Saturday, 8 July 2006

From flat 6 to Heathrow

Lebih kurang pukul 2.50 ptg, aku dan Syed Farid bertolak dari flat 6 ke Paddington Station untuk menaiki Heathrow Express selepas bersalam-salaman dengan sahabat2 di situ. Kami memilih untuk menaiki heathrow express kerana beg kami sangat berat. Tak larat bawak naik turun tangga kalau guna Tube. Setibanya di Paddington station, kami dapati tinggal lebih kurang 5 minit sahaja sebelum keretapi seterusnya bertolak. Bagi menjimatkan masa aku memilih membeli tiket dari ‘tickets machine’ sahaja. Syed Farid pula membeli tiket dari kaunter sebab dia nak guna Young Persons Railcard, dapat discount 30%.

Satu minit lagi sebelum train bertolak, Syed farid masih lagi beratur menunggu untuk membeli tiket. Aku cemas, takut-takut terlepas train. Kalau terlepas, kena tunggu 15 minit lagi. Rugi masa. Dalam 20 saat sebelum pintu train ditutup, Syed Farid berjaya menguruskan pembelian tiketnya. Kami segera berlari-lari anak ke arah train dengan penuh harapan dapat menaiki train...

Namun, bukan kami sahaja yang lambat, ada seorang lagi dibelakang kami mengejar train seperti kami. Sebaik sahaja kami melalui gerabak first class, konduktor menyuruh kami masuk ke gerabak first class. Kamipun masuk. Seterusnya kami bergerak ke arah standard class. Setibanya di pintu standard class, konduktor sorang lagi pula kata just sit in the first class, you can’t make to the other coach. Dengan gembira rasa hati, kami pun duduk di situ. Setelah selesai konduktor memeriksa tiket kami, aku pun menyuruh Syed Farid mengambil gambar sebagai kenang-kenangan…

Alhamdulillah usaha kami berbaloi, malah dapat jugak merasa fisrt class. Pada pandangan aku, tak banyak bezanya naik first class dengan standard class. Cuma kerusinya lebih besar dan tidak ramai orang.

Seperti yang dijadualkan, setelah beberapa minit perjalanan, kamipun sampai di terminal 3. To be continued...

No comments: