Monday, 23 January 2006

rajin dan malas



'Rajin' dan 'malas' adalah rakan karib yang sentiasa menemani hidup ini. Adakalanya diri ini terasa sangat seronok, bersemangat, rajin bekerja, belajar atau buat apa sahaja. Cepat sahaja siapkan perkara yang mahu dilakukan. Namun demikian, malas pun nak juga bersama diri ini. Oleh itu kadangkala si 'rajin' terpaksa mengalah. Bila 'malas' bersamaku, apa pun tak jadi. Mahu melepak sahaja. Maka rugilah pada masa itu. Segala tanggungjawab terabai. Akhirnya bertimbun-timbun beban yang kena pikul.

Muhammad Yusuf berkata, " teruskan perjuanganmu walaupun terasa malas. Jika tidak, kelak kau kan mennyesal tak sudah." Maka diri ini, dengan insafnya menerima kata kata itu dan cuba mengamalkannya. Ayuh, mari kita teruskan perjuangan ini walau pelbagai halangan menunggudi hadapan.

Si ABN.

1 comment:

yusuf said...

bila masa aku cakap abn

by the way: tgh membangunkan weblog baru setelah yg hari tu dihack

yusufshamsi.blogspot.com