Tuesday, 5 May 2009

Babi/Khinzir

Satu pendemik baru telah muncul, selsema babi. Ada orang tidak suka guna perkataan babi. Maka diminta menggunakan perkataan khinzir yang lebih enak dan jinak bunyinya. Kalau disebut babi terbayang-bayang akan ia najis mughalazah dan juga perkataan yang keji yang digunakan dalam mencarut. Padahal sama sahaja, cuma ia bahasa asing. Mungkin mereka gemar menipu atau memperdaya diri sendiri dari kenyataan. Bagi aku perkataan apa pun tak ape, yang penting context ia digunakan. Aduh keras sungguh bahasaku, maafkan aku. Agak terbawa-bawa dengan mood yang kurang baik akibat keletihan berjemur dibawah terik matahari siang tadi.


Babi - Khinzir - Pig - Swine


Baik, aku rasa aku perlu kembali kepada tujuan asal aku menulis. Seperti yang ku katakan sebentar tadi, orang sangat sensitif bila sebut babi. Kalau diletakkan sepinggan babi di atas meja, sudah pasti tiada siapa mahu makan dan menjamah apa-apa pun makanan lain di atas meja itu dek trauma dengan babi tersebut. Kalau ada sms atau email yang mengatakan sesuatu produk ada traces of babi seperti lemak babi dsb, pasti akan kecoh satu Malaysia.

Tetapi yang hairannya, apabila datang benda haram yang lain semuanya disapu sahaja. Apabila pendapatan berpunca daripada hasil curi tulang, tipu, rasuah dan salah guna kuasa, terasa sedap sahaja duit itu. Makan daripada punca yang syubhah dan haram itu tak dirasakan salah pula.

Kenapa hal ini berlaku?

Negaraku

Sejak aku dilahirkan, sudah 3 orang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Masing-masing bawa agenda berbeza.

"Wawasan 2020"
"Islam Hadari"
"1Malaysia"

Lepas satu naik, yang lama ditinggalkan. So ke mana halatuju malaysia ni sebenarnya? Setahu aku yang jadi perdana menteri itu ketiga-tiganya dari satu parti. Hmm, tiada consistency.

Sunday, 3 May 2009

Trip to Turkey - 2005

Gambar-gambar ketika bercuti ke Turki sewaktu cuti easter 2005.

Faizal sedang memberi taklimat sebelum berlepas dari lapangan terbang Heathrow

Transit di Frankfurt




Dari kiri: Mat Lut, ABN, Helmi, Ammir, Faizal, Hassan

Istanbul
Cuba teka siapa mereka

Kapadokya  



Sekitar bandar Ephesus


Kembali ke Istanbul

Hari-hari terakhir di Istanbul.

Friday, 1 May 2009

Abn, dah ready ke untuk ni?

Pada petang Ahad yang lepas, aku telah menerima sms dari sahabatku yang mengatakan bahawa dia dan keluarganya berada di Sunway selama dua hari dan aku dijemput untuk melawat ke 'rumahnya' untuk melihat anaknya yang baru dilahirkan beberapa bulan lalu. Peluang keemasan ini tidak ku lepaskan. Maklumlah dia duduk jauh, dan selalu travel, sukar sekali buat diriku untuk bertemu dengannya dan juga keluarganya. Alang-alang sudah berada dekat-dekat Puchong ni, kena pi la. Sebenarnya sudah lama dia ajak aku tengok baby-nya yang pertama itu dan aku juga sudah lama ku berhajat nak pi tengok baby dia, cuma tiada kesempatan sebelum ini.

Maka aku telah berjanji untuk berjumpa selepas solat Maghrib pada hari Isnin kesokannya, iaitu selepas kerja. Aku tiba agak lewat kerana siap lambat akibat tertidur. Alhamdulillah aku sangat gembira dapat bertemu beliau dan keluarganya. Anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan comel sekali. Bayi ini memang seronok dilihat, kata orang, kerana mereka bersih dari dosa. Aku juga diberi peluang medukung anaknya. Sebelum itu, dia tanya, "reti tak nak pegang ni?" Selepas itu kami pun makan malam bersama-sama sambil berkongsi cerita dan bertanya khabar.

Sesudah dia menghabiskan makanan, giliran isterinya pula makan. Sewaktu isterinya baru hendak mula makan, bayi itu menangis kerana mengantuk. Sahabatku cuba memujuknya agar tidak menangis. Aku duduk diam sahaja, melihat bayi itu menangis sambil meneruskan makan. Tiba-tiba sahabatku bertanya, "Abn, dah ready ke untuk ni?" dengan senyuman sinis seolah-olah memberi isyarat bahawa bukan senang nak jaga bayi kecil ini, apa kamu sanggup menghadapinya?

Aku terkedu seketika, apa yang harus aku jawab. Aku pun tidak tahu apa yang aku perlu katakan. Aku hanya membalasnya dengan senyuman dan ketawa sahaja.

Persoalannya itu membuatkan aku berfikir bagaimana rupanya akan kehidupan jika berkahwin. Dari pemerhatianku dan cerita-ceritanya, rupa-rupanya perkahwinan itu bukan semudah yang diceritakan orang, terutamanya oleh promoter-promoter baitul muslim. Misalnya orang kata rezeki akan bertambah, tetapi realitinya rezeki itu kena diusahakan, bukan duduk diam sahaja akan terus dapat rezeki bertambah-tambah, katanya. Menangani perbezaan antara antara suami isteri juga agak sukar, banyakkan bersabar pesannya. Kadang-kadang, terpaksa mengorbankan perkara-perkara yang disukai demi kesejahteraan keluarga. Mendengar ceritanya, terasa berat sungguh perkahwinan itu walaupun aku pernah baca cerita-cerita sebegini dalam buku yang dipinjamkan oleh Helmi - Di Jalan Dakwah, Aku Menikah.

Melihat keadaan beliau yang sudah beristeri dan anak, membuatkan aku terfikir akan cara aku melihat orang. Ketika kawan-kawan kita sama-sama bujang, boleh dikatakan kita boleh jumpa dan pergi ke rumah kawan-kawan kita hampir bila-bila masa dan boleh selalu buat aktiviti bersama. Bila kawan kita sudah berkahwin, kita akan berkata, "kawan aku sudah jadi suami orang sekarang." Kemudian apabila mereka dikurniakan cahaya mata, aku berkata, "wah, kawan aku dah jadi bapa orang". (Perenggan ini mungkin kelihatan seperti kurang jelas atau tergantung. Sekadar menceritakan expression aku apabila melihat rakan-rakan yang berada dalam pelbagai fasa kehidupan.)

Apabila dilihat kembali ke belakang (lipatan sejarah kehidupan) terasa betapa cepatnya masa berlalu. Baru sahaja kenal sahabat ini. Dulu semasa baru kenal dia masih lagi bujang. Kini, sedar-sedar dia sudah ada anak. Tiba-tiba aku terfikir pula isu mendidik dan membesarkan anak. Betapa cepatnya seseorang itu menghadapi perubahan dalam fasa kehidupan apabila dia berkeluarga. Kalau tak bersedia menghadapi perubahan-perubahan tersebut parah dibuatnya. Betullah kata Abang Amin, "kena sedia awal, karang tiba-tiba dah dapat baby tak tahu nak buat apa".

Wah besar sungguh rupanya perkahwinan ini. Tidak hairanlah kenapa perkahwinan itu separuh daripada agama.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang hamba (manusia) telah kawin, maka ia telah menyempurnakan separuh agama, karena itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh yang tersisa.”

(Dan dalam suatu riwayat pada Thabrani dengan lafal ,” Barangsiapa yang kawin, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh iman, karena itu hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh yang tersisa.”) (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman). -dipetik dari bicara muslim.com


p/s: Sorry la kalau penulisanku blur-blur. Sebab aku pun blur macam mana nak express idea on this mater.

Monday, 20 April 2009

Marriage in Islam

Quoting my conversation with bro Suhaib last Sunday, "Mahathir pernah kata, kalau kita nak belajar komputer, kita tak perlu tunggu ada komputer. Dengan kata lain tak perlu tunggu masanya tiba. Bersedia awal!" So in the quest of preparing myself towards marriage, I found one beautiful ayah that frequently used by many speakers in the topic regarding primary objective of marriage Islam which is to obtain tranquility and peace through a successful union.

"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that you may dwell in peace and tranquility with them, and He has put love and mercy between your (hearts): Verily in that are signs for those who reflect" (Quran 30:21).

For those who have not yet married, let us make dua. May Allah show us the right path. Amin.


Kelucuan Manusia

Kadang-kadang aku terasa hairan dan lucu melihat sikap manusia yang macam-macam.

Inferiority Complex
"Tengok, ko belajar je oversea. Tapi balik-balik keje kompeni ni, gaji same je dengan kitorang budak-budak local ni. Claim pun tak de pulak tu. Kitorang siap boleh claim beratus/beribu lagi. Ha ha" jenaka seorang esekutif pelatih.

Walaupun ucapan itu ditujukan kepada rakanku, aku yang berada di situ turut terkena. Tapi apa yang menariknya aku seolah-olah tidak ada perasaan apabila mendengar kata-kata itu. Malah rasa kesian pula apabila ada orang yang fikir macam itu. Mereka tak tahu kalau bukan kerana ikatan kontrak dan polisi pelik GLC dah lama orang-orang macam ni keje tempat lain dengan gaji yang jauh lebih tinggi. Apa yang penting sebenarnya adalah kualiti tuan punya badan. Ye lah tidak dinafikan yang berkata-kata itu pandai kipas dan bermain kata-kata, senang sikit nak up, tapi aku lebih percaya orang yang hebat, buat macam mana pun tetap akan stand out akhirnya. Wah ter'emo' pula bila menulis ni. 

Macam bagus 
Seorang jurutera baru telah diminta mewakili jurutera lama untuk memberikan laporan tentang kerja. Di dalam meeting, setelah jurutera baru itu memperkenalkan dirinya sebawai wakil, terus orang berkepentingan di situ menyerangnya dengan bertanya mana jurutera lama itu, kenapa dia tidak hadir. Jurutera baru itu pun menerangkan bahawa jurutera lama tak dapat hadir kerana sibuk. Kemudian setelah jurutera baru itu baru sahaja memulakan bicara dengan menerangkan sedikit sebanyak latar belakang tentang kawasannya. Tiba-tiba orang itu bertanya, "sudah berapa banyak  ujian ke atas sistem 11 kV yang kamu buat" sebelum sempat jurutera baru itu menjawab, di tanya pula soalan lain, Habis 33 kV kamu test tak?"

Aku sebagai pemerhati di dalam meeting itu terasa panas sahaja kerana soalan yang ditanya itu tak kena tempat. Sebenarnya si jurutera baru itu baru sahaja memberikan penerangan berkenaan soalan yang ditujukan sebelum dia bertanya lagi. Jelas sekali dia tidak mendengar. Malah aku lihat dia tidak membuat sebarang catatan berkenaan soalan yang ditanyanya itu. Memang diakui dia seorang yang expert. Tapi pada pengamatanku, caranya itu tidak menyelesaikan masalah. Jika bukan untuk menyelesaikan masalah, untuk apa bertanya?

Kita yang menjadi mangsa hanya mampu ketawa sahaja disebalik panasnya telinga dek terkena fire oleh orang berkepentingan. Hakikatnya apa yang difire itu bukan salah orang yang difire tapi sebenarnya salah orang di peringkat mereka juga. Bagi aku, kalau begitu buat apa marah, seolah-olah meludah ke langit kembali ke muka sendiri. Manusia, memang unpredictable. Perlakuannya sukar difahami. 

Hmm sekadar luahan perasaan. Harap tak sakit hati dan ambil hati. Harap juga jangan kerana post ini sahaja aku kena buang kerja. Ha ha

Alhamdulillah

Apabila berhadapan dengan sesuatu yang tidak menentu pasti terasa bimbang, takut, risau serta macam-macam lagi. Tak sedap duduk dibuatnya. Terketa-ketar dan terasa suaraku tidak mahu keluar sahaja. Kalau terus melayan perasaan dan lintasan-lintasan fikiran itu, pasti jadi buntu dan tertekan. 

Bila terpaksa menghadapi situasi begini, terpaksa aku beranikan diri walaupun terpaksa merempuh zon yang asing bagi diriku. Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal segalanya berjalan dengan lancar. Hasilnya pula agak memuaskan, sekurang-kurangnya dari pandangan diriku. Semoga hasil kerjaku itu menjadi sesuatu yang bermakna.

-Sekadar coretan seorang manusia yang baru menempuh alam kerja yang dikatakan realiti kehidupan. Bukan senang rupanya hidup selepas zaman student ni.

Friday, 17 April 2009

usrah taman










Minggu lepas sempat mengikuti aktiviti sosial penduduk di taman perumahan aku. Mulanya aku diberitahu ada kenduri dan doa selamat sahaja. Kemudian, apabila majlis bermula, ada pula sesi taaruf dan tazkirah ringkas. Alhamdulillah semua yang hadir dapat memberikan kerjasama dan tumpuan yang baik sekali. Pada aku, aktiviti seperti ini sama saja macam usrah kat uni dulu. Usrah kali ini agak loose sedikit tetapi sesuai untuk target group iaitu family. Tambahan pula kalau buat berat-berat sangat mungkin orang akan fobia.

Satu pendekatan yang menarik sekali. Tak perlu menggunakan label usrah. Yang penting semangat itu berjaya diterapkan, ukhwah semakin rapat dan dakwah dapat disampaikan. Tak sabar nak tunggu makan free lagi. He he.

Wednesday, 15 April 2009

Jangan main elektrik

"jangan main api, nak!" kata ibu kepadanya.

Semua orang tahu akan bahayanya api. Tapi berapa ramai yang tahu betapa bahayanya elektrik.

Sejak kerja TNB ni macam-macam cerita aku dengar pasal orang tercedera atau mati terkena kejutan elektrik. Sebenarnya arus sebesar 4 Amps sahaja boleh membunuh sebab jantung kita tak tahan arus sebesar tu. Bukan setakat itu, kulit dan isi kita yang terkena letrik turut terbakar sampai jadi hitam. Cuba tengok current rating kat barang-barang di rumah kita, berapa amp? Kalau seterika 1000 W tu dah 4 Amps lebih.

Moral of the story is, jangan sentuh wayar elektrik yang terdedah. Pastikan shower kat rumah tu ada ELCB. Jangan sentuh tiang2 letrik waktu hujan, takut2 grounding dia tak elok, kita pula yang dia sebat. Kalau dengar bunyi berdegung dekat-dekat barang-barang elektrik terutamanya dekat2 alat-alat TNB, baik larikan diri, takut-takut meletup, kita yang jadi mangsanya.


dengar elok2 bunyinya. lepas ni kalau terjumpa. jangan lama2 tepi benda2 bunyi macam tu.

Saturday, 11 April 2009

state of Mind

When I face difficulties, I tend to feel stressed. High expectations make me feel anxious. Annoying people make me feel disturbed.

When I think deeply, what is the real reason that I feel what I feel. Why should it happened. I guess this is because I am focusing too much on my dislikes rather than focusing on the solution to the problem I am facing or trying to understand the real reason that causes the problem to occur.

People told me that I feel better when I change the way I see things. When you see problems as a challenge, you will be motivated to get around the problem. I think it is true. Reflecting on my experience at OBM (OBM lagi... tu je contoh yang senang untuk digunakan di sini) - rope activity, the obstacle course - it was quite hard and risky. I begin with a very high spirit to challenge myself to complete the course. I still feel nervous and I could remember that my heat beat became very fast, at one time my body shakes a bit and my left leg trembles. Despite that I tried to focus on completing the course and made myself calm. Alhamdulillah, finally I managed to control my fear of height and completed the course safely.

In conclusion, it is just a state of mind. You will feel what you think.

-Sengaja memberi motivasi kepada diri sendiri ketika menghadapi tekanan luaran dan dalaman. Perasaan ketika menghadapi saat-saat kritikal memang macam ni.

Thursday, 9 April 2009

percayalah

Sewaktu memikirkan topik yang nak ditulis kali ini, tiba-tiba tajuk lagu Siti terlintas di kotak fikiranku. Walaupun aku tak tahu liriknya, tak kisah. Asalkan ia sesuai dengan tema entry kali ini.

Kehidupan ini kadangkala terasa seperti ilusi. Ada ketika apabila melalui detik-detik tertentu aku terasa macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Antara peristiwa yang paling aku ingat sehingga kini ialah ketika aku hendak fly ke UK. Sebelum fly aku amat takut sekali kalau-kalau tak dapat fly. Tapi alhamdulillah, aku diberikan rezeki untuk sambung ngaji di UK. Tiba masa naik kapal terbang, aku terasa gembira, tetapi dalam masa sama terasa seperti tak percaya aku dapat gi UK juga akhirnya apatah lagi ke universiti pilihan pertamaku. Begitu sukar sekali untuk aku menghuraikan perasaan itu. Bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman 'rasa tak percaya' mungkin boleh memahami maksud ku ini.

Hairan juga ya, kenapa kadang-kadang kita terasa susah betul untuk menerima hakikat kehidupan. Kalau dalam bab-bab berita buruk selalu orang katakan self-denial. Mungkin juga kadang-kadang kita terasa seperti sukar untuk mencapai sesuatu perkara dan tiba-tiba kita dapati kita sudah mencapainya. Atau mungkin juga kurang persediaan diri bagi menghadapi kenyataan tersebut.

Ah apa yang aku merepekkan ini... Nasib lah. Kalau tak ada pengajaran abaikan sahaja entry ini. Sekadar menulis bagi menyalurkan keserabutan di kepala dan kecamukan di dalam hati. Hu hu...