Monday, 22 September 2008

Muslim Identity And Role Model

Teringat satu mp3 yang aku dengar pasal muslim identity. Penceramah itu mengatakan bahawa remaja Muslim zaman sekarang sedang mengalami krisis identiti. Di mana kita dapat lihat bahawa remaja Muslim sekarang kebanyakannya seolah-olah tidak tahu macam mana nak bawa diri dia. Dari segi cara penampilan, cara bercakap, cara pergaulan, amalan seharian dan ibadah. Ramai yang beranggapan bahawa cara hidup barat lebih cool dan mereka menjadikan selebriti sebagai role model. Mereka lebih mengenali ikon2 barat berbanding tokoh2 sejarah Islam. 

Ramai orang kata remaja ni merupakan satu fasa kehidupan yang sangat-sangat ____ (tak tahu nak letak istilah ape, pilih sendiri la ye). Tapi apa yang penting darah muda, selalu suka memberontak dan suka meniru. Maka peranan role model adalah sangat penting dalam membentuk keperibadian seorang remaja. Secara sedar atau tidak, sikap dan cara pembawaan diri kita memang dipengaruhi oleh orang yang kita kagumi dan minati. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi remaja untuk memilih role model yang betul. Kalau salah langkah, buruk padahnya.

Role model yang terbaik bagi kita Muslim adalah Rasulullah. Pada diri baginda terdapat uswatun hasanah, contoh terbaik. Kehebatan baginda diiktiraf oleh kawan mahupun lawan. Baginda bukan sahaja contoh menjadi contoh dari segi ibadah, malah segala bidang! Nah, kalau dah ade contoh yang terbaik, kenapa mahu memilih yang lain? Kalau pilih yang inferior tu, boleh lah diumpamakan seperti orang yang di beri pilihan Ferrari dan Kancil, dia pilih kancil aje. Tak cukup dengan itu, kita ada sahabat2 nabi yang hebat2 belaka. Mereka ini diibaratkan seperti bintang-bintang di langit yang menerangi lagit malam yang gelap. Pilihlah mana satu tentu tak sesat. Kan kita biasa dengar, orang guna bintang untuk navigate di zaman kompas belum digunakan lagi, macam tu la. So kalau nak jadi student, businessman, panglima tentera, ketua negara, pakar bahasa dan sebagainya, semua ada contohnya pada sahabat nabi. 

Akhir kata, kita sebagai ramaja Muslim, sepatutnya menghayati apa itu erti menjadi seorang Muslim dan menghargai  keislaman yang dikurniakan kepada kita. Bagaimana? Dengan cara emulate cara hidup nabi dan para sahabat dalam kehidupan. Moga-moga kita diredhai Allah dan mendapat rahmat-Nya.

wallahua'lam

Sunday, 21 September 2008

Keberkatan

Belajar satu benda tentang erti keberkatan. Cara mudah untuk faham erti keberkatan adalah dengan melihat perkara-perkara berikut:
yang sempit dirasakan lapang
yang sikit dirasakan banyak
yang pendek dirasakan panjang
yang susah dirasakan senang
Lawan bagi berkat adalah tidak berkat bukan? Maka simtom-simtomnya pula adalah sebaliknya. Bila tau pasal ni barulah faham kenapa kadang-kadang masa banyak tapi rasa tidak cukup sahaja atau rasa semua benda keperluan hidup cukup-serba lengkap, tapi hati masih tak tenang. Maka tidak hairanlah apabila melihat orang yang hidup serba kurang tapi hati tetap senang. Mungkin itulah jawapan bagi maksud happiness yang dicari-cari oleh masyarakat barat. Aku selalu terjumpa dalam buku-buku di mana masyarakat Barat yang hidup mewah sering melahirkan rasa kagum apabila melihat orang Arab Badwi yang hidup serba ringkas tapi hati mereka cukup tenang.

Berdasarkan pemahaman aku, kunci keberkatan adalah ikhlas. Oleh itu kalau nak hidup ni berkat, ita hendaklah melakukan perkara-perkara yang disukai Allah sahaja. Perkara-perkara yang dibenci mesti ditinggalkan. Bila Allah sayang kat kita, Allah akan campakkan ketenangan di hati-hati hamba-Nya. Bila hati tenang, hidup susah pun rasa senang. Itu la dia berkat. Jadi tanya balik kepada diri sendiri, pernah tak rasa hidup ni macam tak berkat? Kalau ye mesti ada benda tak kena tu. Maka cubalah perelokkan apa yang patut.

Mungkin apa yang aku tulis ini agak simplistik dan bunyi macam bagus je. Tapi sekurang-kurang diharapkan dapat memberi manafaat kepada kita.

Friday, 12 September 2008

Settling Down

Hmm banyak juga stage nak settle down ni. Macam orang nak bina rumah juga, kena tunggu tanah betul-betul mendap baru boleh pacak cerucuk. Sekarang ni baru melepasi stage, terpaksa menerima hakikat kena kerja kat Malaysia dan kena tunggu sampai bulan dua belas baru dapat kerja (hanya kemungkinan, boleh jadi lambat lagi). Aku rasa stage sekarang ni pula adalah untuk menyesuaikan diri dan sediakan mindset untuk tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya 3 tahun atau selama-lamanya. Masih banyak lagi benda yang tidak pasti yang berada di luar kawalanku. Bila mula kerja, kerja di mana, buat apa? Semua ini HR yang akan tentukan, aku boleh mintak2 aje. Kemudian macam mana bentuk dan gaya hidup di masa depan masih lagi tak dapat bayang. Bukan nak kata tak biasa duduk Malaysia, cuma sekarang ni hidup di alam yang baru, alam pekerjaan, tak ada idea macam mana akan jadi. Sementara menunggu dipanggil oleh majikan untuk interview, aku duduk rumah aje, buat la apa yang patut. Tapi kurang produktif la. Patutkah aku bekerja sambilan? Entah le...

Sorry la kalau banyak merungut. Aku paham ade orang yang lebih susah dari aku. Hanya ingin meluahkan perassan agar lega hati dan kepala otak ini.

Wednesday, 10 September 2008

sangap

terasa sedikit sangap bila dah agak lama tak jumpa rakan-rakan sekepala. Hmm... bila la agaknya aku nak keje ni. at least bergerak la sikit.

Monday, 8 September 2008

Logical argument

I dont really understand what is logical argument. But I have seen many people using it especially when discussing on ideas and arguments. The highest level I had learned was at SPM level, in mathematics. But I guess it does not cover everything. Thefore I decided to find some explaination about it in the internet.  I just put the link below for myself to review it in the future. Happy reading.

Terasa Poyo

"Entah lah, mungkin saya tak keje kat Malaysia... Saya dapat offer keje kat UK. Mungkin saya akan keje kat sana" kata aku dengan penuh harapan. Aku sedar agak sukar untuk kembali bekerja ke UK terselit kerana ada ikatan kontrak dengan penaja di Malaysia. Di samping itu, terselit sedikit kegembiraan kerana dapat offer kerja di sana.

Namun kini, setelah mendapati ia hanya tinggal harapan, bukan kenyataan aku terfikir kembali. Kenapa aku begitu yakin ada jalan untuk melepaskan diri dari ikatan kontrak itu?

"Poyo sungguh!" kata aku kepada diri sendiri apabila teringat kata-kata yang sering aku ungkapkan kepada rakan-rakan apabila mereka bertanya tentang kerja... Hu hu hu.

Sunday, 7 September 2008

Making Documentary

Aku terasa tertekan apabila menonton rancangan dokumentari keluaran Malaysia. Agak bosan dan kering. Aku tertanya-tanya kenapa jadi begini. Kalau tengok dokumentari kat UK terasa best aje. Maka aku pun cubalah berfikir. Aku fikir mungkin kerana kualiti gambar tak lawa dan gaya penceritaan yang tak menarik. Atas sebab itu aku pun usha-usha HD camcorder. Menarik juga HD camcorder di pasaran sekarang ni. Kemudian aku cari pula tutorial teknik-teknik membuat dokumentari yang best. Salah satu yang sangat berguna boleh tengok kat sini http://www.channel4.com/fourdocs/guides/index.html Ada juga jumpa summer course untuk belajar buat dokumentari ni. UCL pun buat sekali. Rasa rugi pula. Kat UK dulu tak cari benda-benda macam ni. Bila dah balik msia baru la terhegeh-hegeh. Bak kata orang, nikmat hanya akan dihargai bila ia hilang.

Saturday, 6 September 2008

Madrasah Ramadhaniah

Dalam bulan Ramadhan ini, banyak sekali aku mendengar tentang Madrasah Ramadhaniah yakni bulan Ramadhan ini merupakan satu medan buat kita untuk mentarbiah atau istilah lain... (alamak tak ingat, nnydd tlg ingatkan) atau dalam bahasa mudahnya mendidik diri agar beroleh ketakwaan. Perkara yang paling sering di ingatkan oleh para ustaz adalah agar memperbanyakkan tadabbur Al-quran dan bangun malam. Memang mudah bunyinya, tapi agak berat nak buat. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakannya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka, yakni golongan yang apabila berlalu bulan ramadhan, namanya tidak dikeluarkan dari senarai ahli neraka, nauzubillah.

Tuesday, 2 September 2008

bahasa asing

tahun lepas belajar bahasa arab, tak habis. tahun ni pula cuba belajar french, guna podcast. susah juga belajar bahasa ni. banyak kena hafal.