Sunday, 24 April 2005

study2

study, study, study... Tengok nick member2 kat msn messenger semuanya ada kaitan ngan study. Semua orang tengah sibuk study. Maklumlah dah dekat nak exam. Kenalah berusaha.

Cakap pasal study ni teringat pasal ceramah sempena Maulidul Rasul kat kolej tercinta, KYUEM baru-baru ini. Disampaikan oleh Ust Hasrizal . Kalau nak dengar sila klik sini. Link diberikan oleh Tuan Fairuz.

Dalam ceramah tu, Ust ada menyentuh tentang ibadah. Tujuan Allah menjadikan kita adalah untuk beribadah kepadanya. Allah berfirman dalam surah Adh-Dhariyat ayat 56 ,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

'Tidaklah aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mereka menyembah aku".
Al-Qur'an, 051.056 (Adh-Dhariyat [The Winnowing winds]) Text Copied from DivineIslam's Qur'an Viewer software v2.9

Dari ini ayat dapatlah disimpulkan bahawa kita sepatutnya kita beribadah 24-7. So berapa lamakah masa yang kita gunakan untuk beribadah kepada-Nya?

Sebenarnya ibadah ni bukan terhad kepada perkara² dalam rukun Islam sahaja. Perkara² yang biasa seperti makan, tido, masuk tandas dan kerja² lain juga dikira sebagai ibadah sekiranya diniatkan semata² kerana Allah dan mengikut hukum syarak. Begitu juga dengan study. Study pun sepatutnya diniatkan kerana Allah bukan semata2 kerana hendak mengejar kesenangan dunia. Mari kita check balik, adakah setiap kali kita membuka buku, kita ikhlaskan hati kerana-Nya?

Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh2 kerana Allah. Berdoalah dan bertawakkallah. Moga2 mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

No comments: