Thursday, 13 January 2011

Jenguk

Bismillah. Lama sungguh menyepi. Sebenarnya banyak juga perkara yang boleh ditulis, tetapi entah kenapa kesungguhan itu tiada. Mungkin kerana cerita yang boleh dikongsikan lebih kepada cerita kerja, tapi aku sekarang malas dah nak cerita pasal kerja sangat. Family, alhamdulillah, tapi bukan semua benda nak dikongsikan kat public kan.

Ada juga beberapa peristiwa yang menyentuh hati seperti pemergian seorang sahabat beberapa minggu lepas. Berita pemergian beliau diterima daripada abang awrah ketika aku sibuk bekerja di PMU Brickfield kira-kira 3.30 pagi. Antara tidak percaya dan terkejut juga. Begitulah kehidupan. Semoga beliau termasuk didalam golongan orang-orang yang soleh.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com