Saturday, 28 May 2011

mati itu hampir sekali.

Sejak kepulangan ke tanah air, banyak juga kematian yg ku ziarahi. Saudara, kawan & jiran. Biar betapa sayangnya kepada mereka, sekiranya panggilan ilahi. Telah tiba, tiada siapa yg mampu menghalang meskipun menangguhkannya. Ketika meziarahi kubur, aku lihat jenazah dibaringkan di atas tanah. Sambil itu aku cuba mengambil iktibar, suatu hari nanti aku juga begitu, bagaimana pula nasib aku ketika itu.

"tolak tanah tinggi-tingi sikit, biar satu kaki. Besok hujan, tanah mendap. Lama-lama kayu penahan tu reput, patah, tanah jadi rata pula." Kata salah seorang pak cik.

Aku tersentak. oh ya, kayu mmg akan reput, akhirnya dihempap tanah jua.

Ya Allah, kau cucurilah RahmatMu ke atas roh saudaraku, sahabatku & seluruh umat islam.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Sunday, 1 May 2011

TNB KL Technical Colloquium 2011

Jumaat lepas, pejabatku selamat mengadakan Technical Colloquium yang pertama buat TNB KL. Colloquium tersebut telah diadakan di Auditorium Abu Zarim, ILSAS, Bangi. Terdapat 14 paper presentation dan aku telah di'pilih' (ada yang kata dipaksa, apa pun bagiku ini satu peluang yang sangat baik sebenarnya) untuk menjadi pembentang ke-12. Colloquium ini di hadiri oleh staff TNB KL dan juga jemputan dari ILSAS, HQ, TNBR dan juga dari negeri-negeri yang lain.

Pada mulanya, agak kabur apa yang boleh aku ceritakan. Hinggalah hujung bulan Mac yang lalu, baru siap abstract. Alhamdulillah, setelah dicuba-cuba, ditambah-tambah akhirnya jumpalah isi & jalan cerita yang sesuai.

Hampir seminggu persediaan dibuat. Slide sentiasa di ubah dari hari ke hari. Tiba hari pembentangan, keterujaan dan perasaan gemuruh makin memuncak. Apatah lagi ketika 1 jam sebelum pembentangan, nak makan pun tak lalu sangat.

Pembentanganku dimulai dengan menggunakan bahasa inggeris, kemudian ditukar ke bahasa melayu. Nak buat proper english, takut bosan dan juga jadi statik, maklumlah persediaan ala kadar & tak de lah super fluent dalam berbahasa inggeris.

Secara ringkasnya, pembentangan tersebut berkisar tentang cara-cara kami menguruskan kerja-kerja CBM, bentuk-bentuk kejanggalan CBM yang selalu ditemui dan juga perbincangan mengenai satu kes kejanggalan di salah sebuah pencawang di KL.

Syukur, respon dari rakan-rakan semuanya berpuas hati dengan pembentangan & dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan. Semoga selepas ini boleh la pula present di Peringkat Nasional pula. He he...



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com