Monday, 15 June 2009

Tamar

Tamar atau buah Kurma manis dan sedap rasanya. Ada pelbagai rupa dan warna. Teksturnya pula ada yang lembut dan ada yang liat. Menjadi hidangan yang wajib di kala bulan Ramadhan sebagai pembuka selera. Dijual di kedai-kedai dengan tag 'makanan sunnah'. Rindu pula bila bercakap akan tamar ni...

Ketika tinggal di Edgware Road, rumahku terletak di atas kedai runcit arab. Bila-bila sahaja boleh membelinya. Tamarlah yang menjadi makanan buat mengalas perutku ketika lapar teramat tetapi tidak cukup wang untuk memberi makanan yang lebih mahal daripada itu. Biarpun sedikit, ia mampu meberikan tenaga dan dan mengalas perut bagi meneruskan kehidupanku.

Kini di Malaysia sukar sekali untuk mencarinya. Malah dijual dengan harga yang mahal. Ia hanya muncul di pasar-pasar ketika bulan puasa sahaja. Tapi sayang, kebanyakkannya sudah dicampur gula.


ladang tamar di Madinah

penjual dengan tamarnya

Kehidupan ini terasa manis, lebih sedap daripada tamar sekiranya kita bersabar. Kenikmatannya terasa setelah penantian yang panjang berakhir dengan berita gembira atau setelah dugaan yang pahit itu berlalu. Semoga Allah memberikan kekuatan kepadaku untuk terus bersabar, terutamanya dalam menghadapi detik-detik mencabar dan mendebarkan di dalam hidup ini.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 11 June 2009

Jerebu kembali lagi

Semalam sewaktu tiba di rumah, aku agak terkejut apabila terhidu bau sesuatu yang terbakar. Risau kalau-kalau terlupa tarik handbrake semasa memandu sehingga menyebabkan handbrake hangit. Rupa-rupanya itulah kesan jerebu.

Fairus, technician kabel memberitahuku bahawa sekarang ni Malaysia dilanda El Nina, kemarau teruk. Walaupun hujan turun, hanya sedikit dan sekejap-sekejap, tidak cukup untuk meredakan keadaan.

Pemerhatian menerusi satelit telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa kawasan yang panas di sekitar Sabah dan Sarawak, dipercayai disebabkan oleh pembakaran terbuka. Teringat jerebu teruk yang pernah dihadapi sewaktu form 1, 1997. Teramat teruk sehingga kalau duduk di kelas, asrama pun tak nampak. Kalau tak silap, waktu itu penglihatan terhad kepada beberapa ratus meter sahaja. Semoga Allah melindungi kita.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Monday, 8 June 2009

Kritik dan Pencerahan

Sebenarnya aku berada dalam mood ingin mengkritik petang ini. Ada beberapa perkara yang berlaku yang mendorong untuk aku mengkritik. Di dalam penulisan ini, aku tidak nyatakan siapa yang terlibat bagi melindungi identiti orang yang berkenaan. Aku hanya menekankan pengajaran bukan ingin menunding jari kepada sesiapa.

Pertama sekali berkenaan kualiti kepimpinan. Petang tadi, aku dan ramai lagi diminta untuk menghadiri satu majlis meraikan orang berstatus tinggi. Agak bosan dan mengecewakan apabila mendengar ucapannya. Tidak banyak pengajaran dan isi yang diperoleh. Agak malang sekali apabila seseorang yang dipilih sebagai pemimpin masyarakat tidak mahir berbicara, berucap, memberi semangat dan mengeluarkan idea. Biar seseorang itu datang dari latarbelakang apa sekalipun, he should equip himself up to the standard.

Bagi aku seorang pemimpin yang sudah berada di tahap yang tinggi mestilah:
  1. Able to inspire people
  2. Able to understand people and speak their language
  3. Able to convey ideas clearly
  4. Have clear idea about his scope of work
  5. Know what  to acheive and able lead people working towards acheiving the aims laid out

Kedua, sewaktu minum teh dengan rakan-rakan (bunyinya macam sama umur, tetapi ada yang umur macam bapa aku pun ada, maklumlah rakan sekerja), terkeluar cerita assesment. Aku tak sure yang mana satu yang mereka refer, samada KPI atau competency, tapi isinya yang lebih menarik untuk dikritik adalah kaedah pemarkahan dalam penilaian tersebut. Menurut cerita mereka, setiap kali  pemarkahan dibuat, markah pasti akan dipotong. 

Di peringkat permulaan di mana moderation akan dibuat oleh Bos, pemotongan akan dibuat. Seterusnya ke beberapa peringkat yang lebih tinggi, ia akan dipotong lagi. Komen yang menarik aku dengar adalah, "Sudahlah markah rendah, lagi nak potong. Kalau markah tinggi nak potong tak mengapalah" 

Ada satu peringkat, markah didapati agak tinggi, di mana dalam satu bahagian hanya 1 markah sahaja diperuntukan untuk untuk bahagian tersebut dan bahagian tersebut dapat 3 markah dari 3 orang, 1 markah setiap seorang. Maka markah bagi 2 orang terpaksa dipotong bagi mencapai ketetapan tersebut. Ada orang telah mempelawa diri untuk dipotong markahnya.

Aku begitu hairan sekali kenapa mesti begitu? Setahu aku rakan-rakanku semuanya berkerja dengan keras dan baik sekali. Setelah ditanya, barulah aku tahu rupa-rupanya ia dibuat sedemikian bagi memastikan keputusan akhir fit into bell curve distribution. Tak transparent langsung, kata kawan aku. Aku pula kata ini merupakan manipulation of data. Statistics should reflect what is being measured. Not manipulating the measurements to fit the pre-determined results!

Walaupun aku tak hebat statistik, aku masih ingat lagi sewaktu aku tersengguk-sengguk dalam kelas statistik Puan Sheila di KMYS dulu, normal distribution is only suitable for large samples. So kalau kita ada hanya kurang dari 20 orang, apakah anda dapat menjamin keputusan tersebut akan menepati taburan normal (normal distribution, bell-shaped or Gaussian)? Tambahan pula, kalau awal-awal lagi anda telah memastikan orang-orang yang dipilih untuk jawatan tersebut datang dari golongan cream of the creap/ best of the crops, hanya sebahagian sahaja yang perform. Ini tidak lain tidak bukan reflects badly upon the person hiring them and also the managers who are resposible on these people. Tak begitu?

Setelah bersembang-sembang dengan orang lain pula, barulah aku tahu bahawa ia ada kaitan dengan bonus. Siapa yang dapat markah tinggi itulah yang bakal dapat bonus lebih. Walaupun motifnya sedemikian, kaedah itu tetap tidak aku persetujui. Tanyalah mana-mana ahli matematik, tidak siapa pun akan setuju dengan kaedah tersebut. 

Situasi ini sama sahaja seperti isu menghadkan pelajar mengambil 10 matapelajaran sahaja Kaedah yang lebih baik ialah membiarkan masing-masing mendapat markah yang sewajarnya. Kemudian umumkan kepada orang ramai bahawa 5 yang terbaik sahaja akan diberi bonus lebih. Sekurang-sekurangnya, mereka yang tidak mendapat bonus lebih tidak merasa kecewa kerana mereka tahu mereka telah melakukan yang terbaik dan mendapat penghargaan yang sewajrnya. Ini sudah pasti menaikkan motivasi dan self-esteem para pekerja.

Biarpun begitu, aku telah diingatkan dan dinasihatkan agar tidak terlalu fokus kepada bonus. Kalau nak bertekak pasal bonus sahaja, tak akan ke mana. Malah, dapat lebih pun tak seberapa. Dalam organisasi yang terlalu banyak birokrasi seperti ini, memang banyak masalah akan dihadapi.

Biarlah markah dapat rendah, tapi self-development tidak terjejas. Dengan kata lain, fokus kepada usaha-usaha pemantapan diri agar menjadi seorang yang competent and expert dalam kerja-kerja. Garap apa sahaja peluang untuk belajar benda baru dan meningkatkan kemahiran. Dalam hal ini tiada siapa dapat menghalang. Lesson can be learnt anywhere, anytime. Dengan mengambil sikap begitu, anda tidak akan rugi, malah menjadi lebih positif dalam hidup. Terima kasih di atas nasihat yang sangat berguna itu. Alhamdulillah.



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

AKYUEM Whereabouts

A message from Lopes:
"Iliyas Jamil"

Ladies & Gentlemen,

Class of:
2000: 9
2001: 12
2002: 6
2003: 14
2004: 30
2005: 15
2006: 21
2007: 13
2008: 22
Total: 142

We have reached almost a quarter of what we targeted. Please send in your
profiles.

* To the earlier batches, if you graduated in Dec 1999, the Year of Graduation
would be 2000. If you graduated in Dec 2000, the Year of Graduation would be
2001.

Name:
Year of Graduation (from KMYS/KYUEM):
House:
School of Origin:
University Education (Course & Uni):
Profession:
Position:
Employer's Name & Office Address:
Tel No:
Email:
House Address:
Tel No:
Personal Email:
Spouse: (Please inform if spouse is former KMYS/KYUEM student)
Children: (Name)
Other Info:
(Professional Qualification, Federal/State Awards, etc.)

Data Privacy Policy

AKYUEM and its officials may hold some or all of the data obtained directly from
an individual person or a family member. The data is used in organizing programs
for AKYUEM including, but not limited to publication and distribution of
Whereabouts magazine. Data may be distributed in paper or electronic form
between AKYUEM members, Kolej Yayasan UEM officials and Whereabouts sponsors.
The data will not be available for commercial purposes.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 7 June 2009

Aiman's Wedding Reception

Gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan London & KMYS. Selamat Pengantin Baharu buat Saudara Aiman dan Isteri. Semoga Allah memberkati kalian.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

WOW 09

Video ni memang ade WOW factor. Haha kelakar.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Saturday, 6 June 2009

Deeds of hope

Teringat satu soalan yang ditanya oleh seorang Imam Hasan Khalil, what is your deeds of hope?

Kemudian beliau menerangkan maksud soalan beliau, yakni amalan apakah yang telah kita lakukan dalam hidup kita dengan sepenuh keikhlasan yang boleh kita gunakan ketika dalam keadaan kesusahan seperti yang diceritakan dalam sebuah hadis berkenaan 3 orang yang terperangkap di dalam gua untuk memohon bantuan Allah agar dilepaskan dari kesusahan yang dihadapi. 

Satu soalan yang patut kita fikirkan sebagai muhasabah diri...

Good Manners and Form (Al-Adab) 

Bukhari :: Book 8 :: Volume 73 :: Hadith 5

Narrated Ibn 'Umar:



Allah's Apostle said, "While three persons were traveling, they were overtaken by rain and they took shelter in a cave in a mountain. A big rock fell from the mountain over the mouth of the cave and blocked it. They said to each other. 'Think of such good (righteous) deeds which, you did for Allah's sake only, and invoke Allah by giving reference to those deeds so that Allah may relieve you from your difficulty. one of them said, 'O Allah! I had my parents who were very old and I had small children for whose sake I used to work as a shepherd. When I returned to them at night and milked (the sheep), I used to start giving the milk to my parents first before giving to my children. And one day I went far away in search of a grazing place (for my sheep), and didn't return home till late at night and found that my parents had slept. I milked (my livestock) as usual and brought the milk vessel and stood at their heads, and I disliked to wake them up from their sleep, and I also disliked to give the milk to my children before my parents though my children were crying (from hunger) at my feet.



So this state of mine and theirs continued till the day dawned. (O Allah!) If you considered that I had done that only for seeking Your pleasure, then please let there be an opening through which we can see the sky.' So Allah made for them an opening through which they could see the sky. Then the second person said, 'O Allah! I had a she-cousin whom I loved as much as a passionate man love a woman. I tried to seduce her but she refused till I paid her one-hundred Dinars So I worked hard till I collected one hundred Dinars and went to her with that But when I sat in between her legs (to have sexual intercourse with her), she said, 'O Allah's slave! Be afraid of Allah ! Do not deflower me except legally (by marriage contract). So I left her O Allah! If you considered that I had done that only for seeking Your pleasure then please let the rock move a little to have a (wider) opening.'



So Allah shifted that rock to make the opening wider for them. And the last (third) person said 'O Allah ! I employed a laborer for wages equal to a Faraq (a certain measure: of rice, and when he had finished his job he demanded his wages, but when I presented his due to him, he gave it up and refused to take it. Then I kept on sowing that rice for him (several times) till managed to buy with the price of the yield, some cows and their shepherd Later on the laborer came to me an said. '(O Allah's slave!) Be afraid o Allah, and do not be unjust to me an give me my due.' I said (to him). 'Go and take those cows and their shepherd. So he took them and went away. (So, O Allah!) If You considered that I had done that for seeking Your pleasure, then please remove the remaining part of the rock.' And so Allah released them (from their difficulty)."



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.

Wednesday, 3 June 2009

Hikmah itu di mana-mana

Hairan kenapa selalu membaca terjemahan Al-Quran terasa seperti tiada apa-apa. Tetapi apabila membuka kitab terjemahan Al-quran dengan niat untuk memahami dan mencari iktibar serta memaksa otak berfikir akan maksud-maksud ayat terjemahan tersebut dengan mengaitkan sedikit sebanyak pengetahuan yang ada, tiba-tiba terus mendapat 'pencerahan'.

Begitu juga ketika aku membaca blog kawan-kawan. Biasanya aku hanya membaca secara bersahaja. Hasilnya, "oh macam tu", "oh dia buat ni". Sekadar oh sahaja. Cumanya pagi ini apabila aku menyelak kembali lembaran-lembaran blog kawan, walaupun sudah dibaca sebelum ini, aku cuba mengajak diri ini untuk membaca satu persatu dan mengambil penjagaran yang ada. Hatiku menjadi tersentuh.

Kenapa begitu?

Aku rasa ia berpunca dari niat. Jika membaca sekadar untuk tahu, maka sukar sekali bagi hati untuk sama merasai nikmatnya. Sebaliknya jika kita membaca dengan mata hati, inshallah Allah buka jalan bagi kita.

Hebat sungguh. Hikmah itu di mana-masa sahaja. Tak kira apa sahaja, ada saja pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya. Mungkin itulah hikmah Allah menyuruh kita melihat alam sambil berfikir akan kebesaran-Nya...

Asalkan hati ini bersedia menerimanya. Ada orang pernah berkata hati ini diumpamakan satellit dish, dan hidayah Allah ini ibarat wave/signal. Signal itu sentiasa ada, cuma kalau satellite dish itu kotor atau salah tune, maka sudah pasti kita tidak dapat menerima signal itu.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Kenapa dunia yang kau kejar

A friend of mine reminded:

well, i was just remembering your post on dissatisfaction at work, the intention of working etc. previously. This post is just not in consonance to the aspiration and hope mentioned in those earlier posts.

i.e. once we put money/property as our aim, there would never be satisfaction, believe me. you will start counting your claim, your extra hours, etc. that is what i mean by no more discussion - money only begets more grumble, not happiness, not satisfaction, and if unlucky, not even Divine Pleasure, na'udhubillah.

i think someone in your position i.e. with secure salary each month* should have no more worries about money. There is something loftier than aiming for money, my friend.

[* by this I mean anyone who earns >RM2000 per month per person]

Membaca peringatannya, aku terfikir, apakah aku benar-benar orang yang meletakkan wang ringgit sebagai matlamat hidup? Apakah sebenarnya di dalam minda separa sedarku sebenarnya aku meletakkan perkara duniawi sebagai keutamaan? Kenapakah aku suka berangan-angan akan akan kesenangan hidup di dunia ini? Mungkinkah kekecewaanku ketika terpaksa melepaskan tawaran bekerja di Surrey dan juga ketika majikan tidak mahu membayar elaun minyak bagi menampung kos perjalanan sewaktu bekerja lebih masa merupakan satu manifestasi kecintaan terhadap dunia?

Benar katanya, sikap yang betul sebenarnya adalah kita patut merasa cukup dengan apa sahaja yang ada pada kita. Kita patut berasa cukup dengan kurniaan Allah. Jika kita asyik melihat apa yang tiada pada diri kita, sampai bila hati tidak akan tenang. Walaupun telah mendapat apa yang dicita-citakan, benda lain pula akan dipandang. Maklum lah dah jadi darah daging untuk tidak berpuas hati dengan apa yang berikan kepada kita... Kata seorang imam masjid, janganlah menyangkakan dengan hanya memiliki kereta, rumah, isteri dsb hati kita akan bahagia kerana apabila mendapat isteri belum tentu gembira kerana manusia ada kelemahannya, kemudian berfikir pula mencari kebahagiaan dengan mencari isteri baru. Maka tertipulah kita dengan dunia ini. Sebaliknya, andai kita menumpukan kepada apa yang kita ada, Allah akan membuka mata kita betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita, maka jalan untuk bersyukur sudah pasti lebih luas. Seterusnya hati kita berasa sangat tenang kerana kita tahu Allah itu Maha Pemurah dan betapa tidak terkira nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Maka yang harus aku buat dalam hidup ini? Untuk apa dan apa yang perlu aku capai dalam hidup di dunia ini?

Jika ditanya manusia sudah pasti pelbagai jawapan yang diterima. Tetapi untuk mendapatkan jawapan yang tepat, hanya pencipta kita yang dapat memberinya.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." ( Surah Az-Zariyat, ayat 56)

Telah berbuih-buih mulut, para pendakwah mengingatkan kita akan maksud kehidupan kita di dunia ini berdasarkan ayat di atas. Tetapi sukar sekali bagi kita untuk memahaminya dalam erti kata sebenar. Maksud aku, apakah kefahaman terhadap ayat tersebut benar-benar masuk ke dalam hati kita, seterusnya dizahirkan melalui pemikiran dan amalan dalam kehidupan seharian. Bagaimana kita dapat mengaitkan ayat ini dengan situasi kehidupan kita? Begitu mudah sekali untuk kita menitipkan kata-kata itu di bibir kita, tetapi berapa ramai di antara kita yang mahu dan yang mampu untuk melaksanakannya secara berterusan dalam hidup ini.



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Kawan ibarat Cermin

Kawan yang baik adalah teman ketika senang dan susah. Mereka jugalah cermin kepada diri kita. Ketika kita melakukan kesalahan atau menyimpang dari jalan yang benar, merekalah yang memperingatkan kita. Ketika melalui jalan yang gelap, mereka memimpin kita dan juga menyuluh jalan. Ketika kita berasa goyang mereka datang menyokong untuk memberi sedikit kekuatan untuk kita berdiri tegak menghadapi cabaran yang mendatang.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sering memperingatkan diri ini. Janganlah jemu memperingatkan diri ini. 

Alhamdulillah. Moga-moga Allah memberkati kalian.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com 

Monday, 1 June 2009

Lagi undangan dari teman

Dalam beberapa hari ni dua undangan ke majlis kenduri kahwin baru ku terima.


Ikmal Hisham - 21  Jun 2009
Amir and Azz  - 7 & 8 Aug 2009

Nampaknya kenduri Ikmal dan Aiman jatuh pada hari yang sama. Siapa yang sudi berkongsi kereta?