Wednesday, 3 June 2009

Hikmah itu di mana-mana

Hairan kenapa selalu membaca terjemahan Al-Quran terasa seperti tiada apa-apa. Tetapi apabila membuka kitab terjemahan Al-quran dengan niat untuk memahami dan mencari iktibar serta memaksa otak berfikir akan maksud-maksud ayat terjemahan tersebut dengan mengaitkan sedikit sebanyak pengetahuan yang ada, tiba-tiba terus mendapat 'pencerahan'.

Begitu juga ketika aku membaca blog kawan-kawan. Biasanya aku hanya membaca secara bersahaja. Hasilnya, "oh macam tu", "oh dia buat ni". Sekadar oh sahaja. Cumanya pagi ini apabila aku menyelak kembali lembaran-lembaran blog kawan, walaupun sudah dibaca sebelum ini, aku cuba mengajak diri ini untuk membaca satu persatu dan mengambil penjagaran yang ada. Hatiku menjadi tersentuh.

Kenapa begitu?

Aku rasa ia berpunca dari niat. Jika membaca sekadar untuk tahu, maka sukar sekali bagi hati untuk sama merasai nikmatnya. Sebaliknya jika kita membaca dengan mata hati, inshallah Allah buka jalan bagi kita.

Hebat sungguh. Hikmah itu di mana-masa sahaja. Tak kira apa sahaja, ada saja pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya. Mungkin itulah hikmah Allah menyuruh kita melihat alam sambil berfikir akan kebesaran-Nya...

Asalkan hati ini bersedia menerimanya. Ada orang pernah berkata hati ini diumpamakan satellit dish, dan hidayah Allah ini ibarat wave/signal. Signal itu sentiasa ada, cuma kalau satellite dish itu kotor atau salah tune, maka sudah pasti kita tidak dapat menerima signal itu.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP