Sunday, 20 September 2009

Warna Warni

Ah, begitu pantas sekali masa berlalu. Ramadhan telahpun melabuhkan trainya. Kini Syawal pula menjelma. Terasa bagaikan baru sahaja aku dan keluarga pulang ke kampung untuk merayakan Aidilfitri bersama Tok dan Wan serta saudara-mara yang lain.

Syukur, Alhamdulillah Ramadhan kali ini sungguh istimewa sekali. Pengalaman berpuasa tahun ini begitu berbeza sekali, penuh dengan warna-warni. Keindahannya bukan sahaja diserikan oleh kegembiraan dapat berpuasa bersama keluarga tetapi juga kerana pelbagai pengalaman istimewa yang ku lalui pada bulan Ramadhan ini.

Setelah kepulanganku ke Malaysia dari London tahun lepas, terasa bagaikan mustahil untukku kembali ke London. Maklumlah kosnya begitu mahal dan juga tiada alasan yang benar-benar kukuh bagi membolehkan aku ke sana. Meskipun London itu bukan tanah airku, bumi asing, ia begitu dekat dihatiku, maklumlah tempat jatuh bangun lagikan dikenang...

Alhamdulillah, gesaan ibubapaku untuk pergi menghadiri majlis graduasi di UCL tahun ini akhirnya membolehkan juga aku mengubat rindu. Mereka juga turut serta ketika aku ke UK tempoh hari. Kebetulan, majlis graduation jatuh pada bulan Ramadhan.

Pada mulanya risau juga tak dapat ke sana, takut-takut ada masalah di mana-mana, baik urusan imegresen, tiket mahupun tempat tinggal di sana. Syukur segala perancangan telah berjalan dengan lancar. Dalam pernerbangan ke sana, itulah pertama kali aku berpuasa dalam tempoh yang panjang, lebih kurang 17 jam. Pada jam-jam terakhir, badan terasa sangat lemah. Dah lah tak sempat bersahur, memang tak larat. In a way, bagus juga, training untuk berpuasa di UK, waktunya agak panjang ketika itu.

Mula-mula, sebelum tiba di dewan, terasa suspens juga, tak ada kawan dari batch yang sama. Aku sorang sahaja, terasa sunyi sedikit. Majlis dimulakan dengan ucapan Provost, kemudian sesi bersalaman dengan Provost (bersalaman saje ye, tiada terima scroll olok2 pun), ucapan penutup dan akhir sekali perarakan keluar. Ringkas sahaja. Ada abang di Masjid Bandar Bukit Puchong yang mendengar keringkasan majlis graduation itu berkata, "Ko bagitau kat dia, ada ke patut saya datang jauh-jauh ni nak salam je?". He he, in sense macam betul juga.

Sewaktu membaca buku senarai graduan, terbit rasa cemburu dengan mereka yang disenaraikan dalam Dean's List, rasa rendah diri sedikit pun ada. Tetapi setelah mendengar ucapan Provost, terasa bangga juga menjadi sebahagian daripada sebuah universiti yang mempunyai sejarah yang panjang dan gilang-gemilang. Satu perkara yang aku sangat kagumi sewaktu adalah suasana dan sikap para graduan yang menghargai orang yang berjaya mencapai kedudukan yang hebat. Setiap kali nama mereka yang tersenarai dalam Dean's list dan juga menerima Phd dimumkan, pasti tepukan gemuruh diberikan, tanpa paksa, walaupun penerima anugerah tersebut tidak ada kaitan dengan mereka. Aku turut gembira dan bangga dengan kejayaan mereka itu. Gembira dapat bertemu junior-junior dan juga tutor. Mereka turut gembira melihat aku kembali, walaupun aku agak pendiam, mereka masih lagi ingat akan daku, ok la tu. Ini menguatkan lagi sense of belonging aku terhadap UCL.

Ketika di UK, banyak masa digunakan untuk membeli-belah cenderahati untuk ahli keluarga. Sempat juga berjalan-jalan di sekitar London. Hari-hari terakhir aku telah membawa ibubapa ku ke Canterbury dan Warwick. Tentunya ia sangat jauh berbeza dari London. Menarik juga pemandangan begitu indah dan suasana begitu menenangkan, cuaca pula baik tetapi sedikit sejuk.

Gembira melihat kedua-dua ibubapaku gembira berjalan-jalan ke tempat yang ku bawa. Aku juga terasa amat kagum dengan kesabaran ibubapaku melayan kerenahku, yang kadang-kadang tidak sabar, mahu cepat sahaja, atau kadangkala terlalu dingin dan macam-macam lagi. Dari situlah aku sedar betapa hakikat aku telah dewasa, bukan anak kecil lagi. Begitu juga ibu bapaku, mereka juga tidak sama seperti dahulu yang ku kenali ketika muda remaja dahulu. Mungkin juga kerana terlalu lama berjauhan dengan ibubapa membuatkan aku terlupa akan hakikat ini. Tentunya sebagai seorang dewasa, harapan ibubapaku terhadapku sudah berbeza, juga cara aku berbicara dengan mereka perlu diubah. Dalam kelana ini jugalah aku belajar mengenali diri dan ibubapaku dengan lebih dekat. Pengalaman dan pelajaran ini membuatkan aku terasa lebih dekat dan lebih menghargai mereka. Terima kasih Emak Dan Ayah!

Aku juga sempat berkunjung ke Malaysia Hall, bertemu dengan Malaysian yang lain untuk bertarawikh dan bermoreh. Gembira dapat bertemu Ustaz Erfino. Rupa-rupanya salah seorang daripada jemaah di MSD adalah saudara jauhku, Tok Ngah. Sudah tiga tahun bersama-sama mengimarahkan surau MSD tapi tak tahupun ada pertalian persaudaraan. Sememangnya dulu memang pernah tahu ada saudara, tapi tau macam mana nak jumpa. Nasib baik emak aku kenal beliau, kalau tak sampai bila tak kenal saudara.

Setelah tiba di Malaysia, bercuti dua hari, untuk atasi jet lag alasanku. Sempat juga mencuri masa untuk memilih dan membeli sebelum raya. Suatu pengalaman yang menarik.

Sebelum Ramadhan, takut juga kalau-kalau sibuk sampai tak sempat buat apa-apa amal di bulan Ramadhan. Tetapi alhamdulillah, nampaknya Ramadhan kali ini menjadi bulan kerehatan bagiku. Kesibukan yang sering menjadi rungutanku sebelum ini, telah berkurangan di bulan Ramadhan. Kerja-kerja urgent pun kurang. Ada juga ruang beribadah, sekurang-kurangnya untuk bertarawikh.

Di hujung bulan Ramadhan pula, aku berpeluang bertemu dengan rakan-rakan lama. Kami sempat berbuka puasa bersama-sama. Alhamdulillah, sungguh gembira.

Malam ini sudah 2 Syawal. Kalau diikutkan, raya sudah habis. Cuma orang malaysia sahaja berpuasa beraya sebulan, hehe. Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.

Azlan@ABN
Kg Sungai Deraka,
Kota Kuala Muda ,
Kedah



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Tuesday, 15 September 2009

Keliru?

Nampaknya entry aku sebelum ini telah menimbulkan beberapa persoalan. Sememangnya aku pun tak dapat memberikan jawapan. Ada juga komen dari seorang Chem Eng Grad kata mostly perfume yang dihasilkan dalam industri zaman sekarang tidak menggunakan teknik yang aku nyatakan sebelum ini, so should be no problem.

Dalam forum PPIM pula kata macam ni:
Persoalan alkohol di dalam pewangi sudah lama berlalu. Tetapi permasalahan yang timbul adalah penggunaan lemak binatang sebagai penyerap pewangi tersebut dan tahan lama berbanding dengan pewangi yang tiada mengandungi lard.

PPIM jelas tidak mengesyorkan penggunaan minyak wangi sedemikian kerana ditakuti bahan yang digunakan bersumberkan haiwan yang tidak halal.

Namun begitu syarikat pengeluar sukar dipaksa menyenaraikan bahan yang digunakan. Alasan yang mereka gunakan "trade secrets".

Perkara ini termasuklah minyak atar yang gemar digunakan oleh orang Islam. Selagi sumbernya tidak diketahui, selagi itu kemusykilan timbul.
So terpulanglah kepada kalian untuk membuat keputusan. Aku memang tak mampu mencari keputusan yang konkrit setakat ini. Maaflah kalau mengelirukan anda sahaja.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Monday, 14 September 2009

Kehalalan Perfume

Pernah suatu ketika aku belajar di UK dahulu, terjadi satu peristiwa yang agak mengejutkan. Suatu hari, aku membuka peti sejuk di rumah, sambil mencari mentega untuk memasak. Setelah menyelongkar compartment barang-barang di pintu peti itu terjumpa satu ketulan yang kelihatan seperti mentega. Tetapi appearance nya agak berbeza, pembalutnya sedikit lain, kertas putih sahaja. Setelah di baca labelnya, rupa-rupanya itu Lard. Terkejut sakan aku, apatah lagi sudah suku digunakan/dimakan. Sapelah yang bertuah makan benda ni, sah-sah tak tahu apa itu lard. Setelah itu aku pun membuat pengumuman kepada ahli rumah bahawa benda ini tak boleh makan dan terus aku buang.

Ok berbalik kepada topik asal. Selepas peristiwa itu, aku cuba surf internet untuk mencari lebih banyak maklumat tentang lard. Terjumpa satu artikel tentang penggunaannya di dalam pembuatan perfume. Ia digunakan dalam kaedah yang dipanggil Enfleurage Teknik ini menggunakan lemak untuk mengekstrak wanginan. 

Terfikir banyak juga perfume di pasaran. Macam mana nak kenal yang mana satu halal. Emak pernah cakap nak beli perfume masa pergi UK haritu, tapi setelah aku bagitau perkara tersebut, dia pun tak jadi beli. Cuma aku rasa mesti ada yang boleh pakai kan.  

Apapun hukum memakai wangi-wangian bagi perempuan perlu diperhatikan. Kena cek la jenis apa, bau macam mana yang boleh digunakan dan dalam situasi macam mana boleh dipakai. Aku pernah dengar beberapa kali tentang  hadith yang mengatakan wanita yang memakai perfume itu . Takut sekali kalau ahli keluarga terjebak dalam kehinaan seperti itu.

Al-Tirmidhi Hadith 1065   Narrated by Abu Musa

Allah's Messenger (saws) said: 'Every eye is lustful, and when a woman applies perfume and then goes about in an assembly, she is like such and such, i.e. an adulteress.'


Wallahua'lam


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Saturday, 12 September 2009

meeting with good friends

Alhamdulillah, I am very happy to meet up with my London friends last evening. We had iftar together and exchanged news and updates. Some of them are good news. He he. It is good to see good old  friends again.

After Tarawikh, I spent time with a few new friends, all of them are Joe's friend. All of them are foreigners. There was British lad (Pakistani), French (Syirian) and Arab from Dubai. Very happy indeed, to listen to their stories, learning new things and see things from different perspective. I am very pleased to be able to sharpen my english after being so long not speaking english properly.

Alhamdulillah. Thank you bro for inviting me, I hope we can have more fruitful session together.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 10 September 2009

Bersyukurlah wahai teman

Hari ini aku pulang dari tempat kerja agak lewat sedikit. Selepas berbuka, terasa mengantuk dan letih. Memandangkan R&R Jejambat Sg Buloh sudah dekat, aku pun singgah di sana untuk melelapkan mata dan merehatkan badan buat seketika. Aku tak mahu mengambil risiko memandu di dalam keadaan yang mengantuk teramat. Keadaan jalan raya yang sangat sibuk, gelap malam dan jalan yang tidak lurus amat membahayakan kalau memandu dalam keadaan sedemikian.

Setelah badan kembali segar, aku pun meneruskan pemanduanku ke rumah. Apabila tiba di tol booth, aku pun membayar tol. Petugas muslimah bertudung di situ memberikan baki seraya berkata " terima kasih". Gayanya begitu sopan sekali, lantas aku membuatkan aku terfikir, kasihan sekali dia tidak dapat mengerjakan ibadah solat Tarawikh di masjid secara berjemaah pada waktu itu kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga tol. Bukan dia seorang sahaja, malah ramai lagi orang yang sepertinya. Sejak bekerja dalam bidang industri ni, aku nampak ramai juga yang sebenarnya yang tidak berpeluang untuk meraikan ramadhan di masjid kerana kekangan kerja. Doktor, jurutera, pekerja kilang, polis, bomba, dan ramai lagi.

Seharusnya kita memanafaatkan peluang dan ruang yang ada dengan sebaik-baiknya. Bersyukurlah sekiranya anda mempunyai masa untuk beribadah di Bulan Ramadhan ini. Gunakanlah masa itu dengan sebaik-baiknya. Jangan malas, kelak menyesal. Ye lah, orang yang mahu beribadah, tidak berpeluang, kita yang ada kelapangan pula tak mahu beribadah, tak ke rugi tu?

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Monday, 7 September 2009

Sudah pulang

Syukur, akhirnya perancangan untuk ke UK berjalan dengan baik. Alhamdulillah selamat pergi dan sampai. Masih lagi keletihan, belum mampu untuk stay up lama-lama untuk menceritakan pengalaman dan perasaan. In a nutshell, it was a wonderful time. Satu pengalaman yang sangat menarik berkelana bersama ibu bapa sambil cuba menghayati pesanan agar memanafaatkan quality time bersama mereka ketika di sana.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com