Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Saturday, 2 January 2010

Ekspedisi Jelajah London.

Membuka kembali folder blog lamaku, jumpa kembali artikel yang sudah lama aku cari. Sebagai mengenang kembali detik-detik bersejarah itu, ku terbitkan semula artikel tersebut dalam entry kali ini. Untuk pengetahuan, artikel ini ditulis pada tahun pertama di UK dahulu, 2004.

*Bila baca balik terasa poyo juga. Sebenarnya sudah ramai yang berjalan kaki sejauh itu, malah ada yang jalan lebih jauh daripada itu, tapi layan jelah ye, masa tu ingat dah power dah.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

25 December menyaksikan 3 anak Malaysia yang sedang belajar di UK melakukan satu aktiviti yang belum pernah dilakukan oleh orang lain. Mas Afzal, Ikmal dan Abn telah mengadakan ekspedisi berjalan kaki dari Evelyn Gardens (kediaman Mat Lut, Aiman, Dzaki dan budak2 Ic yang lain) ke Kings Cross (tempat tinggal encik ABN). Perjalanan mereka mengambil masa selama 5 jam 45 minit. Mari kita ikuti catatan perjalan mereka yang sejauh lebih kurang 12 batu itu...

catatan XPDC jelajah London
oleh: abn.

Sebenarnya kami tak plan nak buat xpdc ni. Cuma kebetulan... Pada 24 December lepas, Mas dan Ikmal datang London. Diorang tumpang bilik aku. Pada malamnya kami gi Evelyn Gardens, lawat budak2 KMYS yang duduk kat sana. Semasa kat sana teringat, start kol 12 malam tu, public transport kat London takder sampai malam esoknya. Kalau nak balik ke bilik aku, kena keluar dari tempat Mat Lut sebelum kol 11. Kalau tak, tak sempat nak kejar bas. So alang2 dah ade kat tempat Mat Lut, kitorang pon decide lepak terus sampai pagi esok, kemudian jalan kaki dari tempat Mat Lut ke tempat aku. Boleh ronda2 London sekali.

Perjalanan kami bermula lebih kurang pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 15:20.

Our route was:

Evelyn Garden - Gloucester Road - Hyde Park - Kensington Palace - Bayswater Road - Lancester Gate - Hyde Park (dekat lancester gate) - Marble Arch - Oxford Street - New Bond Stree t- Regent's Street - University Of Westminister - Goodge Street - University College London - University of London Union & SOAS - China town - Leicester Square - Her Majesty Theatre - Trafalgar Square - Parliament Street - Big Ben - Victoria Embankment - Covent Garden - Holborn - Grays Inn Road - Kings Cross (James Light Hill House).

Alhamdulillah pada hari itu, cuaca sangat baik. Langit cerah. Sesuai untuk ambil gambar. Walau bagaimanapun, suhu agak rendah dan kadangkala angin bertiup kuat. Kitorang terpaksa pakai gloves untuk menahan kesejukan.

Pada hari tu lah kami dapat tengok jalan2 di sekitar London lengang gila, termasuk Oxford Street. Siap boleh ambil gambar kat tengah jalan lagi. Kalau nak tahu, biasanya kat Oxford Street tu mgg selalu sesak. Waktu peak hour, Azizul kata jalan kaki lagi cepat dari naik bas.

Dalam perjalanan, macam2 jenis orang yang kami lihat dan jumpa. Ada gak orang lain yang berjalan kaki melawat London ni. Kebanyakan berjalan dengan family atau kawan2. Ada gak yang jalan sorang2. Selain itu, ada orang yang buat show. Cari makan... Dekat satu area, ade sepasang suami isteri nampak kami baca peta, dengan mesra diorang tegur, "Are you lost?". Concern betul orang tu.

Kedai pulak hampir semua yang tutup. Susah betul nak cari kedai yang bukak. Kalau bukak pon kebanyakannya kedai milik non-omputih. Aku tengok satu kedai kebab kat Oxford Street jual chips £1.99! Mahal gile, cekik darah tul. Mentang² lah kedai lain tak bukak. Di Leicester Square, kedai fast food yang bukak adalah Burger King. Penuh gila. Mmg untung lah Burger King masa tu.

Alhamdulillah kami dapat sampai ke hall aku dengan selamat. Takde yang pengsan. Walaupun kami penat tak terkira, but we really enjoy our xpdc. We can cover many tourist attractions. Alhamdulillah...Thank you Allah.


Photobucket
Abn,Mas dan Ikmal bergambar di bilik Mat Lut sebelum bertolak.

Photobucket
Lengang sungguh.

Photobucket
Berehat di Lancester gate sambil membaca peta.

Photobucket
Marble arch.

Photobucket
Covent Garden

Photobucket
Konon angin bertiup kencang la...
-at Leicester Square.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 20 September 2009

Warna Warni

Ah, begitu pantas sekali masa berlalu. Ramadhan telahpun melabuhkan trainya. Kini Syawal pula menjelma. Terasa bagaikan baru sahaja aku dan keluarga pulang ke kampung untuk merayakan Aidilfitri bersama Tok dan Wan serta saudara-mara yang lain.

Syukur, Alhamdulillah Ramadhan kali ini sungguh istimewa sekali. Pengalaman berpuasa tahun ini begitu berbeza sekali, penuh dengan warna-warni. Keindahannya bukan sahaja diserikan oleh kegembiraan dapat berpuasa bersama keluarga tetapi juga kerana pelbagai pengalaman istimewa yang ku lalui pada bulan Ramadhan ini.

Setelah kepulanganku ke Malaysia dari London tahun lepas, terasa bagaikan mustahil untukku kembali ke London. Maklumlah kosnya begitu mahal dan juga tiada alasan yang benar-benar kukuh bagi membolehkan aku ke sana. Meskipun London itu bukan tanah airku, bumi asing, ia begitu dekat dihatiku, maklumlah tempat jatuh bangun lagikan dikenang...

Alhamdulillah, gesaan ibubapaku untuk pergi menghadiri majlis graduasi di UCL tahun ini akhirnya membolehkan juga aku mengubat rindu. Mereka juga turut serta ketika aku ke UK tempoh hari. Kebetulan, majlis graduation jatuh pada bulan Ramadhan.

Pada mulanya risau juga tak dapat ke sana, takut-takut ada masalah di mana-mana, baik urusan imegresen, tiket mahupun tempat tinggal di sana. Syukur segala perancangan telah berjalan dengan lancar. Dalam pernerbangan ke sana, itulah pertama kali aku berpuasa dalam tempoh yang panjang, lebih kurang 17 jam. Pada jam-jam terakhir, badan terasa sangat lemah. Dah lah tak sempat bersahur, memang tak larat. In a way, bagus juga, training untuk berpuasa di UK, waktunya agak panjang ketika itu.

Mula-mula, sebelum tiba di dewan, terasa suspens juga, tak ada kawan dari batch yang sama. Aku sorang sahaja, terasa sunyi sedikit. Majlis dimulakan dengan ucapan Provost, kemudian sesi bersalaman dengan Provost (bersalaman saje ye, tiada terima scroll olok2 pun), ucapan penutup dan akhir sekali perarakan keluar. Ringkas sahaja. Ada abang di Masjid Bandar Bukit Puchong yang mendengar keringkasan majlis graduation itu berkata, "Ko bagitau kat dia, ada ke patut saya datang jauh-jauh ni nak salam je?". He he, in sense macam betul juga.

Sewaktu membaca buku senarai graduan, terbit rasa cemburu dengan mereka yang disenaraikan dalam Dean's List, rasa rendah diri sedikit pun ada. Tetapi setelah mendengar ucapan Provost, terasa bangga juga menjadi sebahagian daripada sebuah universiti yang mempunyai sejarah yang panjang dan gilang-gemilang. Satu perkara yang aku sangat kagumi sewaktu adalah suasana dan sikap para graduan yang menghargai orang yang berjaya mencapai kedudukan yang hebat. Setiap kali nama mereka yang tersenarai dalam Dean's list dan juga menerima Phd dimumkan, pasti tepukan gemuruh diberikan, tanpa paksa, walaupun penerima anugerah tersebut tidak ada kaitan dengan mereka. Aku turut gembira dan bangga dengan kejayaan mereka itu. Gembira dapat bertemu junior-junior dan juga tutor. Mereka turut gembira melihat aku kembali, walaupun aku agak pendiam, mereka masih lagi ingat akan daku, ok la tu. Ini menguatkan lagi sense of belonging aku terhadap UCL.

Ketika di UK, banyak masa digunakan untuk membeli-belah cenderahati untuk ahli keluarga. Sempat juga berjalan-jalan di sekitar London. Hari-hari terakhir aku telah membawa ibubapa ku ke Canterbury dan Warwick. Tentunya ia sangat jauh berbeza dari London. Menarik juga pemandangan begitu indah dan suasana begitu menenangkan, cuaca pula baik tetapi sedikit sejuk.

Gembira melihat kedua-dua ibubapaku gembira berjalan-jalan ke tempat yang ku bawa. Aku juga terasa amat kagum dengan kesabaran ibubapaku melayan kerenahku, yang kadang-kadang tidak sabar, mahu cepat sahaja, atau kadangkala terlalu dingin dan macam-macam lagi. Dari situlah aku sedar betapa hakikat aku telah dewasa, bukan anak kecil lagi. Begitu juga ibu bapaku, mereka juga tidak sama seperti dahulu yang ku kenali ketika muda remaja dahulu. Mungkin juga kerana terlalu lama berjauhan dengan ibubapa membuatkan aku terlupa akan hakikat ini. Tentunya sebagai seorang dewasa, harapan ibubapaku terhadapku sudah berbeza, juga cara aku berbicara dengan mereka perlu diubah. Dalam kelana ini jugalah aku belajar mengenali diri dan ibubapaku dengan lebih dekat. Pengalaman dan pelajaran ini membuatkan aku terasa lebih dekat dan lebih menghargai mereka. Terima kasih Emak Dan Ayah!

Aku juga sempat berkunjung ke Malaysia Hall, bertemu dengan Malaysian yang lain untuk bertarawikh dan bermoreh. Gembira dapat bertemu Ustaz Erfino. Rupa-rupanya salah seorang daripada jemaah di MSD adalah saudara jauhku, Tok Ngah. Sudah tiga tahun bersama-sama mengimarahkan surau MSD tapi tak tahupun ada pertalian persaudaraan. Sememangnya dulu memang pernah tahu ada saudara, tapi tau macam mana nak jumpa. Nasib baik emak aku kenal beliau, kalau tak sampai bila tak kenal saudara.

Setelah tiba di Malaysia, bercuti dua hari, untuk atasi jet lag alasanku. Sempat juga mencuri masa untuk memilih dan membeli sebelum raya. Suatu pengalaman yang menarik.

Sebelum Ramadhan, takut juga kalau-kalau sibuk sampai tak sempat buat apa-apa amal di bulan Ramadhan. Tetapi alhamdulillah, nampaknya Ramadhan kali ini menjadi bulan kerehatan bagiku. Kesibukan yang sering menjadi rungutanku sebelum ini, telah berkurangan di bulan Ramadhan. Kerja-kerja urgent pun kurang. Ada juga ruang beribadah, sekurang-kurangnya untuk bertarawikh.

Di hujung bulan Ramadhan pula, aku berpeluang bertemu dengan rakan-rakan lama. Kami sempat berbuka puasa bersama-sama. Alhamdulillah, sungguh gembira.

Malam ini sudah 2 Syawal. Kalau diikutkan, raya sudah habis. Cuma orang malaysia sahaja berpuasa beraya sebulan, hehe. Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.

Azlan@ABN
Kg Sungai Deraka,
Kota Kuala Muda ,
Kedah



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 17 August 2008

Kuala Kangsar

Sempat pergi ke Kuala Kangsar minggu ni. Melawat rumah kawan. Di bawa melawat bandar Kuala sekali. Memang lawa, tenang dan bersih. Seronok dapat melihat bangunan-bangunan dan rumah lama yang masih lagi kekal di sana. Sangat cantik.

Tuesday, 15 April 2008

Panduan Mengerjakan Umrah

Atas permintaan saudara Mat Lut, maka aku akan cerita sedikit sebanyak persedian sebelum mengerjakan umrah:

Visa
Untuk masuk ke negara Arab Saudi, anda perlu mendapatkan visa. Visa umrah hanya dikeluarkan 3 bulan selepas musim haji. Untuk pengetahuan, sebenarnya kerajaan Arab Saudi tidak mengenakan sebarang caj. Walau bagaimanapun, kedutaan tak menerima urusan secara terus. Anda perlu membuat permohonan menerusi travel agent. Caj perkhidmatan biasanya sekitar 50-100 GBP. Visa requirement:
  1. Passport.
  2. 2 keping gambar berukuran passport.
  3. Mendapatkan imunisasi Meningitis.
Tiket penerbangan
Menurut Abdul Hamid, seorang junior KYUEM yang kini belajar di LSE, flybmi menawarkan harga tiket yang agak murah untuk penerbangan London-Jeddah. Semua penerbangan selain Saudi Air mendarat di International Airport. Saudi Air turun kat airport sendiri.

Menurut Haji Amin, apabila tiba di Arab Saudi, dinasihatkan pergi ke Madinah terlebih dahulu. Hal ini kerana sekiranya terus ke Mekah, anda perlu memakai ihram dan memasang niat sebelum tiba di Jeddah. Dengan kata lain, pakai ihram dalam flight atau sebelum fly.

Kaedah pengangkutan termudah adalah dengan menaiki kapal terbang dari London-Jeddah-Madinah,Madinah-Jeddah-Makkah, Makkah-Jeddah-London. Kos penerbangan Jeddah-Madinah adalah sekitar 50 GBP. Tambang teksi pula adalah 300 Riyal. Bas paling murah, tapi sangat renyah.

Belilah tiket kapal terbang awal-awal sebab biasanya seat penuh. Nanti kena bayar mahal pula kalau lambat.


to be continued...

Monday, 14 April 2008

Post Umrah dan Ziarah

Nota: Atas permintaan saudara Mat Lut, maka aku tuliskanlah sedikit pengalamanku mengerjakan umrah dan ziarah untuk manafaat bersama.

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke rumah 9.45 pagi tadi, kembali dari mengerjakan umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah. Cuma aku terkilan sedikit kerana tidak dapat membawa pulang air zam-zam ke rumah. Botol air zam-zam ku hilang di Heathrow Airport. Kata ibuku , tak ada rezeki...

Pengalaman mengerjakan ibadah umrah dan ibadah-ibadah sunat lain sangat-sangat menarik dan berharga. Akan aku cuba coretkan sedikit sebanyak pengalamanku. Semoga dapat menjadi perangsang bagi yang belum lagi menjejakkan kaki ke sana untuk memasang niat dan berusaha cari peluang untuk pergi ke sana. Doakan semoga aku ada masa untuk menulis.

Tuesday, 3 April 2007

AKYUEM Fest 2007

Seperti biasa pada musim cuti Easter ni, macam orang lain, tak der cerita lain yang ditulis melainkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang musim cuti. Sabtu lepas, aku sempat menghadiri Festival AKYUEM di Warwick anjuran AKYUEM di UK and Ireland. Festival ini dianjurkan bagi merapatkan silaturrahim dan membina jaringan persahabatan antara bekas pelajar KYUEM @ KMYS.

Ketibaan aku di Warwick disambut oleh Bojol. Setibanya aku di dalam gelanggang tempat aktiviti dianjurkan, aku disapa oleh beberapa rakan2 yang turut hadir dalam AKYUEM fest. Teguran mereka dibalas dengan bersalam-salaman dan bertanya khabar. Seronok juga bertemu rakan-rakan yang lama tak jumpa terumatanya junior2 dan senior2 KMYS. Aku agak terkejut berjumpa Saudara Nik Nazmi di sana kerana setahu aku sebelum aku sampai di Warwick dia berada di Malaysia, jauh sungguh dia berjalan. Tetapi setelah beberapa ketika, aku nampak isterinya hadir sama, maka fahamlah aku, lawat isteri sekali. Aku mengambil tempat di kerusi di hujung gelanggang tempat Sid, Aiman dan Bojol melepak. Sid agak terkejut (tapi bukan terkejut beruk la, just sikit jer) melihat aku datang ke AKYUEM fest kerana dia tidak menyangka aku tak akan datang dan aku tak bagitau dia pun. Apapun kami gembira dapat bertemu semula setelah beberapa bulan tak bersemuka.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yippie! Semua kelihatan gembira. Enjoying the wonderful moment.
Aktiviti yang diadakan adalah sukan dan sukaneka. Walaupun tiba agak lewat, kira-kira pukul 12 tengah hari, aku sempat menonton sahabat2 lelaki bermain bola jaring dan perempuan bermain futsal. Kemudian dikuti dengan pertandingan sukaneka antara House. Setiap house bertarung dengan penuh semangat dalam perlumbaan berlari sambil mengepit bola di celah kangkang dan berlari-ikat kaki dengan pasangan. Sebelum perlumbaan bermula, briefing diberikan oleh Iedil dan Lopes. Demo pula dibuat oleh Shahmeen dan Basyar. Macam biasa, Shahmeen dan Basyar mesti buat lawak dengan aksi-aksi yang 'over' ketika menunjukkan cara bermain. Sepanjang sukaneka, pelbagai aksi dan ragam manusia dapat dilihat. Kelakar rasanya melihat gelagat masing2 terlompat-lompat dengan harapan dapat menyumbang kepada kemenangan rumah masing2. Kadang-kadang kesian juga melihat ada yang tak dapat mengepit bola dengan kemas menyebabkan bola asik jatuh sahaja. Akhir sekali, permainan yang diadakan adalah bola beracun. Sid menjadi Hero rumah Garnet apabila menjadi orang terakhir yang berjaya bertahan dalam permainan tersebut. Pada pusingan akhir permainan, semua orang yang hadir diminta dan dipaksa turut serta dalam permainan bola beracun termasuk aku. Mula-mula plan nak kasi' mati' cepat sebab malas nak main. Tapi bila dah ada dalam bulatan tu, sebab ramai yang berlari-lari aku hanya perlu berjalan-jalan sikit sahaja untuk mengelakkan diri dari terkena balingan bola dari pasukan lawan. Aku berjaya bertahan dalam dua tiga minit setelah hampir separuh dari ahli pasukan kami kecundang. Masa tu jadi semangat pula untuk bertahan hingga akhir, tapi tidak berjaya sebab ada sorang yang hebat telah membaling bola tepat ke arah kakiku. Aku terlalu statik dan maka mudah bagi pihak lawan mengagak gerakan aku. Tak kisah la, bukan penting pun, just suka-suka.

Lebih kurang pukul 2 petang, kami pun berhenti bermain untuk berehat, solat dan makan. Selepas makan di bilik 101(?, tak ingat), bangunan Maths and Science, sesi suai kenal diadakan. Dari itu baru aku tahu bahawa sebenarnya ada beberapa orang yang turut serta dalam AKYUEM fest bukan dari KMYS, ader dari Taylor's dan KTJ. Kemudian, Azmir membuat persembahan nyanyian di hadapan warga AKYUEM di dalam bilik tersebut. Setelah itu, sesi penyampaian hadiah diadakan. Saudara Nik Nazmi dan seorang Kakak dari Scotland telah dijemput untuk menyampaikan hadiah. Rumah Garnet telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan. Walaupun aku tidak melibatkan diri sangat dalam aktiviti sukan dan permainan yang dianjurkan, sebagai ahli rumah Garnet, aku berbangga Garnet berjaya merangkul juara keseluruhan dalam AKYUEM Fest kali ini. Akhir sekali, sesi bergambar sebagai kenang-kenangan diadakan di sebuah open area berdekatan Science and Math building.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Garnetors in red

Disebalik keceriaan yang terpancar di muka para peserta aku merasakan kemeriahan aktiviti ini agak sederhana kerana hanya lebih kurang 50 orang sahaja yang hadir. Di samping itu ada beberapa orang rakan yang kata nak datang, tidak datang. Apapun tahniah diucapkan kepada penganjur dan warga AKYUEM kerana berjaya menganjurkan AKYUEM fest kali ini. Bagi aku, ia berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit renungan. Dalam keseronokan bermain dan bermesra sesama warga AKYUEM, ada di antara peserta muslim yang kurang sensitif dalam menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Misalnya ada yang berpelukan (tapi tidak se-ekstreme dalam gambar rasanya) atau berpegangan tangan. Bagi sesetengah pihak, ini mungkin perkara biasa atau kecil sahaja. Hal ini kerana itulah cara hidup mereka atau mungkin kurang ilmu atau terpengaruh dengan keadaan sekeliling atau different value system yang dipegang. Jika dilihat dalam skop yang lebih luas, sebenarnya perkara ini tidak terhad kepada warga AKYUEM shj tapi berlaku di kalangan rakyat Malaysia Muslim di mana sahaja.

Ini amatlah menyedihkan. Sebagai hamba Allah, hamba yang mencintai Tuhannya kita hendaklah menlaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Antaranya menjaga akhlak dan hubungan sesama manusia. Di dalam hal hubungan lelaki perempuan, Allah telah meletakkan batas-batas tertentu seperti jangan menyentuh bukan Mahram atau bermanja-manja dengan bukan Mahram seperti melunakkan suara untuk menarik perhatian. Namun Islam bukanlah cara hidup (Deen) yang sempit, ada ruang atau keadaan di mana sentuhan dibenarkan seperti dalam keadaan kecemasan dan untuk tujuan perubatan. Semua ini ada hikmahnya. Bagi aku antara hikmahnya adalah untuk menjaga kesucian diri dan hati.

Sebagai orang yang yang ada sedikit ilmu dan kesedaran, aku terasa agak helpless dan sedih kerana tidak mampu untuk menegur atau memberi peringatan kepada insan yang terlibat. Aku hanya mampu merungut di sini sahaja. Belum ada kekuatan nampaknya. Apapun aku ingin mengajak semua agar menajadi insan yang lebih berhati-hati dalam gerak-geri kita termasuk ketika bergaul dengan lelaki perempuan. Semoga masa depan menjadi lebih baik.

Monday, 12 February 2007

Soton


Sedikit catatan ringkas tentang lawatan aku ke soton:

Jumaat yang lepas aku berpeluang ke Soton untuk melawat kawan-kawan yang sudah lama tak jumpa. Tambahan pula sudah hampir dua tahun aku tak gi Soton. Rindu kat kawan-kawan yang lama tak jumpa. Ketibaan aku di Soton disambut oleh Ustat Fit. Sebelum jalan terus ke biliknya, dia sempat membawa aku ke rumah Ghoi, senior YTN aku. Kat umah itu juga ada Reza, Iqbal dan Kamil. Diorang semua buat BEng. Kalau tak gi lagi lepas ni mungkin susah pula nak jupe.

Pada pagi Sabtu Ustat Fit jamu nasi lemak. Sedap, apatah lagi lama tak makan nasi lemak serta makan beramai-ramai dengan Wadi dan Amin. Setelah bersarapan, Amin membawa kami ke city center untuk membeli belah kat cash n carry, chinatown dan asda besar. Asda kat situ memang besar gile. Lunch Wadi masak, makan nasi lauk ayam black pepper.


Setelah lunch aku pun pergi mengerjakan perkara yang menjadi pendorong utama aku ke Soton, memanah. Sekali lagi aku berpeluang menyertai pertandingan memanah antara university di tenggara england (SEAL). Di sebalik masalah peralatan dan cuak, alhamdulillah aku dapat juga improve kutipan mata berbanding pertandingan kat Sussex dulu. Walaubagaimanapun tidaklah hebat sangat, just average- 484/600. Walaupun tak menang, aku tak kisah sangat sebab aku join ni just for personal satisfaction.

Setelah penat memanah selama 3 jam, aku pun pulang ke blik Ustat pada pukul 5.30 petang. Sempat tido sejam diatas katil Ustat. Hilanglah sedikit penat. Kemudia aku mengikut Ustat ke surau soton untuk mengerjakan solat. Sempat berjumpa dengan Karim dan Musrock di surau. Mus kini sudah berumah tangga dan tinggal bersama isterinya di hall berhampiran hall Wadi.

Malam itu kami makan dinner set yang dibeli dari taste of India. Dengan membayar lebih kurang 9 pound, kami dapat sth macam mushroom curry dan roti naan sebagai starter, ayam tandoori dan 2 ketul shish kebab serta pilau rice. Apa yang menarik, kami beli satu set sahaja tapi cukup untuk mengenyangkan perut 3 orang. Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 11, aku berpeluang jumpa Jon yang sampai dari Bath. Aku, Ustat dan Jon bersembang panjang sambil menemani Jon makan di kitchen Wadi.

Pagi ahad. Sebelum bertolak pulang, sekali lagi Ustat Fit bersusah payah menyediakan breakfast. Kali ini nasi briyani berlaukkan ayam goreng rempah tandoori, kacang kuda dan sayur. Setelah siap, Jon dan Ustat menghantar aku ke city center untuk menaiki bas National Express ke London.

Aku ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada sahabat2 yang melayan aku dengan baik sekali esp Ustat Fit, Wadi, Amin dan Jon. Kalau datang London, aku try la buat sebaik korang. Seronok dapat bertemu rakan-rakan, hilang rindu kat diorang.

Sekian

Wednesday, 3 January 2007

Winter Holiday: A reflection


Me & Ali, my junior in KUSESS. He is studying in Paris.

A few hours ago, Pemerhati Perajurit II asked when will I update my blog? I told him I have no idea. But after updating my Multiply site, suddenly I realised that actually this winter holiday is the most unique winter holiday in my life. Even though it was only 3 weeks, but I feel like a very long holiday. I had gone through a lot of things in my life. Sad, happy, fun and boring.

Met Ust Fit & Bob, visit Dublin, PUISI, received ESH from YTN, Meet Dr Foord, Eid, reminder from YTN director, Mas's visit, unfortunate New Year, Abg Saif's visit, taking a lot of pictures and a lot of sleep.

Hmm I don't think I will write everything here, now. I will come back to write about it later if I have mood.

Dinner prepared by Abg Saif in my room.