Saturday, 31 May 2008

countdown

5 days left for the presentation day. My final day of undergraduate life inshallah. May Allah make it easy for me

Thursday, 29 May 2008

Interview Intel

Perbualan aku dengan pegawai Intel menerusi telefon pagi tadi masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Aku langsung tak buat persediaan. Hasilnya sungguh teruk. Hampir 90 peratus soalan yang ditanya tak dapat dijawab walaupun benda yang ditanya basic-basic sahaja. Banyak soalan first year dan second year. Aku agak kecewa walaupun sebenarnya aku bukan nak kerja dengan diorang pun. Macam ni rupanya perasaan orang yang tak bersedia dan gagal dalam interview. Hu Hu... Kawan aku Rachid, pernah kata: "Ni baru dunia, kalau akhirat kelak macam mana pula?"

Tujuan sebenar aku buat interview tu pun sebenarnya nak test sahaja. Betullah kata Tony kalau nak perform dalam interview kena prepare properly. Analisis aku berdasarkan interview pagi tadi adalah, sebenarnya bukan susah sangat soalan-saoalan yang ditanya. Soalan Intel agak teknikal, dan semua soalan itu berdasarakan CV dan apa yang dah apa yang pernah belajar. So kena buat revision untuk semua subject yang berkenaan. Soalan competency pun ada juga yang di tanya. Tapi semua soalan tu typical aje, siap boleh buat skrip lagi kalau mahu. Satu pengalaman yang sangat berharga... Nanti interview ngan TNB ok la sket. He he...

Monday, 26 May 2008

aku seorang tour guide

lama menyepi. melayan tetamu. kawan-kawan dan saudara mara.

pak njang

pak cik mat
berbasikal. best. naik syeh. gila-gila. gambar sakan.

alhamdulillah puas hati dengan tak seberapa

semoga pertemuan bermakna. digolongkan dalam yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

Sunday, 11 May 2008

Negara Islam ?



Sebut saja pasal negara Islam pasti semua orang ada pendapat sendiri. Malah ia pasti menarik minat pelbagai pihak untuk memberikan pandangan masing-masing, tak kira samada muslim atau bukan. Ada yang menyokong, ada yang menentang dan ada juga yang tidak tahu apa-apa.Jadi, saya ingin mengajak anda berfikir sejenak. Apakah yang anda tahu tentang Negara Islam? Apakah maksud istilah ‘Negara Islam’ itu?

Sebenarnya, saya tergerak untuk berbicara tentang perkara ini setelah beberapa kali ditanya tentang Negara Islam oleh rakan saya. Minggu lepas, saya ditanya oleh kawan serumah tentang pandangan terhadap keperluan untuk mentakrifkan istilah Negara Islam. Saya berpendapat, ia perlu kerana dengan memberikan takrif dapat memberikan pandangan yang jelas terhadap sesuatu istilah. Sebab tu kita ada kamus. Berdasarkan perbincangan dengan beberapa orang, menurut mereka, definisi negara Islam itu ada pelbagai, ada sedikit perbezaan antara ulama’. Namun apabila ada perbezaan ini, kita tidak harus jumud terhadap satu definisi sahaja. Apa yang penting adalah kefahaman.

Jadi apa maksud Negara Islam? Adakah ia bermaksud sebuah negara yang mempunyai ramai orang Islam? Aku suka maksud yang diberikan oleh Kamal Helbawy. Islam bermaksud tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah. Maka orang Islam, maksudnya orang yang tunduk dan patuh kepada Allah, mengamalkan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Bagi Negara Islam pula, ia adalah sebuah negara yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Dalam konteks kenegaraan, pemerintahan dan perundangan merupakan salah satu unsur yang sangat penting. Oleh yang demikian unsur-unsr ini juga tak boleh lari dari garis panduan Islam. Maka kalau sesebuah Negara nak jadi Negara Islam hendaklah memenuhi maksud Islam itu sendiri. Tak semestinya letak nama, tetapi apa yang lebih penting pada saya adalah substance. Sedikit digression, semasa saya berada di UK ini, banyak kali saya dengar orang kata, di negara Islam, kita boleh tengok ramai muslim tetapi tidak nampak Islam. Di Barat pula sukar mencari orang Islam tapi ada Islam itu jelas kelihatan. Mungkin nak kata mentauhidkan Allah itu tak nampak, tetapi konsep amanah, keadilan, kebebasan, kebersihan, ketepatan masa dan sikap menghargai ilmu jelas lebih baik dari negara-negara islam.

Kenapa muslim mahukan sebuah negara Islam? Sebenarnya saya tidak tahu apa pandangan orang lain. Tetapi bagi diri saya sebagai seorang individu, saya percaya bahawa Islam membawa rahmat keseluruh alam. Islam menawarkan sistem yang terbaik dalam menguruskan masalah manusia. Pendekatan yang dibawa oleh Islam adalah seimbang dan sesuai sepanjang zaman dan setiap masa. Saya juga faham Islam itu adalah cara hidup, ad-deen bukan sekadar sistem kepercayaan yang terhad kepada ritual sahaja. Oleh itu saya mahu hidup di bawah sistem Islam.

Di tanah air, kita dapat lihat pelbagai pihak yang memperjuangkan untuk menubuhkan negara Islam walaupun ada di antara mereka yang berbeza pendapat tentang kaedah yang terbaik dalam mencapai matlamat tersebut. Ada yang berpendapat kita perlu mengambil pendekatan pendidikan, ada yang berpendapat kita perlu memperbaiki akhlak dan ibahdah umat islam terlebih dahulu, ada yang memilih jalan politik, ada yang menolak dan ada juga yang memilih untuk memanfaatkan segala ruang yang ada.

Dalam arena politik negara ada dua pihak yang dilihat memperjuangkan negara Islam. Masing-masing menawarkan versi Negara Islam yang tersendiri. Sewaktu era pemerintahan dalam Tun Dr Mahathir, beliau megisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Apabila diganti oleh Pak Lah, konsep Islam Hadhari diperkenalkan. Pihak yang kedua pula adala PAS. PAS pula berpendapat konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah itu tidak tepat. Kalau begitu, bagaimanakah bentuk negara Islam yang dibawa oleh PAS? Apakah ianya terhad kepada undang-undang Hudud sahaja atau kebajikan sahaja? Saya tidak tahu. Saya cuba melihat media rasmi mereka seperti laman web rasmi dan harakahdaily. Kurang sekali bahan yang menerangkan dasar-dasar yang mereka perjuangankan terutamanya berkenaan model negara Islam yang mereka bawa. Laman web rasi selalu down. Harakah pula selalau komen tentang isu semasa sahaja. Kurangya usaha memberi penerangan secara menyeluruh yang tersusun ini amat menyukarkan orang-orang seperti saya untuk memahami agenda mereka. (Kalau mmg ada usaha, saya minta maaf in advance).

Saya masih lagi kabur dengan apakah model negara Islam yang sesuai dengan zaman sekarang. Apakah ia seperti di negara Iran atau Afghanistan atau Kelantan? Sudah pasti para pengibur, peniaga, kakitangan kerajaan, ahli sukan dan rakyat biasa pasti ingin tahu akan perkara ini kerana ia memberi kesan kepada kehidupan mereka. Gambaran negatif yang diberikan oleh media, seperti wanita ditindas, kebebasan bersuara disekat dan negara menjadi mundur sudah pasti menimbulkan ketakutan kepada orang ramai. Pihak yang ahli dalam hal ini perlu memberi penjelasan sebenar dan menjernihkan kekeruhan ini. Sejarah telah membuktikan bahawa Negara Islam yang wujud sewaktu zaman khalifah islam dahulu sebenarnya telah memeberi banyak manfaat kepada manusia tanpa mengira agama bukan sebaliknya.

Relevenkah bukan kepada bukan islam? Kenapa mereka mesti bernaung di bawah pemerintahan Islam. Saya juga tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perkara ini. Tetapi apa yang menarik, apabila mengikuti perkembangan pilihan raya bulan mac lalu, saya dapati ada sekumpulan orang bukan Islam yang menyokong konsep negara Islam. Malah salah seorang kawan saya sendiri menyatakan sokongannya. Jika mereka boleh menyokong, sudah tentu ada sesuatu yang menarik sehingga mereka yakin dengan konsep dengan degara islam dan menyokongnya walaupun mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza.
Dalam membentuk Negara Islam pula ada macam-macam idea yang kita jumpa. Ada yang menyatakan bahawa negara Islam mesti mengikut sistem Khalifah sepertimana yang diamalkan dahulu. Persoalannya, adakah Islam menghadkan bentuk pemerintahan kepada apa bentuk yang tertentu sahaja atau ia memberi garis panduan tertentu dan terpulang kepada umatnya untuk menentukan apa yang terbaik. Apa yang lebih penting, form or substance? Kalau nak dibentuk negara islam mengikut konsep khalifah, timbu pula persoalan siapa yang akana jadi khalifah dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, topik negara islam ini merupakan satu topik yang sangat besar. Pelbagai perkara yang boleh dan perlu dibincangkan dan diselesaikan. Adalah menjadi tanggungjwab mereka yang ahli untuk memberi penerangan dan penjelasan. Kita sebagai orang biasa perlu terus berusaha mencari ilmu dan berbincang bagi menambah kefahaman.

Wallahua’lam.

Friday, 9 May 2008

Kes murtad

Satu lagi kes murtad timbul. Mahkamah syariah di Pulau Pinang kali ini meluluskan permohonan murtad i.e. keluar agama Islam.

secara umumnya, ada macam-macam perkara dan tuntutan yang timbul pasal kes murtad ni. Tapi aku masih lagi tak faham sangat. Antaranya ada yang berkata kita tak boleh membiarkan orang Islam murtad, mesti di hukum. Jika tidak ini akan menjejaskan kedudukan Islam. Ada pula yang mengatakan biarkan, itu kebebasan individu beragama! Ah pening. Berikan aku tunnjuk ajar...

Wednesday, 7 May 2008

Jalan-jalan di belakang rumah



Gambar diambil dari flickr wan aimran

Semalam sempat berjalan-jalan di terusan dekat belakang rumah yang dikenali sebagai Little Venice. Wan Aimran ikut sama. Kami keluar untuk melihat bot-bot yang banyak di sana sempena sambutan IWA Canalway Cavalcade.

Tuesday, 6 May 2008

Apa pandangan anda?

Saja nak tahu pandangan umum. Korang sukakah jika kerajaan sekat aktiviti konsert dan hiburan? COntohnya jom heboh dan gig-gig.... saje aa sebab ada beberapa hari ni baca pasal ni.

Monday, 5 May 2008

Aku dan Allah

Gatal sungguh tangan ni, tak boleh tahan daripada menulis. Maklumlah dah lama tak pegang keyboard untuk menulis. Asik guna dan digunakan untuk main game ajer.

Mari kita luangkan masa buat beberapa minit untuk muhasabah kembali kehidupan kita selama ini, tertutamanya buat yang sibuk dengan peperiksaan.

  1. Bila bangun pagi, apa perkara pertama yang anda fikirkan, ucapkan, dan lakukan?
  2. Sepanjang kesibukan anda menyelesaikan tugasan di dunia ini, pernahkah anda memikirkan apa tujuan hidup anda di dunia ini sebenarnya? Apakah anda mengambil kisah untuk mengetahui jawapannya atau mebiarkan ia berlalu begitu sahaja? Jika ya adakah benar-benar menghayati makna tujuan hidup di dunia yang sementara ini dengan mengambil tindakan yang sewajarnya?
  3. Dan akhir sekali berapa lama yang anda peruntukan masa dalam sehari untuk beribadat dan berzikir kepada Allah Tuhan Yang Maha Pencipta, yang memberi rezeki dan nikmat kehidupan ini...

Baguskah kalau macam ini?


Sekadar renungan buat diri ini dan para pengunjung sekalian. Sesungguhnya berpesan-pesan itu memberi manafaat kepada orang mukmin. Moga-moga beroleh manfaat daripada tulisanku kali ini.

Wallahua'lam.

video sampah buatan malaysia

Aku ingin memberi sedikit komentar terhadap sebuah movie sampahan lagi jijik yang sedang berlegar di YouTube sekarang ini. Ia mengisahkan kehidupan manusia luar tabiee seperti yang dilakukan oleh kaum nabi Lut itu. Aku berasa sangat sedih akan perkembangan terkini ini. Ya aku tahu masalah ini sebenarnya agak serius terutamanya di bandar-bandar besar. Malah kat sekolah-sekolah asrama pun selalu timbul isu ini. Kalau kat sekolah yang otai, sure dah lama kena belasah diorang ni. Tapi aku tak recommend la sebab tak berhikmah cara macam tu.

Kini mereka telah melangkah setapak lebih maju dengan mengeluarkan movie bertemakan hubungan luar tabie itu. Mungkin juga ia dikeluarkan oleh pihak yang bukan dari golongan itu, tapi menggunakan alasan untuk menggambarkan suasana masyarakat sekarang. Apa dah tak der modal lain ke? Nampaknya producer kita semakin ketandusan idea. Movie bertemakan nafsu lebih menjadi pilihan. Oh terlupa, producer buat cerita ikut permintaaan pasaran. Dan rupa-rupanya orang memang suka movie macam tu...

Setakat ini aku tak dengar mana-mana pihak bising-bising pasal benda ini kat Malaysia. Mungkin masyarakat Malaysia sudah tidak lagi sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Walaupun di YouTube ia tetap meberi kesan kepada masyarakat. Tidak perlu pergi jauh, cukup dengan rumah aku, topik ini dijadikan bahan lawak. Bagi aku ini bukan benda lawak. Ia adalah sesuatu yang sangat serius. Ini merupakan perbuatan yang keji, dilaknat oleh Allah sehinggakan kaum nabi Lut yang enggan menerima nasihat dan seruan untuk meninggalkan perbuatan tersebut telah dilenyapkan dari muka bumi ini.

Kepada golongan 'Islamist' tengoklah dunia sekeliling mu. Banyak benda yang perlu anda selesaikan. Ni salah satu daripadanya. Cukuplah dok asik berbalah pasal perbezaan antara 'aku dengan kau'. Cuba buat satu benda yang berfaedah sikit, contohnya selesai masalah umat ni.... Kalau tak buat kerja, pasni jangan la dok asik mengadu, masyarakat makin rosak...

Persoalan hudud

ada terbaca di internet pasal hudud. Rasanya elok dikongsi bersama untuk menambah pengetahuan

sumber: Harakah

Perlu kuasai Pusat untuk laksana hukum hudud, kata Dr Haron Din
Dato' Dr Haron Din
Thu | Apr 10, 08 | 10:35:04 am MYT

Soalan | Apakah apabila PAS menjadi pemerintah sesebuah negeri, undang-undang hudud Islam menjadi keutamaan? Wajib disegerakankah atau pun bukan keutamaan. Jika bukan, apa pula keutamaan PAS dalam pemerintahannya. Mohon Dato' perjelaskan. - Ubaidah Salim, Sepang


<!--

--><!--

-->

Jawapan | Anda perlu memahami terlebih dahulu bahawa sistem pemerintahan di Malaysia terbentuk daripada dua sistem perundangan iaitu, pertama, pemerintah Kerajaan Pusat atau 'Federal Government' dan kedua, Kerajaan Negeri atau 'State Government'.

Kerajaan Pusat dibentuk selepas parti politik memenangi majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Demikian juga di negeri-negeri, mana-mana parti yang dapat membentuk majoriti mudah, maka merekalah yang membentuk kerajaan.


Kuasa tertinggi adalah Kerajaan Pusat, mengikut kehendak Perlembagaan, kerajaan negeri perlu patuh dan tertakluk dengan kuasa Kerajaan Pusat.


Kerajaan negeri tidak boleh membuat undang-undang sendiri yang bercanggah dengan Kerajaan Pusat.


Oleh kerana itu, persoalan hudud adalah termasuk dalam peruntukan undang-undang yang dibolehkan oleh Kerajaan Pusat atau tidak. Buat sementara ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan undang-undang berkait hudud dilaksanakan di peringkat negeri.


Ini bererti bahawa undang-undang hudud perlu patuh kepada Parlembagaan Malaysia, maka dengan sendirinya, jika PAS tidak menguasai Kerajaan Pusat atau Perlembagaan yang ada belum diubah, ia tidak dapat dilaksanakan.


Jika sekiranya negeri mahu melaksanakan undang-undang hudud, ia mesti mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.


Dengan pemahaman yang mudah, kerajaan-kerajaan negeri PAS, belum diizinkan untuk melaksanakan undang-undang hudud.


Kita perlu bersabar sehingga Kerajaan Pusat dikuasai oleh PAS sehingga Perlembagaan Persekutuan dapat diubah, maka barulah ia menjadi keutamaan.


Untuk sekarang ini kita mengambil panduan daripada al-Quran, tentang apakah keutamaan PAS dalam soal pemerintahan.


Ia mesti berpegang kepada dasar PAS, ia termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1) yang menyebut bahawa, "Adapun hukum yang tertinggi sekali pada pegangan PAS adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya."


Merujuk kepada al-Quran, Allah memberi keutamaan, panduan kepada pemerintah Islam yang perlu melakukannya apabila berkuasa sebagaimana firman Allah (mahfumnya): "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj, ayat 41)


Kesimpulannya, keutamaan yang perlu disegerakan; pertama, memperkukuh hubungan dengan Allah menerusi menanam aqidatuttauhid yang sebenar, membasmi kesyirikan kepada Allah, menyebarkan ilmu Islam bagi memahamkan manusia umum akan Islam yang sebenar, mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam, menghidupkan institusi agama agar ianya benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya.


Kedua, memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, khususnya kepada golongan bawahan, fakir miskin agar mereka terbela menerusi pemberian zakat.


Sebagainya perintah Rasulullah s.a.w. (mafhumnya) "Ambillah harta daripada golongan berada dan bahagikannya kepada golongan kurang berada." Itulah yang dilambangkan dengan zakat.


Sekiranya semua zakat yang wajib atas umat Islam yang berada (kaya) di sesebuah negeri (khususnya di Selangor), dikumpul dengan cara yang berkesan dan sempurna, serta diagihkan kepada golongan yang miskin dengan cara yang betul, maka bayangkanlah apa yang akan berlaku.


Ketiga, makruf ditegakkan. Makruf ialah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Apa sahaja yang diperintah, hendaklah dicari jalan bagaimana mahu melaksanakannya sehingga syiar Islam tertegak dan kebaikan Islam terserlah, serta nilai-nilai murni menjadi amalan masyarakat.


Keempat, mencegah kemungkaran. Mengikut aturcara yang sesuai dan langkah-langkah pencegahan yang efektif lagi berwibawa, menuju penghapusan nilai-nilai negatif yang tidak disukai wujud dalam masyarakat.


Kelima, berserahlah kepada Allah SWT untuk menentukan yang sebaiknya dalam perlaksanaan semua urusan yang dilaksanakan menurut perintah-Nya. Wallau'alam. - lanh

Sunday, 4 May 2008

Mari berdoa



Bacalah doa sebelum menjawab soalan peperiksaan

Friday, 2 May 2008

London Mayor Election

Dengan menggunakan alasan sibuk mengulangkaji, aku tidak pergi mengundi pun. Hmm tengoklah sapa menang esok pagi.