Satu peristiwa yang berlaku beberapa malam lepas membuatkan aku mahu menulis kali ini. Ia bukanlah perkara besar, tidak sebesar mendirikan semula sistem khilafah atau make poverty history. Tapi cukup untuk menggerakkan hati ini untuk berkongsi dengan saudara/saudari.
Begini ceritanya. sesudah tamat majlis, kakak A dab B beramah mesra dengan para peserta (muslim tau). Apabila tiba masa berangkat, mereka pun bersalaman dengan para hadirin. Aku berjaya mengelak dengan makan kuih dan menjarakkan diri. Aku berikan senyuman sebagai tanda hormat kpd mereka.
Apabila tiba giliran saudara C, kakak B pun bertanya "boleh salam tak?" lalu mereka bersalaman. "oh, liberal" sambung kakak B. Orang2 sekeliling ketawa mendengar kata2nya. aku juga tergelak. Tapi bila difikirkan semula, tak patut. Patutkah aku mentertawakan saudaraku? Sedangkan dia dlm dilema mahu menolak atau menerima.
Teringat pada hari pertama aku bekerja di bangsar thn lps, berjumpa dengan bos (perempuan, muslim juga) lalu kami berasalam. Sukar juga nak menyatakan peganganku dlm keadaan sedemikian, apatah lagi dia bos. Sebab itulah orang yang menegakkan kebenaran di hadapan org yg berkuasa mendapat ganjaran yg besar dari Allah.
Pengalaman di UK, rasanya lebih mudah untuk menegaskan pegangan agama kita berbanding di Msia. Orang faham dan respect pegangan kita. Tapi di Malaysia sudah bercampur aduk antara hak dan batil. Orang Islam sendiri menggap perkara yang salah itu betul, 'biasa aa'. So non-muslim mendapat gambaran yang salah ttg Islam.
Bagaimanakah sikap kita apabila berhadapan dengan situasi sebegini atau yg lebih besar? Bagaimanakah caranya nak sampaikan mesej tersebut sekiranya orang yg terlibat tu org islam juga. Pikir2kan, tak susah pun...
No comments:
Post a Comment