Monday, 29 October 2007

Aku sudah tua!!!

Beberapa bulan yang lalu, aku menulis tentang betapa aku tidak berubah walaupun usia tudah meningkat. Namun setelah melangkah ke tahun keempat, tahun terakhir ini aku dapat merasakan sebenarnya aku sudah tua. Rakan-rakan yang dahulunya aku aku kenal ketika mereka tahun pertama kini telah masuk tahun ketiga dan tahun kedua. Kini mereka pula berada di tempat yang aku pernah berada beberapa tahun dahulu. Oh, betapa cepatnya masa berlalu.

Mungkin aku tidak setua orang tua, tetapi sekurang-kurangnya lebih tua daripada adik-adik tahun pertama. Ketika bulan Ramadhan yang lalu, aku mula merasai betapa aku akan kehilangan bebererapa benda yang aku dapat nikmati ketika hidup sebagai pelajar pabila grad kelak. Tentunya perasaan dan perpektif aku apabila melalui events yang sama ketika aku kerja kelak berbeza dengan sekarang.

Apapun kehidupan mesti diteruskan, bukannya terus mengeluh dan bernostalgia. Aku percaya bahawa semua perkara yang berlaku dalam kehidupan ini ada hikmahnya.

Sunday, 28 October 2007

Being consistent in the remembrance of Allah



I know that it is recommended for every Muslim to make dzikir such as Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahu akbar, istighfar, salawat to Nabi, remembering death etc. Dzikir is the easiest form of ibadah. Even though it is very simple, the reward is very big. I heard that for every subhanallah, a tree will grow in the heaven for us.

It is very important for us to remain aware of our purpose life in this world and maintain the connection with the Lord. Only Him can save us. Allah will be close to whoever going towards Him and far from those who keeps away from Him. Those who are close to Allah will be given sakinah in his heart.

However I found that it is difficult to be consistent in the remembrance of Allah. Every day, the worldly thing around me keep distracting me from making dzikr. As a result, my heart feels empty. Oh Allah, put me in the group of people who you love!

Thursday, 25 October 2007

Dodgy nyer area rumahku ini

Aku masih lagi dalam keadaan terkejut, marah,frust dan sedih. Balkoni rumahku dimasuki pencuri. Semuanya budak2 sahaja. Dalam empat orang semuanya.

Ketika aku menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, tiba-tiba aku terdengar suara orang berhampiran balkoni rumahku. Gerak hatiku merasakan bahawa ada orang tengah tengok mountain bike ku di luar sana. Ketika tahiyat akhir, aku ternampak seperti orang mengangkat basikalku. Teringat kuliah Maghrib di sekolah dahulu, jika dalam situasi getir - antara solat dengan selamatkan harta, selamatkan harta lebih utama. Maka dengan terus membatalkan solatku dan dengan segera aku bergegas ke balkoni. Alangkah terkejutnya aku melihat budak-budak itu tengah mengangkut basikal. Aku terus menjerit dengan sekuat hati. Diorang ketakutan terus lagi dan meniggalkan basikal ku di bawah. Malangnya basikal Tony 'selamat' diangkut mereka. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Bersabarlah wahai sahabat ku.

Kejar poun tak dapat. Report polis ajer. Argh geramnya! Rasa tak selamat pula rumah ni pabila mengenangkan betapa senangnya diorang nak masuk rumah. Semoga Allah melindungi kami.

Tuesday, 16 October 2007

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pelawat blog ini. Maaf zahir dan batin!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sebenarnya banyak juga benda yang nak ditulis kat sini. Tapi disebabkan kesibukan dan ketiadaan internet di rumah, kebanyakan idea dan tulisan terkubur begitu sahaja. Inshallah bila dah ade internet nanti aku akan cuba update dan masukkan benda-benda yang aku rasa sesuai untuk dikongsi bersama. Sehingga bertemu lagi.