Sunday, 26 August 2007

Notting Hill Carnival 2007

Aku baru sahaja pulang dari Notting Hill Carnival. Street party terbesar di Eropah. Memandangkan aku tinggal berhampiran dengan kawasan Carnival dianjurkan, aku dan Akmal mengambil peluang untuk melihat Carnival secara live. Carnival diadakan selama dua hari. Tema Carnival hari ini adalah untuk kanak-kanak. Manakala esok pula adalah untuk orang dewasa. Memandangkan hari ini hari untuk kanak-kanak, tak adalah orang menari pakai pakaian yang teruk-teruk sangat (Macam dalam gambar kat internet. Cari sendiri la yer) Walaubagaimanapun, keteguhan iman tetap teruji. Kalau ikut nasihat bro SMamat, memang tak digalakkan pun pergi ke tempat2 seperti ini.

Orang yang pergi ke sana, ramai gile!! Berduyun-duyun orang turun ke Notting Hill. Jalan penuh dengan orang, macam lautan manusia. Macam-macam bangsa dan pelbagai lapisan umur boleh di jumpai. Akmal kata, kalau ada bola boling besar best ni.

Apa diorang buat kat sana? Mainly ada dua benda. Pertama layan music show dan kedua menikmati jualan makanan Carribean. Terdapat banyak sistem suara yang kuat di pasang di tepi jalan di sekitar Notting Hill. Di setiap spot tu, akan ada DJ pasang lagu dan orang lain pula menari2. Bising gila. Ditambah dengan bunyi wisel dan horn, lagi bising. Ada juga yang tengok-tengok ajer. Mostly orang yang gi sana macam nak chill out ajer. Tapi aku tak minat sangat. Tak banyak gambar yang diambil pun.

Secara umumnya Carnival ni macam pasar malam mega kat Malaysia laa. Cuma ada tambahan orang nyanyi dan menari sahaja. Walaupun terdapat banyak gerai dibukan tetapi makanan yang dijual agak tipikal. Antaranya adalah Jerk Chicken, BBQ, Jerk Pasty, tebu dan air kelapa.

Antara perkara lain yang menarik adalah banyak kedai dan rumah di situ di tutup. Tingkap kaca semuanya di tutup dengan papan bagi mengelakkan vandalisme. Kesian juga kepada warga tua yang tinggal disekitar kawasan tersebut. Diorang terpaksa keluar kerana tak tahan dengan suasana yang sesak dan bising sewaktu Carnival dianjurkan. Kehadiran polis yang sangat ramai sedikit sebanyak membantu memastikan keamanan terjaga. Berdasarkan pemerhatianku, polis ditempatkan di setiap 20 meter sepanjang jalan dan simpangan jalan.

Walaupun banyak gerai di sana, kami tak tak beli pun sebab ayam kat sana sebab tak halal. Kitorang makan kat Tagine sahaja. Lebih kurang pukul 3, kami pun pulang ke rumah. Letih berjalan jauh di bawah pancaran matahari yang terik.

Lautan manusia di sepanjang jalan Ladbroke Grove.



Tiba-tiba Red Indian ni nak join jugak. Diorang buat show kat depan umah.

No comments: