Saturday, 11 October 2014

sabar salam menuntu ilmu

payah nak paham. ah malas lah. tak larat nak baca, tak masuk2.

Rasanya itulah salah satu penyebab performance zaman muda-muda tu tak seberapa.

kalau jenis biasa-biasa, tak genius, janganlah berharap jadi photographic reader, nak result cepat sahaja.

memang betul lah, nak belajar sesuatu yang asing tu ada LEARINING CURVE yang tersendiri. bersabarlah, sehingga semua konsep asas itu dapat digarap, akan berlakulah avalanche effect pula, di mana bila baca jadi laju macam air sahaja.

pengalaman meneroka dunia dslr sejak hujung tahun lepas telah membuktikan. pada mulanya tenggelam dengan istilah composition, lighting, tones, settings dan sebagainya. pelan, pelan kini dah rasa selesa dan dah boleh faham konsep-konsep tersebut.

samalah dengan yang lain-lain, sabarlah wahai diri, teruskan membaca dengan sabar biar perlahan, nanti pandailah...


Source: http://brotherabn.blogspot.com

Friday, 3 October 2014

Out of comfort zone

Memang kekok. Dua tiga hari ni still playing catch up. Walaupun sebahagian topik dah biasa dengar, tapi masih banyak butir-butir yang apabila mendengarnya membuatkan aku lost. Di tambah pula diberi tugasan untuk hadam konsep asas smart grid dalam seminggu. Macam student pula rasanya. Apapun, kena spend xtra hours utk belajar, kalau x, naya...

Thursday, 2 October 2014

Sementara Cuma

Biar betapa kita merancang, seolah-olah buat selamanya atau tempoh yang lama, bila tiba masanya, kita pun akan meninggalkannya.

Begitulah singkatnya dirasa, 3 tahun di Jalan Timur berlalu bagaikan sekelip mata cuma.

Allah, 7 hari sahaja. Tak sempat nak berbuat apa, sudah kena pindah.

Namun, Alhamdulillah, perpindahan ini lancar sahaja.

Terima kasih kepada semua, terutama yang melepaskan ku walaupun berat sekali di hati. Semoga ianya bermanafaat buat semua.

Thursday, 11 September 2014

Nostalgia

Hari ni cuti, dapatlah sedikit tenaga untuk stay up. Kalau tak kebiasaannya dah padam.

Sempat melihat video talk yang disampaikan oleh sababatku Mas Afzal, pemilik blog - not the primrose path. Terus teringat kisah2 zaman silam dan tergerak untuk tengok blog sendiri.