Jumaat lepas, pejabatku selamat mengadakan Technical Colloquium yang pertama buat TNB KL. Colloquium tersebut telah diadakan di Auditorium Abu Zarim, ILSAS, Bangi. Terdapat 14 paper presentation dan aku telah di'pilih' (ada yang kata dipaksa, apa pun bagiku ini satu peluang yang sangat baik sebenarnya) untuk menjadi pembentang ke-12. Colloquium ini di hadiri oleh staff TNB KL dan juga jemputan dari ILSAS, HQ, TNBR dan juga dari negeri-negeri yang lain.Pada mulanya, agak kabur apa yang boleh aku ceritakan. Hinggalah hujung bulan Mac yang lalu, baru siap abstract. Alhamdulillah, setelah dicuba-cuba, ditambah-tambah akhirnya jumpalah isi & jalan cerita yang sesuai.
Hampir seminggu persediaan dibuat. Slide sentiasa di ubah dari hari ke hari. Tiba hari pembentangan, keterujaan dan perasaan gemuruh makin memuncak. Apatah lagi ketika 1 jam sebelum pembentangan, nak makan pun tak lalu sangat.
Pembentanganku dimulai dengan menggunakan bahasa inggeris, kemudian ditukar ke bahasa melayu. Nak buat proper english, takut bosan dan juga jadi statik, maklumlah persediaan ala kadar & tak de lah super fluent dalam berbahasa inggeris.
Secara ringkasnya, pembentangan tersebut berkisar tentang cara-cara kami menguruskan kerja-kerja CBM, bentuk-bentuk kejanggalan CBM yang selalu ditemui dan juga perbincangan mengenai satu kes kejanggalan di salah sebuah pencawang di KL.
Syukur, respon dari rakan-rakan semuanya berpuas hati dengan pembentangan & dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan. Semoga selepas ini boleh la pula present di Peringkat Nasional pula. He he...
0 comments:
Post a Comment