Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Saturday, 17 October 2009

BerUSRAH di tempat kerja

Sukar sekali untuk mencuri hati manusia. Tanpa jalinan hati yang akrab antara manusia, begitu sukar sekali untuk berurusan sesama sendiri. Tanpanya, masalah perselisihan faham, sakit hati, tak dengar kata dan sebagainya sangat mudah terjadi.

Ia perlukan kesabaran dan masa. Sebelum tercapainya tahap saling mempercayai dan memahami, pelbagai ujian perlu ditempuhi.

Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan aku menggalas amanah sebagai Jurutera CBM, barulah kini terasa bibit-bibit kejayaan memenangi hati anak-anak buahku. Syukur, majlis jamuan hari raya yang dianjurkan sedikit sebanyak memudahkan aku untuk menghampiri dan bermesra dengan mereka. Pagi semalam juga, sempat bersarapan sekali. Sempat juga bersembang dan mengenali peribadi mereka dengan lebih dekat. Paling memuaskan adalah mesyuarat petang semalam, alhamdulillah nampaknya masing-masing dapat memahami dan menerima arahan yang diberikan. Sebahagian daripada mereka juga kelihatan proaktif dalam perbincangan. Suasana yang begitu santai dan mesra menjadikan mesyuarat selama sejam lebih itu terasa sekejap sahaja. Alhamdulillah.

Aku gembira sekali kerana teknik menjalinkan hubungan yang digunakan dalam usrah nampaknya begitu berguna sekali dalam dunia kerjaya. Taaruf, Tafahum, dan Takaful.

Taaruf, berkenal-kenalan. Kalau nak mengenali seseorang, kenalah memperuntukkan masa yang lebih. Kita kena tahu latar belakang mereka, perkara yang mereka suka dan tidak suka. Kata naqib aku, kena kenal sampai tahap dengar bunyi tapak kaki pun dah tahu siapa orangnya. Mungkin aku tak sampai tahap itu lagi. Nampaknya perlu berusaha lebih lagi ni.

Tafahum, bersefahaman. Tugas ini lebih sukar. Kadangkala, lain yang dikata, lain pula yang disangka. Sebagai bos, kena banyak bersabar. Tak boleh ingat diri paling hebat, sebaliknya perlu rendah diri, baru mudah untuk mendidik dan membentuk anak buah.

Takaful, saling membantu. Saling membantu atas rasa kasih sayang dan prihatin. Janganlah menyombong sangat, tak mahu tolong buat kerja remeh-temeh kerana merasakan diri tidak layak atau tidak sepatutnya buat kerja tersebut. Sebenarnya dengan sikap tolong-menolong itu, boleh menjadi senjata yang ampuh utuk menyentuh hati manusia. Lihat sahaja bagaimana pemimpin Al-Arqam (ajaran dan gerakan ini telah diharamkan) berjaya memenangi hati pengikutnya.

Itu teori, praktikalnya, rajin-rajinlah duduk sekali, bersembang. Bertanyakan masalah, perkembangan dan cerita-cerita sampingan yang dirasakan sesuai, faham dan bercakap dalam bahasa mereka. Makan sekali pun penting, bukan budak uni je yang suke makan free, dah kerja pun sama. So rajin-rajinlah belanja makan. Aku rasa dua perkara itulah yang paling penting. Yang lain tu, pandai-pandailah. Contohnya bersikap tegas atau lembut pada tempatnya.

Pengajarannya, jangan segan-segan join usrah dik oi... Kalau orang suruh jadi naqib pula, jangan lah segan-segan, ana manafaatnya. Sapa kata usrah tak best? Kalau tak best sebenarnya korang yang tak best, bukan usrah itu yang tak best. He he. Oi kawan-kawan, bile lagi nak berusrah ni???


wallahua'lam



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Friday, 9 October 2009

Lumrah kehidupan

"Bagaimana dengan pekerjaan kamu?"

"Ianya terlalu sukar, terlalu sukar..."

"Macam tulah kerja, bukankah ianya sepatutnya begitu?"

Begitulah lebih kurang isi perbualan ringkas aku dengan Prof Richard Jackman, personal tutor aku ketika tahun ke dua di UCL. Aku terasa macam terkejut seketika apabila mendengar jawapannya. Tapi memang betul katanya, akhirnya aku terpaksa menerima dan menelan hakikat itu biapun ianya pahit.

Ya kalau tak susah, tak mencabar lah. Nanti merungut bosan pula.

Kehidupan bekerja setelah mendapat tugasan yang khusus ini memang mencabar. Aku rasa antara yang paling mencabar di sebalik workload dan nature of work adalah masalah mengurus semangat dan perasaan. Perasaan gembira bekerja dan bersemangat untuk menyumbang begitu sukar dipupuk, malah lebih mudah luntur.

Kadang-kadang aku cuba memperingatkan diri bahawa niat bekerja ini hendaklah dibersihkan, biarlah ia semata-mata untuk Allah. Maka apa yang berlaku sepatutnya aku terima dengan hati yang redha.

Teringat cerita tukang rumah oleh ustaz Hasrizal, ada yang mengecat sambil meyumpah-nyumpah, dan ada pula yang menyanyi kegembiraan. Yang menyumpah itu buat kerja kerana terpaksa dan yang seorang lagi itu gembira kerana dia tahu dia bekerja untuk memberi. Maka aku pun cuba mempraktikkannya, ada juga perubahannya. Sedikit sebanyak hatiku menjadi lebih senang. Cuma ia tidak dapat bertahan lama, rasa kurang puas bekerja itu selalu kembali menghantui diri.

Perasaan itu semakin menjadi-jadi apabila bertemu dan bersembang dengan orang yang juga hampir sama kedudukannya dengan aku. Frust... Terasa seperti kurang belajar. Sentiasa membuat perkara yang sama. Atau mungkin juga kerana terasa seperti sangat jauh daripada jalan untuk mencapai cita-cita yang besar itu. Lebih sakit hati bila memikirkan macam-macam kekurangan dan masalah lain.

Rasanya itulah dia cabaran untuk mengamalkan ilmu. Untuk belajar dan bercakap pasal teori lebih mudah dari walk the talk. Hu hu.

Pagi ini, aku mendapat berita yang kurang menyenangkan. KPI dan juga kompetensi, ramai yang kena slash, semata-mata untuk mengikut kuota. Biarpun ramai yang kecewa, aku sangat kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakan-rakan jurutera yang lebih senior. Mereka kata, "Tak mengapa, walaupun kita terasa hati, tugas tetap perlu dilaksanakan. Kita usaha lebih gigih lagi untuk tahun depan. Rezeki masing-masing sudah sudah ditetapkan, kalau tak dapat kali ini, mungkin kita akan dapat di masa yang lain." Masya-Allah, tinggi sungguh sifat sabarnya , juga optimis dalam kehidupan.

Merenung kembali, sebenarnya aku berada dalam keadaan yang sangat beruntung. Ada kerja, dapat gaji. Sahabatku mengajak aku berfikir, bagaimana dengan orang yang lain yang diuji dengan pengangguran dan kesempitan wang? Benar sekali katanya. Susah-susah aku pun, tak sesusah seorang lagi colleague aku tu. Maka inilah masanya untuk belajar bersyukur, redha dan bersabar...

p/s: Ni lah kot perangai orang yang tak pernah hidup susah. Kalau generasi bapa kita, yang membesar di tengah-tengah kemiskinan, tak pernah jemu, mahupun merungut... Ish,ish... Apa nak jadi ni...

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 8 October 2009

semangat yang kian luntur

Entah mengapa, walau sudah berkali-kali berasa seperti berjaya memulihkan semangat, akhirnya aku kembali menjadi lemah semangat untuk bekerja. Asik merungut sahaja. Ada sahaja nak di komplen.

Nak tulis blog pula tak semangat sebab tak larat.

p/s: inilah dia alasan di atas jarangnya aku update blog kot. Ha ha.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Wednesday, 5 August 2009

CBM

Fikiran ku agak buntu sejak akhir-akhir ini. Buntu memikirkan apa yang boleh dikongsikan bersama bagi mengisi kekosongan blog yang sudah beberapa hari tidak dikemaskini.

Oh, sebenarnya bukan fikiranku yang buntu tetapi sebaliknya otakku telah tepu dengan hal-hal kerja sehingga tak ada ruang lagi memikirkan untuk menulis. Disebabkan ditegur oleh seorang kawan lama di Grik dahululah, aku menggagahkan diri untuk menulis juga biarpun belum tahu lagi apa yang nak diceritakan.

Mungkin elok juga aku ceritakan apa kerja terbaru aku sekarang ini. Sekarang aku telah ditugaskan sebagai jurutera senggaraan 33 kV, walaupun surat yang baru dihantar oleh HR Division baru-baru adalah sebagai jurutera Perlindungan. Ah itu politik kerja, tidak perlu dimasukkan di sini he he. Oops lari topik. Sebagai Jurutera Senggaraan, aku dikhususkan menguruskan kerja-kerja CBM. Kerja menguruskan senggaraan pencawang dilakukan oleh jurutera senggaraan yang lain.

CBM bererti Condition Based Monitoring. Kerjanya adalah untuk melihat, mendengar dan mengukur kadar kesihatan pepasangan elektrik di dalam pencawang. Dengan menggunakan alatan yang sesuai, kita dapat melihat kadar kepanasan, bunyi dan ukuran Transient Earth Voltage yang dikeluarkan daripada pepasangan tersebut. 


Fuse link yang panas

Link box dan earthing cable yang terlalu panas

Kepanasan dilihat dengan menggunakan infrared camera seperti dalam cerita predator tu. Sama seperti manusia, kalau demam suhunya akan naik. So kalau suhu terlampau tinggi, kenalah diubati. Maka adalah menjadi tugasku untuk menguruskan orang memperbaiki alat yang kepanasan itu agar kesihatannya kembali normal.

Begitu juga dengan bunyi, kalau manusia, doktor menggunakan stetoskop untuk mendengar degupan jantung dan kelancaran pernafasan. Maka dengan menggunakan mikrofon dan amplifier berprestasi tinggi, kita akan dapat mendengar bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat yang bermasalah. Sama seperti orang yang lelah, tentu bunyinya kuat dan lain macam. So prinsip yang sama juga digunakan dalam hal ini.

Menurut TKJ ku, kerja-kerja ini sangat penting kerana ini merupakan benteng pertama dalam mempertahankan daya harap sistem pembahagian. Kalau nak mengharapkan routine maintenance atau preventive maintenance, ia terlalu lambat. CMB dijalankan setiap 6 bulan dan 2 buan bagi pencawang yang sangat penting. Malah jika berharap kepada kaedah biasa sahaja, kejanggalan tersebut belum dapat dipastikan dapat dilihat dengan mata kasar.

Harap-harap tidak ada yang pening membacanya. Aku cuba mengelakkan menggunakan jargon di dalam menerangkan hal ehwal kerja aku ini.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Tuesday, 19 May 2009

Pulang dari kerja

Baru saja pulang dari kerja malam. Aku bukan kerja shift atau standby. Siang tadi kerja 8-5 juga. Hanya menambah masa bekerja di  malam hari. Hu hu.

Bagi yang tak tahu, sebagai seorang jurutera TNBD di KL, sudah menjadi lumrah bagi kami untuk bekerja waktu malam. Kerana sebahagian besar operasi terpaksa ditunda ke waktu malam ekoran loading yagn terlalu tinggi.  Well tu mungkin betul bagi junior2 a.ka kuli2 macam aku ni. Kalau bos2 kadang-kadang je kena turun site malam2. He he.

Anda sudah pasti maklum, sekiranya baca posting aku yang lepas, exec memang tak ade overtime tapi itulah hakikat kerja. Cumanya kami boleh gi kerja lambat sikit esok pagi. He he. 

Saje seronok bercerita. Aku percaya doktor-doktor kerja lagi teruk dari aku. 

Wednesday, 13 May 2009

Anger Management

Suatu  hari ketika aku duduk bersarapan, Pak Cik Rahim Bertanya, "dah kerja?"
Aku pun menjawab " Ya, kat TNB Distribution Kepong"
Kemudian sambil tersenyum,  Pak Cik Rahim berkata, "Welcome to the real world"

Pada ketika itu aku rasa aku dapat memahami kata-katanya itu. Berdasarkan pengalamanku berinternship dan juga bekerja di Malaysia Hall dapatlah aku nampak sedikit-sebanyak cabaran-cabaran dalam dunia pekerjaan ini. 

Walaubagaimanapun, peristiwa hari ini membuktikan aku sebenarnya aku masih lagi benar-benar faham akan erti kata-katanya itu. Aku hanya baru di tahap mengetahui.  The real world sememangnya penuh dengan cabaran. Cabaran-cabaran inilah yang menyebabkan kita diregangkan sehingga kadang-kadang terasa begitu sakit sekali.

Ceritanya begini. Aku telah meminta rakan sekerjaku buat kerja sikit. Atas rasa semangat waja, aku pun push dia buat kerja cepat-cepat sedikit. Katanya OK saja.

Kemudian apabila seorang rakan sekerja yang lain bertanya kepadanya, "Buat ape tu?"
"Buat ni... Tambah details, abn suruh. Saje je layan dia, entah kenape dia semangat sangat hari ni"

Terdengar kata-katanya itu, aku terus meletup "Ooo, dengan aku x cakap ape-ape, dengan orang, kutuk aku. Panas ni.." memang terasa panas juga telinga masa tu. Nasib baik perasan cepat, cepat-cepat mengawal diri.

Itu je ceritanya. Tak de la teruk sangat. Walaupun dia berniat nak bergurau sahaja tapi aku amat terkesan.

Begitulah manusia, ada macam-macam jenis. Aku jadi panas kerana merasakan ada unsur-unsur hypocrisy di situ. Aku lebih rela permintaanku ditolak awal-awal daripada hanya membuat kerja sebagai 'melayan kerenahku' semata-mata. Apapun itulah manusia. Manis berkata-kata, tetapi di dalam hati siapa yang tahu.

Renungan buat diri ini

Mungkin juga betul katanya. Orang tengah sedap-sedap berehat setelah bekerja keras terus suruh buat kerja lain. Tak kasi chance langsung. Mungkin juga apa yang aku suruh tu tak reasonable. Lain kali kena lebih considerate dan jaga timing.

Melihat kembali reaksi aku ketika itu membuatkan aku terfikir apakah aku berbuat baik terhadap orang dengan harapan orang lain akan berbuat baik kepada diri sendiri? Apabila berlaku peristiwa yang sebaliknya, aku jadi marah. Sepatutnya orang yang ada sifat Ihsan akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan sehabis baik tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan keredhaan Allah semata-mata.  Jadi, kalau tidak mendapat balasan atau diberikan tuba, tak ada masalah baginya. Banyak lagi kena improve ni...

p/s; Time-time kerja memang macam ni. Ni baru sikit, belum lagi kena bambu oleh bos etc. Tulisan ini tidak bermakna sebagai memendam rasa. Sekadar menukilkan sedikit pengalaman sebagai peringatan kepada diri sendiri agar sentiasa stay in control. 

Thursday, 7 May 2009

Emo seketika

Pagi tadi aku emo seketika apabila memikirkan situasi ku sebagai seorang pelatih yang tak dapat claim mileage walapun kerja pada waktu malam. Aku emo kerana merasakan ia seolah-olah tidak adil bagi majikanku untuk meyuruhku bekerja tanpa upah (well gaji biasa tu dapat la-cuma sefaham aku ia cover 8 jam kerja sehari je). Kalau diikutkan hati sebagai seorang yang tidak tahan melihat ketidakadilan, mahu saja aku make complaint to the boss dan juga badan-badan yang berkaitan.

Memikirkan kemarahanku ku pagi tadi, tersenyum aku dibuatnya. Sebenarnya tempoh untuk tidak dapat claim itu hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Lepas tu bussiness run as usual.

Dari peristiwa pagi tadi, dapat aku kenali diri sendiri. Kadang-kadang tak sabar juga aku ni. Keduanya aku teringat akan ceramah Ust Has, tentang tujuan dan niat bekerja. Apakah aku ini bekerja semata-mata untuk mendapatkan upah i.e money oriented? Andai aku bersabar pagi tadi, sudah tentu siang tadi dilalui dengan lebih gembira. Hu hu

Saturday, 20 December 2008

Downs and Ups

By: Azlan @ ABN
notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.



Bismillah. Alhamdulillahi rabbil alamin. Segala puji bagi Allah yang telah memberikan segala nikmat dan rezeki kepada makhluk-Nya. TIada tuhan selain Dia. Dan Nabi Muhammad adalah persuruh-Nya.

Aku berasa sangat bersyukur kerana akhirnya dapatlah juga aku memulakan kerja di TNB setelah sekian lama menunggu dan 'kecewa'. Kini dapatlah aku berusaha untuk berdiri di atas kaki sendiri dan memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera.

Aku baru sahaja pulang dari program orientasi bagi esekutif baru TNB yang ke 33. Aku berasa sangat puas hati apabila pegawai-pegawai yang memberikan taklimat berjaya mengubah sedikit sebanyak perspektif aku terhadap TNB. Sekurang-kurangnya dapatlah aku faham sebahagian daripada sebab-sebab beberapa perkara yang telah berlaku sebelum ini. Misalnya, kenapa aku masuk kerja lambat. Rupa-rupanya kerajaan telah mengeluarkan arahan untuk membekukan sebarang pengambilan staff baru dalam mana-mana GLC. Tetapi atas dasar 'caring' akhirnya TNB ambil juga walaupun arahan telah dikeluarkan.

Banyak perkara yang aku belajar dari program orientasi ini, aku juga dapat mengenali organisasi dengan lebih mendalam. Satu perkara yang penting bagi aku adalah menyedari bahawa cabaran kerja di TNB sangat hebat sebenarnya. Mungkin juga lebih hebat dari kerja Fluor. Di Fluor, aku mungkin berpeluang belajar dan melibatkan diri dalam projek yang menggunakan cutting edge techbology. Tetapi dari segi ilmu management mungkin kurang, kerana aku hanya deal dengan golongan yang boleh kata highly educated sahaja. Yang kedua, kata Datuk Kamaruzzaman kata, kerja dengan TNB sebenarnya adalah satu peluang bagi kita berkhidmat untuk masyarakat sebenarnya kerana menyediakan keperluan asas kepada semua orang. Ini membuatkan aku rasa rendah diri apabila mengingatkan kata-kata tersebut.

Terlalu banyak perkara yang aku lalui dalam masa yang singkat ini, tapi tak mampu rasanya nak tulis semua. Kejutan pun ada. Apapun terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang sering mendoakan dan memberi sokongan kepada aku. Benarlah kata-kata salah sorang kawan, "jangan risau, everything will be fine".

In a nutsthell, the orientation has exceeded my expectations and made me feel really humble.


Thursday, 4 December 2008

Keputusan Muktamad

Setelah diberi penilaian dan pertimbangan yang sewajarnya, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah berjaya di dalam sesi tersebut. Untuk makluman, tarikh lapor diri adalah pada 15 Disember 2008 dan tiada penangguhan dibenarkan.
Alhamdulillah, berakhirlah segala ketidaktentuan. Terasa seksa juga apabila dibiarkan tergantung sahaja. 

Wednesday, 12 November 2008

cuti yang sibuk

Tidak ku sangka, cuti kali ni macam tak cuti pula. Ada sahaja benda nak buat. In a way bagus juga la. Cuma kadang2 bila banyak sangat komitmen ni, terlepas pula, dengan kata lain malas pula nak buat aktivit2 peningkatan diri. Tu yang sedih sikit.

Semasa kat UK dulu, selalu juga tengok blog kawan2 yang balik Msia macam jarang tak di update. So tertanya2 jugak le macam mana keadaan diorang. So pernah berazam supaya cuba selalu update blog. Nampaknya kerisauan ni, memang telah terjadi... He he. Lama jugak rasanya tak update ni.

Sekarang ni tengah tunggu surat dari TNB. Tak tahu lagi macam mana diorang nak campak aku ni. Masa interview dulu agak frust sebab dapat signal mungkin akan kena masuk bahagian IT sebab diorang nampak aku score programming. Sebenarnya, aku tidak pernah teringin masuk IT. Malah cita-cita aku nak jadi engineer. Maklumlah orang muda, masih lagi banyak bercita-cita dan keinginginan duniawi ni. Bertambah sakit hati apabila aku pernah mintak tangguh kerja TNB sebab nak cari pengalaman dalam bidang kejuruteraan, mereka tak bagi, malah kata akan bagi kerja yang sesuai. Aku cukup berang pada waktu itu apabila mendapat signal seperti itu. Bagi aku ini suatu penganiayaan, kerana melatakkan aku dalam bidang yang aku rasa kurang sesuai dengan diri aku dan tujuan mereka sponsor aku dalam bidang electrical. Tapi setelah berfikir dan mendengar pelbagai pandangan dan nasihat, aku sekarang sudah berjaya menenangkan diri dan redha dengan apa jua keputusan yang bakal diterima. Apa yang penting adalah apa yang aku boleh buat dalam menentukan aku mencapai cita-cita dan hala tuju aku sendiri.

Wednesday, 29 October 2008

Updates from my future employer

Sat Oct 25 04:43:33 2008
Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan dengan ini telah berjaya dalam sesi penilaian peringkat pertama untuk Program Eksekutif Pelatih di Tenaga Nasional Berhad.
Tue Oct 28 12:57:37 2008

Congratulations,

We are pleased to invite you for an interview for the Executive Training Program (PEP) at Tenaga Nasional Berhad.

Date and Time : 3 November 2008, Monday @ 9.00am
Venue
: TNB Research Sdn.Bhd.

Please arrive 15 minutes before scheduled time and be prepared to stay for a few hours for the interview. Also have your breakfast/lunch before you come.

Please bring along your original certificates.

Change of time or date of an interview will not be entertained. Please dress appropriately for the interview.


Alhamdulillah, akhirnya.

Thursday, 23 October 2008

A night before the interview

I am really knackered. Did a lot of heavy work during the day and went shopping a pair of shoe for the interview tomorrow (Too bad I did not have a shoe, , the old one is still in the UK). I am barely prepared. Wadi said, nothing to be worried, they will take me to work with them anyway. Ha ha. Anyway, I hope I will go through the interview easily. May Allah help me.

Monday, 20 October 2008

Jemputan, sebenarnya arahan!

We are pleased to invite you for an assessment ....

Date and Time : 24th October 2008, Friday @ 8.00am

Change of time or date of assessment will not be entertained. Please
dress appropriately for the assessment.


You are invited, but you must attend. Otherwise you will be considered as breaching the contract. Plus you can not change the date. Hm...

Alhamdulillah, akhirnya ada juga berita. Tiba-tiba rasa macam sayang pulak bila dah tahu cuti akan habis, tiada lagi masa untuk bersenang-lenang. Hu hu.