Tuesday, 28 July 2009

Ada angin

"Ada angin budak ni..." kata ustazah.

Aku terpinga-pinga mendengar kata-kata ustazah itu kepadaku. Apa maksud ada angin. Setelah beberapa lama, barulah aku tahu ia merupakan simpulan bahasa yang bermaksud orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

Bagus betul telahan ustazahku itu, walaupun ketika itu aku hanya berada di darjah 4. Sampai sekarang aku rasa aku masih lagi tidak berubah dari aspek itu. Aku terlalu mudah teruja apabila menemui sesuatu yang menarik dan juga mudah melenting apabila tertekan. Hu hu...

Hari ini sahaja aku aku merasai pelbagai perasaan. Cuak di awal pagi kerana tidak siap kerja. Tenang ketika hampir tengah hari sewaktu menghadiri meeting MRCC. Kemudian sekembalinya ke pejabat, aku rasa tertekan pula kerana didesak untuk mendapatkan urgent shutdown untuk hari ini juga. Semuanya perlu diuruskan dalam masa 2 jam sahaja. Baik mendapatkan AP, menghubungi kawasan bagi mendapatkan orang dan bahan, juga menguruskan jobsheet. Nasib baik ada technician yang free, tak perlu aku berkejar ke Sg Pusu untuk menguruskan shutdown itu. Aku hanya mengutuskannya untuk membantu menyampaikan pesananku dan juga melaporkan segala aktiviti yang berlaku di sana.

Tapi yang paling memberi kesan kepada aku adalah peristiwa petang tadi. Ketika aku sedang berbincang untuk menentukan jadual shutdown yang berikutnya, aku didatangi oleh seseorang. Dia bertanya macam-macam, aku pun menjawab sahaja. Tiba-tiba dia bertanya pasal bayaran kepada kontraktor. Bagaimana dengan pembayaran dan adakah aku monitor. Dia mempersoalkan kenapa tidak monitor. Serta memberi amaran bahawa dia tidak mahu ada kes hutang seperti generasi sebelumnya. 

Aku amat terkejut mendengar hal itu kerana inilah buat pertama kalinya aku diberitakan hal itu. Sebelum ini, aku disuruh buat jadual shutdown dan repair works sahaja.  Kenapa tiba-tiba isu ini timbul dan seterusnya aku dipersalahkan. 

Aku tidak dapat duduk diam apabila hal ini terjadi, terus aku melenting. Aku pun mengatakan tidak patut buat macam ni, sebelum tak bagitau kat saya pun dengan nada yang agak keras. Aku berasa sangat puas. Aku berjaya meluahkan rasa hati dan fikiranku. Aku fikir adalah menjadi hak aku diberitahu terlebih dahulu sebelum terus dihukum, in this case kena bambu la. Aku berjaya melepasi tembok yang biasa menjadi penghalang untuk aku berbicara. Aku tidak lagi pasrah seperti kisah membeli kopi dahulu. 

Apapun, orang itu tidak mengambil hati. Alhamdulillah. Satu pujian harus diberikan. Aku melenting mungkin juga kerana tekanan yang sebelum ini sudah memuncak sebelum kedatangannya. Mungkin juga kerana keletihan, berfikir dan berurusan menyelesaikan masalah shutdown sebelumnya.

Aduh, inilah gara-gara bekerja di kawasan yang penuh dengan manusia consumerist. Those who consumes a lot and expect highly on us. Kalau aku fikir cara keji sikit, semua kerja susah payah aku ini hanyalah untuk memenuhi kehendak dan keinginan manusia untuk hidup senang lenang. Tidak boleh lekang walau sesaat daripada bekalan elektrik. Jika tidak, parah.




Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 26 July 2009

"You won't hear that at Jummah!" - Ummah Films



Thank you to Baba Ali for your good comment. We share the same problem. Dah lama aku menghadapi masalah ini. As he said, it's not local but global issue.

Saturday, 25 July 2009

Dari Camberley ke Kepong [pt. 2 of 3]


Optimis

Aku kembali ke tanah air dengan penuh optimis. Aku tahu besar kemungkinan aku tidak akan bertemu jalan keluar. Meskipun begitu, berbekalkan sekelumit harapan, ku kuatkan semangat untuk terus mencuba. Aku sempat bertemu dengan Nik Azmi untuk bertanyakan prosedur untuk mendapatkan visa untuk bekerja di UK sebagai persediaan kalau-kalau aku dapat bekerja di UK. Aku juga telah memohon penangguhan untuk melaporkan diri selama sebulan daripada Fluor bagi memaksimakan masa untuk mencari jalan melepaskan diri daripada YTN.
Setelah mencuba pelbagai cara, baik rayuan mahupun perbincangan dengan orang atasan, tiada satupun yang berhasil. Malah orang yang memberi sokongan kepadaku untuk bekerja di UK suatu ketika dahulu pun sudah bertukar pandangan. Pada suatu Jumaat, seusai mendirikan solat tahiyatul masjid dekat Tanjung Malim, aku duduk merenung akan kedudukanku. Kemudian aku tersedar, “bukankah halangan-halangan ini merupakan petunjuk daripada-Nya bahawa masa depanku adalah di Malaysia? Bukankah aku pernah memohon kepada Allah agar melorongkan daku ke jalan yang terbaik? Mungkin inilah jawapannya...” Maka dari itu aku cuba menenangkan diri menerima hakikat yang amat berat buat diriku ketika itu.
Di samping itu, setelah mengenangkan betapa banyaknya yang aku perlu bayar kepada YTN kalau pecah kontrak (hampir 0.7 juta Ringgit dan perlu dibayar dengan serta merta. Mana nak cari duit sebanyak itu? Nak masuk mahkamah lagi susah) dan juga hakikat bahawa penjaminku juga bekerja di TNB (jenuh nan menanggung rasa malu dan segan apabila mendengar orang berkata orang dibawah jaminannya itu tak mengenang jasa TNB), akhirnya pada bulan September, aku terpaksa melepaskan peluang untuk bekerja di Camberley dengan menolak tawaran mereka biarpun hati ini ingin benar mencuba nasib di sana. Fluor yang mengetahui kedudukanku yang terikat dengan YTN pun tak dapat menolong. Maka, aku dilepaskan begitu sahaja.
Setelah keputusan dibuat, aku pun mengutuskan pesanan kepada Isa dan DZ untuk menghantarkan kotak-kotak yang masih lagi tertinggal di Lapworth Court. Banyak juga barang-barang yang ku tinggalkan. Semuanya ada nilai-nilai sentimental tesendiri. Selagi barang-barang itu masih lagi ada di sana, aku merasakan perpindahanku ke Malaysia tidak lengkap, seolah-olah sebahagian diriku masih lagi berada di sana. Pernah juga aku berfikir untuk terbang sahaja ke London untuk menguruskan pengangkutan barang-barangku itu. (Sebenarnya, ada sesuatu yang lebih kuat yang membuatkan aku untuk ke sana. Nak uruskan barang itu jadi alasan sahaja, tetapi tak jadi juga akhirnya.)
Biarpun keputusan telah dibuat, hatiku masih lagi terasa ralat kerana terpaksa melepaskan peluang untuk bekerja di UK. Aku sedar bahawa aku tiada pilihan lain kecuali terpaksa bekerja dengan TNB sahaja. Pasrah…


Temuduga

Aku telah dimaklumkan bahawa sebelum diterima bekerja dengan TNB, aku dikehendaki hadir temuduga terlebih dahulu. Mengetahui akan hal itu, aku berasa sangat tidak berpuas hati. “Apakah scholar pun kena hadir interview?!” fikirku. Tetapi memandangkan kaki dan tangan sudah diikat, aku akur sahaja. “Mungkin TNB cuba menunjukkan ia bersikap telus dalam mengambil pekerja baru” ujarku kepada diri sendiri bagi merasionalkan tindakan mereka sebagai memujuk hati yang down.
Jika aku terpaksa melupakan hajat ke UK dan menghabiskan umurku sekurang-kurangnya tujuh tahun di TNB sebelum kontrakku tamat, aku tidak mahu umurku berlalu begitu sahaja. Sekurang-kurangnya sesuatu harus dicapai. Maka aku cuba berfikiran positif dan akan cuba memberikan yang terbaik ketika interview kelak agar mendapat yang terbaik.
Tarikh interview langsung tidak dinyatakan. Aku sentiasa ternanti-nanti bilakah akan dipanggil untuk interview. Aku agak kecewa dengan cara pengurusan yang sedemikian. Terasa amat seksa apabila dibiarkan tergantung begitu sahaja. Aku sering meluahkan kekecewaanku itu setiap kali bertemu dengan rakan-rakan London.
Pada 24 Oktober barulah aku dipanggil untuk interview sesi pertama. Alhamdullillah, ia berjalan dengan baik.
Interview yang ke dua berlangsung beberapa minggu kemudian. Dalam interview sesi kedua, aku dapat impression bahawa interviewer tu akan letakkan aku buat kerja-kerja programming. Frust gila, aku nak kerja kat field, bukan programming. Lagipun aku dah bosan buat kerja-kerja macam tu. Ditambah pula dengan komen serta kritikan yang mana, pada aku tidak relevan dan valid langsung daripada ahli panel penemuduga. Panas hati dibuatnya. Selepas habis sesi interview, dengan hati yang panas dan pedih, aku terus mengisi borang borang-borang yang tak terisi lagi dengan membuta-tuli sahaja sebagai tanda protes. Sebelum keluar, aku sempat meluahkan rasa frust ku kepada kawan YTN di situ,”Kalau macam ni baik aku kerja kat UK.” (Sekali lagi, UK menghantuiku. Masih lagi tidak dapat melupakannya). Tanpa menunggu lebih lama, aku terus memecut Kelisa milik ibuku ke rumah.

Sudah masuk bulan Disember. Keputusan interview kedua tak dapat-dapat lagi. Kalau ikut, katanya 1 Disember keputusan akan keluar. Beberapa hari kemudian barulah aku tahu keputusan terpaksa ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh. Penantian itu sangat menyeksakan. Aku menjadi semakin frust dengan ketidak-tentuan itu.


Kursus Orientasi

Penangguhan demi penangguhan, akhirnya 15 hb masuk kerja di ILSAS bersama rakan-rakan PEP 33 yang untuk menjalani kursus orientasi terlebih dahulu. Setelah melaporkan diri, barulah ku tahu bahawa sebenarnya penangguhan itu ada kaitan dengan arahan terbaru oleh kerajaan bagi menghentikan pengambilan pekerja baru oleh GLC ekoran kegawatan ekonomi. Disebabkan kami telahpun ditemuduga, pihak TNB berasa simpati dan telah membuat keputusan untuk mengambil kami juga. Pengambilan seterusnya tidak tahu lagi bila. Alhamdulillah dapat juga kerja di kala ramai yang mengangur. (Tidak patut sungguh aku bersangka buruk terhadap TNB)
Dalam kursus tersebut, ramai big guns of TNB telah dijemput. Welcoming speech by VP HR, Datuk Kamaruzzaman Jusoh was really inspiring. Datuk Kamaruzzaman kata, kerja dengan TNB sebenarnya adalah satu peluang bagi kita berkhidmat untuk masyarakat sebenarnya kerana menyediakan keperluan asas kepada semua orang. Aku rasa rendah diri mendengar kata-kata tersebut. Pertama kali aku berjumpa beliau adalah semasa beliau bertugas sebagai pengarah YTN. Beliau pernah datang ke London, memberi taklimat dan menasihatkan para scholars agar menukarkan degree BEng kepada MEng. Aku sangat kagum melihat bagaimana beliau memulakan kerjayanya sebagai jurutera seperti kami dan kemudian berjaya memajukan diri sehingga dilantik sebagai VP, antara jawatan tertinggi dalam TNB.
Begitu juga sesi bersama SVP. Pengalaman kerja beliau lebih lama daripada usia kami. Dengan gayanya yang penuh berkeyakinan dan cerita yang menarik, aku telah digula-gulakan dengan sedikit harapan. Aku ingat lagi, semua penceramah yang datang memberikan harapan agar satu hari nanti, salah seorang daripada kami akan memegang jawatan mereka termasuklah CEO dan ianya tidak mustahil. Contohnya jelas di depan mata.
Aku juga telah dibasuh agar berbangga dengan TNB kerana ia telah berjaya meletakkan dirinya sebagai sebuah syarikat yang terhormat dengan pelbagai award, antaranya Anugerah Kualiti Perdana Menteri. Malah terlalu banyak keistimewaan yang ada dalam TNB tidak ada pada syarikat lain. Akhirnya aku dapati diriku menjadi sedikit jinak, malah menyemat azam dalam diri, suatu hari nanti aku akan menjadi seperti salah seorang daripada big guns itu.

Di dalam kursus tersebut, selain daripada mendengar ucapan daripada pegawai-pegawai atasan, kami diberikan pendedahan tentang syarikat dari segi operasi dan business, dan macam-macam lagi. Di hujung kursus, barulah ku tahu bahawa aku ditempatkan dalam bahagian Pembahagian (Distribution). Namun, dimana akan ditempatkan, kami tidak diberitahu. Tetapi Puan Razana mengatakan, sudah menjadi amalan di dalam TNB, new exacs tidak akan ditempatkan di negeri yang sama dengan alamat rumah mereka. Kami hanya akan tahu di mana kami akan ditempatkan setelah melaporkan diri di ibupejabat bahagian masing-masing. Aku berasa sedikit gusar, tetapi entah mengapa ada juga rasa tidak kisah.




Krisis kepimpinan

Sebenarnya, di permulaan kursus, kami dikehendaki melantik seorang penhulu, penghuluwati dan imam. Tugas penghulu adalah antaranya adalah menjaga kebajikan para peserta PEP dan juga menjadi contact person antara PEP dengan HR. Sewaktu pelantikan dibuat, kami diminta untuk menawarkan diri untuk bertanding. Seingat aku ada 5 orang (tak ingat bilangan yang tepat) yang menawarkan diri untuk menjadi penghulu. Aku tidak menawarkan diri kerana merasakan tidak mahu menonjolkan diri di samping merasakan mungkin ada orang yang lebih layak. Maklumlah di kolej dulu kalau nak jadi Pres kena jadi orang yang power. I think I’m not up to the standard.
Di akhir kursus orientasi, berlaku sedikit kejutan. Rombakan kepimpinan kumpulan PEP 33 telah dibuat. Sememangnya aku ingin melihat sedikit perubahan dalam kepimpinan ketika itu, tetapi tidak ku berani untuk menggalas tanggungjawab tersebut, malah aku lebih suka duduk di belakang melihat dari jauh sahaja.
Di dalam rombakan itu, aku telah dipilih sebagai penghulu yang baru. Mengepalai sekumpulan manusia sebesar itu (85 orang new exacs) merupakan satu pengalaman baru bagiku. Aku tak tahu macam mana nak handle. Seingat aku, paling tinggi pernah aku pegang adalah ketua kelas je. Kaget sungguh. Apapun, satu perkara yang aku belajar daripada Saravanan semasa dia menjadi penghulu adalah pentingnya seorang pemimpin itu untuk melihat jauh ke hadapan. Aku masih ingat dia tanya, apa yang boleh kita lakukan untuk menjadikan group kita lebih baik?


Bermulanya kerjaya seorang jurutera

Minggu kedua selepas melaporkan diri, aku dan rakan-rakan PEP yang ditempatkan dalam bahagian Pembahagian diarahkan terus ke ibu pejabat Pembahagian di Jalan Timur, PJ. Pagi Isnin itu, kami sempat menghadiri morning talk session bersama pegawai-pegawai HR Distribution di Jalan Timur. Kami telah diminta untuk memperkenalkan diri. Selepas itu kami mendengar ucapan daripada pegawai-pegawai di sana. Kebetulan pada hari itu, En Safwan diminta membuat ucapan sempena kenaikan pangkatnya. Ucapannya sangat bersahaja tetapi penuh dengan pengajaran. Beliau sempat berkongsi minatnya hiking, riadah katanya. Apapun kata-katanya yang memberikan kesan kepadaku hingga hari ini adalah ketika dia berkata sesuatu tentang visi, “dalam Islam doa itu boleh dilihat sebagai visi kita”. Benar katanya. Pada pandangan aku, kita hanya akan meminta apa yang kita idamkan. Apa pula doa aku setiap hari?
Selepas itu kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar sedikit taklimat berkenaan penempatan kami. Kakak yang menguruskan kami ketika itu juga mengatakan kami akan dihantar ke tempat yang jauh dari ‘kampung’. Dalam pada itu, kakak itu juga sempat berseloroh, kalau ada master akan ditempatkan di KL. Aku sangat berharap kata-kata kakak itu benar. Akhirnya the moment of truth pun tiba. Masing-masing menanti dengan penuh debaran. Nama kami disebut satu persatu sambil dinyatakan di stesen manakah kami ditempatkan. Ada yang gembira. Tidak kurang ada juga yang kecewa. Apabila tiba giliranku, aku ditempatkan di Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Rakan YTN yang seorang lagi (juga classmate –mathematics di KMYS dulu. Cuma aku tak begitu mengenalinya ketika itu.) pun ditempatkan di stesen yang sama denganku. Setelah semua menerima surat penempatan masing-masing, maka bertebaranlah kami ke stesen masing-masing.

bersambung...

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Dari Camberley ke Kepong [pt. 1 of 3]


Intern

Terkenang daku akan pengalaman memohon latihan industri (internship) pada tahun ketiga pengajianku di UK dahulu. Aku memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia pada cuti musim panas tahun itu dengan tujuan untuk menimba pengalaman bekerja di luar negara. Oleh yang demikian, aku telah membuat permohonan kepada pelbagai syarikat kejuruteraan di UK untuk menjalani internship. Tiba bulan April-Mei, satu demi satu surat dan email daripada syarikat-syarikat yang aku mohon internship diterima. Semuanya menolak permohonanku. “Ada orang yang lebih berkelayakan,” kata BP. Aku amat berdukacita.
Memandangkan tiada internship, maka terpaksalah aku mencari kerja-kerja lain bagi mengisi masa lapang. Susah juga nak cari kerja yang sesuai, kadang-kadang rasa kecewa. Sementara itu, aku tolong Abang Wan tulis transcript. Dapatlah duit sikit, he he.

Sinar harapan mulai muncul apabila, permohonan kerja sebagai assistant di Information System department di UCL diterima. Pada masa yang sama Pak Ya (warden Malaysia Hall) meminta aku mengisi kekosongan sebagai receptionist di Malaysia Hall, London. Bagi menjaga hubungan baik dengan Pak Ya, maka aku pun bersetuju untuk bekerja dengan MSD dan membatalkan niat untuk bekerja di UCL meskipun gaji yang ditawarkan oleh UCL lebih tinggi daripada MSD.
Pada suatu hari, aku telah menerima missed call dari suatu nombor yang tidak diketahui. Nasib baik voice message ditinggalkan. Rupa-rupanya ia adalah panggilan daripada wakil syarikat Fluor, salah satu syarikat yang aku minta buat internship dahulu. Alangkah gembiranya aku mengetahui mereka telah menerima permohonanku dan aku boleh terus masuk kerja. Lagi gembira apabila memikirkan betapa aku tidak perlu melalui sebarang sesi ujian mahupun temuduga, hanya perlu mengisi borang dan menulis esei. Kawan-kawan lain yang minta intern di tempat lain sekurang-kurangnya kena interview. Alhamdulillah.
Setelah mendapat kepastian daripada pegawai di Fluor, aku pun meletakkan jawatan sebagai receptionist di Malaysia Hall. Internship berlangsung selama 7 minggu di pejabat Fluor yang terletak di Camberley, kira-kira 40 minit perjalanan keretapi dari Stesen Waterloo. Pengalaman bekerja di Fluor sangat menarik. Aku diberi peluang untuk terlibat dalam satu projek pembinaan loji pemprosesan minyak seluas 1 km persegi sebagai Associate Design Engineer II. Skalanya yang begitu besar hampir-hampir mencapai status ‘megastructure’. Aku diberikan tugasan dalam menguruskan data cable drum yang akan digunakan dan juga menyemak pelan-pelan cable duct.
Aku amat kagum dengan budaya kerja di situ. Kerja-kerja yang dibuat sangat tersusun. Teringat aku ketika tiba untuk melaporkan diri pada hari pertama di Camberley, semuanya telah siap tersusun dan tersedia. Setibanya di dalam bilik meeting, aku diberi briefing tentang latar belakang syarikat, polisi, keselamatan, penggunaan sistem computer dan sebagainya. Kemudian kami diberi ‘welcome pack’ yang mengandungi segala maklumat-maklumat yang penting seperti computer account, email account, cara-cara menggunakan telefon peribadi, keselamatan, etika kerja, sistem cuti dan sebagainya. Department, projek, cubicle untuk bekerja pun sudah tersedia. Budaya based on trust pula jelas dirasai. Tak perlu clock in, flexible hours pula tu, kerja siap juga. Dari segi disiplin pula memang bagus, apa-apa hal mesti ikut standard. Sepanjang bekerja di situ, aku rasa tiada gap diantara boss dan subordinate ataupun antara yang tua dan muda. Lagi satu, tak terasa macam orang asing pun. Budaya menghormati agama pun bagus. Semasa first day, tak tahu ade prayer room kat ofis, aku solat kat ruang kosong tepi cubicle je. Tak de sape marah, aku pula yang segan. Satu lagi perkara yang mengkagumkan ialah budaya menghargai ilmu sudah sebati dalam budaya kerja mereka. Dalam intranet, ada ensiklopedia sendiri dan para staff boleh bertanya kepada staff yang pakar dalam forum. Manakala dalam monthly meeting pula akan ada sharing session antara jurutera mengenai perkara-perkara menarik yang dipelajari dalam projek masing-masing. Vendor juga dijemput untuk menceritakan teknologi terkini dalam bidang yang berkaitan dengan business mereka. Perkara yang baik macam ni lah perlu dicontohi. Semoga satu hari aku dapat membawa budaya positif ni ke Malaysia.




Pada hari pada hari terakhir di Fluor, selepas solat Jumaat, Joanna memanggilku turun ke admin office kerana ada beberapa perkara yang perlu diuruskan sebelum aku pulang. Macam biasa, dapat surat dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Dia juga memaklumkan kepadaku bahawa mereka berpuas hati dengan prestasiku dan bersetuju untuk memberikan ganjaran tambahan (ala-ala bonus) kepadaku sepertimana yang dijanjikan dalam iklan internship tempoh hari. Alhamdulillah.
Tiba-tiba Joanna berkata,” Azlan, we got an offer for you” seraya menyerahkan surat sampul surat berisi surat tawaran dan kontrak kerja. Aku terkesima mendengar kata-katanya. Aku langsung tidak menyangka mereka akan menawarkan kerja kepadaku. Lagipun tujuan asal aku buat intern adalah untuk menimba pengalaman je. Apalah sangat yang aku buat pun sepanjang intern tu, fikir ku. Dalam keadaan yang masih lagi terkejut, akupun membuka sampul surat yang diberi. Tertera di dalam surat tersebut, jawatan yang ditawarkan adalah Associate Design Engineer II dengan gaji 28 000 GBP per anum dengan syarat dapat 2.2 dan dapat visa International Graduate Scheme. Tinggi sungguh tawarannya itu. Syaratnya pula sangat mudah. Biasanya untuk engineer di luar London, dapat sekitar 26k je. Ada seorang engineer Fluor kata, dia dapat 24k je masa mula-mula dulu. Kemudian Joanna menyambung, “They like you.” Aku sangat terharu. Kalau boleh dia mahu aku sign kontrak tersebut waktu itu juga. Setelah berbincang, Joanna pun bersetuju untuk memberi penangguhan selama 2 minggu sebelum aku menjawab tawaran yang diberikan.
Berita gembira itu ku kongsikan bersama-sama keluargaku dan juga rakan-rakan di sekelilingku. Ex-housemateku pasti tersenyum mengenangkan gelagatku ketika itu. Setelah berbincang panjang lebar, aku telah menerima tawaran tersebut meskipun ketika itu aku tahu aku terikat dengan YTN. Maklumlah peluang yang sedemikian sukar ditemui. Aku berharap bila tiba masa nak kerja nanti, adalah jalan keluarnya nanti.

Setahun kemudian

Pada bulan Jun, tamatlah pengajianku di UCL. Tanpa sempat menguruskan penghantaran barang-barang ke Malaysia, aku pun pulang ke tanahair pada 22 Jun 2009. Aku pulang ke Malaysia lebih awal berbanding rakan-rakan yang lain kerana ingin mencari jalan keluar agar dapat kembali ke UK untuk bekerja di Camberley. bersambung...


p/s:
  1. Sebenarnya dah lama aku tulis, tapi asik terperap didalam draft sahaja kerana tidak sempat menghabiskannya. Sebelum ia basi, lebih baik aku kongsikan bahagian pertama yang sudah siap. Moga-moga menjadi pencetus semangat untuk menghabiskan cerita ini.
  2. Ilham untuk menulis tentang perkara ini lahir setelah aku tamat latihan fasa satu PEP. Ia bukan sekadar cerita tetapi ada sesuatu yang ingin aku kongsikan, tetapi mungkin hanya akan difahami di akhir cerita.
  3. Mula-mula agak segan dan takut untuk menulis dan bercerita tentang pengalaman ini, takut-takut jadi cerita angkat bakul sahaja. Tetapi sahabatku telah meyakinkan aku, kalau ada sesuatu yang baik didalamnya, teruskanlah bercerita. Moga-moga aku dijauhkan dari sikap riak dan takbur.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 23 July 2009

Sedikit perkembangan


Kesibukan di tempat kerja

Tidak banyak perkara yang mampu aku muatkan didalam blog sejak akhir-akhir ini. Malah masa senggang pun semakin berkurangan. Semua ini gara-gara terlalu banyak kerja di pejabat dan di site. Isnin dan Selasa lepas aku bekerja siang dan malam. Letih sikit la, tapi tak stress sangat sebab dah biasa dan juga dapat claim, he he.

Balik kampung

Alhamdulillah, sempat juga balik kampung berjumpa tok dan wan weekend lepas. Aku balik dengan menumpang Pal Lang. Ayah dan emak sudah balik lebih awal. Sempat membantu ayah mengait dan mengutip buah rambutan dekat belakang rumah wan. Masa kecil-kecil dulu selalu juga main-main di kawasan itu. Kejar-kejar ayam, bakar sampah dan macam-macam lagi. Sewaktu tiba, Pak Su, dan Mak Ndak pun ada. Seronok rasanya dapat berjumpa mereka semua. Alhamdulillah, sangat puas melihat muka tok dan wan gembira. Makan tengah hari di kampung sangat sedap. Dengan ikan dan udang yang segar dimasak resepi ala utara yang sememangnya sudah menjadi kegemaranku serta suasana kampung yang mendamaikan membuatkan aku bertambah berselera makan. Alhamdulillah, sangat best. Esoknya aku pergi ke pejabat dengan rasa yang sangat gembira dan bersemangat.

Buku cerita

Sedang aku mengemas meja kecil di bawah, dekat rumah, tiba-tiba aku jumpa buku cerita milik adikku. Buku novel itu bertajuk Ketika Cinta Bertasbih. Selalu dengar juga tajuk buku ni. Tapi mula-mula tak tergerak sangat nak baca, sebab aku bukan minat sangat buku-buku jiwang ni. Hu hu. Tapi out of curiosity, kenapa ramai sangat orang suka baca buku ni, aku pun terus baca. Best juga la. Macam-macam cerita menarik yang ada. Tapi sayang, dia buat dwilogi, bila habis satu buku, kena buku buku episod dua pula untuk mengetahui penghujung ceritanya.

Bila guna masa untuk membaca buku ni, baru sedar betapa banyaknya masa sebenarnya yang boleh digunakan untuk membuat perkara-perkara yang berfaedah. Kalau asik duduk depan komputer, melayan facebook, blog dan lain-lain masa memang jadi singkat.



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Saturday, 18 July 2009

How do you see yourself in the next 5 years

Soalan ini biasa ditanyakan dalam program-program berbentuk motivasi atau dalam interview. 

Semalam sempat berbincang dengan adik-adik junior tentang perkara yang sama. Aku telah meminta mereka memikirkan dan berkongsi cita-cita mereka dari aspek kekeluargaan, kerjaya dan sumbangan kepada ummah. 

Dalam sela-sela masa yang diberikan untuk mereka berfikir, aku teringat bahawa aku juga pernah buat aktiviti yang sama tahun lepas. Aku tersenyum seketika mengenangkan jawapanku yang penuh bersemangat ketika itu. Kononya aku ingin menjadi agen perubah dunia, menjadi manusia yang aktif membantu ummah, menjadi orang yang hebat dan macam-macam lagi. 

Apabila dimusabah semula apa yang telah aku lakukan dalam setahun ini untuk mencapai cita-cita tersebut, terlalu jauh rasanya. Terlalu sedikit yang telah ku lakukan. Malah sudah hampir setahun aku tidak pernah memikirkannya secara serius. Aduh...

Nak inilah akibatnya hanya berfikir setelah ditanya. Bagai pahat dengan tukul. Bila dah terhantuk baru nak mengadah. 

Jika ia lahir dari hati, sudah tentu lain pula hasilnya. Hari-hari akan dimuhasabah. 

Semoga pencerahan kali ini berkekalan buat selamanya.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Usah bersedih hati

Selalu tidak puas hati dengan kehidupan. Ada sahaja benda yang tidak kena. Itu kurang, ini tak betul. Ada sahaja yang dirasakan tak best.

Apabila muhasabah balik, rupa-rupanya banyak betul rezeki yang Allah kurniakan. Nikmat tak pernah kurang. Kerja dah ada, gaji bulan-bulan masuk. Orang tak kacau aku, aku tak kacau orang. Tidak cukup lagi kah? Hmm betul juga, tamak sungguh. Lagipun hidup di dunia ini mana senang sentiasa. Dimanakah rasa cukup itu?

Aduh, aku insan yang mudah lupa.



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 16 July 2009

Adjusting life

Masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan yang sebenar. Workload ok, manageable. Tapi banyak benda kena buat dan belajar lagi. Selalu terasa tak faham apa tugas aku sebenarnya, tertekan sikit.

Stress dengan aktiviti-aktiviti yang banyak buang masa, e.g. makan pagi sampai pukul 10 pagi. Nak tolak, rasa susah, kawan ajak la katakan.

Malam-malam balik rumah selalu keletihan. Tapi seronok juga sebab banyak masa free waktu malam sebab tak wajib keluar malam2 macam dulu lagi.

Macam ni lah kehidupan aku seminggu dua ni.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Monday, 13 July 2009

Clear vision

Setiap hari kita inginkan kehidupan yang lebih baik. Si pejalan kaki mengidamkan sebuah kereta. Kemudian dia berjaya mendapatkan sebuah Proton Saga. Dirasakan Proton Saga tak cukup selesa, dia berangan-angan pula untuk memiliki sebuah Bimmer. Selepas itu, nak pula jet persendirian. Tak cukup kapal di udara, nak pula kapal layar.

Itulah yang menjadi impian dan cita-cita bagi kebanyakan daripada kita di dunia ini. Tetapi dunia ini sementara sahaja. Kenapa kita melupakan kehidupan yang abadi? Bukankah ia terlalu hampir? Apakah kita tidak mahu mencapai sesuatu yang indah di sana? Oleh yang demikian, kenapa tidak mahu memperbaiki amal, wahai insan?

Para sahabat nabi, kenal benar akan syurga. Seolah-olah ia berada di hadapan mata mereka. Malah tidak kurang ramai yang sanggup berjihad kerana rindukan bidadari yang menanti di akhirat sana.

Berbeda dengan kita, kita tahu akan adanya syurga dan neraka. Tapi tak tahu pun macam mana indahnya syurga itu. Maka tertipu dengan dunia yang disangkakan sebagai syurga. 

Marilah sama-sama kita timba ilmu, mudah-mudahan dipertingkatkan iman dengan bertambahnya ilmu di dada.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Saturday, 11 July 2009

Lemahnya iman

Ada orang memeluk Islam hanya kerana sayunya hati mendengar seruan Azan berkumandang. 

Ada orang mengucapkan syahadah setelah membaca terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ada orang tertarik Islam dengan hanya meniru gaya pergerakan solat.


Tetapi...

Muslim yang mendengar Azan makin galak berborak bila mendengar Azan

Apabila ayat-ayat Al-Quran diperdengarkan, telinganya seperti pekak sahaja

Hari-hari sujud, tetapi hati tidak pernah tunduk kepada-Nya

Amalannya selama ini seolah-olah sia-sia sahaja.

Astaghfirullah. Lemahnya iman.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Tak sihatnya

Peristiwa satu

"Hai, makan lagi. Tengah hari makan, petang makan. Dua tiga tahun lagi tahulah saya macam mana rupa kamu"

"Tengok, order pun same. Nanti badan same la"

"Jangan nanti datang jumpe saya tak kenal dah le"

"Aku dulu kurus, sekarang dah macam ni. Mana tak nye. Keje malam. Lepas keje singgah makan sup tulang. Lepas tu terbongkang. Ha ha"

Peristiwa dua

"Ko main ape petang-petang? Tak main ping-pong"

"Tak, aku tak bersukan langsung sekarang"

"Gila tak sihat ko? Dah la duduk distribution..."

"Tu la"


----------------------------------------------------

Hmmm tak tahu lah.





Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 2 July 2009

Dilema antara keperluan dan keinginan

  1. Sememangnya aku sangat meminati bidang fotografi meskipun aku bukan pakar.

  2. Sejak akhir-akhir ini, keinginan memiliki kamera DSLR semakin meluap-luap. Apatah lagi apabila melihat semakin ramai yang beralih dari kamera 'point n shoot' kepada DSLR ni. Rakan-rakanku sangat memahami betapa excitednya aku apabila melihat ada yang membawa DSLR, mesti nak try.

  3. Persoalannya, apakah aku benar-benar memerlukannya atau sekadar peer pressure. Kalau nak kira, kamera lama ku itu masih lagi berfungsi dengan baik. Hu hu

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Adab dan batasan pergaulan

Sejak mula bekerja ni, aku semakin banyak terlibat dengan golongan bukan mahram. Samada atas urusan rasmi mahupun sebaliknya. Sekadar berkongsi sedikit petikan mengenai adab-adab yang perlu di jaga sebagai peringatan buat diri dan semoga bermanafaat buat kalian.

Limits and conditions within which a man may speak to a non-mahram woman

My question is about the adab or the manner between a brother and sister?
I need clarifcation, are we allowed to give salam to sister who is not your muhram or talk to her as you talk to a brother, and how much you allowed to talk?
and what about the non-muhram who are cousine, for example the uncles daughter Am I allowed to give salam and talk to her, and how is her life?please provide for me daleel(proof) and what about marriage?
what allowed talk and salam, ( what is allowed and not) all these things!
because today people mixed between culture and deen, when you tell them about that they say you are bringing new religon!, even alot brothers who relgious don't know this, you may see salafy brother talking weetlgy to sister who were nikab and not his muhram,

Praise be to Allaah.

In brief, what the fuqaha’ have said about women’s voices is that they are not ‘awrah in and of themselves, and there is nothing wrong with listening to them when there is a need to do so, so they do not forbid listening to them, but certain conditions apply, as follows:

The woman should speak without elongating the words, making her voice soft, or raising her voice. It is haraam for a man to listen with enjoyment, for fear of fitnah (temptation).

The decisive factor for knowing what is haraam in the matter of women’s speaking is what is included in the aayah (interpretation of the meaning):

“O wives of the Prophet! You are not like any other women. If you keep your duty (to Allaah), then be not soft in speech, lest he in whose heart is a disease (of hypocrisy, or evil desire for adultery, etc.) should be moved with desire, but speak in an honourable manner.” [al-Ahzaab 33:32]

What is forbidden is being too soft in speech. It is obligatory for women to speak in an honourable manner, which means, as the mufassireen explained, that they should not make their voices soft when addressing men. In conclusion, what is required of the Muslim woman when she speaks to a non-mahram man is that she should adhere to what is mentioned in this aayah. She should refrain from what is forbidden and should fulfil her duties. She should speak only when necessary, and only about matters that are permissible and honourable, not evil. Between a woman and a non-mahram man there should be no intonation, gestures, chat, joking, flirting or playful talk, so that there will be no room for provocation of desires and doubts. Women are not prevented from talking to non-mahram men when it is necessary to do so, such as dealing directly with them when buying things or conducting any other financial transaction, because in such cases it is necessary for both parties to speak. A woman may also ask a scholar about some legal Islamic matter, or a man may ask a woman such questions, as is proven in various texts of the Qur’aan and Sunnah. Within the guidelines described above, there is nothing wrong with a woman speaking to a non-mahram man. It is also permissible for men to greet women with salaam and vice versa, according to the most correct opinion, but this greeting must be free of anything that may provoke desire in the person in whose heart is a disease, so as to be safe from fitnah and pay attention to the regulations outlined above.

If there is fear of fitnah being provoked by this greeting, then the woman should refrain from either initiating or returning the greeting, because warding off fitnah by neglecting the greeting is warding off mischief, and warding off mischief takes precedence over doing something useful. (See al-Mufassal fi Ahkaam al-Mar’ah by ‘Abd al-Kareem Zaydaan, vol 3/276). And Allaah knows best.

Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
http://islamqa.com/en/ref/islamqa/1121