Saturday, 9 October 2010

Partial Discharge

Assalammualaikum.

Setelah sekian lama tak update, rasanya elok juga mencari topik yang mungkin dirasakan sesuai untuk dikongsikan untuk manafaat bersama. Topik pilihan hari ini adalah berkenaan Partial Discharge. Tugasku sebagai jurutera diagnostik di KL telah menemukanku dengan pelbagai bentuk kejanggalan. Hari ini aku akan berkongsi salah satu daripadanya.


Gambar di atas menunjukkan Potential/Voltage Transformer (PT/VT) Fuse Housing. Lihat bahagian logam yang berwarna tembaga, terdapat tompok-tompok hijau. Bagi barang yang elok, sepatutnya semua permukaan logam itu kelihatan berkilat. Tapi dalam kes ini, terdapat bahagian yang bertompok hijau & putih. Itu adalah kesan partial discharge activity. Untuk maklumat lanjut kita sambung di siri yang akan datang (kalau rajin)






Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Wednesday, 1 September 2010

Ramadhan kali ini

Ramadhan ini adalah Ramadhan yang ketiga aku lalui setelah sekembalinya ke tanah air. Melihat gambar-gambar di blog Ust Erfino membuatkanku mengimbau kembali kenangan manis bertarawih, moreh & tadarus di dewan Malaysia Hall. Oh kenangan itu...

Ramadhan ini, tanggungjawab semakin bertambah. Agak mencabar. Kerja juga tidak kurang hebatnya. Hidup pula berdua, alhamdulillah.

Tinggal lebih kurang 7 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Bagaimana agaknya prestasi tahun ini ya?

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 28 February 2010

Cinta tak bertepi

Di suatu sudut rumah itu, terbaring seorang kanak-kanak yang tidak berdaya berbuat-apa melainkan tidur sahaja. Badannya panas, sangat panas sebenarnya. Demam panas memang sangat bahaya terutama kepada kanak-kanak, kalau tak silap aku, boleh menjejaskan otak. Tetapi budak kecil itu tidak mengerti semua itu . Pada sangkaannya itu perkara biasa sahaja.

Sewaktu dia tidur, tiba-tiba dia mengigau ingin makan ais. Ais kacang atau ais krim, aku kurang pasti. Apa yang pasti kata-katanya itu sudah cukup membuatkan ibunya resah. Ibu itu terus mendekatinya lalu, meletakkan tangannya di atas dahinya, memang sangat panas. Lalu, cepat-cepat si ibu mengambil kain, direndamnya ke dalam bekas air berisi ais. Kemudian diletakkan kain tersebut di atas dahinya.

Anak kecil sedar ibunya sangat risaukan keadaannya, tetapi dia merasakan dirinya boleh bertahan lagi, tidak lah teruk sangat, lalu berkata "tak payah lah emak, saya tidak apa-apa". Ibunya tetap sahaja meneruskan sahaja usahanya.

Teringat aku ketika dia kecil, akibat terlalu gemar minum air berkarbonat, dia telah dimasukkan ke dalam hospital kerana cirit-birit. Hampir beberapa hari dia bermalam di hospital itu. Ibunyalah yang menemaninya ketika itu. Setelah kejadian itu dia sudah tidak berminat lagi minum air seperti itu.

Kini budak itu telah dewasa, dia sudah boleh berdikari, malah kata orang muda, jadi bapa orang pun boleh. Punya pekerjaan yang baik juga sedikit harta. Pada hematnya, dia tidak perlu bergantung kepada kedua orang tuanya lagi. Jika dia sakit, dia boleh pergi ke klinik sendiri. Tak perlu menyusahkan mereka lagi.

Tiba-tiba, suatu hari, kakinya bengkak. Ia sangat jelas, satu bonjolan merah menyala timbul di atas kakinya. Maka di atas nasihat ibubapanya, dia pun ke klinik untuk mengambil ubat. Tetapi nampaknya ubat itu tidak banyak membantu. Anak itu bertahan sahaja. Dalam diam, ibu bapanya ligat berfikir mencari jalan membantu anaknya itu. Mungkin salah urat fikir mereka.

Ketika di masjid, sebelum pulang ke rumah, dipanggil anak itu untuk bertemu dengan sepasang suami isteri yang pandai mengurut untuk melihat-lihat keadaan kakinya. Dengan segan-silu dia pun menunjukkan kakinya. "Sikit sahaja ni, tekan-tekan sikit inshallah baiklah" Masing-masing lega mendengarkan kata-kata makcik itu. Setibanya di rumah, dipanggil anak itu, lalu diurutilah kaki anak itu perlahan-lahan. Terasa lega dan kadang-kadang sakit.


Ibu bapa, tak kira berapa usia anak mereka, anak-anak itu tetap sama di mata dan hati mereka. Akan tetap dikasihi, disayangi dan dilindungi. Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa sedunia. Anda memang hebat! Besar sekali pengorbanan kalian.

p:s/ Selesai membaca buku Man and Boy karangan Tony Parsons. A good insight into family life. Tidak dinafikan pandangan alam sedikit berbeza dan ada adegan yang tidak menyenangkan, kerana tidak dipandu oleh syarak. Tetapi nilai kemanusiaan yang universal yang terdapat didalamnya boleh dijadikan pengajaran.

Buku ini menceritakan bagaimana kedudukan seorang dewasa yang merupakan seorang anak kepada bapanya juga seorang bapa kepada anaknya. Sangat menarik. Turut mengupas krisis kekeluargaan setelah watak lelaki itu mencapai usia 30 tahun. Di mana kehidupan tidak sama lagi seperti zaman awal perkahwinan. Boleh tahu serba sedikit apa yang dimaksudkan di dalam carta yang ditunjukkan dalam kursus kahwin dahulu. Tetapi untuk memahaminya, perlu dilalui sendiri kot. Apapun semoga Allah memelihara aku daripada perkara sedemikian.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Saturday, 27 February 2010

Dari Camberley ke Kepong [pt 3.2]

Masa terus berlalu dengan begitu pantas, diam tak diam sudah hampir 3 bulan aku menjalani latihan. Sekitar bulan Februari, aku sempat mengikuti Kursus Ujian PD Mapping. Aku berasa sangat teruja kerana berpeluang mempelajari teknologi baru. Setelah selesai kursus PD Mapping tersebut, aku dan seorang lagi rakan PEP 33 diarahkan untuk terus menjalankan ujian PD Mapping bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Kebetulan ketika itu tiada jurutera yang 'berkelapangan' untuk menjalankan ujian tersebut. Hanya jurutera pelatih seperti kami sahaja yang 'tak ada kerja'. Maka kami pun diarahkan untuk menggalas amanah tersebut.

Pada mulanya aku berasa agak teruja. Teruja kerana mendapat peluang bermain-main dengan gadget yang sangat mahal dan berteknologi tinggi ini serta memikirkan bahawa aku termasuk di dalam golongan pelopor dalam penggunaan alat ini. Mungkin ada peluang untuk menjadi pakar juga.





Ujian yang dilaksanakan kebanyakannya dilakukan pada litar 11 kV. Waktu ujian tak mengira siang atau malam. Kalau keluar malam keluar rumah dan kembali hampir subuh, itu perkara biasa. Selalu juga terasa letih dek rehat yang tidak cukup. Hati mula terasa berat apabila memikirkan hal demikian. Apabila selalu sangat buat perkara yang sama (ujian PD Mapping) terasa bosan pula. Ditambah pula dengan khabar angin yang kurang meyenangkan tentang jawatanku. Agak down ketika itu.

Suatu pagi, ketika memandu di satu simpang ke Yard Bangsar ketika memikirkan keadaan yang berat itu, terdetik di hatiku "Alangkah bagusnya kalau aku di UK sekarang ini". Tiba-tiba terlintas pula di benakku, "Kalau fikir lebih baik kerja di tempat lain kerana hendak elak susah, sebenarnya dimana-mana pun akan susah. Cuma bentuk ujian dan cabaran yang dilalui itu sahaja berbeza. Jika dilihat keadaan ekonomi di UK, waktu ini mereka masih lagi struggle dengan economic downturnnya. Kadar tukaran wang menurun dan laporan didalam akhbar melaporkan keadaan kelihatan agak membimbangkan. Bahkan kalau bekerja di sana, aku mungkin akan suffer menghadapi masalah loneliness etc. Dari situ, sedikit sebanyak aku belajar untuk menerima hakikat kehidupan di Malaysia ini.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Friday, 19 February 2010

Semangat yang Luntur

Suatu ketika dahulu, tiada apa yang mampu menghalang. Lautan yang luas direntasi jua walapun terpaksa mengharung ombak berjam-jam hingga pening-pening asalkan tiba ke destinasi. Andai terlalu jauh, karpet terbang pula menjadi penyelamat. Kalau sekadar menaiki kereta sewa atau bas itu sudah biasa. Perjalanan melebihi 10 jam langsung tidak terasa.

Itulah hikmat zaman serba kurang. Difikirkan kosnya, biasanya rugi sahaja. Bukan melancong, tetapi semata-mata untuk bercakap atau mendengar orang bercakap. Boleh jadi sejam, sehari atau seminggu. Rungutan mahupun sungutan langsung tidak kedengaran. Malah adakalanya selepas ke suatu tempat, berkelana pula ke tempat lain yang tidak kurang jauhnya. Orang lain mungkin fikir ini kerja gila!

Tetapi itulah dia semangat anak muda kita. Berkobar-kobar jiwanya mahu berbakti. Kalau di tempat sendiri, setiap minggu mesti berhimpun. Sekurang-kurangnya untuk saling ingat-mengingati akan tujuan hidup ini.

Kemudian, anak muda yang sama itulah kembali ke ganggangnya. Di sana, kehidupannya diulit kemewahan dan 'kebebasan'. Tiada lagi yang akan mengawasinya. Dia bebas ke mana-mana, menimbulkan diri atau bersembunyi di sebalik hutan batu di kota.

Azam yang dipasangnya dahulu masih lagi terngiang-ngian di telinganya. Konon mahu mengabdi diri di jalan agama-Nya. Biarpun begitu, setelah terkena sumpahan 'tanggungjawab' dan 'kesuntukan masa' dia terus jadi leka dan alpa.

"Ah kau bukan tak tahu... Asal hujung minggu sahaja aku mesti ada kerja. Sibuklah. Lagipun aku letih. Bagilah aku sedikit masa untuk berehat."

"Alamak ada benda nak buat ke? Tak boleh la, aku kena buat benda lain ni"

"Maaf, saya busy"

Lama-kelamaan, ayat-ayat itu kian ringan di mulutnya. Tiada lagi rasa bersalah mengungkapkan alasan-alasan sebegitu. Nah, dia sudah lupa, dia sudah tidak peduli sama itu 'perjuangan'. Apa yang dia tahu, dia mesti berjuang untuk hidup sahaja.

Dia hanya tahu memberi alasan, bukan penyelesaian. Itulah yang dia tahu, segala ilmu yang ditimba dahulu tidak berguna lagi...


p/s: Terasa insaf seketika setelah mendengar sebahagian daripada Kuliah Maghrib di sebuah masjid berkenaan peranan muslim dalam memperjuangkan agama-Nya di akhir zaman ini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Allah...

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 7 February 2010

Ia kembali

Sudah lama tidak menulis cerita hidup di sini. Sibuk dan kehidupan yang rutin menjadi alasan utama.

Hujung minggu ini mungkin boleh dikira sebagai agak menarik. Pertama sekali, satu masalah berkaitan kerja telah selesai. Setelah bermingu-minggu bermesyuarat, akhirnya dapat juga menjalankan hentitugas dan kerja-kerja menyiasat punca kerosakan pada salah satu alatsuis semalam.

Pada hari Jumaat lepas, sebelum kerja-kerja dijalankan, kami bermesyuarat hingga pukul 11.30 malam. Kemudian, pada hari Sabtu, bangun pada pukul 4.30 pagi untuk bersiap-siap bekerja. Lebih kurang pukul 5.30 petang barulah selesai semua kerja-kerja itu. Letih juga dibuatnya, tapi syukur masalah utama sudah selesai.

Rumah Mak saudaraku menjadi destinasi pilihan sebelum pulang ke rumah. Berehat sambil melawat saudara-mara. Dek keletihan, aku tidur sahaja di rumahnya malam sabtu itu.

Pagi tadi selepas bersarapan di rumah emak saudara, aku pun menghubungi kawan lamaku setelah mengetahui beliau berada di KL. Alhamdulillah, beliaupun berkelapangan dapatlah kami bertemu.

Setelah cukup rehat, kira-kira pukul 10 pagi aku pun bertolak ke rumahnya. Setibanya di rumah beliau, kami pun bergerak ke kedai untuk membeli sedikit bekalan untuk rumah beliau. Kalau pergi ke kedai, mesti ada benda yang sangkut. Aku turut sama terjebak, tapi nasib baik beli benda yang perlu, cuma sebelum ini tertangguh kerana tidak ada masa dan mood untuk ke kedai.

Setelah selesai membeli stok makanan, kami pun keluar untuk mencari makanan tengah hari. Sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba aku ternampak sekumpulan manusia berbaju putih berjalan ke kedai. Kelihatan seperti pelancong. Setelah diamati, rupa-rupanya mereka adalah pemanah Korea. Sedikit hairan, kenapa mereka berada di situ. Kemudian baru aku teringat, di sebelah kedai itu ada satu lapangan sasar, maka aku terus menoleh kanan dan ternampak kain rentang pertandingan memanah peringkat asia. Tahulah aku bahawa pertandingan sedang dijalankan di situ. "Patutlah ada berita tentang memanah di dalam surat khabat beberapa hari lepas" fikirku.

Tanpa membuang masa, aku terus masuk ke komplek sukan itu untuk melihat aksi-aksi menarik. Setibanya di tempat letak kereta, kelihatan beberapa orang pemanah lelaki dan perempuan dari Kazakhstan sedang berlatih di sebelah kanan padang. Di sebelah kiri pula, kelihatan pemanah-pemanah dari pelbagai negara sedang berehat.

Atas rasa ingin tahu yang tinggi, aku mengajak kawanku ke khemah pemanah Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat dan juga mendapatkan sedikit maklumat berkenaan pertandingan yang sedang dijalankan. Tetapi siapa pula yang hendak di temuramah? Aku berharap agar ada orang yang ku kenali agar mudah berbicara. Setelah meninjau, kelihatan Anbarasi sedang berehat sambil menikmati juadah tengah harinya di meja hadapan. Aku cuba menegurnya, dan dia membalas. Nasib baik dia masih lagi kenal akan aku, cuma lupa nama. Setelah berbual beberapa minit dan bertukar no telefon serta mengucapkan selamat berjaya, aku pun meninggalkan beliau.

Biarpun hajat untuk melihat pemanah-pemanah dari serata duni beraksi (ketika tiba waktu itu, pertandingan baru sahaja tamat dan akan bersambung semula esok hari), niat untuk menjejakkan kaki semula ke komplek sukan itu beberapa hari lepas akhirnya tercapai jua. Komplek Sukan Keramat itu amat bersejarah buat diriku. Di situlah tempat aku bermain ketika zaman sekolah menengah bersama pemanah-pemanah lain dari Kuala Selangor.

Rasa sangat teruja. Hinggakan tiba di rumah, aku terus membuat sedikit latihan gerakan di hadapan cermin sendirian. Masakan tidak, sudah lama aku tidak menarik busarku, apatah lagi bermain dalam mana-mana pertandingan sejak keluar universiti.

Sungguh tidak ku sangka, dunia yang telah lama aku tinggalkan ini, yang mana ku fikir ianya terlalu jauh hingga tidak mungkin lagi untuk aku menemuinya semula, tiba-tiba ia datang tanpa dirancang pada hari ini. Setelah hampir 10 tahun aku meninggalkan arena memanah di tanah air, tiba-tiba aku ditemukan dengan rakan seperjuangan ketika di zaman persekolahan dahulu.

Itulah dia kehebatan perancangan Allah. Pada fikiran kita ianya mustahil, tetapi bagi Allah, ianya amat mudah sekali.

Itulah hiburan untuk minggu ini, hiburan tatkala hati berduka, fikiran kusut menghadapi dugaan kehidupan tertamanya kerjaya yang mencabar ini. Syukur kepada Allah. Benarlah kata-kata sabahatku tadi, kemurahan Allah itu menjangkaui fikiran kita.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Tabalagho bil Qaleel



Tabalagho bil Qaleel By Usama Al Safi


Tabalgho bil Qaleel; minal Qaleeli;
Go through the trials of life,the little of the little ones
Tabalagho bil Qaleel; minal Qaleeli
Go through the trials of life,the little of the little ones
Wa hyee zadali safar-e-tawili
and prepare yourself for the long journey
Wa hyee zadali safar-e-tawili
and prepare yourself for the long journey

(Repeat)

V: Wa ta’atoho ghina adarayn falzam (repeat)
In his obedience you win both life on earth and the hereafter
Wafi el izzo lil abdi e thalili (repeat)
And in his obedience there is honor for the humiliated slave

Chorus: Tabalgho bil Qaleel; minal Qaleeli;
Go through the trials of life,the little of the little ones
Tabalagho bil Qaleel; minal Qaleeli
Go through the trials of life,the little of the little ones
Wa hyee zadali safar-e-tawili
and prepare yourself for the long journey
Wa hyee zadali safar-e-tawili
and prepare yourself for the long journey
(Repeat)

V: Wa fi ‘Isyanihi Aron wa naron (repeat)
And in his disobedience there is shame and fire(hereafter)
Wa fi el bo’do ma khazyet wa bili (repeat)
and in such distance(from your lord) you shall find humiliation

Chorus: Tabalgho bil Qaleel; minal Qaleeli;
Go through the trials of life,the little of the little ones
Tabalagho bil Qaleel; minal Qaleeli
Go through the trials of life,the little of the little ones
Wa hyee zadali safar-e-tawili
and prepare yourself for the long journey
Wa hyee zadali safar-e-tawili
and prepare yourself for the long journey
(Repeat)

V: Falla ta’si Ilahakawa Ataho (Repeat)
so do not disobey your lord and obey him always
Bawa mun’ Allato (7) Htha bil Qabooli (repeat)
for you might be accepted

Chorus: Tabalgho bil *pause* (ha-ha) Qaleel minal Qaleeli (then normal)
Go through the trials of life,the little of the little ones
Tabalgho bil Qaleel; minal Qaleel
Go through the trials of life,the little of the little ones
Wa hyee zadali safar-e-tawili
and prepare yourself for the long journey
Wa hyee zadali safar-e-tawili
and prepare yourself for the long journey

V: Wa Salla Rabbunna fi kulli heenen
and our lord prays(grants his blessings) at all times
Wa sallama bil gho dou wa bil asseli
and offers peace(salam) st sunset and sunrise‘
Ala Tahal Basheer bikulli Khairen
to the messenger who bought in good tidings(Prophet muhammed SAW)
Khitamol Rasuli wal hadi - thalilili
the seal of the prophets, the guide,The leader

Thursday, 4 February 2010

pasir jerlus

"Tolong Aku...!" jerit salah seorang daripada mereka sebaik sahaja berpeluang keluar dari bilik mesyuarat seketika.

"Eh, apa yang terjadi? Apa masalah kamu wahai budak?"

"Aku terasa kerja ini amat berat sekali. Bilakah masalah ini akan berakhir? Eh, mahukah engkau mengambil alih tugasanku? Aku rasa macam tidak mampu lagi menanggungnya. Masalah ini bagaikan pasir jerlus sahaja. Sekali masuk, sukar sekali keluar daripadanya. Malah aku sudah jemu menghadap masalah yang sama sahaja..."

Tiba-tiba, "Meeting lagi? Memang dari dulu lagi, kalau nak dapat shutdown sangat susah" kata seorang lagi yang sedang berjalan melintasi mesin fotokopi sambil memegang beberapa helai surat ditangannya.

Kata orang yang berpengalaman, kerja ni, sampai bila pun tak habis. Kalau ada masa boleh rehat, baik rehat. Diri sendiri mau jaga, pasal orang tak jaga kita, tak tanya pun keadaan kita, baik atau sebaliknya, tapi yang orang tahu kerja sudah siap kah?

Kata seorang lagi, dunia ini sementara sahaja, akhirat lagi penting. Maka solat ni, mesti diutamakan biarpun ada meeting yang sangat penting macam ni... Kita kena berhenti untuk solat dulu!

Dunia....


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Monday, 1 February 2010

Minor delay

Sebelum berangkat, Amin sudah berkali-kali memeriksa senarai barang kelengkapan yang perlu dibawa. Dari peta, alat ganti, makanan, duit, tempat tinggal, senarai masjid dan sebagainya semuanya sudah dilengkapkan. Dia berasa begitu yakin dan tenang sekali kerana semuanya sudah tersedia. Dengan lafaz Bismillah, perjalanan dimulakan.

Amin baru sahaja melepasi checkpoint yang kedua terakhir sebelum tiba ke destinasinya. Hatinya begitu gembira kerana dia begitu hampir sekali dengan destinasinya itu. Menurut perkiraannya, tinggal 52 km sahaja lagi. Kalau mengikut kadar kayuhannya sebelum ini, dalam beberapa jam lagi sampailah dia. Bayangan makanan yang panas dan katil yang empuk sudah mula bermain difikirannya. Maklumlah, sudah sekian lama berkayuh...

Tiba-tiba, di tengah-tengah perjalanan itu, kelihatan kelibat beberapa orang pengawal menyekat jalan. Dengan perlahan dia pun menghampiri pengawal itu.

"Ada apa ni abang??

"Jambatan di hadapan ini rosak, adik. Pihak JKR tengah berusaha memperbaikinya. Inshallah dalam masa 3 hari siaplah. Eh adik ni dengan beg besar macam ni nak ke mana?"

"Saya sebenarnya sedang berbasikal secara solo dan sedang menuju ke Pulau Meranti. Ada jalan lain tak untuk saya ke sana?"

"Oh begitu, ada, tetapi ia memakan masa lebih lama, kalau dengan basikal, lebih daripada seminggu, malah ia sangat bahaya. Kalau adik tidak biasa, mungkin juga sesat. Lagipun dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, agak bahaya. Jambatan di hadapan ini pun rosak akibat arus deras ekoran hujan lebat di hulu sungai semalam. Abang rasa ada baiknya adik tunggu sahaja. Kebetulan, Mak Cik Ani, sepupu saya menyediakan khidmat homestay. Tapi adik punya pasal, saya akan mintak dia kasi free saja."

"Err...Hmmm, susah juga ni.... Nampaknya tiada pilihan lain, ok lah, saya tunggu, boleh Abang tunjukkan di mana rumah Mak Cik Ani?"

"Sudah tentu"

Di rumah Mak Cik Ani.

Sesudah selesai mandi, dia pun duduk berehat menikmati keindahan alam sambil merenung semula perjalanannya sehingga ke saat ini. Pada mulanya dia begitu yakin bahawa segala perancangan yang dirangka dahulu pasti berjaya. Dia sangat yakin bahawa dia dapat memecahkan rekod sekolahnya berbasikal secara solo dari kampungnya ke Pulau Meranti itu. Tetapi kini harapannya tidak kesampaian. Siapa sangka, jambatan kukuh itu pun boleh rosak.

Tiba-tiba, dia teringat kata-kata Kak Umi, "biarpun kamu sudah sampai ke tahap ini, kamu tidak harus selesa selagi mana kamu belum sampai ke destinasi kamu. Kita tak tahu apa yang menanti di hadapan. Manusia hanya merancang, tetapi Allah jualah yang menentukan. Banyak-banyak berdoa agar kamu selamat tiba ke Pulau Meranti"

Barulah sekarang Amin faham akan maksud Kak Umi. Dia pasrah. Senaskah Al-Quran dengan terjemahan yang dibawa dikeluarkan dari begnya untuk dibaca sebagai penghibur hati. Dengan penuh harapan, dia menanti agar dapat menghabiskan juga perjalanannya itu seperti yang dirancang, biarpun lewat sedikit...

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 21 January 2010

24 hours straight

Alhamdulillah, selamat selesai satu tugas yang agak berat dan besar malam selamam. Mula kerja macam biasa, 8 pagi 20jan dan kemudian ke site 2 petang seterusnya 6.30 pagi 21 Jan selesai kerja kemudian bertolak pulang ke rumah 8 pagi.

Aku dan yang lain-lain berjaya menjalankan misi menukar alat ganti bagi perkakasuis untuk salah satu pelanggan kami. Dengan hanya working window 7 jam sahaja yang diberikan, keadaan menjadi agak stress full. Sempat juga la gaduh2. Apapun, akhirnya sempat melaksanakan tugasan dalam masa yang diberikan. Tahniah kepada semua yang terlibat. Kerjasama dan batuan kalian amat dihargai. Lepas ni boleh buat lagi, hehe...

Kesimpulannya, memang pengalaman yang menarik. Banyak juga ilmu dan pengajaran yang diperoleh. Tak larat nak hurai panjang, kerana masih lagi keletihan. Cukuplah sekadar menceritakan kepuasan hati dalam melaksana tugasan itu biarpun terdapat sedikit kekecewaan dan kepeningan dalam memikirkan betapa usaha kami itu tidak berjaya eliminate sepenuhnya masalah yang timbul itu.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Monday, 18 January 2010

biar betul

"Adik ni tak macam orang nak kahwin je. Tengok si Ameng ni, hah..."

"Aku tak dan bercinta.... Kawin terus ja"

"Katakanlah, jauhilah dari perangkap syaitan"

sila buat cerita sendiri dari ayat-ayat dia atas. He he

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Monday, 11 January 2010

sepi

Pernah terbaca, semakin banyak seorang lelaki itu melalui detik-detik kapayahan, dia semakin senyap. Apakah aku juga tergolong dalam golongan itu? Maaf lama menyepi, otak sudah tepu dengan benda-benda teknikal, aku tak fikir semua orang berminat ingin tahu apa itu partial discharge, ultrasonic scan, thermo scan dan juga perkara-perkara yang sewaktu dengannya...

Sehingga bertemu lagi dengan topik-topik yang lebih menarik.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Saturday, 2 January 2010

Ekspedisi Jelajah London.

Membuka kembali folder blog lamaku, jumpa kembali artikel yang sudah lama aku cari. Sebagai mengenang kembali detik-detik bersejarah itu, ku terbitkan semula artikel tersebut dalam entry kali ini. Untuk pengetahuan, artikel ini ditulis pada tahun pertama di UK dahulu, 2004.

*Bila baca balik terasa poyo juga. Sebenarnya sudah ramai yang berjalan kaki sejauh itu, malah ada yang jalan lebih jauh daripada itu, tapi layan jelah ye, masa tu ingat dah power dah.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

25 December menyaksikan 3 anak Malaysia yang sedang belajar di UK melakukan satu aktiviti yang belum pernah dilakukan oleh orang lain. Mas Afzal, Ikmal dan Abn telah mengadakan ekspedisi berjalan kaki dari Evelyn Gardens (kediaman Mat Lut, Aiman, Dzaki dan budak2 Ic yang lain) ke Kings Cross (tempat tinggal encik ABN). Perjalanan mereka mengambil masa selama 5 jam 45 minit. Mari kita ikuti catatan perjalan mereka yang sejauh lebih kurang 12 batu itu...

catatan XPDC jelajah London
oleh: abn.

Sebenarnya kami tak plan nak buat xpdc ni. Cuma kebetulan... Pada 24 December lepas, Mas dan Ikmal datang London. Diorang tumpang bilik aku. Pada malamnya kami gi Evelyn Gardens, lawat budak2 KMYS yang duduk kat sana. Semasa kat sana teringat, start kol 12 malam tu, public transport kat London takder sampai malam esoknya. Kalau nak balik ke bilik aku, kena keluar dari tempat Mat Lut sebelum kol 11. Kalau tak, tak sempat nak kejar bas. So alang2 dah ade kat tempat Mat Lut, kitorang pon decide lepak terus sampai pagi esok, kemudian jalan kaki dari tempat Mat Lut ke tempat aku. Boleh ronda2 London sekali.

Perjalanan kami bermula lebih kurang pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 15:20.

Our route was:

Evelyn Garden - Gloucester Road - Hyde Park - Kensington Palace - Bayswater Road - Lancester Gate - Hyde Park (dekat lancester gate) - Marble Arch - Oxford Street - New Bond Stree t- Regent's Street - University Of Westminister - Goodge Street - University College London - University of London Union & SOAS - China town - Leicester Square - Her Majesty Theatre - Trafalgar Square - Parliament Street - Big Ben - Victoria Embankment - Covent Garden - Holborn - Grays Inn Road - Kings Cross (James Light Hill House).

Alhamdulillah pada hari itu, cuaca sangat baik. Langit cerah. Sesuai untuk ambil gambar. Walau bagaimanapun, suhu agak rendah dan kadangkala angin bertiup kuat. Kitorang terpaksa pakai gloves untuk menahan kesejukan.

Pada hari tu lah kami dapat tengok jalan2 di sekitar London lengang gila, termasuk Oxford Street. Siap boleh ambil gambar kat tengah jalan lagi. Kalau nak tahu, biasanya kat Oxford Street tu mgg selalu sesak. Waktu peak hour, Azizul kata jalan kaki lagi cepat dari naik bas.

Dalam perjalanan, macam2 jenis orang yang kami lihat dan jumpa. Ada gak orang lain yang berjalan kaki melawat London ni. Kebanyakan berjalan dengan family atau kawan2. Ada gak yang jalan sorang2. Selain itu, ada orang yang buat show. Cari makan... Dekat satu area, ade sepasang suami isteri nampak kami baca peta, dengan mesra diorang tegur, "Are you lost?". Concern betul orang tu.

Kedai pulak hampir semua yang tutup. Susah betul nak cari kedai yang bukak. Kalau bukak pon kebanyakannya kedai milik non-omputih. Aku tengok satu kedai kebab kat Oxford Street jual chips £1.99! Mahal gile, cekik darah tul. Mentang² lah kedai lain tak bukak. Di Leicester Square, kedai fast food yang bukak adalah Burger King. Penuh gila. Mmg untung lah Burger King masa tu.

Alhamdulillah kami dapat sampai ke hall aku dengan selamat. Takde yang pengsan. Walaupun kami penat tak terkira, but we really enjoy our xpdc. We can cover many tourist attractions. Alhamdulillah...Thank you Allah.


Photobucket
Abn,Mas dan Ikmal bergambar di bilik Mat Lut sebelum bertolak.

Photobucket
Lengang sungguh.

Photobucket
Berehat di Lancester gate sambil membaca peta.

Photobucket
Marble arch.

Photobucket
Covent Garden

Photobucket
Konon angin bertiup kencang la...
-at Leicester Square.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com