Pukul 1.15 tengah hari. Aku dan rakan-rakan berjalan ke surau di Politeknik Sabak Bernam. Cuaca hari itu agak panas. Ditambah pula dengan badanku yang letih membuatkan aku berasa sangat mengantuk. Sebaik sahaja Khatib mula berkata-kata, mata ku semakin berat. Kucuba perangi penyakit mengantuk ini. Namun, lama- kelamaan suara khatib yang monotonous itu semakin perlahan dan akhirnya tidak kedengaran lagi. Bicaranya tentang Syirik tidak lagi dapat ku ikuti . Aku tewas, lantas hilang di alam lena. Hanya beberapa ketika aku tersedar kembali dan cuba memasang telinga, tetapi aku tidak dapat menangkap mesej yang disampaikan. Dengan 'magiknya' apabila khatib berkata ‘Aqimi al-solah’, aku segera bangun. Dengan keyakinan bahawa wudu'ku tidak terbatal, akupun untuk menunaikan solat Jumaat.
Jika di UK, jarang sekali aku berasa bosan mahupun mengantuk ketika mendengar khutbah. Walaupun kadang-kadang ia hanya disampaikan oleh pelajar-pelajar universiti, bukan imam-imam besar, aku berasa sangat tertarik untuk mendengarnya. Jika dilihat dari segi topiknya pula, kadang perkara yang disentuh adalah perkara biasa sahaja seperti larangan mengumpat, puasa, mencintai rasulullah dan bersedekah. Ucapan yang diberikan sungguh menyentuh jiwa dan mendorong aku untuk mengamalkan apa yang disampaikan.
Setelah selesai solat, aku pun bergerak pulang. Aku menceritakan kekesalan aku terlepas daripada mengikuti Khutbah Jumaat dengan baik kepada rakan-rakanku. Ikmal pula menceritakan bahawa ramai juga orang lain yang tidur di surau tadi. “Budak-budak sekolah asrama... Biasala tu. Ada seorang budak tadi tidur, bila orang semua dah bangun, dia tak bangun-bangun lagi. Bila orang kejut, meleleh air liur basi…..” Bila Ikmal menyebut tentang budak asrama, teringat aku akan pengalaman ketika di KUSESS dulu. Aku selalu juga tertidur. Aku fikir masalah tertidur ketika khatib memberi khutbah ini tidak terhad kepada budak sekolah sahaja, orang dewasa juga mengalaminya.
Aku hairan kenapa khutbah di Malaysia ini sangat membosankan. Sehinggakan Mas pernah membuat lawak, “Kalau nak buat pembedahan, bagi orang dengar khutbah sudah cukup. Tak perlu guna sedatif. Kalau dicucuk-cucuk pun dah tak sedar.”
Memetik isi perbualan aku dengan seorang ustaz ketika dalam perjalanan ke ILDAS Ahad lepas. Sebenarnya khutbah kat semua tempat best…kecuali Malaysia. Kat sini, khutbah tak inspiring, tidak seperti khutbah di sana (UK). Suara khatib mendatar. Amat sukar sekali untuk mencari masjid yang menyampaikan khutbah power. Sebenarnya, kalau cakap fasal denggi pun boleh dijadikan menarik.
Wahai pihak yang berkenaan! Tidakkah anda perasan ramai ahli jemaah yang tidur. Tidakkah anda berasa prihatin akan hal ini. Carilah pendekatan baru agar peluang berdakwah kepada masyarakat umum setiap minggu tidak dipsersia-siakan. Penulis teks, kahtib dan majlis agama, tulislah khutbah yang menarik. Sekiranya khatib itu tak cukup power, berilah mereka latihan yang secukupnya. Moga-moga pandangan dan sikap masyarakat umum tentang khutbah dapat diubah.
Nota: Aku tidak bermaksud untuk menggalakkan saudara-saudara sekalian untuk tidur ketika Khutbah jumaat. Perbuatan ini harus dielakkan.
2 comments:
khutbah disampaikan dari hati... bukan dari teks. oleh itu makanlah buah-buahan tempatan ya... hehe
i think mmg khutbah kat msia membosankan. my dad kata kekadang dia pun terlena.. but kalo waktu dengar khutbah kat indonesia, so far he has never fallen, walaupun dia tinggal kat sana sejak akhir tahun lepas..
Post a Comment