Rukun islam lima perkara
Rukun iman enam perkara
Mari bersama menghayatinya
Marilah kita beramal bersama
Rukun islam lima perkara
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
Kedua sembahyang ketiga berpuasa
Keempat zakat kelima naik haji
Rukun islam wajib diamalkan
Agar menjadi muslim sejati
Patuh dan taat pada Yang Esa
Barulah hidup diberkatinya
Baru2 ni ada orang bagitau kat aku pasal zakat pendapatan. Pasal zakat pendapatan, ada khilaf mengatakan patut bayar atau tidak. Walaubagaimanapun, yang kuat adalah bayar. So persoalannya adakah kita student yang disponsor untuk belajar kena bayar zakat jugak? Banyak pendapat mengatakan kena bayar zakat kerana memenuhi syarat2 sah antaranya cukup haul dan nisab serta adalah hak milik penuh. Kalau nak kira dari tahun lepas aku tak bayar lagi... Hmm apakah tindakan seterusnya??
Kalau nak kepastian berkenaan zakat ini, silalah tanya kepada mana2 guru2 agama atau pihak yang arif dalam bab ni.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment