Feel, think, write & share.
"Hadapilah kehidupan ini dengan sabar dan taqwa" - Satu pesanan buat diri ini.
Tuesday, 6 May 2008
Apa pandangan anda?
Monday, 5 May 2008
Aku dan Allah
Mari kita luangkan masa buat beberapa minit untuk muhasabah kembali kehidupan kita selama ini, tertutamanya buat yang sibuk dengan peperiksaan.
- Bila bangun pagi, apa perkara pertama yang anda fikirkan, ucapkan, dan lakukan?
- Sepanjang kesibukan anda menyelesaikan tugasan di dunia ini, pernahkah anda memikirkan apa tujuan hidup anda di dunia ini sebenarnya? Apakah anda mengambil kisah untuk mengetahui jawapannya atau mebiarkan ia berlalu begitu sahaja? Jika ya adakah benar-benar menghayati makna tujuan hidup di dunia yang sementara ini dengan mengambil tindakan yang sewajarnya?
- Dan akhir sekali berapa lama yang anda peruntukan masa dalam sehari untuk beribadat dan berzikir kepada Allah Tuhan Yang Maha Pencipta, yang memberi rezeki dan nikmat kehidupan ini...
Sekadar renungan buat diri ini dan para pengunjung sekalian. Sesungguhnya berpesan-pesan itu memberi manafaat kepada orang mukmin. Moga-moga beroleh manfaat daripada tulisanku kali ini.
Wallahua'lam.
video sampah buatan malaysia
Kini mereka telah melangkah setapak lebih maju dengan mengeluarkan movie bertemakan hubungan luar tabie itu. Mungkin juga ia dikeluarkan oleh pihak yang bukan dari golongan itu, tapi menggunakan alasan untuk menggambarkan suasana masyarakat sekarang. Apa dah tak der modal lain ke? Nampaknya producer kita semakin ketandusan idea. Movie bertemakan nafsu lebih menjadi pilihan. Oh terlupa, producer buat cerita ikut permintaaan pasaran. Dan rupa-rupanya orang memang suka movie macam tu...
Setakat ini aku tak dengar mana-mana pihak bising-bising pasal benda ini kat Malaysia. Mungkin masyarakat Malaysia sudah tidak lagi sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Walaupun di YouTube ia tetap meberi kesan kepada masyarakat. Tidak perlu pergi jauh, cukup dengan rumah aku, topik ini dijadikan bahan lawak. Bagi aku ini bukan benda lawak. Ia adalah sesuatu yang sangat serius. Ini merupakan perbuatan yang keji, dilaknat oleh Allah sehinggakan kaum nabi Lut yang enggan menerima nasihat dan seruan untuk meninggalkan perbuatan tersebut telah dilenyapkan dari muka bumi ini.
Kepada golongan 'Islamist' tengoklah dunia sekeliling mu. Banyak benda yang perlu anda selesaikan. Ni salah satu daripadanya. Cukuplah dok asik berbalah pasal perbezaan antara 'aku dengan kau'. Cuba buat satu benda yang berfaedah sikit, contohnya selesai masalah umat ni.... Kalau tak buat kerja, pasni jangan la dok asik mengadu, masyarakat makin rosak...
Persoalan hudud
sumber: Harakah
Perlu kuasai Pusat untuk laksana hukum hudud, kata Dr Haron Din
Dato' Dr Haron Din
Thu | Apr 10, 08 | 10:35:04 am MYT
Soalan | Apakah apabila PAS menjadi pemerintah sesebuah negeri, undang-undang hudud Islam menjadi keutamaan? Wajib disegerakankah atau pun bukan keutamaan. Jika bukan, apa pula keutamaan PAS dalam pemerintahannya. Mohon Dato' perjelaskan. - Ubaidah Salim, Sepang
<!--
--><!--
-->
Jawapan | Anda perlu memahami terlebih dahulu bahawa sistem pemerintahan di Malaysia terbentuk daripada dua sistem perundangan iaitu, pertama, pemerintah Kerajaan Pusat atau 'Federal Government' dan kedua, Kerajaan Negeri atau 'State Government'.
Kerajaan Pusat dibentuk selepas parti politik memenangi majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Demikian juga di negeri-negeri, mana-mana parti yang dapat membentuk majoriti mudah, maka merekalah yang membentuk kerajaan.
Kuasa tertinggi adalah Kerajaan Pusat, mengikut kehendak Perlembagaan, kerajaan negeri perlu patuh dan tertakluk dengan kuasa Kerajaan Pusat.
Kerajaan negeri tidak boleh membuat undang-undang sendiri yang bercanggah dengan Kerajaan Pusat.
Oleh kerana itu, persoalan hudud adalah termasuk dalam peruntukan undang-undang yang dibolehkan oleh Kerajaan Pusat atau tidak. Buat sementara ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan undang-undang berkait hudud dilaksanakan di peringkat negeri.
Ini bererti bahawa undang-undang hudud perlu patuh kepada Parlembagaan Malaysia, maka dengan sendirinya, jika PAS tidak menguasai Kerajaan Pusat atau Perlembagaan yang ada belum diubah, ia tidak dapat dilaksanakan.
Jika sekiranya negeri mahu melaksanakan undang-undang hudud, ia mesti mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.
Dengan pemahaman yang mudah, kerajaan-kerajaan negeri PAS, belum diizinkan untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Kita perlu bersabar sehingga Kerajaan Pusat dikuasai oleh PAS sehingga Perlembagaan Persekutuan dapat diubah, maka barulah ia menjadi keutamaan.
Untuk sekarang ini kita mengambil panduan daripada al-Quran, tentang apakah keutamaan PAS dalam soal pemerintahan.
Ia mesti berpegang kepada dasar PAS, ia termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1) yang menyebut bahawa, "Adapun hukum yang tertinggi sekali pada pegangan PAS adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya."
Merujuk kepada al-Quran, Allah memberi keutamaan, panduan kepada pemerintah Islam yang perlu melakukannya apabila berkuasa sebagaimana firman Allah (mahfumnya): "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj, ayat 41)
Kesimpulannya, keutamaan yang perlu disegerakan; pertama, memperkukuh hubungan dengan Allah menerusi menanam aqidatuttauhid yang sebenar, membasmi kesyirikan kepada Allah, menyebarkan ilmu Islam bagi memahamkan manusia umum akan Islam yang sebenar, mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam, menghidupkan institusi agama agar ianya benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya.
Kedua, memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, khususnya kepada golongan bawahan, fakir miskin agar mereka terbela menerusi pemberian zakat.
Sebagainya perintah Rasulullah s.a.w. (mafhumnya) "Ambillah harta daripada golongan berada dan bahagikannya kepada golongan kurang berada." Itulah yang dilambangkan dengan zakat.
Sekiranya semua zakat yang wajib atas umat Islam yang berada (kaya) di sesebuah negeri (khususnya di Selangor), dikumpul dengan cara yang berkesan dan sempurna, serta diagihkan kepada golongan yang miskin dengan cara yang betul, maka bayangkanlah apa yang akan berlaku.
Ketiga, makruf ditegakkan. Makruf ialah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Apa sahaja yang diperintah, hendaklah dicari jalan bagaimana mahu melaksanakannya sehingga syiar Islam tertegak dan kebaikan Islam terserlah, serta nilai-nilai murni menjadi amalan masyarakat.
Keempat, mencegah kemungkaran. Mengikut aturcara yang sesuai dan langkah-langkah pencegahan yang efektif lagi berwibawa, menuju penghapusan nilai-nilai negatif yang tidak disukai wujud dalam masyarakat.
Sunday, 4 May 2008
Friday, 2 May 2008
London Mayor Election
Thursday, 24 April 2008
Wednesday, 23 April 2008
The time is running out
Tuesday, 15 April 2008
Panduan Mengerjakan Umrah
Visa
Untuk masuk ke negara Arab Saudi, anda perlu mendapatkan visa. Visa umrah hanya dikeluarkan 3 bulan selepas musim haji. Untuk pengetahuan, sebenarnya kerajaan Arab Saudi tidak mengenakan sebarang caj. Walau bagaimanapun, kedutaan tak menerima urusan secara terus. Anda perlu membuat permohonan menerusi travel agent. Caj perkhidmatan biasanya sekitar 50-100 GBP. Visa requirement:
- Passport.
- 2 keping gambar berukuran passport.
- Mendapatkan imunisasi Meningitis.
Menurut Abdul Hamid, seorang junior KYUEM yang kini belajar di LSE, flybmi menawarkan harga tiket yang agak murah untuk penerbangan London-Jeddah. Semua penerbangan selain Saudi Air mendarat di International Airport. Saudi Air turun kat airport sendiri.
Menurut Haji Amin, apabila tiba di Arab Saudi, dinasihatkan pergi ke Madinah terlebih dahulu. Hal ini kerana sekiranya terus ke Mekah, anda perlu memakai ihram dan memasang niat sebelum tiba di Jeddah. Dengan kata lain, pakai ihram dalam flight atau sebelum fly.
Kaedah pengangkutan termudah adalah dengan menaiki kapal terbang dari London-Jeddah-Madinah,Madinah-Jeddah-Makkah, Makkah-Jeddah-London. Kos penerbangan Jeddah-Madinah adalah sekitar 50 GBP. Tambang teksi pula adalah 300 Riyal. Bas paling murah, tapi sangat renyah.
Belilah tiket kapal terbang awal-awal sebab biasanya seat penuh. Nanti kena bayar mahal pula kalau lambat.
to be continued...
Monday, 14 April 2008
Post Umrah dan Ziarah
Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke rumah 9.45 pagi tadi, kembali dari mengerjakan umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah. Cuma aku terkilan sedikit kerana tidak dapat membawa pulang air zam-zam ke rumah. Botol air zam-zam ku hilang di Heathrow Airport. Kata ibuku , tak ada rezeki...
Pengalaman mengerjakan ibadah umrah dan ibadah-ibadah sunat lain sangat-sangat menarik dan berharga. Akan aku cuba coretkan sedikit sebanyak pengalamanku. Semoga dapat menjadi perangsang bagi yang belum lagi menjejakkan kaki ke sana untuk memasang niat dan berusaha cari peluang untuk pergi ke sana. Doakan semoga aku ada masa untuk menulis.
