tak halal. Kitorang makan kat Tagine sahaja. Lebih kurang pukul 3, kami pun pulang ke rumah. Letih berjalan jauh di bawah pancaran matahari yang terik.

Lautan manusia di sepanjang jalan Ladbroke Grove.



Tiba-tiba Red Indian ni nak join jugak. Diorang buat show kat depan umah.

Saturday, 25 August 2007

Cuti

Sedikit update setelah sekian lama menyepi. Alhamdulillah kerja kat Surrey berjalan dengan baik. Hari-hari commute dari central London ke Farnbarough. Walaupun letih sedikit tapi itulah pilihan yang paling ekonomi. Tempat kerja, suasana dan rakan-rakan di pejabat semuanya best. Seronok juga. Kerja pula biasa sahaja.

Isnin depan Bank Holiday, so ada cuti weekend yang panjang. Masa yang ada mungkin akan digunakan untuk melawat rakan-rakan. Di samping itu, aku akan menerima seorang lagi tetamu, Akmal petang ini setelah Faizal pulang ke Manchester pagi tadi.

Thursday, 16 August 2007

Allergy

It is quite interesting to know that some people are allergic to milk. I came to know about milk allergy through one article in the Malaysian online news website, Utusan. Initially I think it can't be that serious. However through reading, I could understand that almost half of the population in the US are allergic to milk and it can cause serious problem to certain people such as cough and breathlessness. As I read further, I found that people are allergic to different kind of things such as shell food, dust mite, pollen etc.

I have allergy too. Some of them I can avoid, food such as prawn and crab. But others