Saturday, 14 March 2009

rentetan - Plastic Islamist

Pelbagai reaksi yang ku terima berkenaan penulisanku yang bertajuk Islamist Plastik. Ia hanyalah sekadar cetusan rasa dan perkongsian, mudah-mudahan dapat memberi pengajaran buat diri dan pembaca. Terima kasih semua. Ye benar sekali kata-kata kalian. Doakanlah semoga aku dapat back on track dan bermujahadah untuk mempertingkatkan diri.

Back to nature

tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum aku bertolak ke Lumut untuk ber'OBS/OBM' dengan rakan-rakan PEP yang lain. Doakan keselamatan dan kesejahteraal fizikal dan spiritual buat diri ini.

Wednesday, 11 March 2009

Plastic Islamist

Di zaman uni, kolej dan sekolah, masing-masing mengaku menjunjung perjuangan menegakkan dan menyebarkan Islam. Ceramah di sana-sini, tak kira di mana jua pasti di hadiri. Lepas dengar ceramah semua bertambah semangat. Program pula tak henti-henti. Kadang-kadang dirasakan lebih berprogram dari belajar. Kalau boleh nak pi berdemo mesti ade je  yang akan mengangkat tangan mahu turut serta. Tak cukup dengan itu, siap masuk gambar kat Friendster tu. Malah semua pakat ramai2 ajak kawan-kawan lain untuk bersama-sama bersemangat menjadi seorang pejuang agama.

Tapi bila kerja, aku merasakan semua itu seolah-olah telah hilang. Tiada lagi masa untuk berprogram atau program yang ada tak releven lagi sebagai seorang yang berkerjaya mungkin. Di tempat kerja pun apa sangat program yang dibuat. Konsep yang biasa digunakan dan diamalkan seperti tidak sesuai lagi, maklumlan target audience pelbagai lapisan umur dan latar belakang pendidikan. Geng-geng pula dah tiada.

Melihat kepada kehidupan sendiri depan orang macam bagus je, tapi in private life macam tak ada beza pun dengan cara hidup 'orang biasa' je.  Ilmu dan amal pun macam tak bertambah pun. Rasanya macam artifcial Islamist je aku ni. Konon-konon cinta agama, tapi amal tak seberapa... Camner?

Tuesday, 10 March 2009

What I miss about being a student

I really miss the freedom & friendship built during studenthood. I think I really miss my friends.

I really miss being able to do what I want to do without worrying too much about its consequences. Whereas, time is always at my own hand. I could travel, play, learn whenever, whatever or wherever I want. Less burden, we are just expected to study and deliver all deliverables. The rest, up to me.

Now, it seems almost all of them have gone. My life is almost bounded by work. Sometimes I feel like- live to work not the other way round...

I wonder how others go through their life in this early stages of working life...

Monday, 9 March 2009

Salahkah jika...

Nak tulis ape pun tak tahu. Apa kata aku lontarkan soalan-soalan sahaja...

  1. Salahkah jika seorang pengundi tidak mahu ambil tahu pasal politik negara atau tidak mahu terlibat dengan kegiatan kepolitikan?
  2. Salahkah jika seseorang itu menggangap kita harus berpegang kepada prinsip moral dalam berpolitik?
  3. Salahkah jika memperjuangkan agama dalam arena politik?
  4. Salahkah jika menggabungkan agama dan politik/pemerintahan negara?
  5. Salahkah jika aku mahu melihat Islam ditegakkan di negara ini?
  6. Salahkan jika seseorang itu memperjuangkan Melayu?
  7. Salahkan jika sesorang itu mengenepikan perkauman dan memperjuangkan hak semua bangsa?
  8. Salahkah jika pejuang Islam meminggirkan isu Melayu dalam agenda perjuangan mereka?
Jawapannya.. Macam-macam ada. Tepuk dada tanya hati.

Friday, 6 March 2009

My favourite spot in London

Macam biasa, bila tak ada idea nak menulis, letak gambar saja la. 

   
    

Gambar-gambar di sekitar lorong pejalan kaki di tepi pertemuan tiga terusan yang dikenali Little Venice. Lalauan favourite aku kalau nak pergi Paddington.

Monday, 2 March 2009

Kembali ke ILSAS

Kembali ke ILSAS. Best2

Friday, 27 February 2009

dialog pejabat

"Diorang ni, tak de benda lain ke nak cerita"

"pelik ye, dah kawin pun macam ni ke"

Tu antara rungutan atau reaksi rakan sepejabat aku bila kitorang mula-mula masuk kerja. Aku pun rasa macam pelik juga. Aku assume mungkin kerana nature kompeni ramai lelaki macam tu lah. Tapi sembang dengan orang lain, baru aku sedar sebenarnya sama saja di mana-mana. Faktor ketidakseimbangan jantina bukan faktor sebenar. Tidak hairan lah Ummu Saif pun pernah komen pasal ni. Hmmm..... 

(Espressi Culture Shock)

Sunday, 22 February 2009

My colleague







Hmm tak ade idea sangat sejak akhir-akhir ni. So aku letak gambo ajelah. Ni lah rakan se-TNB aku. Ade yang kenal ke atau ada yang berkenan di hati? He he

Saturday, 21 February 2009

burung hantu

Sejak kerja ni , selalu kena keluar lewat malam. Jadi burung hantu la aku. Letih juga la kalau nak kira. Tapi kena biasakan juga sebab nanti bila dah ada tanggungjawab kena keluar juga. Kadang-kadangan cuak juga la, takut-takut sape2 kaco. Tu je cerita kerja aku masa ni

Sunday, 15 February 2009

Aku pulang dari kota, Aku dapat kereta.

Just for the record, kereta dah dapat Sabtu lepas (7 Feb @ 7 mlm). Alhamdulillah prestasi memuaskan. Minyak pulak boleh tahan la, lebih sikit dari kelisa la tapi. Apa boleh buat, keta 1.6