Thursday, 26 June 2008

Berbasikal ke tempat kerja di bandar-bandar di Malaysia

Apabila timbulnya isu kenaikan harga minyak, pelbagai reaksi yang kita terima. Rata-rata para pengguna mengeluh kerana kos sara hidup semakin meningkat hingga menjadikan kehidupan sehari-hari semakin sempit. Ini dapat dilihat dengan berlakunya penurunan jumlah kenderaan di jalan raya. Ada pihak yang mengambil langkah bijak dengan berkongsi kenderaan ke tempat kerja.


Di dalam menangani masalah sedunia ini, pelabagai cara yang digunakan. Ada yang menuntut kerajaan terus mengekalkan subsidi atau memberi bantuan yang sewajarnya terutama kepada golongan miskin. Masalah dengan subsidi adalah, ia menelan belanja yang sangat tinggi. Menurut majalah Economist, Malaysia merupakan negara yang paling banyak sekali beri subsidi di dunia iaitu lebih kurang 7% daripada GDP Negara. Oleh yang demikian, dari sudut ekonomi, amat sukar sekali untuk negara mengelakkan daripada menarik balik subsidi. Namun perkara ini harus ditangani dengan sebaik mungkin demi memastikan kesejahteraan orang ramai. Pengumuman kenaikan harga (penarikan subsidi) yang mengejut tanpa amaran awal bukanlah satu langkah yang bijak.


Dalam pembacaan saya, ada juga pihak samada kerajaan atau pembangkang mengusulkan supaya orang ramai menggunakan basikal. Ini merupakan satu seruan yang baik kerana ia merupakan satu cara yang mampu kita lakukan malah memberi nilai tambah kepada penunggang basikal dari segi kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Contoh yang jelas boleh di lihat di banyak negara maju di Eropah dan juga di negara China. Ketika di London, saya pernah bertemu dengan beberapa orang yang sanggup berbasikal dari rumah ke tempat kerja selama sejam. Perjalanan yang jauh dan lama langsung tidak menghalang mereka berbuat demikian. Antara kebaikan menaiki basikal lagi adalah, ia merupakan satu jenis pengakutan yang agak cepat dan boleh digunakan di tempat-tempat yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan berenjin seperti di lorong pejalan kaki.



Walaupun saya seorang yang suka berbasikal di London, saya tidak fikir saya akan berbasikal di Malaysia. Saya fikir orang lain juga malas untuk berbasikal ke tempat kerja atau tempat belajar di Malaysia. Ini disebabkan faktor iklim Malaysia yang panas dan lembap. Namun demikian, di tempat-tempat lain, orang tetap berbasikal walaupun pada musim panas yang terik. Maka ia bukanlah satu alasan yang kukuh untuk menghalang seseorang daripada berbasikal.


Saya rasa masalah yang lebih merisaukan para pengguna basikal adalah keselamatan mereka sendiri. Sikap pemandu kereta, lori dan pembonceng motosikal yang tidak menghormati pengguna jalan raya lain dengan memandu secara merbahaya amat menakutkan pengguna basikal. Kebarangkalian dilanggar amat tinggi. Saya percaya ada ramai ibubapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal apatah lagi berbasikal di jalan raya kerana mereka tidak percaya anak mereka akan selamat.





Selain itu kemudahan untuk berbasikal seperti lorong basikal dan tempat letak basikal yang selamat tidak banyak atau tidak ada di Malaysia. Ini sudah pasti menyukarkan para pengguna. Tahap jenayah curi yang tinggi juga tidak akan membantu menggalakkan orang berbasikal. Maklumlah basikal biasanya diperbuat daripada besi, apabila banyak basikal ini terhidang di depan mata mat pit, mereka pasti suka. Dengan menggunakan kemahiran mengopak kunci, sudah pasti hasilnya sangat lumayan. Untuk berbasikal di bandar dengan lancar dan cekap, basikal yang berkualiti tinggi diperlukan. Basikal ini sangat mahal harganya. Olen yang demikian, bentuk galakan dari segi diskaun dan bantuan pinjaman kewangan kepada para pekerja yang menggunakan basikal ke tempat kerja amat diperlukan.


Sekiranya kerajaan berhasrat menjadikan berbasikal di dalam bandar sebagai satu budaya, masalah-masalah yang disebutkan di atas perlu diatasi. Antara bandar yang mesra basikal yang pernah saya lawati adalah London dan Stockholm.


Usaha berapa orang Wakil Rakyat berbasikal ke parlimen merupakan satu usaha yang terpuji. Di harapkan lebih ramai orang menyertai mereka dan di harapkan kerajaan bersungguh-sungguh di dalam usahanya menggalakkan orang ramai berbasikal di bandar.

Wednesday, 25 June 2008

Kebebasan Media Negara Kita

Kenapa penting ada media yang bebas? Aku rasa antaranya adalah demi memastikan semua pihak mendapat hak meyuarakan pendapat masing-masing. Dengan adanya pandangan yang pelbagai, orang ramai akan berfikir dan dan menimbulkan perbincangan yang sihat. Seterusnya membenarkan orang ramai membuat pandangan yang adil dan well informed decision.

Sejak pilihanraya baru-baru ini, kerajaan mewar-warkan bahawa mereka memberikan kebebasan kepada media dengan adanya blog-blog yang mana orang boleh memberi ulasan dan mengkritik kerajaan, pembangkan di jemput menyertai majlis wawancara dalam TV dan juga siaran perbahasan Parlimen.

Namun, sejauh manakah kesungguhan mereka melaksanakan kata-kata mereka ini? Kenapa mesti hadkan jumlah wartawan yang boleh membuat liputan di dewan parlimen? Manakala siaran perbahasan parlimen pula macam nak tak nak jer, sekejap sangat. Aku lebih suka kalau buat liputan siaran langsung sepenuh masa tanpa edit/cut macam kat UK. Kate suka membandingkan dengan negara luar, minyak termurah di asia tenggara, kos sara hidup lebih rendah dari Singapura dsb. Kenapa dalam hal ni tak nak banding pula.

Satu lagi benda pelik yang aku perasan kat TV Malaysia adalah, bila ada satu-satu isu, contohnya minyak, kenapa mesti rujuk Menteri sahaja, mana pakar-pakar ekonomi dan pihak2 yang berkelayakan yang lain. Kalau ada pun macam tak banyak je.

Tontoni rakaman sidang parlimen di youtube.

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 1

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 2

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 3

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 4

Mugabe Zimbabwe

Mugabe, Mugabe, Mugabe. Dialah presiden Zimbabwe yang sering di sebut-sebut dalam media terutamanya media barat. Aku mula kenal Mugabe ketika berada di London dulu, aku kenal Mugabe sebai segai seorang diktator dan banyak melakukan kekejaman terhadap penduduk Zimbabwe terutama peladang barat. Dialah yang merampas kembali tanah yang dimiliki oleh orang barat. Mungkin sebab itu orang barat tak puas hati sangat dengan dia.

Apapun, pagi tadi sempat menonton rancangan Sudut Pandang di Astro Awani. Analisa dan komen yang diutarakan oleh pengacara TV dan seorang profesor yang dijemput tentang krisis politik di negara Zimbabwe itu sangat menarik. Antaranya adalah tentang politik perut, pendekatan Mugabe dan kebangkitan kesedaran tentang kepentingan mempunyai kerajaan yang adil dan telus.

Mugabe mendapat tempat di kalangan rakyatnya apabila dia meniupkan semangat nasionalisma yang kuat di kalangan rakyatnya dengan mengusulkan supaya tanah-tanah diambil semula dari penjajah barat. Namun kini, dia tidak lagi popular dikalangan penduduk Zimbabwe kerana kekerasannya. Dalam proses pilihanraya presiden kedua yang bakal menjelang julai nanti, dia cuba menyekat kebebasan demokrasi dengan menggunakan segala prasarana dan jentera yang ada. Malah orang ramai yang dilihat sebagai tidak menyokong Mugabe sering menerima gangguan dan ancaman. Teringat laporan di BBC di mana Mobs (remaja) berjalan dari rumah ke rumah memaksa orang menyokong dan meyanyikan slogan mereka. Siapa yang enggan akan dipukul dan dihalau dari rumah masing-masing. Aku rasa mereka ni pasti di upah untuk buat kerja-kerja demikian bagi menakut-nakutkan orang. Selain itu, dia menggunkakan pendekatan 'nasionalisme sempit' di mana dia mengatakan hanya dia boleh yang boleh mejamin kedaulatan negara manakala lawannya adalah agen barat. Menurut professor dalam TV itu, Mugabe tidak mengikut perkembangan semasa, dia kerana dia masih lagi menggunakan pendekatan neo-kolonial yang mana sesuai untuk generasi tahun 80 dan 90-an. Hal ini kerana dia ingat dia kuat dan mampu menafikan tentangan orang dengan menggunakan kaedah sama (same old method and rethoric). Dalam tahun 2000 generasi baru telah lahir, terutamanya di kawasan luar bandar. Mereka ini bangkit ekoran kesedaran tentang pentingnya mempunyai kerajaan yang adil.

Kumpulan yang kuat menyokong Mugabe adalah Persatuan bekas tentera. mereka inilah yang mendapat banyak imbuhan dari Mugabe. Maka sebagai menunukkan rasa terima kasih dan menjaga kepentingan perut sudah pasti mereka meletakkan kepercayaan kepada dia. Bagi generasi baru, politik perut tidak lagi menjadi faktor utama.

Menarik juga politik dunia ni sebenarnya. Boleh tengok pola yang berulang-ulang di merata-rata bahagian dunia. Macam-macam pengajaran yang boleh diambil.

Tuesday, 24 June 2008

Home at last

It is good to be home since almost two years I did not go back to Puchong. Alhamdulillah I had safely landed on KLIA last sunday 9.30 a.m. The journey back home was quite smooth and enjoyable because I was not alone in the flight. Im, Hanif and Shafie took the same flight. I also made friend with the guy seating next to me in the flight from Bahrain to KL.

Thanks to my friend, Wan Aimran who sent me to the train station early in the morning.

Currently, I'm still adjusting myself. Feeling a bit culture shocked. A lot of cathing up need to be done. Inshallah it will be ok in a few coming days.

There are some photos I want to upload. I will put it up soon.

Wednesday, 18 June 2008

Bersiap-siap

Sekarang ni tengah sibuk bersiap-siap untuk pulang.

Friday, 13 June 2008

di Stockholm

Setelah berkali-kali di ajak oleh saudara Mat Lut, akhirnya dapat juga aku mencari peluang dan ruang untuk untuk datang ke bumi Stockholm. Sekarang aku berada di biliknya sambil menggunakan komputer IBMnya sementara menunggu waktu solat subuh masuk.

Sebelum aku menjejakkan kaki di sini, kadang-kadang terasa agak keberatan untuk keluar dari UK kerana takut-takut duit tak cukup dan masa tak kena. Perasaan begini agak biasa buat aku setiap kali sebelum keluar berjalan, he he. Setelah berbincang dengan Mat Lut dan berjaya mencari tiket murah, ku bulatkan hati untuk datang ke Stockholm. Walaupun aku hanya baru sampai sehari sahaja, ternyata keputusan untuk keluar London adalah suatu yang tepat. Pemandangan dan suasana di sini amat berbeza sekali. Sungguh tenang dan rumah-rumah di sini lebih berwarna-warni berbanding UK.

Aku berjumpa Mat Lut di stetsen keretapi bawah tanah Radhuset. Aku berasa sungguh gembira apabila dapat bertemu dengan bekas room mate 2 tahun ni. Semenjak dia pindah ke Stockhom kami hanya berhubung di alam maya sahaja kecuali sekali sahaja jumpa pada bulan November lepas. Kini, dapat juga aku bersua muka di tempat dia belajar. Kemudian Mat Lut membawa aku pergi makan kebab dekat dengan masjid. Banyak cerita yang dikongsikan bersama sepanjang perjalanan tadi. Sebagai seorang tourist guide berjaya, Mat Lut juga telah banyak memberikan penerangan dan bercerita tentang Stockholm ni. Aku agak impressed dan tertarik.

Esok, tak tahu lagi nak pi jalan mana. Tengoklah mana yang sesuai.

Tuesday, 10 June 2008

Aktiviti masa cuti

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pulang ke tanah air tercinta. Sudah hampir 2 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Inshallah 21 Jun ini, aku akan bertolak pulang bersama Im dan Hanif dengan menaiki kapal terbang Gulf Air.

Sementara itu, aku perlu bersiap-siap kemas barang-barang unntuk di bawa pulang ke Malaysia. Aku juga akan pergi melawat x-room mate yang kini tinggal di Sweden Khamis ini.

Tak sabar rasanya. Dalam masa yang sama, macam cepat sangat pula nak balik, tak sempat nak buat maca-macam benda.

Friday, 6 June 2008

Al-asharatu-mubashshirun, ten promised jannah

I was asked by one of my friend about who are those people who were promised to enter the jannah. Here is the list of names of those ten promised to enter the paradise. Let us try to follow their path and emulate the good example shown by them in our life. May Allah put us in the group people He loves.

Al-asharatu-mubashshirun (Arabic) The ten people who were given the glad tidings of assurance of entering Paradise. They were
  1. Abu Bakr أبو بكر الصدّيق
  2. Umar عمر بن الخطّاب
  3. Uthman عثمان بن عفّان
  4. Ali علي بن أﺑﻲ طالب
  5. Abdur Rahman ibn Awf عبد الرحمن بن عوف
  6. Abu Ubaydah ibn al-Jarrahأبو عبيدة بن الجراح
  7. Talhah ibn Ubaydullah طلحة بن عبيد الله
  8. az-Zubayr ibn al-Awwam الزبير بن العوّام
  9. Sa'd ibn Abi Waqqas سعد بن أبي وقّاص
  10. Sa'id ibn Zayd. سعيد بن زيد
wallahua'am

Monday, 2 June 2008

Across The Andes: Beyond Boundaries

A very good video about expedition crossing the Andes by a group of disabled people. Many lesson can be learned from them. You can watch at BBC iplayer.