Saturday, 28 May 2011

mati itu hampir sekali.

Sejak kepulangan ke tanah air, banyak juga kematian yg ku ziarahi. Saudara, kawan & jiran. Biar betapa sayangnya kepada mereka, sekiranya panggilan ilahi. Telah tiba, tiada siapa yg mampu menghalang meskipun menangguhkannya. Ketika meziarahi kubur, aku lihat jenazah dibaringkan di atas tanah. Sambil itu aku cuba mengambil iktibar, suatu hari nanti aku juga begitu, bagaimana pula nasib aku ketika itu.

"tolak tanah tinggi-tingi sikit, biar satu kaki. Besok hujan, tanah mendap. Lama-lama kayu penahan tu reput, patah, tanah jadi rata pula." Kata salah seorang pak cik.

Aku tersentak. oh ya, kayu mmg akan reput, akhirnya dihempap tanah jua.

Ya Allah, kau cucurilah RahmatMu ke atas roh saudaraku, sahabatku & seluruh umat islam.
Published with Blogger-droid v1.6.7

0 comments: