Tuesday, 29 July 2008

google search

terasa pelik kenapa ada orang nak cari siapa housemate aku. Hmm....

26 Jul01:09:18 PMwww.google.com.myabn azlan housemate

Thursday, 24 July 2008

Aku rindukan surau yang penuh

Sewaktu makan sambil mendengar pakcik-pakcik bersembang dekat surau sementara dekat umah ni, tiba-tiba aku terasa semacam kehilangan sesuatu. Apa dia? Oh, kemeriahan suasana di masjid selepas majlis baca Yasin kat surau. Itu dia. Tadi hanya beberapa kerat saja yang hadir, kanak-kanak ada dua orang saja. Belia pula tak ada. Sunyi sungguh aku. Tak ade teman. Kalau macam ni tiap-tiap minggu, lagi best MSD London.

Teringat aku ketika kecil-kecil dulu, pasti ramai akan datang ke surau. Tak kira mak bapak, mahu pun anak-anak. Biasanya anak-anak datang dengan basikal dengan geng-geng masing-masing. Sementara orang sembahyang ade la beberapa orang kanak-kanak duduk berlari-lari buat bising kat belakang. Lepas solat saja kanak-kanak yang solat akan terus meluru ke luar untuk bermain-main bersama-sama sambil ketawa riang. Ada pula sorang dua pakcik dan abang menyusun talam dan cawan bersiap-seiap untuk menghidang makanan dan minuman selepas majlis baca Yasin nanti. Setelah selesai, budak-budak yang keletihan tak larat mengikut bacaan Yasin yang sangat panjang pula tak sabar-sabar nak makan. Bila time makan, semua makan dengan lahapnya. Pak cik- pakcik pula suruh kitorang tambah makan banyak-banyak, nak membesar katanya. Bila habis, kami akan di panggil tolong basuh talam dan buang sampah.

Alangkah gembiranya masa itu. Kini sudah tiada lagi. Ke mana hilangnya suasana yang indah dan menggembirakan itu? Adakah kerana aku tinggal di bandar. Suasana yang aku ceritakan tadi adalah pengalaman aku sewaktu aku tinggal di Seberang Perai. Kini sebuah bandar baru di Selangor. Apakah ia faktor tempat atau masa? Tapi kalau tempat, tak juga, sebab kat belakang tu ade kampung Meranti, masjid dia pun kosong juga. Jika masa, apakah yang berlaku teradap masyarakat kita? Sudah tak minat dengan majlis di surau kah? Tak der lagi ukhwah? Sibuk dengan kerja? Atau dunia lebih penting? Mana hilang orang semua?

Entahlah... Pening pak imam tadi memikirkan macam mana nak menarik minat orang ramai ke surau. Kalau aku jadi dia pun tak tahu macam mana nak buat. Kalau zaman student dulu senang la, kasi jer makanan free, semua datang serbu macam semut jumpa gula. Masyarakatku, hampirkanlah dirimu dengan masjid. Moga-moga kita beroleh keberkatan.

Analisis AWANI: Pengangkutan awam Malaysia

Sungguh teruja aku ketika menonton rancangan Analisis AWANI episod kali ni kerana topiknya adalah pengangkutan awam di Malaysia. Banyak input yang aku dapat. Seronok sekali kenara dapat menambaj kefahaman tentang situasi sistem pengagkutan di Malaysia. Ingin aku kongsikan bersama buat siapa yang tidak berpeluang mengikutinya.

Antara punca masalah sistem pengangkutan di Malaysia adalah:
  1. Tiada polisi yang jelas tentang sistem pengangkutan. Polisi masih lagi berterabur. Kate salah seorang tetamu program itu mengatakan sekarang ni tak ada lagi master plan. Masih lagi dalam perbincangan, mungkin akhir tahun ni baru siap.
  2. Tiada badan berkuasa yang khusus (contohnya di London ada Transport of London) yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyelaraskan hal-hal pengangkutan. Sekarang nak mintak lesen orang lain, urus tanah orang lain dan macam-macam lagi orang lain buat. Antara yang terlibat (PBT, LPKP, JPJ). Susah.
  3. No will. Political will dan comsumers will.
  4. Masalah mentaliti. Anggap pengangkutan awam ini hanya untuk orang miskin. Orang yang pakai blazer tak de class naik bas. Pengangkutan awam tak bawak keuntungan kepada negara. Tapi sebenarnya sangat penting, Hong Kong rugi berjuta juta dolar kerana masalah pengangkutan. Mobiliti sangat penting dalam menjana ekonomi terutama bagi bandar besar dan padat.
  5. Maklumat tidak cukup. Peta tak cukup. Orang tak tahu bila bas sampai. Kalau di bandar maju, ada paparan yang menunjukkan masa berapa minit lagi bas akan sampai, mudah untuk orang mengagak.
  6. Tahap integrasi antara pelbagai jenis pengankutan sangat lemah.
  7. Prasarana tetap tidak ada. Laluan khas untuk bas, bus stop, bus interchange dsb tidak disediakan. Laluan khas penting bagi memastikan kelancaran bas, selalu on time, tak terkesan dek kesesakan lalu lintas.
Persoalan yang masih belum terjawab,
  1. Di Malaysia, kemudahan pengangkutan hanya akan disediakan setelah ada orang berapa cepat kemudahan pengangkutan awam dapat catch up dengan growth bandar-bandar baru di sekitar lembah kelang.
  2. Kenapa tak ambil kira suara pengguna, NGO, ahli akdemik dan pakar-pakar dalam merangkan polisi? Bila nak buat?
  3. Bila semua orang akan pakai, berapa ramai yang dijangkakan akan pakai? Ribu? Juta? Seingat aku kat London, sehari mau sejuta dua atau lebih orang pakai. Sebab tu bila driver tube mogok, hampir lumpuh bandarnya.
  4. Bila agaknya malaysia akan ada fully integrated system?
  5. Negeri lain ambil pengajaran dari masalah yang sudah di hadapi KL ke tak?
  6. Bagaimakah caranya untuk mengajak eksekutif untuk menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja dan bergerak ke tempat appointment dengan menggunakan pengangkutan awam?
Itu sahaja buat masa ini. Sekian.

Wednesday, 23 July 2008

Kecilnya laut negaraku

Apabila melihat peta sempadan laut malaysia dalam buku sejarah Petronas, aku amat terkejut sekali apabila mengetahui rupa-rupanya Laut China Selatan itu bukan semua milik kita. Laut di tengah-tengahnya itu sebenarnya dimiliki oleh indonesia. Aku sangat-sangat terkejut kerana selama ini aku ingat ia milik kita, sebab masa PMR dulu dalam geografi tak pun diajar pasal sempadan laut nih. Bila tunjuk peta Malaysia, Laut China Selatan mesti ada sekali. Kecil sungguh perairan kita rupanya.

ini gambar yang aku jumpa

http://www.globalsecurity.org/military/world/war/images/schinasea.gif

http://www.marcon.com/library/country_briefs/SouthChina_Sea/Ownership_Claims-Middlebury.gif

Leganya hatiku

Alhamdulillah. Keputusan degree aku keluar juga akhirnya. Walaupun tak sehebat mana tapi ok la, as expected. Thank you Allah. Fuh lega.

Tuesday, 22 July 2008

Gambar kat kelantan

Aku kecewa dengan sistem pengangkutan awam di negaraku

Bukan WMF sorang sahaja yang tak puas hati dengan sistem pengangkutan di Malaysia, aku pun sama. Malah aku yakin semua pengguna lain turut berasa tidak puas hati. Kalau diikutkan hati, tak nak naik langsung sebab selalu sesak macam tin sardin, tapi disebabkan terpaksa, di gagahkan jua. Kesesakan ini pasti menimbulkan banyak masalah seperti tidak selesa, pengguna terpaksa menghirup udara yang berbau tidak enak, memberi lebih peluang untuk menyeluk saku dan gangguan seksual. 



Ni kat Jepun, Harap satu hari nanti tak jadi la kat Malaysia


Ni lagi lawak, sungguh mengejutkan!

Tak kira bas, LRT mahupun keretapi semuanya sesak. Ini jelas menunjukkan kapasiti pengangkutan awam sedia ada tidak dapat menampung bilangan pengguna yang semakin bertambah, lebih-lebih lagi sejak kenaikan harga minyak ini. Tidak cukup dengan itu, LRT dan bas selalu tak cukup. Kadang-kadang pengguna terpaksa menunggu trip yang seterusnya untuk naik. Kalau kat Putra LRT tu ada dua gerabak sahaja yang disediakan bagi satu trip. Sedangkan platform mampu menampung 4 buah gerabak.  Kenapa begitu? Tak cukup duit ke? Mustahil! KTM Komuter pula lembab. Connectivity pula teruk, kadang-kadang tak ada bas penghubung dari satu tempat ke tempat lain, maka susah nak bergerak. Kalau hal ini berterusan, aku yakin orang akan meninggalkan pengangkutan awam dan kembali menggunakan kenderaan sendiri.

Setahu aku kerja-kerja merancang dan mengurus pengangkutan awam ini kerja pembuat dasar dan pemimpin negara. Aku sungguh tak faham macam mana perancang bandar buat kerja sampai masalah macam ni boleh timbul. Apakah mereka tidak menyangka bilangan orang yang menggunakan pengangkutan akan bertambah dari tahun ke tahun? Dr. M dulu kata nak jadikan negara kita negara maju pada tahun 2020, tak kan unsur yang penting yang bagi sesebuah negara maju yang simple macam ini pun tak boleh nak rancang.  Ramai orang komplen bahawa jalan raya di negara kita ini di reka untuk accomodate kereta sahaja, tak pernah ambil kira penggunaan bas. Bila hadapi masalah kesesakan berlaku, jalan dilebarkan tapi bas tak ditambah. Bila jalan sedap dipakai, orang akan bertambahlah ramai pakai kereta,  akhirnya jadi kesesakan teruk, tak selesai juga masalah. 

Terkenang aku akan betapa bagusnya sistem pengangkutan ketika di UK dan Sweden dulu. Dari segi harga tiket memang agak mahal sikit tapi sesuailah dengan pendapatan mereka yang agak tinggi. Bagi yang kurang mampu pula, diskaun diberikan. Contohnya diskaun diberikan kepada kanak-kanak, pelajar, orang yang dapat social benefit (i.e. miskin) dan warga emas. Kad Oyster (Macam touch n go di Malaysia) di perkenalkan di London pula sangat praktikal. Ia boleh digunakan di mana-mana tak kira tube, bas, train mahupun bot asalkan dalam London. Dari segi kebersihan, memang kat London banyak sampah la, tapi mereka sentiasa ada cleaner yang akan mememastikan kebersihan berada di tahap yang sepatutnya. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, aku simpulkan kalau nak galakkan orang naik pengangkutan awam kerajaan kena:
  1. Pastikan semua kemudahan pengankutan awam dapat di capai dengan mudah bagi penduduk di semua kawasan terutama di kawasan yang berkepadatan tinggi.
  2. Strategi harga yang menarik.
  3. Sistem tiket yang seragam, dimana orang ramai boleh menggunakan satu tiket untuk menaiki semua pengangkutan awam tak kira jenis.
  4. Perkenalkan sistem tiket mengikut zon.
  5. Pastikan semua pengakutan ini menepati masa terutamanya rail services.
  6. Kekerapan yang tinggi agak orang ramai tak perlu menuggu lama.
Mungkin ada beberapa perkara lain yang aku tak ingat nak masukkan. Kalau korang ade idea tambah la, jangan segan2. 

Tak rugi invest dalam pengangkutan awam ni. Ekonomi berkembang, rakyat gembira, pelancong juga suka. 



Ni baru made in Malaysia!

Wednesday, 16 July 2008

Debat Minyak

Tadi tengok debat Anwar dengan Menteri Penerangan. Boleh tahan la. Tak banyak sangat isi yang dibentangkan. Lebih kepada retorik. Menteri dan Anwar juga kadang-kakdang kelihatan tidak menjawab soalan. Strategi menyerang peribadi juga ada diginakan oleh menteri. Bagi yang biasa dengan debat pasti tahu, teknik ini sebenarnya bukan satu cara yang sihat. Tapi ada beberapa perkara penting yang diutarakan oleh Anwar perlu difikirkan bersama.  Mari sama-sama kita teruskan berbincang dan berfikir demi kesejahteraan bersama.

Thursday, 3 July 2008

nak buat macam mana?

Sudah lama aku tak dengar expression 'nak buat macam mana' di gunakan secara meluas. Sejak melayan radio ni, aku perasan orang suka menggunakan ayat ni tertamanya bila berbincang tentang harga minyak naik. "Dah nak jadi, nak buat macam mana?" kata salah seorang pemanggil.

Disebabkan selalu sangat dengar, tiba-tiba aku terfikir bahawa bentuk expression ini agak unik dan agak ketara dalam masyarakat di Malaysia. Jika dibandingkan ketika di UK dulu, agak jarang mendengar expression begini. Mungkin ada, tetapi aku sahaja yang tidak perasan.

Bagi aku expression ini memberi erti atau sebagai lambang kepada kebuntuan apabila menghadapi sesuatu keadaan atau masalah. Dari satu segi, agak bagus jugak sebab ini menunjukkan sifat redha ketika menghadapi malapetaka yang ada dalam diri masyarakat kita. Cuma kalau berlebihan, tak kena tempat, tak betul juga. Sebab kadang-kadang kita gunakan expression ini sebagai alasan untuk defend diri sendiri apabila gagal menyelesaikan sesuatu masalah. Aku pun selalu buat macam tu sebenarnya. Sepatunya kalau menghadapi kebuntuan dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya kita perlu mencuba mencari kaedah lain kerana mungkin kaedah yang biasa kita gunakan tidak sesuai lagi.