Sambung balik cerita pulang ke Msia. 3 minggu pertama tuh agak bosan la. Kehidupan setiap hari agak sama sahaja. Makan, solat, tengok tv, hantar adik ke sekolah dan selak2 kertas Visual Surveillance. Ditambah dengan jetlag yang berpanjangan, hari2 yang dilalui diisi dengan tido ajer. Hu hu sungguh tak produktif.
Thanks to Izrie who supplies a series of Japanese drama, Gokusen II. Nampaknya cite Gokusen 2 ni tak der beza sangat denga yang 1 tuh. Macam biasa, Yankumi cucu kepada sorang kapla Yakuza bekerja sebagai seorang cikgu ditugaskan untuk mengajar di kelas D tahun akhir di sebuah High School. Secara stereotype-nyer kalau ikut streaming system, kelas last2 ni kelas bermasalah laa... Budak2 ni suka gaduh dan cari pasal sehingga tak der sorang cikgu pun yang suka kat mereka. Namun kehadiran Yankumi dalam kelas telah mengubah segalanya. Dengan menggunakan kemahirannya dalam seni mempertahankan diri, ayat-ayat yang berfalsafah dan kesungguhannya dalam mengotakan janjinya kepada pelajar2 ini, dia telah bejaya menyentuh hati pelajar2 ini sehingga dapat mengubah sedikit sebanyak sikap dan cara pemikiran mereka.
Secara keseluruhannya aku berpuas hati dan terhibur menonton cerita ini walaupun dari segi logiknya tak logik pun. Dari segi pengajaran, macam cerita Jepun yang lain ia sarat dengan mesej-mesej yang baik. Antaranya ialah ialah kepentingan impian atau kata orang kampung dream. Dalam kelas pertamanya dengan student2 tu, Yankumi meminta semua palajar memperkenalkan diri mereka dan menceritakan impian masin-masing. Hampir semua tidak mempunyai impian. Yankumi berasa sedih tapi dengan penuh semangat dia menggalakkan palajar2nya untuk mememikirkan apakah impian mereka kerana baginya hidup orang yang tiada impian takkan ke mana. Sehingga hampir tamat siri Gokusen II ni pelajar2nya masih lagi belum dapat mencari impian mereka... Untuk mengetahui lebih lanjut sila layan sendiri yer...
Mula-mula bila layan cerita ni, aku tertanya-tanya apalah si Yankumi ni sibuk2 sangat nak tekankan padal dream ni? Sehingga aku pergi Program Orientasi Semula YTN, barulah aku faham akan kepentingnya. Biasanya orang yang dilihat berjaya dalam dunia ini mesti ada impian dia sendiri. Aku ingat lagi masa kecik2 dulu aku baca majalah Mickey, dia cite pasal walt disney mengimpikan untuk membina sebuah taman tema dan akhirnya dia berjaya membina Disneyland. Kini Disneyland dah ader cawangan kat France dan Jepun. Dengar kate Johor pun nak buat satu... :)
Dalam Morning Talk di yard TNBD di PJ pula Jurutera Kanan Kendalian dan Seggaraan pun menceritakan perkara yang sama. Bila kita mengimpikan sesuatu, ia akan terpahat dalam minda separa sedar kita dan tindakan kita will be driven by the subconcious mind. AKhirnya insyaAllah kita akan mencapainya. Bagi yang Muslim kita ada Doa, doa hari2 kepada Allah untuk mencapai impian tersebut, insyaAllah dapat. Tak cepat, lambat atau diberikan di akhirat kelak.
SO, the moral is setiap insan perlu ada impian. Kalau boleh biarlah yang besar2 dan hebat2. Kalau yang simple2 sahaja semua orang boleh buat. Dan jangan lupa bahawa kehidupan bukan setakat di dunia sahaja tapi kehidupan yang abadi menanti setelah mati nanti. Pasang dream untuk akhirat juga....
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment