Friday, 18 November 2005

rojak

Assalammualaikum.
Dua bulan lebih telah berlalu sejak kembali dari Malaysia. Macam2 yang berlaku dalam kehidupan ini. Bermula dengan lepak2 kat umah Ngocop dan rakan2 di Newcastle, kembali ke London masuk rumah baru, start 2nd year , puasa sampailah raya. Kalau nak kira banyak juga nak tulis. Tapi memandangakan sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja2 lain, makan tak sempat dan takder semangat nak menulis di sini. Bagaimana dengan keadaan korang? Mesti sibuk jugak kan, esp budak2 2nd yr.

Tahun ni aku kembali aktif dalam kegiatan koko. Thn ni aku masuk kelab memanah (sukan kegemaranku) dan kelab rifle (upgrade dari memanah). Seronok betul dapat join kelab sukan kegemaran ni. Cuma sekarang ni tak der bow set. Kalau ade rezeki nak beli lah satu set.

Sempena raya ni, kami budak2 flat 6, edgware road nak buat open house Sabtu ni. Sesaper yang rajin macam Sid sila lah datang ke open house kitorang. InsyaAllah makanan disediakan sedap2 belaka. Ha ha. Kalau tak sedap mintak maap la yer.

Wassalam

No comments: