Thursday, 29 November 2007

Steady State



Alhamdulillah, sekarang dah masuk steady state. Semua benda-benda penting yang diperlukan dah ada kat rumah ni. Urusan rumah pun banyak yang sudah selesai. Sekarang ini tinggal mengurus kehidupan harian ajer.

Tuesday, 27 November 2007

Apa akan jadi

Macam manalah agaknya kehidupan masa kerja nanti ye? Macam bosan aje rasanya. Hari-hari buat benda sama. Kawan-kawan bersosial mesti berkurangan, terhad kepada rakan sekerja aje. Hm.. seronokkah?

Friday, 23 November 2007

Rindu itu adalah...Anugerah dari Allah

Dalam beberapa hari ni terasa rindu sangat kat keluarga di Malaysia. Walaupun sudah telefon terasa tak puas lagi. Kenapakah?

Monday, 19 November 2007

Global Peace & Unity 2007



Another great event will be held next weekend, GLobal Peace & Unity. Inshallah I will buy the ticket. Sapa nak ikut?

Aku mahu ke Glasgow


Sebagai salah seorang peminat website iluvislam, aku akan pergi ke Glasgow untuk bertemu rakan-rakan di alam maya di alam nyata buat kali pertama. Sapa nak ikut sila sound. Inshallah boleh plan gi sama2

Thursday, 15 November 2007

Mari bercinta

Rilek-rilek. Jangan cuak bro. Aku sengaja menulis tajuk di atas bagi menarik perhatian anda untuk membaca tulisanku kali ini.

Aku ingin berkongsi sedikit pandanganku tentang sebuah buku yang sangat popular dikalangan rakan-rakanku. Jika dilihat review yang dibuat oleh para pembaca pun, rata-rata memberikan komen yang sangat positif.

Ramai yang memuji karya Habiburrahman ini. Tetapi aku tidak tahu sejauh manakah benarnya kata-kata mereka dan agak ragu dengan kebenarannya. Padaku, mungkin ia menarik bagi sesetengah golongan tapi bukan untuk aku.

Kata orang don't judge a book by its cover. Tapi aku tak dapat mengelak daripada menjadi judgemental. Aku tertanya-tanya kenapakah penerbit menggunakan gambar perempuan western sebagai cover. Kata novel dakwah tapi... ai. Namun setelah membaca aku faham dan dapat menerimanya.

Aku berikan 5 bintang kepada buku ini. Secara ringkasnya pace cerita sangat baik. Ia tidak terlalu laju mahupun perlahan. Sederhana sahaja. Aku suka baca buku macam ini. Kalau terlalu perlahan, aku akan cepat bosan dan mungkin akan berhenti separuh jalan sahaja. Plot cerita disusun dengan rapi sekali. Tidak melompat-lompat tak tentu pasal. Dengan itu, aku dengan mudah mengikuti cerita dari awal hingga akhir. Oleh kerana cerita ini berkisar tentang kehidupan seorang pelajar, ia begitu dekat sekali dengan hatiku. Dengan mudah aku dapat membayangkan apa yang disebutkan. Banyak pengajaran yang diselitkan. Yang menariknya nasihat-nasihat diselitkan dengan bagitu rapi sekali sehinggakan sekiranya anda hanya ingin melihat dari segi bahasa can cerita saja tanpa mahu berfikir tentang nasihat pun, cerita dalam buku ini cukup indah. Bagiku penulis cuba memberi pengajaran kepada pembaca dengan begitu halus sekali. Aku kagum dengan watak-watak dalam cerita ini. Semuanya mempunyai watak yang kuat dan mempunyai keperibadian yang tinggi.

Memandangakan aku membaca versi Bahasa Melayu, aku merasakan gaya bahasa yang digunakan agak mudah dan cair sedikit. Tidak sehebat sepertimana yang digembar-gemburkan. Apapun aku bukan pakar bahasa. Penilaianku mungkin salah.

Aku sangat suka buku ini. Sedikit sebanyak meberi inspirasi kepadaku. Banyak pengajaran yang harus aku ambil dan amalkan. Jika dibandingkan aku Fahri, watak utama, aku hanyalah insan kerdil. Setelah selesai membaca aku berasa sangat gembira. Inilah kepuasan membaca buku cerita. Aku sering katakan bahawa membaca buku yang bagus umpama menonton movie yang best. Ia lebih panjang cuma.

Oleh yang demikian, belilah buku ini atau pinjamlah buku ini dan seterusnya bacalah. Moga mendapat manafaat. Sangat sesuai bagi yang sedang bercinta, moga jadi panduan.

St Pancras

Sejak aku mempunyai seorang flatmate yang belajar di universiti yang sama, aku selalu menjalankan kegiatan merapatkan ukhwah (bonding-bonding kata orang muda zaman sekarang) setiap hari Rabu petang. Sebenarnya tak banyak kali sangat pun. Baru dalam dua tiga kali.

Minggu ini kami membuat keputusan untuk melawat Stesen Keretapi St. Pancras. Kebetulan juga hari tersebut merupakan hari pembukaan stesen tersebut. Buat pertama kalinya orang awam dibenarkan masuk ke stesen tersebut setelah sekian lama menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf. Mulai semalam, semua keretapi Eurostar ke Paris akan bertolak dari Kings Cross, tidak lagi Waterloo.

Lawatan kami diserikan lagi dengan kehadiran seorang lagi ahli rumah, Khairul. Aku berasa sangat gembira kerana dia begitu bersemangat sekali bersusah-payah bergerak dari Imperial Kolej untuk meluangkan masa bersama-sama melawat steseten keretapi yang penuh dengan sejarah itu.

Setibanya kami di sana, kelihatan sudah ramai yang ada di sana. Kebanyakan mereka adalah serupa seperti kami, ingin melihat rupa stesen yang baru dibuka. Ramai yang kagum melihat stesen baru itu. Aku juga kagum melihat kebesaran stesen itu terutamanya bumbung 'arch' yang sangat besar itu. Kelihatan ramai wartawan dan jurugambar sedang membuat liputan tentang setesen yang baru dibuka itu. Kami juga tidak melepaskan peluang untk mengambil gambar kenang-kenagan sempena hari pertama stesen itu dibuka.

Kami habiskan banyak masa di sana dengan bersantai-santai sambil menikmati keindahan senibina bangunan lama tersebut. Tahniah diucapkan kepada arkitek stesen keretapi tersebut kerana pandai menggabungkan rekaan zaman dulu dan zaman moden dengan baik sekali. Semuanya kelihatan begitu harmoni sekali.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Kenapa stesen ini begitu istimewa sehingga ramai yang ingin melihat stesen ini? Bagiku, perkara yang paling istimewa bagiku adalah kerana ketika aku baru menjejakkan kaki ke bumi London dahulu, aku sering melalui kawasan stesen tersebut. Ianya cantik tapi dilitupi dengan scaffolding. Kelihatan kerja-kerja pembinaan giat dijalankan dan sebahagian daripada kawasan menjadi sempit kerana beberapa bahagian jalan terpaksa ditutup sehingga menyebabkan jalan selalu sesak. Selain itu pemandangan agak berserabut.

Seorang abang di UCL pernah memberitahu aku bahawa suatu hari nanti, stesen itu akan menjadi stesen baru untuk keretapi laju ke Paris menggantikan stesen Waterloo. Mendengar cerita beliau, aku berasa excited untuk melihat hasilnya kelak. Namun, ketika itu aku memikirkan bahawa aku tidak akan sempat melihat stesen baru itu kerana menjangkakan ia akan mengambil masa yang sangat panjang. Mungkin setelah aku pulang ke Malaysia baru dibuka. Tepati semalam, aku berkesempatan melihat stsen itu dibuka buat kali pertama pada dekad ini. Alhamdulillah.


Penemuan menarik

Aku terjumpa satu artikel menarik tentang bagaimana otak berfungsi. Cuba anda perhatikan gambar dibawah dengan bersahaja. Ke arah manakah is berpusing? Sila klik gambar kalau dia tak nak pusing.


(Harap Maaf - gambar kurang senonoh)

Kita biasa mendengar tentang bahawa ada orang otak kanannya dominan manakala ada orang otak kirinya pula yang dominan. Menurut artikel asal sekiranya anda nampak dia pusing mengikut arah jam, anda menggunakan otak kanan begitu juga sebaliknya. Apa yang menarik, aka dapati kadang-kadang ia berubah-ubah arah. Setelah itu, aku dapati kita boleh kawal dengan memberi ransangan. Piki pasal menghayati lagu ia akan pusing satu arah, bila piki sifir pulak dia tuka. Menarik sekali...

Monday, 12 November 2007

Ujian bertimpa-timpa

Setelah beberapa minggu pulih daripada peristiwa pencuri merosakkan basikalku, komputer aku pula buat hal. VGA output failure dan juga serangan virus. Sepanjang minggu lepas, banyak masa dihabiskan untuk mengenal pasti punca kerosakan dan membaiki komputerku yang sudah tua ini. Namun, jika difikirkan semula, tidak bijak sungguh tindakan aku. Aku seharusnya tidak mengambil serius terhadap perkara-perkara kecil sedemikian tetapi mengutamakan kerja-kerja lain lebih tinggi priority nya.

Aku berasa tertekan dan sedih juga apabila berada dalam keadaan sedemikian. Namun, dalam kesedihan itu, ada orang mengingatkan aku bahawa semua ini ujian. Ya, betul katanya. Aku teringat bahawa Allah takkan membiarkan hamba-Nya mengaku beriman tanpa diuji. Maka aku perlu bersabar dan redha dengan keadaan yang menimpa diriku.

Kadang-kadang aku terfikir, apakah salahku. Maksudku, adakah ini disebabkan tiada keberkatan dalam hartaku atau ianya merupakan ujian semata-mata. Takut juga aku, kalau-kalau itu merupakan tanda-tanda harta tak berkat. Kalau tak silap, berkat tanda Allah redha. Apalah ertinya sekiranya hidup di dunia kalau Allah tak redha.

Namun aku tetap percaya setiap perkara ada hikmahnya. Mungkin juga ini satu merupakan peringatan dari Allah supaya aku lebih dekat kepadanya. Dia ingin memberi petunjuk kepadaku sebenarnya hatiku masih lagi ada kecintaan kepada dunia.

Di dalam usaha mencari solution kepada masalah yang aku hadapi, aku telah belajar sedikit sebanyak tentang computer display dan juga mengenali operating system, ubuntu. Aku sangat suka melihat visual effect dalam ubuntu. Suatu hari aku akan install OS Ubuntu dalam kumputerku.

Moving to Wordpress

I am considering to migrate from blogspot to Wordpress. However I still could not understand how it works. Additionally, I cannot find any tutorial on how to put a shoutbox in a Wordpress blog. Can anybody teach me? Once I can fully understand how to do what I want to do, I shall leave blogspot.

Sunday, 4 November 2007

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Saturday, 3 November 2007

Surat ar-Rum: 33-34

When harm touches people they call on their Lord,
repenting to Him. But then, when He gives them a taste
of mercy from Him, a group of them immediately
associate others with their Lord to show ingratitude for
what We have given them. "Enjoy yourselves—you will
soon know." (Surat ar-Rum: 33-34)

Iman roller coaster

Kata orang iman ada macam-macam kategori. Kalau iman para malaikat constant. Iman para nabi pula meningkat setiap hari. Iman orang biasa pula naik turun.

Kehidupan di negara barat di tambah pula di zaman remaja ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang terasa bersemangat jer buat amal ibadah. Kadang-kadang pula terasa malas sangat. Paling sedih, bila dah terasa bagaikan di puncak keimanan tiba-tiba terus berubah jadi lemah iman pula. Macam naik roller coaster, sakit juga dibuatnya.

Nasib baik hidup dalam komuniti islam, jemaah Islam. Selalu dengar peringatan daripada sahabat dan ustaz. Terjaga juga diri ini. Program-program seperti baca yasin di Malaysia Hall dan usrah sungguh bermakna. Dapat juga meghilangkan kehausan rohani ini.

Benarlah pesanan orang alim, sentiasalah bersama dalam jemaah Islam. Orang yang bersendirian lebih mudah terjebak dalam benda tak elok umpama seekor kambing lebih mudah diserang harimau berbanding kambing dalam kumpulannya.