Wednesday, 11 March 2009

Plastic Islamist

Di zaman uni, kolej dan sekolah, masing-masing mengaku menjunjung perjuangan menegakkan dan menyebarkan Islam. Ceramah di sana-sini, tak kira di mana jua pasti di hadiri. Lepas dengar ceramah semua bertambah semangat. Program pula tak henti-henti. Kadang-kadang dirasakan lebih berprogram dari belajar. Kalau boleh nak pi berdemo mesti ade je  yang akan mengangkat tangan mahu turut serta. Tak cukup dengan itu, siap masuk gambar kat Friendster tu. Malah semua pakat ramai2 ajak kawan-kawan lain untuk bersama-sama bersemangat menjadi seorang pejuang agama.

Tapi bila kerja, aku merasakan semua itu seolah-olah telah hilang. Tiada lagi masa untuk berprogram atau program yang ada tak releven lagi sebagai seorang yang berkerjaya mungkin. Di tempat kerja pun apa sangat program yang dibuat. Konsep yang biasa digunakan dan diamalkan seperti tidak sesuai lagi, maklumlan target audience pelbagai lapisan umur dan latar belakang pendidikan. Geng-geng pula dah tiada.

Melihat kepada kehidupan sendiri depan orang macam bagus je, tapi in private life macam tak ada beza pun dengan cara hidup 'orang biasa' je.  Ilmu dan amal pun macam tak bertambah pun. Rasanya macam artifcial Islamist je aku ni. Konon-konon cinta agama, tapi amal tak seberapa... Camner?

4 comments:

Anonymous said...

hidup kena istiqamah..

bakrihafizhisham said...

dream big, but start slow.

Anonymous said...

that's d point, dulu kawan saya cakap...sampai bila? to what end?
baitulmal kot bro hehe

smamat said...

Tu la aban abn... memang lumrah dunia. Kan ada orang ada bagi cadangan tu (pengomen no 3).