Feel, think, write & share.
"Hadapilah kehidupan ini dengan sabar dan taqwa" - Satu pesanan buat diri ini.
Wednesday, 26 November 2014
Saturday, 11 October 2014
sabar salam menuntu ilmu
Rasanya itulah salah satu penyebab performance zaman muda-muda tu tak seberapa.
kalau jenis biasa-biasa, tak genius, janganlah berharap jadi photographic reader, nak result cepat sahaja.
memang betul lah, nak belajar sesuatu yang asing tu ada LEARINING CURVE yang tersendiri. bersabarlah, sehingga semua konsep asas itu dapat digarap, akan berlakulah avalanche effect pula, di mana bila baca jadi laju macam air sahaja.
pengalaman meneroka dunia dslr sejak hujung tahun lepas telah membuktikan. pada mulanya tenggelam dengan istilah composition, lighting, tones, settings dan sebagainya. pelan, pelan kini dah rasa selesa dan dah boleh faham konsep-konsep tersebut.
samalah dengan yang lain-lain, sabarlah wahai diri, teruskan membaca dengan sabar biar perlahan, nanti pandailah...
Friday, 3 October 2014
Out of comfort zone
Memang kekok. Dua tiga hari ni still playing catch up. Walaupun sebahagian topik dah biasa dengar, tapi masih banyak butir-butir yang apabila mendengarnya membuatkan aku lost. Di tambah pula diberi tugasan untuk hadam konsep asas smart grid dalam seminggu. Macam student pula rasanya. Apapun, kena spend xtra hours utk belajar, kalau x, naya...
Thursday, 2 October 2014
Sementara Cuma
Thursday, 11 September 2014
Nostalgia
Hari ni cuti, dapatlah sedikit tenaga untuk stay up. Kalau tak kebiasaannya dah padam.
Sempat melihat video talk yang disampaikan oleh sababatku Mas Afzal, pemilik blog - not the primrose path. Terus teringat kisah2 zaman silam dan tergerak untuk tengok blog sendiri.
Sunday, 9 September 2012
Bertukang
Geram sungguh tengok papan tabletop tersadai di dlm bilik 'stor'. (Beli kat ikea, harga as is. Sgt berbaloi.)
Lalu semalam, diambil gergaji & drill. Kerja-kerja memotong & gerudi dimulakan. Alatan tak berapa cukup. Papan pula ada yg meleding. Hantam saja.
Dah separuh jalan. Kaki meja senget pula. Inilah dia akibat planning x proper. Kurang pengalaman pun ye jugak.
Hari ni x pasti nak sambung atau tangguh dulu.
Saturday, 16 June 2012
Saturday, 8 October 2011
Tenaga
Ya, saya juga tidak percaya pada mulanya. Agak hairan dengan kehilangan tenaga yang sangat tinggi itu. Setahu saya, kalau dibahagian pembahagian tidaklah setinggi itu lossesnya.
Maka ada logiknya (kenyataan di atas) jika dikatakan kira-kira 66.6% sumber tenaga yang digunakan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik kerana kecekapan (efficiency) hanyalah sekitar 33.3%. Hal ini kerana sebahagian besar daripadanya terbebas dalam bentuk tenaga haba sahaja, bukan tenaga elektrik.
Rupa-rupanya kesan losses yang tinggi ini tidak terhadap kepada isu teknikal & kewangan sahaja.
Pencemaran Alam
Setiap bahan bakar yang kita gunakan untuk penjanaan pasti ada sisa-sisanya, sama ada dalam bentuk asap, Green House Gas (GHG) mahupun haba. Bahan-bahan ini pula akan di lepaskan ke alam sekitar - udara, air, tanah. Seterusnya menyumbang kepada pemanasan global, ketidaktentuan iklim, peningkatan paras laut, kecairan iceberg & glacier dan macam-macam lagi. Umumnya semua orang tahu kesan-kesan yang saya sebutkan tadi, maklumlah di sekolah lagi tajuk alam sekitar ini jadi salah topik kegemaran untuk soalan karangan bahasa melayu.
Oleh yang demikian, jika banyak tenaga yang kita gunakan, maka bertambah banyaklah GHG yang akan dilepaskan dan semakin tenatlah bumi kita jadinya. Tetapi dengan penjimatan yang sedikit sahaja, pengurangan terhadap pembebasan GHG ini dapat dikurangkan dengan banyak sekali, berdasarkan nisbah disebutkan di atas.
Maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk mengurangkan penggunaan elektrik dengan cara berjimat cermat & cekap. Gunakan tenaga mengikut keperluan bukan kemahuan!
Masyarakat
Setelah menghadiri satu forum berkaitan Iklim & Tenaga siang tadi, barulah saya sedar bahawa selain daripada kesan-kesan yang biasa kita belajar di sekolah, ada lagi perkara yang mungkin kita lupa atau kurang perasan iaitu manusia itu sendiri. Itulah, kadang-kadang kita sibuk menghadap mesin di hadapan, tetapi terlupa akan nasib manusia, yang berada di luar sana.
Setelah stesen penjanaan siap dibina pula, timbul masalah pencemaran air dan udara pula. Yang paling hebat terkesan adalah penduduk yang tinggal berhampiran. Ini berdasarkan cerita oleh beberapa pihak. Pihak penjanaan pula mungkin mempunyai pandangan yang berbeza, kerana setahu saya, stesen-stesen ini adalah dibawah pengawasan DoE.
Sekiranya demand tenaga elektrik dikurangkan, maka tiadalah keperluan untuk membina stesen penjanaan yang baru. Maka kemungkinan orang yang terlibat dalam pemindahan pun kurang. Begitu juga pencemaran yang dialami berkurangan.
Green Tech
Maka penjanaan berasakan teknologi hijau & sumber tenaga boleh diperbaharui dilihat sebagai satu usaha yang boleh membantu mengurangkan permasalahan pembebasan GHG dan membantu masyarakat memperoleh tenaga dari sumber yang bersih serta membantu komuniti yang berada di kawasan terpencil untuk mendapat bekalan elektrik tanpa mengahadapi kesan-kesan buruk dari segi pencemaran dan juga kesan-kesan sosial yang lain.
Muslim
Usaha berjimat-cermat dan menjaga alam sekitar adalah selaras dengan ajaran Islam. Sebagai khalifah, kita bertanggung jawab keatas manusia & alam ini.
Ketika memandu di dalam kereta tadi, ustaz menyatakan bahawa akhlak yang baik adalah element yang sangat penting di dalam islam. Begitu juga dari segi berjimat ni. Kalau kita benar-benar menghayati, mesti kita bersungguh-sungguh untuk mencari cara untuk berjimat yang terbaik.
Lawan kepada jimat adalah membazir. Pembaziran adalah amalan syaitan. Dan kita tak boleh ikut syaitan kerana ia adalah musuh kita.
Mungkin sebab generasi dahulu benar-benar menghayati Islam mendorong mereka untuk mencari jalan terbaik untuk beribadat dsb sehingga dapat melahirkan pelbagai ciptaan-ciptaan yang hebat. Kita juga boleh mencontohi mereka dalam hal memastikan tenaga yang dihasilkan dengan cekap dan menggunakan tenaga dengan cekap serta menjadi peneraju dalam bidang ini.
Perhatian: Ini hanyalah coretan dan pandangan peribadi berdasarkan pengetahuan yang sedikit serta . Sebarang kelasahan fakta, saya mohon maaf.
Tuesday, 6 September 2011
Cerita tak habis
![]() |
| Antara kenangan indah. 11 Aug 11 WIT - No 2 in KL. Mmg tak sangka, persediaan sangatlah sedikit. |
| Bersama Geng CBM |
Monday, 18 July 2011
Ready for order
| Our Flagship Product - Choc Chip Cookies |
| German Cookies |

