Tuesday, 6 September 2011

Cerita tak habis

Salam.

Selamat Hari Raya, terlewat untuk mengucapkannya. Apapun, kami mohon maaf di atas segala kesalahan & kesilapan.

Topik kerja pula.

Sebelum raya, lebih tepat lagi, 15 Ogos yang lalu, aku telahpun bertukar ke unit lain. Satu unit yang menarik, iaitu Unit Renewable Energy & Green Technology. Masih terlalu banyak yang perlu dipelajari.

Sebenarnya pertukaran ini adalah di luar perancangan. Suatu hari, aku telah diberitakan oleh rakan sekerja tentang iklan untuk jawatan jurutera di unit tersebut. Alhamdulillah permohonan diterima, seterusnya telah tersenarai pendek untuk dipanggil temubual dan akhirnya dipilih untuk menggalas tanggungjawab yang diiklankan iaitu jurutera teknologi hijau. Syukur, Alhamdulillah.

Terlalu pantas masa berlalu, tanpa sempat menghabiskan cerita Dari Camberly ke Kepong, aku pun sudah pindah ke PJ. Walaupun aku sendiri yang apply dan ketika itu terlalu berharap agar aku mendapat jawatan tersebut, lain pula perasaannya apabila menerima surat pergerakan. Aku hanya diberi kira-kira 1 minggu untuk lapor diri. Perasaan bercampur-baur. Gembira & teruja, semestinya. Tetapi dalam pada masa yang sama, terasa sayang & sedih pula untuk meninggalkan Kepong. Maklumlah, sudah biasa & banyak kenangan di sana.

Meskipun telah melapor diri pada 15 Ogos yang lepas, aku telah diberi penangguhan untuk bekerja di Kepong sehingga Raya yang lepas. Peluang diambil untuk membuat serahan tugas dan juga mengucapkan selamat tinggal. Sempat juga menduduki ujian CP, ujian yang berkaitan dengan keselamatan, alhamdulillah sukses.

Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung sepanjang tempoh berkhidmat di Kepong. 

Antara kenangan indah.
11 Aug 11
WIT - No 2 in KL. Mmg tak sangka, persediaan sangatlah sedikit.

Bersama Geng CBM






Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com