Friday, 23 January 2009

Duniawi sungguh!

Sejak akhir-akhir ini aku disibukkan dengan urusan kerja sahaja. Apatah lagi ketika menggalas tugas tambahan sebagai penghulu. Memang menarik dan mencabar. Tapi kedang-kadang terasa sedikit terkilan kerana terlepas peluang untuk menghadiri majlis-majlis pengisian rohani dek keletihan, kesibukan, mahupun kemalasan induced by keletihan dan kesibukan tadi. 


Alhamdulillah, semalam sempat juga join program kat Balai Islam di ILSAS. Pengisian malam semalam ada sedikit kelainan, iaitu penceramah cuba membawa majlis pengisan berdasarkan konsep usrah. Pengisian adalah berdasarkan sebuah buku yang selalu di gunakan dalam usrah, iaitu Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah karangan Fathi Yakan. 


Bila disebut pasal usrah, terasa sayu di hati apabila mengenangkan sudah lama aku tidak hadir usrah, lebih-lebih lagi sejak kepulangan ke Malaysia. Macam-macam alasan dan halangan. Antaranya dek kesibukan kerja. Bila pikir-pikir balik, terasa seolah-olah duniawi sahaja yang dikejar. Hu hu. Usrah ni lain dari kuliah atau ceramah. Dalam usrahlah ada peluang untuk taaruf, tafahum dan takaful yang lebih baik. Malah suasana yang informal dan amalan diskusi membuatkan para peserta berasa sangat selesa. Yang paling aku miss, adalah ukhwah sesama ahli usrah. Teringat kemeriahan dan kemesraan yang terjalin dalam usrah di Lapworth Court, LSE, UCL, Barons Court, Edgware Road, Prayer Room IC, Bayswater, Point West dan merata-rata lagi. Macam mana geng usrah aku tu sekarang... Harapnya ok.


Dalam sesi usrah semalam, penceramah memberikan sedikit pengenalan kepada buku tersebut dan menerangkan tanggungjawab kita, muslim sebagai pendakwah. Setiap muslim bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam semampu yang boleh. Dalam kerja dakwah ni kita kena buat amar makruf dan nahi munkar. Tidak boleh fokus kepada amar makruf sahaja, tetapi meninggalkan nahi munkar. Contohnya suruh orang buat baik tapi orang rasuah tidak ditegah. Memang ramai orang tak kisah kita suruh buat benda baik, tapi ramai akan benci bila kita larang buat benda tak elok. Itulah lumrah di jalan dakwah ini. Macam manapun kena buat.


Sejauh manakah kita menghayati (internelize) mesej ini? Bagi diri yang sering lupa ini, mesej semalam sangat bermakna. Apapun, ini adalah fasa transisi, masih banyak lagi benda yang perlu dipelajari. Sememangnya dunia kerja dan dunia pelajar amat berbeza sekali. Bak kata Wan Aimran, lama-lama nanti tahulah macama mana nak mengganti kerseronokan yang hilang itu dengan cara baru.

Suasana usrah yang tipikal kat kolej dulu-dulu. Gambar hiasan ini diciplak dari blog Muscom KYUEM.




Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.

No comments: