Masa kecil2 dahulu, aku selalu dengar kata-kata yang berbunyi "Be Yourself". Aku tak ingat mana datangnya benda ni dan dari siapa aku dengar. Apa pun memang berguna jugak la. Terutama dalam keadaan pengaruh rakan-rakan sangat kuat.
Prinsip "Be Yourself" ini banyak diamalkan semasa aku ikut group memanah di sekolah dulu. Masa form 3 aku mula melibatkan diri secara aktif.
Alhamdulillah berjaya melayakkan diri menjadi wakil sekolah merangkap wakil daerah (sebab masa tu tak der orang lain dah dalam daerah tu). Sebenarnya kehidupan sebagai ahli sukan pada masa tu bukan terhad kepada latihan dan pertandingan sahaja. Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama dalam pelbagai aktiviti. Antaranya makan, membaiki alat memanah, berjalan2, bersembang2, lepak rumah coach, sambut birthday dan macam-macam lagi. Walaupun masa tu aku bersekolah di sekolah asrama, namun aku dapat keluar sekolah selalu sebab memanah. Sedikit sebanyak dapat kenal perangai budak sekolah harian di daerah aku belajar.
Ok, back to the point. Semasa aku bersama-sama kumpualn pemanah, kadang2 mereka membuat atau membincangkan sesuatu perkara yang aku tidak setuju dan tidak suka. Maka aku selalu mengelak daripada mengikuti mereka. Dari semasa ke semasa aku cuba menguatkan pendirian aku. Antara kaedah bagi menguatkan pendirian aku adalah dengan selalu memperingatkan "Be Yourself". Buat apa ikut2 orang, apa faedahnya. Lebih baik aku mengekalkan identiti diri ini. Alhamdulillah, selamat la jugak daripada PRS ni, walapun ade la sikit2 terkena serpihan PRS.
Semasa gi PUISI 2006 pun aku pernah membincangkan tentang "Be Yourself" ni. Kawan aku tanya, adakah aku perlu berubah sekiranya aku ingin menjadi orang yang lebih baik? Sewaktu itu aku katakan, tidak semestinya. Sekiranya apa yang kamu lakukan seperti berkawan baik dengan semua orang, suka membuat lawak atau suka ketawa teruskan je. Yang penting, tidak melampaui batas-batas agama.
Setelah 2 minggu aku pulang dari PUISI, aku cuba review aktiviti-aktiviti yang kami buat dan juga pengisian yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal berkenaan sikap dan tabiat. Antara aktiviti yang membuatkan aku merenung sejenak adalah aktiviti yang melibatkan personality check (tak ingat apa nama yang sebenar). Yang pertama adalah aktiviti untuk menentukan samada aku adalah seorang yang mengamalkan sikap "Put First Thing Fist" dengan baik dalam kehidupan ini atau tidak. Jawapannya, rahsia la... Apapun aku mendapati bahawa aku perlu mengubah sikap aku untuk menjadi orang yang mengamalkan "3rd Habit" ini dengan baik. (Point #1)
Ustaz juga memperkenalkan satu kaedah untuk mengenali diri ini dengan cara mengisi borang kaji selidik (questionnaire). Secara ringkasnya, ustaz menceritakan bahawa berdasarkan kajian dan pemerhatian Encik Covey, manusia terbahagi kepada 4 kumpulan (nama kumpulan itu diberikan ikut nama buah). Bagi menyesuaikan dengan nama buah-buahan tempatan, Fitrah Perkasa telah mengubah nama-nama tersebut kepada langsat, limau, manggis dan tembikai. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan sendiri. Dan secara typicalnya, dalam sebuah syarikat/organisasi, kumpulan ini mewakili kumpulan tertentu dalam organisasi seperti managers and CEOs. Setiap kumpulan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Katakan aku adalah langsat, tapi aku bercita-cita untuk menjadi CEO sebuah syarikat yang besar di peringkat global. Mampukah aku menjadi seorang CEO sekiranya aku mengekalkan sikap aku sebagai seorang langsat? (Point #2)
Ustaz memperingatkan kepada para peserta bahawa Rasulullah SAW adalah role model yang terbaik, padanya terdapat uswatun hasanah (contoh terbaik). Sekiranya ingin menjadi orang yang terbaik, aku harus mencontohi sikap Rasulullah. Dengan kata lain mengubah sikap yang mana tak berapa bagus kepada sikap yang baik seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah. (Point #3)

| | |
| Aku | Aku bertopengkan ultraman |
No comments:
Post a Comment