Dalam beberapa hari lepas, beberapa kali aku bermimpi berlatar-belakangkan sekolah. Yang paling aku ingat salah satunya adalah melompat2 dan ada ability berjalan upside down dekat siling dekat bilik pantry. Ada juga satu masa mimpi kena balik ke sekolah belajar semula kat sekolah, dalam masa sama aku perasan ada yang tak kena sebab patutnya aku kat UK ni.. Pelik sungguh rasanya. Apa kaitan. Tak semena-mena teringat pasal sekolah.
Apapun masa sekolah menengah dulu memang seronok. Terpelihara dan terlindung dari segala dugaan dan godaan dunia ini. Rasanya pengalaman kat skolah dulu jugalah yang banyak membina kecenderungan aku kepada perka-perkara agama ini. Alhamdulillah kat sekolah dulu sentiasa solat jemaah, tiap-tiap hari dengar tazkirah atau kuliah dari kawan2 dan guru-guruku. Walaupun kadang-kadang bosan, mengantuk, menyampah dengar kuliah terutamanya by Mapau dan kuliah subuh by Pak Pin. Apapun aku tetap hormat dan sayang diorang sebagai guru, bukan berniat nak memburukkan diorang kat sini. Bila time Mamulidur Rasul semua sibuk2 menghias dorm masing2 dan tak tidur malam siapkan banner untuk perakan sempena maulidur rasul. Seronoknya ingat time 'muda-muda' dulu. Sekarang ni lemah betul rasanya, piki-piki balik sudah banyak perkara yang aku tinggalkan. Semoga dengan kesedaran ini aku dapat membawa diri kembali ke landasan yang betul. Amin.
No comments:
Post a Comment