Wednesday, 13 December 2006

Gila Kuasa


Aku agak terkejut apabila mengetahui krisis yang berlaku dalam persatuan yang aku pernah join di Malaysia dulu. Perkara ini baru sahaja berlaku sekitar bulan Mac 2006 dan masih lagi dalam penyiasatan. Presiden persatuan ni telah dituduh mencabul kehormatan 2 orang gadis dan beberapa tuduhan berat lain seperti akidah menyeleweng dan salah guna kuasa. Sekiranya perkara ini berlaku, amatlah memalukan. Apapun aku sedih dengan keadaan ni, setahu aku beliau adalah orang yang baik. Setakat yang aku kenal, mesej2 yang beliau selalu sampaikan adalah selaras dengan ajaran Islam.

Dulu semasa aku diperkenalkan kepada persatuan ni, abang A kata asalnya persatuan ni ada satu sahaja. Tapi setelah kematian founder, kuasa sementara diserahkan kepada Encik H. Tapi bila dia dah berkuasa, dia bawak akidah salah. Dia kata dia adalah jelmaan nabi. Perkara ini disaksikan oleh peserta2 satu ceramah di UIA. Maka ahli keluarga founder mengambil tindakan buat laporan kepada jabatan agama dan mengambil alih kuasa dari Encik H. Encik H menyerahkan kuasa dengan rela.

Tapi perkara ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas beberapa lama, dia nak jugak jadi presiden. Maka dia pun melantik diri sebagai presiden persatuan dengan menggunakan mana sama. Maka yang lagi satu kena tukar nama (aku join yg ni). Akhirnya jadilah dua persatuan. Kedua-dua buat benda sama, cuma nama lain.

Kini persatuan ini terbahagi kepada dua team. Team penyokong presiden dan penuduh. Tengok website sahaja dah ada dua website. Aku tak tahu apa akan terjadi kepada masa depan persatuan ni. Personally aku memang suka persatuan ni. Tapi kalau berpecah lagi, tak tau nak kata apa.

Hai manusia, suka sangat berpecah. Apa sahaja persatuan, organisasi, kelab mesti mau pecah. Gerakan islam, parti politik, taekwando dan sebagainya.

Aku tak tahu cerita sebenar di sebalik krisis ini. Apapun aku rasa ia boleh dikaitkan dengan gila kuasa. Bila manusia gila kuasa, dia akan lakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Keji sungguh perangai orang gila kuasa ini. Lihat sahaja Bush. Manipulate pilihanraya. Tuduh sana tuduh sini. Perang sana perang sini. Semuanya untuk mengekalan penguasaan di pentas dunia. Hasilnya, kerosakan seluruh dunia.

Come on man, sampai bila nak berpecah? Sampai bila nak puas hati? Berapa kumpulan lagi nak dibentuk semata2 nak pegang kuasa? Apalah ada dengan kuasa dan fame. Kelak di akhirat kita akan dipersoal akan segala kuasa yang kita pegang. Masa sekolah dulu, kawan2 selalu kata, "Kalau jadi pemimpin ni, sebelah kaki kat syurga, sebelah kaki kat neraka". Tak tahu mana datang kata-kata ni. Apapun rasanya tak bertentangan dengan quran & sunnah rasanya sebab maksud kata-kata itu adalah akalu jadi pemimpin yang baik, mudahlah masuk syurga, pemimpin yang tidak adil pula hampir ke neraka. Moga-moga kita dijauhkan dari perkara2 tak elok ni.

No comments: