Thursday, 20 December 2007

Amazing website

Driven by boredom, I clicked all bookmarks in my web browser. While reading my lecturer's blog, guess what I found? An amazing website, called ted.com which contains many great videos of talks given by great people in many themes across fields. I found that some of them are mind blowing. Therefore I would like to share some of the videos which I think that are cool. Enjoy!

Theo Jansen: Creatures on the beach
I was intrigued while watching this video. Firstly how he can create a sculptor that it's movement imitates live animal. Secondly how could possibly a machine like that can move without a control device? Anyway, this is the principle behind his machine I found in youtube:






Robert Full: Secrets of movement, from geckos and roaches



Ron Eglash: African fractals, in buildings and braids

Wednesday, 19 December 2007

Eid Mubarak

Eid Mubarak! Eid has come. It is recommended for us to increase our deed, remembering Allah, make takbir during Eid and Tasyrik day. Let us take this opportunity to gain as much reward as we can.

Let us ponder upon the story of Nabi Ibrahim a.s and his son, Nabi Ismail a.s. When Nabi Ismail was told by his father about his dream that he was ordered to sacrifice him, he swiftly says "O my father, do as Allah has ordered you. Insha-Allah, you will find that I am patient and truthful to Allah." This is a great example of total submission to Allah! Let us pray to Allah to put us in the group of people who are willing to sacrifice anything for His sake.

wallahua'lam.

Sunday, 16 December 2007

The christmas holiday

I know my English is quite poor and I write slower in English compared to Malay. Besides that, I still could remember Bro Saif's comment about writing in language other than your mother tongue. He said, people express their feeling and thoughts better in their mother tongue compared to their second or third or tenth language. Well I think he is quite right. However, I cannot let all those issues stop me from writing in English. I think the time for me writing in English has come. I need to improve my English. I need to bring my English standard up to another level. Through practice, inshallah in the next few years I will be a good writer. Practice make perfect.

So, the first thing I would like to say for this entry is about the holiday. After reading one of my junior's blog, I could see their excitement to feel the adventure of traveling during the holiday. I could see their joy of meeting friends and spending time together. As finishes reading his blog, I tried to reflect upon myself. The first word came out in my mind about this holiday is 'indifferent'. How many times I found this word, but never understand its meaning. Strangely, that was the word pop up in my mind.

After looking at the dictionary, I found that yeah, that is the word that can be used to describe my feeling at the moment. I seems to me, this holiday ist just like the last summer holiday or other weekend holiday. I had lost the enthusiasm to celebrate the holiday, travel around the world. Probably it is the sign of ....

Thursday, 6 December 2007

Belajar

Belajar ni memang seronok. Macam-macam benda dapat tahu dan faham. Tapi usaha nak dapat kefahaman tu yang payah. Selalu rasa malas ajer nak bukak buku. Kadang-kadang nak pi kelas pun malas. Apa nak jadi?

Monday, 3 December 2007

THE GREAT 10 DAYS

Aku baru tahu bahawa 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah merupakan hari yang sangat hebat. Orang yang beribadah kepada Allah pada hari-hari tersebut akan diberi ganjaran yang berlipat ganda. Ayuh marilah bersama-sama kita tingkatkan amalan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi..!

Bacalah petikan dari Bicara Agama, Utusan Online:

Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah

Oleh: NAZMI AIDARUS

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Sunday, 2 December 2007

Mencari kawan

Bagi mengukuhkan simpulan tali silaturrahim ku dengan sahabat-sahabat di UK terutamanya di Nottingham, dengan semangatnya aku bertolak ke Notts dengan menaiki keretapi pada pukul 3.55 petang semalam. Ketibaan ku disambut oleh Fikri dan Abe. Penginapan di Notts di tanggung oleh Abe.

Alhamdulilah, tercapai juga niat nak berjumpa kawan-kawan di Notts Games. Walaupun tak ramai, tapi tak perla. Aku faham bila dah tua (senior) ni, benda-benda macam Notts Games tak menarik perhatian lagi. Tambahan pula ada yang tengah amik exam. Semoga berjaya di doakan kepada sahabat2 yang tengah menghadapi exam.

Bersama Saudara Im dan Firdaus(Kalau tak silap)


Inilah Encik Fikri,bakal bos Stesen Janakuasa TNB

Di sebelahku ini, orang panggil dia Abe.

Di rumah Abdul Latif yang sudah mendirikan rumahtangga. Terima kasih kepada sahabat2 di Notts kerana sudi melayan aku.


Dari meja Abe,

ABN