Gambar-gambar ketika bercuti ke Turki sewaktu cuti easter 2005.
Dari kiri: Mat Lut, ABN, Helmi, Ammir, Faizal, Hassan
Cuba teka siapa mereka
Kapadokya Feel, think, write & share.
"Hadapilah kehidupan ini dengan sabar dan taqwa" - Satu pesanan buat diri ini.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang hamba (manusia) telah kawin, maka ia telah menyempurnakan separuh agama, karena itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh yang tersisa.”(Dan dalam suatu riwayat pada Thabrani dengan lafal ,” Barangsiapa yang kawin, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh iman, karena itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh yang tersisa.”) (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman). -dipetik dari bicara muslim.com
Inferiority Complex"Tengok, ko belajar je oversea. Tapi balik-balik keje kompeni ni, gaji same je dengan kitorang budak-budak local ni. Claim pun tak de pulak tu. Kitorang siap boleh claim beratus/beribu lagi. Ha ha" jenaka seorang esekutif pelatih.Walaupun ucapan itu ditujukan kepada rakanku, aku yang berada di situ turut terkena. Tapi apa yang menariknya aku seolah-olah tidak ada perasaan apabila mendengar kata-kata itu. Malah rasa kesian pula apabila ada orang yang fikir macam itu. Mereka tak tahu kalau bukan kerana ikatan kontrak dan polisi pelik GLC dah lama orang-orang macam ni keje tempat lain dengan gaji yang jauh lebih tinggi. Apa yang penting sebenarnya adalah kualiti tuan punya badan. Ye lah tidak dinafikan yang berkata-kata itu pandai kipas dan bermain kata-kata, senang sikit nak up, tapi aku lebih percaya orang yang hebat, buat macam mana pun tetap akan stand out akhirnya. Wah ter'emo' pula bila menulis ni.Macam bagusSeorang jurutera baru telah diminta mewakili jurutera lama untuk memberikan laporan tentang kerja. Di dalam meeting, setelah jurutera baru itu memperkenalkan dirinya sebawai wakil, terus orang berkepentingan di situ menyerangnya dengan bertanya mana jurutera lama itu, kenapa dia tidak hadir. Jurutera baru itu pun menerangkan bahawa jurutera lama tak dapat hadir kerana sibuk. Kemudian setelah jurutera baru itu baru sahaja memulakan bicara dengan menerangkan sedikit sebanyak latar belakang tentang kawasannya. Tiba-tiba orang itu bertanya, "sudah berapa banyak ujian ke atas sistem 11 kV yang kamu buat" sebelum sempat jurutera baru itu menjawab, di tanya pula soalan lain, Habis 33 kV kamu test tak?"Aku sebagai pemerhati di dalam meeting itu terasa panas sahaja kerana soalan yang ditanya itu tak kena tempat. Sebenarnya si jurutera baru itu baru sahaja memberikan penerangan berkenaan soalan yang ditujukan sebelum dia bertanya lagi. Jelas sekali dia tidak mendengar. Malah aku lihat dia tidak membuat sebarang catatan berkenaan soalan yang ditanyanya itu. Memang diakui dia seorang yang expert. Tapi pada pengamatanku, caranya itu tidak menyelesaikan masalah. Jika bukan untuk menyelesaikan masalah, untuk apa bertanya?Kita yang menjadi mangsa hanya mampu ketawa sahaja disebalik panasnya telinga dek terkena fire oleh orang berkepentingan. Hakikatnya apa yang difire itu bukan salah orang yang difire tapi sebenarnya salah orang di peringkat mereka juga. Bagi aku, kalau begitu buat apa marah, seolah-olah meludah ke langit kembali ke muka sendiri. Manusia, memang unpredictable. Perlakuannya sukar difahami.







