Showing posts with label Daily life. Show all posts
Showing posts with label Daily life. Show all posts

Wednesday, 7 May 2008

Jalan-jalan di belakang rumah



Gambar diambil dari flickr wan aimran

Semalam sempat berjalan-jalan di terusan dekat belakang rumah yang dikenali sebagai Little Venice. Wan Aimran ikut sama. Kami keluar untuk melihat bot-bot yang banyak di sana sempena sambutan IWA Canalway Cavalcade.

Friday, 28 March 2008

Lunch out at Iraqi Grill



Alhamdulillah, yesterday Wan Aimran, Munzir and Me had a lunch out at one of the Iraqi Grill restaurant at Edgware Road. It is located in between Alpha Chicken and SFC. We had Qoosi, bread and grilled fish. The food was really good and reasonably priced. We really enjoyed yesterday's experience.

Thanks to Fauzan who introduced to this good restaurant.

Thursday, 27 March 2008

Sambutan Maulidur Rasul di MSD

Pada hari Khamis lepas, 20 Mac, sambutan maulidur rasul di MSD diadakan dengan jayanya. Mawlid tahun ini membawa sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tiada sebarang ceramah daripada ustaz, sebaliknya aktiviti kali ini lebih santai dan pelbagai. Majlis dimulakan dengan membaca sepotong ayat al-Quran dari surah Muhammad diikuti pelbagai aktiviti seperti persembahan nasyid oleh Soutus Salam, pembentangan oleh pelajar-pelajar, kuiz, deklamasi puisi, nyanyian nasyid oleh kanak-kanak dan charity auction. Ustaz Erfino telah meminta aku dan sahabat2 untuk membantu beliau dalam menganjurkan majlis tersebut. Ustaz telah menugaskan aku untuk jadi MC. Ini merupakan pengalam pertama jadi MC. Alhamdulillah dapat di uruskan dengan baik. Satu pengalaman yang sangat berharga. Tahniah kepada sahabat2 yang turut membantu menjayakan sambutan Mawlid. Terima kasih juga kerana sudi melibatkan diri terutamanya saudara Hazwan yang sudi membuat pembentangan dan saudara Wan Aimran yang sudi mengarang sebuah puisi yang begitu menarik sekali. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Photos courtesy of Wan Aimran.

Muslimin dan Muslimat yang hadir

Saudara Abdul Hamid memperdengarkan bacaan al-Quran

Deklamasi puisi duo, Wan Aimran dan Faizal

Ihab mempedengarkan lagu Ghurabaa' nya dengan penuh semangat

Im, Bun dan Helmi

Mendengar nasyid

Sape mau beli kasut hijau ini?? Murah murah !!

Thursday, 20 March 2008

Alkisah

Tersebuklah sebuah kisah, seorang budak telah dibawak ke balai tanpa sebarang penjelasan. Sudah kira-kira 21 jam dia di sana. Hatiku sungguh resah. Begitu juga orang-orang yang berkenaan. Apatah lagi yang tersayang. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak, tiada sebarang maklumat yang diberikan oleh pihak berkenaan. Namun setakat ini kami tahu bahawa dia selamat berada di lokasi yang berhampiran rumah kami. Semoga Allah melindungi dia. Harap-harap tiada apa-apa yang buruk berlaku

Wednesday, 12 March 2008

seorang ibu

Petang tadi aku terpaksa keluar ke kedai dobi untuk membasuh baju kerana mesin basuh di rumah tak dapat digunakan akibat sistem paip utama rosak. Ketika menunggu baju dikeringkan aku sempat berbual-bual dengan mak cik yang bertugas menjaga kedai tersebut. Dia banyak memberi nasihat kepadaku. Jaga diri baik-baik, jangan libatkan diri dalam benda-benda tak senonoh, buat keja elok-elok dan jangan minum arak. Dia juga bertanya tentang ibu bapa dan keluargaku di Malaysia. Dia berkata," They must miss you" dan juga "But when you go back, you will have a degree. They must be proud with you. When you go back, they will make a party to celebrate.. eh?". Apabila aku bercerita tentang aku adalah abang yang sulung dia berkata "You must support them, aaa?" (merujuk kepada adik-adik ku).

Walaupun nasihat yang diberikan oleh mak cik itu ringkas, ia amat berguna dan sedikit sebanyak menyentuh jiwaku. Sifat dan gaya keibuan mak cik itu yang jelas terserlah ketika kami berbual membuatkan aku sedikit sebanyak merindui ibuku dan keluargaku. Betapa sebenarnya telah lama aku tidak merasa kemanisan bertemu dengan orang tuaku kerana tinggal di perantauan.

Sudah lama aku tidak mendengar kata-kata seperti itu. Biasanya bila balik kampung, ahli keluargaku tak kira tok, wan, pak cik, mak cik atau pun sesiapa sahaja tak akan jemu memberi peringatan dan nasihat tentang kehidupan dan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Menarik sungguh pengalaman hari ini. Pengajaran dan petunjuk boleh dicari di mana-mana sahaja. Tak kira siapa. Terpulang kepada kita samada untuk menerimanya atau sebaliknya.

Friday, 23 November 2007

Rindu itu adalah...Anugerah dari Allah

Dalam beberapa hari ni terasa rindu sangat kat keluarga di Malaysia. Walaupun sudah telefon terasa tak puas lagi. Kenapakah?

Wednesday, 21 March 2007

Cuak Giler

Deadline final report untuk 3rd year project tinggal 4 hari sahaja lagi. Takat ni baru ader 20 muka surat. Banyak lagi kena tulis ni.. Adeh pancit. Kenapala menggatal buat tingga kerja sampai last minute? hu hu...

Thursday, 22 February 2007

Oh, no. Power supply dead!!

I just found that the AC-DC adapter for my external hard disk gone dead yesterday. Now I cannot access to the valuable data in my external hard disk. A quick search in the search engine shows that the price for a replacement is too high. Around 25-40 quids. Masyallah that is too high. I cannot afford to spend that much money just for a piece of adapter. So whoever knows where can I get an AC-DC converter 12V 3 amps for less than 20 quids please let me know. Jazakallah

Thursday, 8 February 2007

Its snowing

Photobucket - Video and Image Hosting
While I am writing in my room right now, it is snowing out there. It reminds me the trip to Turkey during the first year. It was easter break. I didn't expect it will be snowing there. The first day we arrived in Istanbul was very cold and windy. It feels like minus 3 or less. While arriving in Kapadokya, I was suprised to see snow falling. I was very excited to see the land covered by white blanket. Plus, that was the first time I see snow fall that heavy in my life. There wasn't much snow in London during that year. So I am very happy. I acted like a kid who never had seen snow in his life. It was very fun. Hassan and other friends love to throw snow ball to each other.

Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
Clay Turkey and bike in London


Saturday, 9 October 2004

Sejukkk.....

Hari demi hari suhu semakin sejuk. Tambah pula kalau angin bertiup kencang. Huh,tak tahan...Bilik aku yang ada heater ini pon terasa sejuk. Nampaknya kena beli portable heater ni.

Pada malam ni (Jumaat), buat pertama kalinya aku dapat merasa 'asap' keluar dari mulut aku. Best gak rasanya. He he.