Sunday, 29 March 2009

I'm now officially an ex-bounder

Alahmdulillah, syukur ku ke hadrat Ilahi kerana dapat menamatkan kursus di OBS dengan selamat. Kalau ditanya apa yang aku dapat dari kursus ni? Yang paling obvious tentunya sunburn, sakit urat, bengkak jari dan letih badan. He he. Tu yang fizikal lah. Dari segi personal development aku tak sure lagi sejauh mana keberkesanannya. Kena tunggu ujian di luar OBS tiba baru tau. Sekurang-kurangnya aktiviti-aktiviti di OBS mengukuhkan lagi value-value yang aku kutip sepanjang perjalanan hidup aku setakat ini.

Tapi yang pasti, aku memang enjoy dengan aktiviti-aktiviti sepanjang kursus. Antara aktiviti yang aku telah buat adalah berkayak, naik whaler, rafting, repelling, rock climbing, hiking dan camping. Ditambah pula dengan adanya Instructor (Abang Fauzi) yang berpengalaman dan dan sangat best oragnya menjadikan pengalaman beraktiviti lebih bermakna. Rakan-rakan se-watch pula semuanya best-best juga. Aku diletakkan dalam watch Mulu bersama Aloy, Rahimi, Azme, Ah Seng, Wuz, Harbinder, Saiful, Hafiz, Siti, Alin dan juga Huda. Lagi best kami selalu menang bila compete dengan watch satu lagi, Gading.

Secara umumnya aku berpuas hati dan seronok bercuti secara aktif di Lumut. Tapi lagi seronok dapat kembali ke dunia bertamadun atau dunia realiti.

Lain-lain cerita yg detail tunggu la dulu. Tengok mood aku macam mana. Masih lagi letih.

Saturday, 14 March 2009

rentetan - Plastic Islamist

Pelbagai reaksi yang ku terima berkenaan penulisanku yang bertajuk Islamist Plastik. Ia hanyalah sekadar cetusan rasa dan perkongsian, mudah-mudahan dapat memberi pengajaran buat diri dan pembaca. Terima kasih semua. Ye benar sekali kata-kata kalian. Doakanlah semoga aku dapat back on track dan bermujahadah untuk mempertingkatkan diri.

Back to nature

tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum aku bertolak ke Lumut untuk ber'OBS/OBM' dengan rakan-rakan PEP yang lain. Doakan keselamatan dan kesejahteraal fizikal dan spiritual buat diri ini.

Wednesday, 11 March 2009

Plastic Islamist

Di zaman uni, kolej dan sekolah, masing-masing mengaku menjunjung perjuangan menegakkan dan menyebarkan Islam. Ceramah di sana-sini, tak kira di mana jua pasti di hadiri. Lepas dengar ceramah semua bertambah semangat. Program pula tak henti-henti. Kadang-kadang dirasakan lebih berprogram dari belajar. Kalau boleh nak pi berdemo mesti ade je  yang akan mengangkat tangan mahu turut serta. Tak cukup dengan itu, siap masuk gambar kat Friendster tu. Malah semua pakat ramai2 ajak kawan-kawan lain untuk bersama-sama bersemangat menjadi seorang pejuang agama.

Tapi bila kerja, aku merasakan semua itu seolah-olah telah hilang. Tiada lagi masa untuk berprogram atau program yang ada tak releven lagi sebagai seorang yang berkerjaya mungkin. Di tempat kerja pun apa sangat program yang dibuat. Konsep yang biasa digunakan dan diamalkan seperti tidak sesuai lagi, maklumlan target audience pelbagai lapisan umur dan latar belakang pendidikan. Geng-geng pula dah tiada.

Melihat kepada kehidupan sendiri depan orang macam bagus je, tapi in private life macam tak ada beza pun dengan cara hidup 'orang biasa' je.  Ilmu dan amal pun macam tak bertambah pun. Rasanya macam artifcial Islamist je aku ni. Konon-konon cinta agama, tapi amal tak seberapa... Camner?

Tuesday, 10 March 2009

What I miss about being a student

I really miss the freedom & friendship built during studenthood. I think I really miss my friends.

I really miss being able to do what I want to do without worrying too much about its consequences. Whereas, time is always at my own hand. I could travel, play, learn whenever, whatever or wherever I want. Less burden, we are just expected to study and deliver all deliverables. The rest, up to me.

Now, it seems almost all of them have gone. My life is almost bounded by work. Sometimes I feel like- live to work not the other way round...

I wonder how others go through their life in this early stages of working life...

Monday, 9 March 2009

Salahkah jika...

Nak tulis ape pun tak tahu. Apa kata aku lontarkan soalan-soalan sahaja...

  1. Salahkah jika seorang pengundi tidak mahu ambil tahu pasal politik negara atau tidak mahu terlibat dengan kegiatan kepolitikan?
  2. Salahkah jika seseorang itu menggangap kita harus berpegang kepada prinsip moral dalam berpolitik?
  3. Salahkah jika memperjuangkan agama dalam arena politik?
  4. Salahkah jika menggabungkan agama dan politik/pemerintahan negara?
  5. Salahkah jika aku mahu melihat Islam ditegakkan di negara ini?
  6. Salahkan jika seseorang itu memperjuangkan Melayu?
  7. Salahkan jika sesorang itu mengenepikan perkauman dan memperjuangkan hak semua bangsa?
  8. Salahkah jika pejuang Islam meminggirkan isu Melayu dalam agenda perjuangan mereka?
Jawapannya.. Macam-macam ada. Tepuk dada tanya hati.

Friday, 6 March 2009

My favourite spot in London

Macam biasa, bila tak ada idea nak menulis, letak gambar saja la. 

   
    

Gambar-gambar di sekitar lorong pejalan kaki di tepi pertemuan tiga terusan yang dikenali Little Venice. Lalauan favourite aku kalau nak pergi Paddington.

Monday, 2 March 2009