Wednesday, 27 February 2008

SimCIty 4 effect

Let us find out what happened to those in power in the real world compared to my SC4 world.

1. The Mayor choose to live in exclusive area and luxurious home.





2. The citizen's house was abandoned, The Mayor don't care.



3. Gambling and liquor industry has been legalised in order to increase city's income .



(a) SC4 (b) Shah Alam


4. Finally, the Mayor became corrupt. Raising tax without considering, his citizen's feeling and maximizing his own pleasure.


Hmmm. I'm quite impressed with SC4. The result is very close to what is going on in this real world. Do you need a mayor like this? If no, please do something and make a change!!!

Bumi UK bergegar!!!

Kira-kira antara pukul 1250-0100 pagi tadi, di kala aku tengah berchatting, tiba-tiba bilikku bergegar teruk. Dinding kelihatan lembut sekali, meliuk-liuk seperti kertas. Komputer, kerusi, lampu, dan meja turut bergegar kuat. Dengan rasa cuak aku terus menjerit,"Oi, kenapa bergegar ni?" bagi menarik perhatian ahli rumahku. Gegaran berlaku dua kali. Beberapa minit lepas tu barulah Kiko, Wan Aimran dan Tony datang ke bilikku. Wan Aimran dan Kiko dapat merasakan gegaran itu masing-masing rasa seolah-olah tidak percaya. Tetapi Tony tidak rasa pula, sebab dia tengah berjalan masa itu.

Abe melaporkan Notts juga dilanda gegaran teruk, hampir tercampak komputernya. Begitu juga Mas di Sheffiled.

Nasib baik rumah aku tak runtuh. Takut sungguh aku tadi. Peritiwa tadi mengingatkan aku akan kejadian gempa bumi di Malaysia suatu ketika dulu, ada sorang blogger di Penang sempat lagi menulis di blognya tentang gempa ketika bangunan tengah bergegar. Marilah sama-sama kita beristighfar, mengambil iktibar dari peristiwa gempa bumi tadi.

http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/7266136.stm

Sunday, 24 February 2008

Bush yang jahat itu



Ragu sungguh aku bila tengok video ni. Apakah maknanya? Bagaimana si Bush yang sibuk memusuhi Islam ni memuji2 Islam, eh Islam Hadari. Hm....

Friday, 22 February 2008

Beberapa pengajaran

Beberapa pengajaran yang aku peroleh ketika bermain SC 4:

  1. Ketagih main game sangat merbahaya jika gagal mengawal diri.
  2. Orang yang 'innocent' boleh hanyut dan jadi korup bila pegang kuasa.
    Pada mulanya aku bermain dengan matlamat hanya untuk memajukan bandar, cuba menjadi seorang mayor berjiwa rakyat dan mentadbir bandar dengan sebaik-baiknya. Ketika aku mengambil alih tampuk pemerintahan dari Munzir, keadaan agak stabil tetapi perkembangan ekonomi agak lembab. Maka demi memajukan bandar, aku telah memperkenalkan skim cukai maksima 20% ke atas setiap warga bandar. Hasilnya bandar jadi kaya. Maka timbul pula idea untuk mencuba buat projek besar2 demi menaikkan land value. Selain itu, aku meletakkan Mayor's House di tempat yang ekslusif. Akhirnya oleh kerana terlalu boros, bandar telah mengalami kerugian dan run at loss 100 000.
    Walaupun game ini hanyalah simulation yang simplistik, tapi cukup untuk memberikan gambaran bagaimana manusia boleh berubah sekiranya seseorang berada dalam kekuasaan. Tanpa pegangan yang kukuh dan hidup dalam jemaah, aku pasti tiada siapa mampu mempertahankan kesucian niatnya. Moga-moga aku dilindungi daripada perkara sedemikian di dunia sebenar.
  3. Kerja mengurus bandar bukan senang. Pening juga aku dibuatnya. Tapi agak seronok, terutamanya bila dapat selesai masalah, tengok bangunan baru didirikan dan dapat award.

Wednesday, 20 February 2008

Hancus


Setelah mencuba bermain permainan komputer SimCity4, aku terlekat sampai berhari-hari lamanya. Banyak masa yang dibazirkan dan hidup pun jadi tak teratur. Membuang masa berjam-jam main game bukanlah suatu yang dibanggakan. Tapi biarlah ianya diletakan di sini buat peringatan kepada diri yang lemah ini.

Thursday, 14 February 2008

Pilih Raya ke 12

Akhirnya hari ini, Pak Lah menidakkan penafian yang dibuatnya pada 12 haribulan Februari 2008 tentang parlimen akan dibubar pada hari Rabu. Semua orang mempersoalkan apsal dia bertindak demikian? Hmmm aku pun tak paham. Pelik PM sungguh berimej Imam ni main tipu-tipu rakyat.

Memandangkan aku dah berumur 24 tahun (baru jer masuk, 12 Feb lalu, hu hu), sudah layak sangatlah aku mengundi tahun ni. Tapi malangnya tak dapat balik Msia. Kalau undi pos pulak sure kena tipu, undi pos kan selalu diperalatkan demi kemenangan parti ehem ehem....

Nama : AZLAN BIN NAZARI
Tarikh Lahir : 12 Feb 1984
Jantina : PEREMPUAN
Lokaliti : 041 / 02 / 02 / 006 - PERMATANG PAUH MK 4
Daerah Mengundi : 041 / 02 / 02 - PERMATANG BERAH
DUN : 041 / 02 - BERTAM
Parlimen : 041 - KEPALA BATAS
Negeri : PULAU PINANG


Bila periksa senarai daftar pemilih pula, jantina aku Perempuan?? Apa gila depa ni?!?!

Wednesday, 6 February 2008

Media: Menelusuri Sejarah Palestin II

sedikit tambahan bagi yang tak dapat membuka multiply.

Sunday, 3 February 2008

Media: Menelusuri Sejarah Palestin

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menyiapkan video dan mp3 untuk ceramah sesi lepas. Harap maaf di atas kualiti video yang agak rendah.


Ceramah: Menelusuri Sejarah Palestin [1/2]


Ceramah: Menelusuri Sejarah Palestin [2/2]

MP3 ceramah boleh di download di: http://mrabn.multiply.com/music/item/14/Menelusuri_Sejarah_Palestin