Showing posts with label Fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir. Show all posts

Friday, 9 October 2009

Lumrah kehidupan

"Bagaimana dengan pekerjaan kamu?"

"Ianya terlalu sukar, terlalu sukar..."

"Macam tulah kerja, bukankah ianya sepatutnya begitu?"

Begitulah lebih kurang isi perbualan ringkas aku dengan Prof Richard Jackman, personal tutor aku ketika tahun ke dua di UCL. Aku terasa macam terkejut seketika apabila mendengar jawapannya. Tapi memang betul katanya, akhirnya aku terpaksa menerima dan menelan hakikat itu biapun ianya pahit.

Ya kalau tak susah, tak mencabar lah. Nanti merungut bosan pula.

Kehidupan bekerja setelah mendapat tugasan yang khusus ini memang mencabar. Aku rasa antara yang paling mencabar di sebalik workload dan nature of work adalah masalah mengurus semangat dan perasaan. Perasaan gembira bekerja dan bersemangat untuk menyumbang begitu sukar dipupuk, malah lebih mudah luntur.

Kadang-kadang aku cuba memperingatkan diri bahawa niat bekerja ini hendaklah dibersihkan, biarlah ia semata-mata untuk Allah. Maka apa yang berlaku sepatutnya aku terima dengan hati yang redha.

Teringat cerita tukang rumah oleh ustaz Hasrizal, ada yang mengecat sambil meyumpah-nyumpah, dan ada pula yang menyanyi kegembiraan. Yang menyumpah itu buat kerja kerana terpaksa dan yang seorang lagi itu gembira kerana dia tahu dia bekerja untuk memberi. Maka aku pun cuba mempraktikkannya, ada juga perubahannya. Sedikit sebanyak hatiku menjadi lebih senang. Cuma ia tidak dapat bertahan lama, rasa kurang puas bekerja itu selalu kembali menghantui diri.

Perasaan itu semakin menjadi-jadi apabila bertemu dan bersembang dengan orang yang juga hampir sama kedudukannya dengan aku. Frust... Terasa seperti kurang belajar. Sentiasa membuat perkara yang sama. Atau mungkin juga kerana terasa seperti sangat jauh daripada jalan untuk mencapai cita-cita yang besar itu. Lebih sakit hati bila memikirkan macam-macam kekurangan dan masalah lain.

Rasanya itulah dia cabaran untuk mengamalkan ilmu. Untuk belajar dan bercakap pasal teori lebih mudah dari walk the talk. Hu hu.

Pagi ini, aku mendapat berita yang kurang menyenangkan. KPI dan juga kompetensi, ramai yang kena slash, semata-mata untuk mengikut kuota. Biarpun ramai yang kecewa, aku sangat kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakan-rakan jurutera yang lebih senior. Mereka kata, "Tak mengapa, walaupun kita terasa hati, tugas tetap perlu dilaksanakan. Kita usaha lebih gigih lagi untuk tahun depan. Rezeki masing-masing sudah sudah ditetapkan, kalau tak dapat kali ini, mungkin kita akan dapat di masa yang lain." Masya-Allah, tinggi sungguh sifat sabarnya , juga optimis dalam kehidupan.

Merenung kembali, sebenarnya aku berada dalam keadaan yang sangat beruntung. Ada kerja, dapat gaji. Sahabatku mengajak aku berfikir, bagaimana dengan orang yang lain yang diuji dengan pengangguran dan kesempitan wang? Benar sekali katanya. Susah-susah aku pun, tak sesusah seorang lagi colleague aku tu. Maka inilah masanya untuk belajar bersyukur, redha dan bersabar...

p/s: Ni lah kot perangai orang yang tak pernah hidup susah. Kalau generasi bapa kita, yang membesar di tengah-tengah kemiskinan, tak pernah jemu, mahupun merungut... Ish,ish... Apa nak jadi ni...

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Tuesday, 6 October 2009

Phd

"Tak nak sambung Phd ke?"

"Sambunglah, buatlah Phd"

"Bila nak buat Phd?"

"Semoga suatu hari nanti dapat buat Phd"
Dari semasa ke semasa, pasti ada yang akan bertanya soal melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Ya, siapa tak mahu buat Phd, kalau ada peluang? Kalau ada peluang aku pun teringin nak buat.

Tetapi buat masa ini, aku ingin mencari sedikit pengalaman dan juga meneroka bidang yang dirasakan perlu dan sesuai untuk aku kaji terlebih dahulu.

Ketika di London bulan lepas, ramai juga yang bertanya akan hal ini. Malah ramai juga yang menggalakkan. Tak kurang juga yang mendoakan. Semoga doa mereka dikabulkan Allah.

Melihat keadaan aku sekarang ini mungkin agak sukar, paling kurang 3 tahun baru boleh sambung. Sekarang ni kena jadi buruh syarikat dulu. Di perah sehabis-habisnya dulu, mungkin.

Apapun, semoga suatu hari nanti dapatlah aku mengikut jejak rakan-rakan yang lain spt Dr Rafiq dan juga Dr in the making Bro Joe. Pak Cik, hang kata nak buat kan, hang buat la cepat-cepat. Tak payah duduk kat Intel Penang tu lama-lama. Kalau hang dah sambung, sound laa.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 10 September 2009

Bersyukurlah wahai teman

Hari ini aku pulang dari tempat kerja agak lewat sedikit. Selepas berbuka, terasa mengantuk dan letih. Memandangkan R&R Jejambat Sg Buloh sudah dekat, aku pun singgah di sana untuk melelapkan mata dan merehatkan badan buat seketika. Aku tak mahu mengambil risiko memandu di dalam keadaan yang mengantuk teramat. Keadaan jalan raya yang sangat sibuk, gelap malam dan jalan yang tidak lurus amat membahayakan kalau memandu dalam keadaan sedemikian.

Setelah badan kembali segar, aku pun meneruskan pemanduanku ke rumah. Apabila tiba di tol booth, aku pun membayar tol. Petugas muslimah bertudung di situ memberikan baki seraya berkata " terima kasih". Gayanya begitu sopan sekali, lantas aku membuatkan aku terfikir, kasihan sekali dia tidak dapat mengerjakan ibadah solat Tarawikh di masjid secara berjemaah pada waktu itu kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga tol. Bukan dia seorang sahaja, malah ramai lagi orang yang sepertinya. Sejak bekerja dalam bidang industri ni, aku nampak ramai juga yang sebenarnya yang tidak berpeluang untuk meraikan ramadhan di masjid kerana kekangan kerja. Doktor, jurutera, pekerja kilang, polis, bomba, dan ramai lagi.

Seharusnya kita memanafaatkan peluang dan ruang yang ada dengan sebaik-baiknya. Bersyukurlah sekiranya anda mempunyai masa untuk beribadah di Bulan Ramadhan ini. Gunakanlah masa itu dengan sebaik-baiknya. Jangan malas, kelak menyesal. Ye lah, orang yang mahu beribadah, tidak berpeluang, kita yang ada kelapangan pula tak mahu beribadah, tak ke rugi tu?

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 24 May 2009

Mat Rempit

When just arrived home, I heard a very interesting comment regarding Mat Rempit phenomenon in TV1

The Mat Rempit phenomenon is unique and only found in Malaysia. Even in the countries that have similar climate as Malaysia does not have this problem.

His comment made realise that, yeah, where else on earth could we find a buch of people racing on the street recklessly & mindlessly using cheap bike and without any safety suits? Plus with extraordinary stunts? Nowadays, these group of people aslo associated with snatch and other crimes. It's really worrying.

This issue has been going on since last 20 year ago I guess. People are puzzled why this trend is on the rise and seems unstoppable. I wonder too? Why?

Perhaps, it is related to the emptiness in these young generation's heart. I remember the description of Clay's life during his life before he met Islam. He did a lot of dangerous and risky things to get the adrenalin rush just to feel alive. Perhaps this situation is similar to Mat Rempit. Stressful life, loneliness and lack of Islamic awareness pushed them into the pit of Mat Rempit. 

Wallahua'lam.


Christianity to Islam - Clay Abu Tariq

http://www.youtube.com/watch?v=VuI_Fag5xCc

Friday, 9 May 2008

Kes murtad

Satu lagi kes murtad timbul. Mahkamah syariah di Pulau Pinang kali ini meluluskan permohonan murtad i.e. keluar agama Islam.

secara umumnya, ada macam-macam perkara dan tuntutan yang timbul pasal kes murtad ni. Tapi aku masih lagi tak faham sangat. Antaranya ada yang berkata kita tak boleh membiarkan orang Islam murtad, mesti di hukum. Jika tidak ini akan menjejaskan kedudukan Islam. Ada pula yang mengatakan biarkan, itu kebebasan individu beragama! Ah pening. Berikan aku tunnjuk ajar...

Tuesday, 6 May 2008

Apa pandangan anda?

Saja nak tahu pandangan umum. Korang sukakah jika kerajaan sekat aktiviti konsert dan hiburan? COntohnya jom heboh dan gig-gig.... saje aa sebab ada beberapa hari ni baca pasal ni.

Monday, 5 May 2008

video sampah buatan malaysia

Aku ingin memberi sedikit komentar terhadap sebuah movie sampahan lagi jijik yang sedang berlegar di YouTube sekarang ini. Ia mengisahkan kehidupan manusia luar tabiee seperti yang dilakukan oleh kaum nabi Lut itu. Aku berasa sangat sedih akan perkembangan terkini ini. Ya aku tahu masalah ini sebenarnya agak serius terutamanya di bandar-bandar besar. Malah kat sekolah-sekolah asrama pun selalu timbul isu ini. Kalau kat sekolah yang otai, sure dah lama kena belasah diorang ni. Tapi aku tak recommend la sebab tak berhikmah cara macam tu.

Kini mereka telah melangkah setapak lebih maju dengan mengeluarkan movie bertemakan hubungan luar tabie itu. Mungkin juga ia dikeluarkan oleh pihak yang bukan dari golongan itu, tapi menggunakan alasan untuk menggambarkan suasana masyarakat sekarang. Apa dah tak der modal lain ke? Nampaknya producer kita semakin ketandusan idea. Movie bertemakan nafsu lebih menjadi pilihan. Oh terlupa, producer buat cerita ikut permintaaan pasaran. Dan rupa-rupanya orang memang suka movie macam tu...

Setakat ini aku tak dengar mana-mana pihak bising-bising pasal benda ini kat Malaysia. Mungkin masyarakat Malaysia sudah tidak lagi sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Walaupun di YouTube ia tetap meberi kesan kepada masyarakat. Tidak perlu pergi jauh, cukup dengan rumah aku, topik ini dijadikan bahan lawak. Bagi aku ini bukan benda lawak. Ia adalah sesuatu yang sangat serius. Ini merupakan perbuatan yang keji, dilaknat oleh Allah sehinggakan kaum nabi Lut yang enggan menerima nasihat dan seruan untuk meninggalkan perbuatan tersebut telah dilenyapkan dari muka bumi ini.

Kepada golongan 'Islamist' tengoklah dunia sekeliling mu. Banyak benda yang perlu anda selesaikan. Ni salah satu daripadanya. Cukuplah dok asik berbalah pasal perbezaan antara 'aku dengan kau'. Cuba buat satu benda yang berfaedah sikit, contohnya selesai masalah umat ni.... Kalau tak buat kerja, pasni jangan la dok asik mengadu, masyarakat makin rosak...

Persoalan hudud

ada terbaca di internet pasal hudud. Rasanya elok dikongsi bersama untuk menambah pengetahuan

sumber: Harakah

Perlu kuasai Pusat untuk laksana hukum hudud, kata Dr Haron Din
Dato' Dr Haron Din
Thu | Apr 10, 08 | 10:35:04 am MYT

Soalan | Apakah apabila PAS menjadi pemerintah sesebuah negeri, undang-undang hudud Islam menjadi keutamaan? Wajib disegerakankah atau pun bukan keutamaan. Jika bukan, apa pula keutamaan PAS dalam pemerintahannya. Mohon Dato' perjelaskan. - Ubaidah Salim, Sepang


<!--

--><!--

-->

Jawapan | Anda perlu memahami terlebih dahulu bahawa sistem pemerintahan di Malaysia terbentuk daripada dua sistem perundangan iaitu, pertama, pemerintah Kerajaan Pusat atau 'Federal Government' dan kedua, Kerajaan Negeri atau 'State Government'.

Kerajaan Pusat dibentuk selepas parti politik memenangi majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Demikian juga di negeri-negeri, mana-mana parti yang dapat membentuk majoriti mudah, maka merekalah yang membentuk kerajaan.


Kuasa tertinggi adalah Kerajaan Pusat, mengikut kehendak Perlembagaan, kerajaan negeri perlu patuh dan tertakluk dengan kuasa Kerajaan Pusat.


Kerajaan negeri tidak boleh membuat undang-undang sendiri yang bercanggah dengan Kerajaan Pusat.


Oleh kerana itu, persoalan hudud adalah termasuk dalam peruntukan undang-undang yang dibolehkan oleh Kerajaan Pusat atau tidak. Buat sementara ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan undang-undang berkait hudud dilaksanakan di peringkat negeri.


Ini bererti bahawa undang-undang hudud perlu patuh kepada Parlembagaan Malaysia, maka dengan sendirinya, jika PAS tidak menguasai Kerajaan Pusat atau Perlembagaan yang ada belum diubah, ia tidak dapat dilaksanakan.


Jika sekiranya negeri mahu melaksanakan undang-undang hudud, ia mesti mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.


Dengan pemahaman yang mudah, kerajaan-kerajaan negeri PAS, belum diizinkan untuk melaksanakan undang-undang hudud.


Kita perlu bersabar sehingga Kerajaan Pusat dikuasai oleh PAS sehingga Perlembagaan Persekutuan dapat diubah, maka barulah ia menjadi keutamaan.


Untuk sekarang ini kita mengambil panduan daripada al-Quran, tentang apakah keutamaan PAS dalam soal pemerintahan.


Ia mesti berpegang kepada dasar PAS, ia termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1) yang menyebut bahawa, "Adapun hukum yang tertinggi sekali pada pegangan PAS adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya."


Merujuk kepada al-Quran, Allah memberi keutamaan, panduan kepada pemerintah Islam yang perlu melakukannya apabila berkuasa sebagaimana firman Allah (mahfumnya): "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj, ayat 41)


Kesimpulannya, keutamaan yang perlu disegerakan; pertama, memperkukuh hubungan dengan Allah menerusi menanam aqidatuttauhid yang sebenar, membasmi kesyirikan kepada Allah, menyebarkan ilmu Islam bagi memahamkan manusia umum akan Islam yang sebenar, mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam, menghidupkan institusi agama agar ianya benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya.


Kedua, memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, khususnya kepada golongan bawahan, fakir miskin agar mereka terbela menerusi pemberian zakat.


Sebagainya perintah Rasulullah s.a.w. (mafhumnya) "Ambillah harta daripada golongan berada dan bahagikannya kepada golongan kurang berada." Itulah yang dilambangkan dengan zakat.


Sekiranya semua zakat yang wajib atas umat Islam yang berada (kaya) di sesebuah negeri (khususnya di Selangor), dikumpul dengan cara yang berkesan dan sempurna, serta diagihkan kepada golongan yang miskin dengan cara yang betul, maka bayangkanlah apa yang akan berlaku.


Ketiga, makruf ditegakkan. Makruf ialah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Apa sahaja yang diperintah, hendaklah dicari jalan bagaimana mahu melaksanakannya sehingga syiar Islam tertegak dan kebaikan Islam terserlah, serta nilai-nilai murni menjadi amalan masyarakat.


Keempat, mencegah kemungkaran. Mengikut aturcara yang sesuai dan langkah-langkah pencegahan yang efektif lagi berwibawa, menuju penghapusan nilai-nilai negatif yang tidak disukai wujud dalam masyarakat.


Kelima, berserahlah kepada Allah SWT untuk menentukan yang sebaiknya dalam perlaksanaan semua urusan yang dilaksanakan menurut perintah-Nya. Wallau'alam. - lanh

Friday, 28 March 2008

Manusia suka berpecah

Hasil daripada perbincagan yang hangat dengan Wan Aimran semalam, aku tergerak untuk menulis sedikit pandangan aku tentang manusia. Aku rasa manusia memang lebih suka berpecah dan hidup dalam kumpulan kecil berbanding bersatu dalam sebuah kumpulan, organisasi atau jemaah yang besar. Perkara ini berlaku kepada semua golongan manusia tak kira zaman, tempat dan latar belakang.

Lihat sahaja di Nusantara, walaupun kebanyakan kita selalu mendengar orang kata kita datang dari satu rumpun, berkongsi persamaan dari segi budaya bahasa dan iklim, namun kita tetap memilih untuk membezakan antara orang melayu di Malaysia dengan orang Indonesia, Filipina dan Petani. Bukan itu sahaja, dalam negara kita, di kalangan orang Melayu itu sendiri, ada golongan yang suka mengkategorikan diri ikut negeri, aku orang Kedah, kau orang Kelantan, dia orang Johor, korang orang KL dsb. Malah ia tidak terhenti di situ sahaja, ia akan berterusan mengecilkan kumpulan kepada sub sub kategori lain hinggalah hingga ke peringkat individu.

Begitu jugalah dalam parti politik. Walaupun dam suatu parti yang memperjuangkan agenda yang sama, tetap wujud Team A dan Team B. Begitu juga dalam gerakan jemaah Islam. Ada jemaah besar dan jemaah kecil. Ada yang timbul ekoran tidak puas hati dengan jemaah besar dari segi tarbiah, kaedah dakwah, pendekatan politik dan sebagainya.

Aku tidak kisah jika pengkategorian itu hanya terhad kepada pengenalan diri sahaja. Tetapi aku sangat tidak suka apabila ia mencapai ke tahap sehingga menimbulkan pergaduhan antara kumpulan, fitnah-memfitnah, memburuk-burukkan antara satu sama lain dan menimbulkan pelbagai lagi masalah.

Alangkah baiknya jika mereka ini bersatu. Bersatu di atas persamaan yang ada. Mudah buat kerja, memberikan hasil yang terbaik. Aku yakin semua orang tahu akan kepentingan dan kebaikan bersatu. Tetapi mengapa ia tidak berlaku?

Rupa-rupanya kerja nak bersatu ni bukan mudah. Masing-masing ada ego sendiri. Bila hidup dalam kumpulan yang besar ni macam-macam benda kena dikorbankan, terutamanya ego diri sendiri. Bukan kerja senang tu. Tambahan pula, bila kumpulan besar ni, ada orang yang pelbagai ragam dan latar belakang. Susah nak berkomunikasi dan bekerjasama. Wavelength tak sama, pandangan berbeza. Mungkin juga ada sebab-sebab lain yang menyebabkan manusia berpecah seperti kepentingan diri dari segi ekonomi, gerak kerja, jawatan dan sebagainya.

Akhirnya ada yang berfikir buat kumpulan sendiri lagi baik. Senang nak buat kerja, lebih optimum kata orang. Kerja minimum tapi hasil optimum.

Individualistik sungguh orang yang begitu. Malas nak buat kerja susah dalam usaha mencapai sesuatu yang lebih murni, iaitu bersatu-padu. Oh well, sapa tak suka buat kerja senang.

Sebagai penutup, marilah sama-sama kita hayati ayat di bawah:


(وَاعتَصِمُوا بِحَبلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقوُا (أل عمران :103
" Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah" (Ali-Imran : 103)

______________________________________________________________

From tafsir Ibn kathir: The Prohibition of Division

Allah said,

﴿وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْبَيِّنَـتُ﴾

(And be not as those who divided and differed among themselves after the clear proofs had come to them) ﴿3:105﴾.

In this Ayah, Allah forbids this Ummah from imitating the division and discord of the nations that came before them. These nations also abandoned enjoining righteousness and forbidding evil, although they had proof of its necessity.

Imam Ahmad recorded that Abu `Amir `Abdullah bin Luhay said, "We performed Hajj with Mu`awiyah bin Abi Sufyan. When we arrived at Makkah, he stood up after praying Zuhr and said, `The Messenger of Allah said,

«إِنَّ أَهْلَ الْكِتَابَيْنِ افْتَرَقُوا فِي دِينِهِمْ عَلى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هذِهِ الْأُمَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً يَعْنِي الْأَهْوَاءَ كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ فِي أُمَّتِي أَقْوَامٌ تَجَارَى بِهِمْ تِلْكَ الْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلَبُ بِصَاحِبِه، لَا يَبْقَى مِنْهُ عِرْقٌ وَلَا مَفْصِلٌ إِلَّا دَخَلَه»

(The People of the Two Scriptures divided into seventy-two sects. This Ummah will divide into seventy-three sects, all in the Fire except one, that is, the Jama`ah. Some of my Ummah will be guided by desire, like one who is infected by rabies; no vein or joint will be saved from these desires.)

﴿Mu`awiyah said next:﴾ By Allah, O Arabs! If you do not adhere to what came to you from your Prophet then other people are even more prone not to adhere to it. '' Similar was recorded by Abu Dawud from Ahmad bin Hanbal and Muhammad bin Yahya.


Tuesday, 18 March 2008

Antara dua perkara

Kebenaran dan kebatilan
Prinsip dan pelaksanaan
Idealisme dan realiti
Kulit dan isi
Dalam kehidupan ini aku sering berhadapan dengan pertembungan di antara dua perkara. Adakalanya kedua-dua perkara ini kelihatan sama sahaja, dan kadang-kadang perbezaannya begitu ketara ataupun dua-dua kelihatan tak ada kaitan sama sekali. Sungguh mengelirukan.

Tuesday, 27 November 2007

Apa akan jadi

Macam manalah agaknya kehidupan masa kerja nanti ye? Macam bosan aje rasanya. Hari-hari buat benda sama. Kawan-kawan bersosial mesti berkurangan, terhad kepada rakan sekerja aje. Hm.. seronokkah?

Monday, 26 February 2007

Budak baik dan Budak soleh

Dalam dunia ini ader ramai orang baik. Dekat UK ni pun ramai. Teringat semasa pergi Winter Retreat kat Melrose masa first year dulu, mak cik kat situ tegur aku dan kawan-kawan dengan mesra walaupun dia tak kenal kami. Budak-budak kita pun ramai juga yang baik. Aku selalu jumpe orang yang selalu tolong orang, cakap sopan, bersikap lemah lembut dan suka belanja member.


Aku nak ajak korang untuk berfikir sejenak tentang ‘budak baik’ ni. Aku pernah dengar Ustaz Habib kata baik dengan soleh berbeza. Dia kata baik ni just baik macam tu sahaja, maybe driven by culture or something else. Tapi soleh tu adalah kerana keimanan kepada Allah.


Anak alam pernah cerita kat aku, guru dia (Sidi Abdul Aziz) pernah sebut "Orang Melayu ni secara naturalnya memang baik dan beradab. Tapi kalau beradab semata-mata kerana budaya, sia-sia sahaja" Eh kenapa sia-sia pulak. Well, dalam Islam setiap amalan dinilai berdasarkan niat. But please don’t get me wrong yeah, aku tak bermaksud kata kalau niat baik buat apa pun tak mengapa sebab niat tak menghalalkan cara. Mari kita lihat apa sabda Rasulullah tentang niat:

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Dari hadis di atas dapatlah kita faham bahawa setiap amalan bermula dengan niat. Sekiranya niat buat baik kerana sebab-sebab duniawi, maka kita dapat perkara duniawi sahaja. Amatlah rugi kalau kita hanya mengharapkan benda yang semetara ni sahaja sedangkan yang lebih kekal abadi menanti kita. Bak kata most of the speakers dalam event ‘From protest to Engagement’, ‘short sighted!’


Semasa di KMYS dulu, Ustaz Taufik pernah memperingatkan agar semua pelajar memperbetulkan niat belajar di luar negara. Katanya sebagai musafir perantauan tambahan pula bermusafir untuk timba ilmu, doa mustajab. Kalau niat tak elok dapatlah benda yang tak elok tu, kalau niat benda baik dapatlah capai apa yang diniatkan tu.


Cuba tengok balik kehidupan kita sejak hari pertama kita sampai ke oversea ini. Adakah niat kita tercapai? Nak tengok bola, nak lawat Paris, nak cari agama, nak study, nak join orang putih, nak try segala-galanya? Wahai saudaraku, sekiranya niat kita tak betul, buat benda tak betul, marilah kita bertaubat. Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang bila buat salah, segera kembali kepada-Nya. Allah itu Maha Pengampun. Jangan jadi macam Firaun, bila nyawa dah sampai ke kerongkong baru nak taubat. Tika itu semuanya sia-sia.


Marilah kita betulkan niat belajar. Mari kita belajar kerana Allah. Bukankah dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi S.A.W menyuruh kita untuk membaca dengan nama Allah??

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ

Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists)

(Al-'Alaq 96:1)

Niatkanlah juga untuk bantu rakyat Malaysia. Most of us are sponsored dan duit sponsor tu datang dari duit rakyat tak kira sebagai pembayar cukai atau sebagai pelanggan syarikat. Bagi yang dari pernah belajar di sekolah asrama lagi banyak pakai duit rakyat dalam hidupnya. Cuba kira, kalau sekolah asrama sejak tahun form 1 sampai form 5, kemudian dapat sponsor buat A-level atau IB dan kini belajar kat oversea, berapa lama dan berapa banyak kita dah pakai? Bagi aku kira2 10 tahun la. Banyakkan?


So, kalau nak jadi soleh, kenalah berakhlak seperti akhlak Rasulullah. Saidatina Aisyah describes, “The Prophet’s akhlak’s is the Al Quran.” So boleh aku katakan Rasullah adalah ‘the walking Quran’ sebab everything he does always bertepatan dengan al-Quran. Orang soleh menjadikan keimanan, kecintaan dan ketaatan kepada Allah sebagai tunjang amal, perbuatan dan sikapnya. Orang yang beriman mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cintanya kepada diri sendiri dan segala yang ada di dunia dan isinya.


So, macam mana nak tambah iman ni? Ceh, macam soalan SPM pulak

  • Pertama sekali kenalah sempurnakan tuntutan Islam. Solat, tiang agama kena ditegakkan. Pesan datuk/nenek ust Hasrizal, “Solatlah sampai solat menjaga kamu”.
  • Banyakkan amalan sunat, puasa, zikir dsb.
  • Hampiri orang soleh. Utaz Habib pernah cerita bagaimana dia memujuk sorang budak bermasalah kat sekolah dia (Please note that, kalau baca macam ni sahaja mungkin sounds kasar dan nampak macam berlagak sungguh ustaz ini. Tapi sekiranya anda faham situasi perbualan tersebut, ia adalah sesuatu yang sangat sesuai dapat diterima) : "Saya tahu saya jahat ustaz, ustaz baik" kata budak itu. "Ye saye memang baik, kalau kamu terus berkawan dengan budak jahat jadi bertambah jahat la kamu, kamu kena kawan dengan ustaz baru la jadi budak baik."
  • Tambah ilmu dengan menghadiri majlis ilmu, dengar rakaman ceramah, baca terjemahan quran dan buku-buku islam. Aku kagum dengan sahabat-sahabat yang rajin dan suka baca buku seperti Pemerhati Perajurit II, Anak Alam, Zacharias, WMF², Tony dan Black.

Marilah kita berubah ke arah menjadi insan yang soleh/solehah. Berubahlah dengan perlahan-lahan, tiada masalah. Tengok Yvnoe Ridley, dia pakai tudung pun setelah beberapa tahun dia masuk Islam. Alhamdulillah sekarang dia jadi pejuang agama yang sangat komited. Mana-mana IAW mesti ade dia. Hikmah buat perubahan perlahan-lahan adalah elak terasa fed up dan kembali kepada initial state. Benar memang susah nak berubah, nanti ader orang kate buang tebiat nak mampus pulak. Biarlah apapun orang kata, apa yang terjadi. Yang penting perubahan mesti diteruskan demi mencapai redha Allah.


Hmm.. banyak sungguh aku tulis. Tapi tak banyak yang aku amal lagi. Banyak lagi yang aku kena baiki. Semoga kita sama-sama jadi budak baik dan soleh kerana Allah.

Monday, 29 January 2007

Awas!

Awas, berhati-hati dengan orang yang berkopiah yang menyebarkan quran palsu, kitab bible bahasa melayu, cerita melayu murtad dsb.

Jangan beli air berjenama *****, ***** dan ****. Ia mengandungi holy water. Kalau minum nanti tak boleh mengucap.

Korang tahu tak apa maksud pikachu? Ini agenda barat nak menyesatkan umat Islam.

Neil Armstrong telah memeluk Islam setelah beliau menjejakkan kaki ke bulan.

Aku yakin setiap pasti pernah terbaca ayat-ayat yang lebih kurang sama seperti ayat-ayat di atas. Aku rasa dah banyak email dan artikel yang aku jumpa macam ni. Baru tadi aku terbaca benda yang lebih kurang sama dan terus membuatkan aku terasa nak menulis di sini.

Setiap kali aku terbaca email/artikel macam ni, fikiranku terganggu. Nak forward kat orang, langsung tak teringin. Aku merasakan stament2 macam ni ader masalah.

Pertama sekali aku menghargai ketulusan hati orang yang menghantar email sedemikian, dia sayang akan saudaranya. Tetapi, sejauh manakah kebenaran perkara-perkara yang disampaikan tu? Mana reference nya? Sedangkan cerita pendaratan manusia pertama di atas bulan masih dipersoalkan dikalangan orang barat, kat Malaysia pula heboh kata Neil Armstrong masuk Islam sebab dia turun kat bulan. Adui, tak ke malu kalau mamat tu tau apa yang kita kata? . Apatah lagi kalau dia sendiri berlakon turun kat bulan, bukan mendarat betul2.

Apakah tiada hujah lain yang lebih kuat nak tingkatkan kesedaran umat Islam kembali kepada ajarannya? Banyak lagi cara yang lebih baik dan berkesan yang boleh kita gunakan. Ayat quran, hadith, kisah nabi-nabi, sahabat, tokoh-tokoh pejuang Islam masa kini dan pengalaman kawan-kawan lagi kuat dan memberi kesan kepada hati ini. Tapi mungkin sebab kita tak suka dengar dari sumber yang asli, sebab tu suka benda-benda yang macam ni.

Apakah ini isu yang menjadi perkara yang paling penting untuk kita risaukan? Kenapa mesti meletakkan kesalahan ke atas orang lain? Sepatutnya kita lebih menumpukan kepada meningkatkan kekuatan diri sendiri. Lihatlah bagaimana gerakan dakwah dijalankan. Bagaimana sikap pendakwah? Itu lebih utama untuk diperbaiki dan dimantapkan. Kalau melihat orang lain, diorang akan terus melaksanakan kerja dan agenda diorang. Tapi kurang sekali kita memikirkan dan berusaha untuk meningkatkan kekuatan ummah.

Come on lah, jangan tengok pikachu, tapi movie hollywood, desperate housewife, hindustan, AF semua layan.... Benci perkara agenda barat tapi tak boikot Israel. Hmm pening-pening. Berserabut pikiranku. Maafkan daku atas kepeningan ini...

Wednesday, 10 January 2007

Be yourself?

Masa kecil2 dahulu, aku selalu dengar kata-kata yang berbunyi "Be Yourself". Aku tak ingat mana datangnya benda ni dan dari siapa aku dengar. Apa pun memang berguna jugak la. Terutama dalam keadaan pengaruh rakan-rakan sangat kuat.

Prinsip "Be Yourself" ini banyak diamalkan semasa aku ikut group memanah di sekolah dulu. Masa form 3 aku mula melibatkan diri secara aktif. Alhamdulillah berjaya melayakkan diri menjadi wakil sekolah merangkap wakil daerah (sebab masa tu tak der orang lain dah dalam daerah tu). Sebenarnya kehidupan sebagai ahli sukan pada masa tu bukan terhad kepada latihan dan pertandingan sahaja. Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama dalam pelbagai aktiviti. Antaranya makan, membaiki alat memanah, berjalan2, bersembang2, lepak rumah coach, sambut birthday dan macam-macam lagi. Walaupun masa tu aku bersekolah di sekolah asrama, namun aku dapat keluar sekolah selalu sebab memanah. Sedikit sebanyak dapat kenal perangai budak sekolah harian di daerah aku belajar.

Ok, back to the point. Semasa aku bersama-sama kumpualn pemanah, kadang2 mereka membuat atau membincangkan sesuatu perkara yang aku tidak setuju dan tidak suka. Maka aku selalu mengelak daripada mengikuti mereka. Dari semasa ke semasa aku cuba menguatkan pendirian aku. Antara kaedah bagi menguatkan pendirian aku adalah dengan selalu memperingatkan "Be Yourself". Buat apa ikut2 orang, apa faedahnya. Lebih baik aku mengekalkan identiti diri ini. Alhamdulillah, selamat la jugak daripada PRS ni, walapun ade la sikit2 terkena serpihan PRS.

Semasa gi PUISI 2006 pun aku pernah membincangkan tentang "Be Yourself" ni. Kawan aku tanya, adakah aku perlu berubah sekiranya aku ingin menjadi orang yang lebih baik? Sewaktu itu aku katakan, tidak semestinya. Sekiranya apa yang kamu lakukan seperti berkawan baik dengan semua orang, suka membuat lawak atau suka ketawa teruskan je. Yang penting, tidak melampaui batas-batas agama.

Setelah 2 minggu aku pulang dari PUISI, aku cuba review aktiviti-aktiviti yang kami buat dan juga pengisian yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal berkenaan sikap dan tabiat. Antara aktiviti yang membuatkan aku merenung sejenak adalah aktiviti yang melibatkan personality check (tak ingat apa nama yang sebenar). Yang pertama adalah aktiviti untuk menentukan samada aku adalah seorang yang mengamalkan sikap "Put First Thing Fist" dengan baik dalam kehidupan ini atau tidak. Jawapannya, rahsia la... Apapun aku mendapati bahawa aku perlu mengubah sikap aku untuk menjadi orang yang mengamalkan "3rd Habit" ini dengan baik. (Point #1)

Ustaz juga memperkenalkan satu kaedah untuk mengenali diri ini dengan cara mengisi borang kaji selidik (questionnaire). Secara ringkasnya, ustaz menceritakan bahawa berdasarkan kajian dan pemerhatian Encik Covey, manusia terbahagi kepada 4 kumpulan (nama kumpulan itu diberikan ikut nama buah). Bagi menyesuaikan dengan nama buah-buahan tempatan, Fitrah Perkasa telah mengubah nama-nama tersebut kepada langsat, limau, manggis dan tembikai. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan sendiri. Dan secara typicalnya, dalam sebuah syarikat/organisasi, kumpulan ini mewakili kumpulan tertentu dalam organisasi seperti managers and CEOs. Setiap kumpulan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Katakan aku adalah langsat, tapi aku bercita-cita untuk menjadi CEO sebuah syarikat yang besar di peringkat global. Mampukah aku menjadi seorang CEO sekiranya aku mengekalkan sikap aku sebagai seorang langsat? (Point #2)

Ustaz memperingatkan kepada para peserta bahawa Rasulullah SAW adalah role model yang terbaik, padanya terdapat uswatun hasanah (contoh terbaik). Sekiranya ingin menjadi orang yang terbaik, aku harus mencontohi sikap Rasulullah. Dengan kata lain mengubah sikap yang mana tak berapa bagus kepada sikap yang baik seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah. (Point #3)









Aku Aku bertopengkan ultraman
Persoalan yang timbul diatas membuatkan aku terfikir apakah maksud sebenar "Be Yourself"? Sejauh manakah aku perlu menjadi diri sendiri? Apakah yang perlu dikekalkan dan yang manakah perlu diubah atau dibuang? Sekiranya aku mengekalkan apa yang ada pada diri ini dengan seadanya, aku mungkin tidak akan pergi jauh pada masa hadapan. Kalau ubah semuanya, maka hilanglah ABN yang sebenar. Nanti jadi macam, "ABN tak macam dulu lagi...." Adakah itu yang terbaik?? Hmm....

Thursday, 21 December 2006

MySpace

Dalam dua tiga minggu ni UK kecoh pasal kes pembunuh bersiri di Suffolk. Apa yang menariknya, MySpace dijadikan sumber bagi BBC dan Guardian untuk dapatkan latar belakang si suspect penjenayah ni. Bayangkanlah betapa senangnya kerja diorang ni nak korek rahsia seseorang. Pakai MySpace atau sewaktu dengannya sudah cukup. Betullah apa yang dikatan oleh lecturer aku seperti yang tercatat dalam entry privacy. Anyway, kita bukan penjenayah kan?? Jadi janganlah risau. Hanya nak ingatkan supaya berhati-hati, jangan diletakkan maklumat sensitif seperti no telefon, alamat dan alamat emel .

Wednesday, 13 December 2006

Gila Kuasa


Aku agak terkejut apabila mengetahui krisis yang berlaku dalam persatuan yang aku pernah join di Malaysia dulu. Perkara ini baru sahaja berlaku sekitar bulan Mac 2006 dan masih lagi dalam penyiasatan. Presiden persatuan ni telah dituduh mencabul kehormatan 2 orang gadis dan beberapa tuduhan berat lain seperti akidah menyeleweng dan salah guna kuasa. Sekiranya perkara ini berlaku, amatlah memalukan. Apapun aku sedih dengan keadaan ni, setahu aku beliau adalah orang yang baik. Setakat yang aku kenal, mesej2 yang beliau selalu sampaikan adalah selaras dengan ajaran Islam.

Dulu semasa aku diperkenalkan kepada persatuan ni, abang A kata asalnya persatuan ni ada satu sahaja. Tapi setelah kematian founder, kuasa sementara diserahkan kepada Encik H. Tapi bila dia dah berkuasa, dia bawak akidah salah. Dia kata dia adalah jelmaan nabi. Perkara ini disaksikan oleh peserta2 satu ceramah di UIA. Maka ahli keluarga founder mengambil tindakan buat laporan kepada jabatan agama dan mengambil alih kuasa dari Encik H. Encik H menyerahkan kuasa dengan rela.

Tapi perkara ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas beberapa lama, dia nak jugak jadi presiden. Maka dia pun melantik diri sebagai presiden persatuan dengan menggunakan mana sama. Maka yang lagi satu kena tukar nama (aku join yg ni). Akhirnya jadilah dua persatuan. Kedua-dua buat benda sama, cuma nama lain.

Kini persatuan ini terbahagi kepada dua team. Team penyokong presiden dan penuduh. Tengok website sahaja dah ada dua website. Aku tak tahu apa akan terjadi kepada masa depan persatuan ni. Personally aku memang suka persatuan ni. Tapi kalau berpecah lagi, tak tau nak kata apa.

Hai manusia, suka sangat berpecah. Apa sahaja persatuan, organisasi, kelab mesti mau pecah. Gerakan islam, parti politik, taekwando dan sebagainya.

Aku tak tahu cerita sebenar di sebalik krisis ini. Apapun aku rasa ia boleh dikaitkan dengan gila kuasa. Bila manusia gila kuasa, dia akan lakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Keji sungguh perangai orang gila kuasa ini. Lihat sahaja Bush. Manipulate pilihanraya. Tuduh sana tuduh sini. Perang sana perang sini. Semuanya untuk mengekalan penguasaan di pentas dunia. Hasilnya, kerosakan seluruh dunia.

Come on man, sampai bila nak berpecah? Sampai bila nak puas hati? Berapa kumpulan lagi nak dibentuk semata2 nak pegang kuasa? Apalah ada dengan kuasa dan fame. Kelak di akhirat kita akan dipersoal akan segala kuasa yang kita pegang. Masa sekolah dulu, kawan2 selalu kata, "Kalau jadi pemimpin ni, sebelah kaki kat syurga, sebelah kaki kat neraka". Tak tahu mana datang kata-kata ni. Apapun rasanya tak bertentangan dengan quran & sunnah rasanya sebab maksud kata-kata itu adalah akalu jadi pemimpin yang baik, mudahlah masuk syurga, pemimpin yang tidak adil pula hampir ke neraka. Moga-moga kita dijauhkan dari perkara2 tak elok ni.

Saturday, 9 December 2006

Malaysia Night

Photobucket - Video and Image Hosting

Adalah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar2 malaysia di UK untuk menganjurkan Malaysian Night di universiti masing2. Setiap Malaysian Society akan belumba-lumba untuk menjadi penganjur terbaik. Antara persembahan yang biasa dibuat adalah berbentuk sketsa diiringi tarian, nyanyian dan dikir barat. Sambutan yang diberikan oleh para pelajar Malaysia sangat memberangsangkan. Tiket biasanya habis dijual sebelum hari pertunjukan. Selain itu, banyak juga syarikat2 yang menaja M Soc menganjurkan Malaysian Night ni.

Aku difahamkan bahawa selain daripada mempromosikan budaya masyarakat Malaysia di UK, ia juga menjadi sebagai salah satu cara bagi M SOc bagi menambah duit poket kelab/persatuan masing2. Ini juga merupakan peluang bagi pelajar-pelajar Malaysia bertemu rakan-rakan yang kolej persediaan dulu.

Aku berpeluang menghadiri salah satu Malaysian Night yang dianjurkan di London ketika tahun pertama di UK. Persembahan mereka agak mantap juga. Dalam program sebegini kita dapat lihat pelajar Malaysia dari pelbagai bangsa bekerjasama menjayakan majlis tersebut. Sesuatu yang boleh dilihat sebagai suatu yang positif.

Tetapi ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian dan difikirkan bersama. Misalnya, sebahagian besar penonton M Night (hampir 95% bangi kebanyakan universiti) adalah rakyat Malaysia Sendiri. Orang lain tak ade pun, so tercapai ke matlamat untuk mempromosi budaya masyarakat Malaysia? Sebagai seorang muslim, saya melihat ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Pertama sekali, para peserta dan penonton (esp. muslim) hendaklah menjaga akhlak, aurat dan batas2 agama sepanjang pertunjukan tersebut. Namun perkara ini biasanya tidak diberi perhatian yang sepatutnya. Kedua, jalan cerita hendaklah membawa mesej yang positif, bukannya mempromosi budaya kuning, tahyul, hedonisma dan macam2 lagi.

Apa yang saya tahu aktiviti-aktiviti yang biasa dibuat terhad kepada aktiviti sukan (Notts Game, Futsal, Paitnball), hiburan ( M Night & Clubbing) dan makan2. Saya berpendapat aktiviti clubbing/after party perlu dihentikan kerana ia tidak membawa manafaat kepada para peserta dan masyarakat Malaysia (yang mengharapkan kita pulang dan berbakti kepada nusa dan bangsa kelak) amnya. Budaya inikah yang kita perlu bawa pulang ke Malaysia?

M Soc sepatutnya menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk membina intelektual para pelajar Malaysia, kemahiran berkomunikasi, berfikiran kritis dan kesedaran tentang isu semasa. Usaha UKEC menganjurkan 'discussion circle' di Malaysia Hall harus dipuji. Pelbagai isu menarik yang diketengahkan. Cuma yang menyedihkan adalah sambutan pelajar London tidak memuaskan. Selalunya kurang dari sepuluh orang yang hadir

Photobucket - Video and Image Hosting

Teringat suatu ketika dahulu, ada seorang sahabat menghantar email kepada saya. Dia berkata alangkah elok sekiranya Malaysia Night diisi dengan persembahan berbentuk Islamic, nasyid, sketsa dan pantomin bebrbentuk kesedaran. Ada pula kawan yagn lain berpendapat bahawa kita perlu boikot M Night, tuntut jangan anjurkan M Night langsung kerana sebahagian besar pengisian M Night ini tidak selari dengan Islam.

Saya bersetuju dengan sebahagian perkara yang disebutkan di atas kerana Islam menekankan kesejahteraan manusia secara menyeluruh. Hiburan dalam Islam adalah hiburan yang mendekatkan diri kepada penciptanya dan bebas daripada perkara yang membawa kerosakan kepada manusia secara amnya. Tetapi adakah hiburan Islam terhad kepada nasyid sahaja? So non-muslim nak buat apa? Mungkin sukar nak fikir bentuk persembahan yang Islamik tetapi universal (sesuai untuk semua agama dan bangsa untuk turut serta). Tapi ia tidak harus menjadi alasan untuk kita malas berfikir mencari penyelesaian. Kenapa kena boikot terus? Bila lagi nak 'integrate' (dari segi persembahan), tunjuk bentuk cara berhibur yang sepatutnya, didik rakan2 lain agar menjaga waktu solat ketika berlatih dsb. Bukankah di Malaysia nanti sama juga suasananya? Kalau Jadi D.O. camner nak buat sambutan merdeka, tourism Malaysia, pertunukan warna-warni dsb. Ke haramkan terus? Pening...

Saya memohon maaf sekiranya pandangan saya tidak tepat. Ilmu dan pengetahuan saya hanya cetek. Pandangan anda amat dialu-alukan.

please follow the rules for your safety


Last summer I had an opportunity to do intern with a company in Malaysia. Their main business is supply'in electricity. The experience there was very wonderful. People are very nice and helpful. Lots of the older tehcnician loves to give advise to me. One of the most typical advise is " When you become an engineer in the future, never look down at us. Please treat us as human, we have feeling too" Yeah I agree with them. Who wants to work in a very bad boss? Anyway, a boss should know when you need to be kind and when to be a 'tiger'.


There are few things that I observed need to be improved if the company wants to be the top company in Malaysia. The safety awareness amongst the staff is very low. The boss does not provide enough safety kits. I heard a complain form a technician that the boss always ask them what is their size but never gives the thing. On the other hand, I it very rare to see the technicians wear full safety kits during working. I understood that it quite 'renyah' but it is not trivial. More worrying is, sometimes they just sit at the back of the truck. It is very dangerous because you are exposed to many potential hazards and if the driver suddenly breaks, you might fall off the truck. I would like to call those who are involved such job to be more aware of your safety and take all security measures required. If something happen, "mereka dan keluarga mereka juga yang susah".

Saturday, 2 December 2006

Islam dan Sukan

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni, cuma tak reti macam mana nak tulis. Apapun sebab dah lama sangat tersimpan dalam komputer ni lebih baik aku share dengan sahabat² sekalian.

Islam adalah agama yang syumul. Syumul bermaksud sempurna, merangkumi segala aspek kehidupan. Tidak ada satu perkarapun yang kita lakukan dalam kehidupan terlepas daripada ajaran Islam. Allah telah berfirman dalam surah Al-maidah ayat 3 yg bermaksud "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu".

Selain daripada perkara-perkara seperti akidah, akhlak, siasah dan muamalat, kesihatan badan juga disentuh dalam ajaran Islam. Dengan tubuh yang sihat, kita mampu untuk beribadah dengan lebih baik. Kegiatan menjaga kesihatan termasuklah menjaga pemakanan, bersenam dan bersukan.

Pada hari ini, kegiatan sukan sungguh maju. Tambah pula dengan 'commercialisation of sports' yang sungguh dahsyat. Apa saja event sukan yang besar2 mesti ada sponsor yang hebat2. Disertai dengan events sampingan yang berbentuk hiburan dan sebagainya.



Pengalaman menyaksikan japan GT pada cuti summer yang lepas membuatkan aku terfikir akan kaitan Islam dan sukan zaman moden. Dari satu segi, sukan in general sangat menarik, menyeronokkan, generates adrenalin etc. Kemajuan teknologi dalam bidang sukan sangat mengagumkan, which leads to record breaking performance.

Tetapi jika dilihat dari sudut yang lain, peraturan-peraturan dalam kebanyakan sukan tidak menyebelahi muslim. Aurat umpanya, kalau olahraga mesti pakai baju ketat2 dan dedah aurat, volleyball kena pakai seluar pendek, renang dan terjun juga ketat dan mendedahkan aurat. Begitu juga dengan sukan lain. Bagi ahli sukan, kalau dapat sponsor yang bagi pakaian ketat kena pakai jugak la, sebab dah tandatangan kontrak. Melihat aurat orang tu satu hal, bagi kita muslim yang mahu memelihara aurat tapi ingin melibatkan diri dalam sukan sehingga peringkat antarabangsa pasti menerima tekanan yang hebat.

Selain itu, berdasarkan pengalaman, pergaulan lelaki perempuan memang teruk (mengikut standard hukum Islam). Kalau salam laki-perempuan itu menjadi satu perkara biasa shj. Mungkin atas dasar membina semangat berpasukan ada juga yang bersorak dan sebagainya bersama-sama. Bila si jurulatih gembira anak buahnya menang, dengan seronoknya dia memeluk si anak buahnya sambil mengucapkan tahniah. Kadang-kadang agak sukar untuk jaga masa solat. One time, one people who I know says 'gila nak semayang time ni, sembahyang nanti lah, tak der masa ni, gi main dulu'.

Sekiranya anda ingin menubuhkan sebuah persatuan sukan di tempat anda, bagaimakah caranya anda melaksanakannya. Bagaimakah anda menerangkan kepada ahli persatuan yang bukan islam tentang apa yang anda lakukan.

Sebagai seorang daie kita tidak harus melihat perkara ini sebagai satu perkara yang remeh. Adakah kita tidak perlu melibatkan diri langsung? Sekadar jadi pemerhati. Apakah kita perlu buat muslim olympics? Ya mungkin bagus, tapi mesej dakwah mungkin tak sampai ke pada nonn-muslim yang bersukan. Any idea or comments?

Monday, 27 November 2006

Hmm.....

Sehari dua ni bising sungguh pasal hak kebebasan akhbar dan perkauman . Pagi tadi tengok TV1 kat syoktv.net pun bincang pasal kebebasan akhbar. Baca utusan ( berita kat bawah) terasa lawak jugak, cuba fikir dalam2. Adakah pihak yang berkenaan mengaku dia menghasut ? Secara halusnya kalau dia kata Akta Hasutan tu berguna, seolah-olah dia kata, " Ye, kitorang memang menghasut pun, kalau tak der akta hasutan tu korang tak leh nak wat apa2, Hahar!!!" Terpulanglah kepada korang macam mana nak tafsir dan terima berita tu, tapi bagi aku kelakar lah.

Laporan polis bukti DAP sokong Akta Hasutan

SUNGAI PETANI 26 Nov. – Tindakan DAP membuat laporan polis berhubung hujah-hujah ‘perkauman’ yang dikeluarkan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu membuktikan Akta Hasutan 1948 sebenarnya masih relevan untuk diguna pakai kerajaan.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana, DAP yang sebelum ini dilihat berkeras mahu akta berkenaan dihapuskan kini kembali mengakui seolah-olah ada gunanya Akta Hasutan 1948 dikekalkan.

‘‘Apabila DAP membuat laporan supaya meminta polis mengambil tindakan terhadap para perwakilan UMNO berhubung hujah mereka, maka ia secara langsung membuktikan bahawa DAP mengakui Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan.

‘‘Akta Hasutan jelas menunjukkan bahawa ia boleh diterima pakai dengan baik demi menjaga kepentingan semua kaum. Melalui laporan itu, DAP sendiri kini menunjukkan kepada kita bahawa mereka boleh terima dan anggap Akta Hasutan relevan sepanjang masa,’’ katanya.

Perangai

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis kenduri kampung Parlimen Merbok anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kampung Tengkorak Batu, Bukit Selambau dekat sini hari ini.

Menurut Zainuddin, tindakan tersebut juga menunjukkan ‘perangai’ sebenar pemimpin DAP yang sanggup berbuat apa saja asalkan ia mendatangkan keuntungan kepada mereka.

‘‘Sebelum ini mereka mahu sangat Akta Hasutan dihapuskan. Kini bila nampak akta ini menguntungkan dan memihak kepada mereka, DAP pun gunalah Akta Hasutan,’’ katanya.

Beberapa pemimpin DAP sebelum ini membuat laporan meminta polis mengambil tindakan terhadap segelintir perwakilan yang mengeluarkan hujah disifatkan perkauman pada Perhimpunan Agung UMNO lalu di bawah Akta Hasutan 1948.

Antara mereka yang tampil membuat laporan itu ialah Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Lau Weng Sann (18 November); Setiausaha DAP Perak, Ngar Kor Ming (19 November) dan Timbalan Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan, Kuan Perk Siong (19 November).

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menasihatkan semua pihak supaya sentiasa menerima maklumat, nasihat dan pengetahuan yang sahih.

‘‘Kita perlu berhati-hati dengan penyebaran SMS, laman web yang tidak diketahui kesahihannya. Janganlah kita terpengaruh dengan berita yang tidak tahu hujung pangkalnya,’’ katanya.